Thursday, February 28, 2013

Tak tau nak boh tajuk apa, aku boh tajuk dia: B*t*h!

Sebagai rakyat yang mahu menamatkan kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN), perkiraaan kita ke atas sesuatu perkara ialah adakah ia menguntungkan Umno atau tidak. Kita tidak perlu menjadi rocket scientist untuk menjangkakan sama ada Umno untung atau tidak apabila terjadi sesuatu perkara.

Tidak kira siapa yang melakukannya, apabila sesuatu perkara itu menguntungkan Umno, kita lawan sedaya upaya.

Contohnya, bila Lim Guan Eng duduk tak duduk pi ungkit balik isu kalimah Allah sedangkan isu tu dah reda dah ketika itu, perbuatannya itu sah-sah menguntungkan Umno. Boleh jadi, boleh jadi dia tak jahat. Boleh jadi la. Tapi dia bangang!

Sebagai rakyat biasa, saya bukanlah pejuang yang berlawan dengan Umno (nak termuntah pulak sebut perkataan tu). Tetapi, saya tidak duduk di Amerika Syarikat, China atau Iran. Saya dan anak-anak saya duduk di sini.

Saya tak mahu parti yang paling hampir sifatnya dengan sifat syaitan terus memerintah negara ini. Walaupun demikian, saya tidaklah mengikat kontrak untuk menjadi pak yet mana-mana parti atau mana-mana individu. 

Kalau saya rasa perbuatannya jahat atau sekurang-kurangnya bangang, saya kritik, walaupun saya tahu mereka sebenarnya pembohong apabila bercakap tentang kebebasan bersuara (ulang lagi, kritik dan bukan tegur - menyampah dah aku nak guna perkataan yang dilunakkan). 

Kebebasan bersuara b*t*h depalah! Menipu, membohong tak habis-habis. Bila kita tulis fasal orang lain, depa perli kita "apa hang tulis lembik sangat!" Bila kritik depa, siap laknat kita. B*t*h hampa! 


Wednesday, February 27, 2013

Amanat Hadi dulu dan sekarang

Menjelang pilihan raya umum 2008, Datuk Ibrahim Ali berkira-kira hendak bertanding atas tiket PAS. Beliau pada masa itu gelandangan politik.

Antara yang saya ketahui, beliau menyatakan hasratnya itu kepada sultan Kelantan sebelum ini, Ismail Petra, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam pertemuannya dengan Tengku Razaleigh, Ibrahim diingatkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu supaya berhati-hati dengan PAS sebab, menurut Ku Li seperti yang dinyatakan oleh Ibrahim, "PAS penipu, tak boleh percaya".

Saya memohon maaf kerana saya antara orang yang bagi sokongan kepada Ibrahim supaya bertanding atas tiket PAS dalam beberapa perbualan dengannya ketika itu. Babun sungguh la!

Saya mula meragui Ibrahim apabila beliau enggan hadir dalam perhimpunan Bersih 10 November 2007. Belang Ibrahim semakin ketara kepada saya dalam satu sidang akhbar di rumahnya di Tumpat semasa musim kempen pilihan raya 2008 itu.

Selepas pilihan raya itu, semua orang tahu apa terjadi. Beliau  kini Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), hantu raya belaan Umno.

Kini menjelang pilihan raya 2013, muncul orang seperti bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Ramai yang tertipu dengan permainannya yang tidaklah sofistikated sangat sehingga boleh memperdayakan orang yang mahu berfikir. 

Saya memberitahu beberapa pemimpin PAS bahawa Musa bukannya menentang Umno dan Barisan Nasional (BN). Beliau hanya menentang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Itu tak menghairankan.

Dah lama dah blogger-blogger pemuja Tun Dr Mahathir Mohamad menentang Hishammuddin . Antara lain, boleh baca posting A Voice yang bertajuk "A gay Minister in Cabinet and Johorean ..." Cuba lihat pula gambar di sini.

Saya juga beritahu pemimpin-pemimpin PAS berkenaan bahawa Musa hakikatnya adalah pak yet Dr Mahathir yang kini berhempas-pulas kerana orang tua itu lebih bimbangkan keselamatan anak cucunya berbanding keselamatan dirinya sendiri.

Malangnya, saya asyik terlupa nak beritahu perkara itu kepada orang yang beriman dengan penuh thiqah kepada tipu muslihat Musa itu. Hari ini, saya dah tak simpan dah nombor telefon orang itu.

Dan, tipu muslihat Musa semakin menampakkan kejayaannya.

Last sekali, saya teringat amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 7/4/1981. Hampir semua orang tahu amanat itu. Tak payah copy and paste di sini.

Walaupun tak dinyatakan dalam kata-kata, seorang ahli PAS memberitahu saya bahawa amanat Abdul Hadi kini lebih kurang seperti berikut:

Jangan lawan Umno habis-habisan. Ada di antara calon Umno yang kita hendak lantik sebagai Perdana Menteri kalau kita menang.

Tuesday, February 26, 2013

Depan rakyat samakan Umno dengan Fir'aun, belakang rakyat tak jemu-jemu bagi Umno menang free

Menjelang pilihan raya umum 2013, musuh rakyat yang lawan Umno Barisan Nasional (BN) bukan sahaja datang dari kandang syaitan itu. Umno kita mudah tau. Depa jahat tak berbelit-belit. Contohnya cuba baca berita Malaysiakini 24/2/13 "Sumpah PI Bala: SD1 yang benar".  

Yang rakyat tak percaya bahawa depa pun buruk kelaku macam Umno juga ialah puak pakai jenama Islam yang buat hal diam-diam dan dalam gelap. Depan rakyat, siap samakan Umno dengan Fir'aun. Lihat berita Malaysiakini semalam "Firaun pun bagi 'BR1M', kata Hadi".

Di belakang rakyat, mereka membikin pakatan yang kencing rakyat yang lawan Umno dan memberikan segala kelebihan kepada Umno untuk menang percuma dalam pilihan raya akan datang dengan onar dan makar mereka. 

Sekarang, mereka dah naik darjah. Bukan takat buat kelaku KKK (kawan kencing kawan). Mereka dah naik maqam mereka kepada tahap kencing rakyat yang lawan Umno. 

Satu demi satu depa buat kelaku yang hakikatnya kencing dan berak di atas kepala rakyat yang lawan Umno. Pakai jenama Islam tapi busukkan nama baik Islam. 

Apa yang depa buat? Kalau anda kenal tokoh-tokoh seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Haron Din, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Mustafa Ali, anda bolehlah tanya depa untuk mendapatkan penjelasan depa mengenai buruk kelaku puak yang kencing rakyat yang lawan Umno tu. aku tak kenal depa.

Friday, February 22, 2013

Mengapa pemimpin PAS dan kencing kawan berpisah tiada?

Kena balik Taiping. Suami kakak saya masuk ICU. Allahummashfi kulla maridh, ya Allah, ya Shafi.

Bagi yang rajin jenguk blog ni, tak ada update la sehari dua ni. Memang anak saya ada bawa balik iPad. Tapi, aku tak mesra dengan iPad dan iPad pun tak mesra dengan aku.

Saya nak cerita sikit ja hari ni. Apabila seseorang itu hanya sekali sekala ja terkencing kawan dia, kita dengan baik sangka bolehlah anggap itu silap.

Tetapi bila dengan dengan istiqamahnya dia kira nak kencing kawan dia ja, itu bukan silap. 

Itulah yang dilakukan dengan begitu konsisten dan komited oleh beberapa pemimpin PAS sejak selepas pilihan raya 2008. Semakin hari, semakin nampak sangat pemimpin-pemimpin PAS berkenaan dan kencing kawan berpisah tiada.

Mereka juga dengan begitu konsisten dan komited membikin onar dan mengkhianati rakyat yang lawan Umno sekaligus tak habis-habis menghadiahkan untung besar kepada Umno.

Orang Umno tak payahlah susah payah berkempen. Mereka boleh relax dan tidur di rumah dan mereka boleh menang dalam pilihan raya akan datang. Pemimpin-pemimpin PAS berkenaan dengan penuh istiqamah dan lazat memberikan perkhidmatan terbaik mereka untuk memenangkan Umno Barisan Nasional (BN).

Bila tulis posting ni, saya teringat Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Harun Din, Datuk Mustafa Ali, Datuk Harun Taib dan ramai lagi yang majoriti besarnya dilihat sebagai ulama. 

Thursday, February 21, 2013

Tolonglah pakat-pakat bagi amaran kepada Mat Sabu!

Sambung dari yang saya link di sini.

La ni, bila saya kata segerombolan pemimpin PAS, terutama dari kalangan ulama', sedang berhempas pulas berkerja untuk menangkan Umno dalam pilihan raya akan datang, depa kata, bagi bukti, tak ada bukti jangan cakap.

Dulu, dalam kes Ustaz Nasharudin Mat Isa dan jumpa dalam gelap dengan Umno pun cakap macam tu juga, bagi bukti!

Tau-tau memang sungguh terjadi. Ha ha ha ha! Padan muka!

Heran sungguh ramai yang tak sedar atau sengaja tak nak sedar bahawa, sejak selepas pilihan raya 2008, depa istiqamah sungguh tabur paku atas jalan rakyat yang nak lawan Umno. Iltizam sungguh!

Sebenarnya, posting ini saya tulis dengan tujuan untuk merayu semua yang prihatin agar memberi amaran kepada Haji Mohamad Sabu agar jangan berdiam berdiri terhadap apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Haron Din dan Datuk Mustafa Ali dalam episod "kencing kawan dan jilat Ku Li".

Berdiam diri itu nampak benar macam menyokong. Nampak sangat, wahai Mat Sabu. Ulang lagi, nampak sangat!

Harap sangat tidak benar. Tapi, kalaulah benar menyokong perbuatan kencing kawan itu, tak payahlah susah payah tinggal anak bini ceramah sana-sini, sia-sia ja. Dah tentu dah perbuatan itu memberi kemenangan percuma kepada Umno.

aku bukannya suka Mamat yang hampa kencing tu, tapi aku lebih benci Umno!

(Adoila!! Beberapa bulan dulu aku melihat dengan penuh geli geleman Datuk Mahfuz Omar buat kerja yang bangang teramat bangang sokong Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Konon "aku pertahan parti". Bangang tahap sial. La ni, adakah aku sedang melihat Mat Sabu pulak buat kerja bangang?)

Wednesday, February 20, 2013

Tak berdosakah pemimpin PAS kencing kawan?

Kebencian aku kepada monarki sama dengan kebencian aku kepada syaitan. Sebab itulah bila monarki memuji Umno sebagai tanda sokongan, pada aku ia sama seperti syaitan menyokong parti syaitan.

Itu pendiriana aku dan aku taklah kaitkan dengan berita bertajuk "In run-up to polls, Umno earns royal approval from Perak Regent".

Secara terbuka, aku sokong Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh bila dia berkata, calon-calon PAS dalam pilihan raya akan datang ditentukan "mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil".

Hanya saya nak tanya, kencing kawan tidak berdosakah? Juga, tidak berdosakah beberapa pemimpin tertinggi PAS yang dengan penuh istiqamah dan iltizam berkerja untuk memenangkan Umno dalam pilihan daya akan datang?

Katanya pilihan raya 11 Mei akan datang. Lagi dekat dengan pilihan raya, lagi kuat beberapa pemimpin tertinggi PAS itu berkerja untuk kepentingan Umno dan yang lebih menguntungkan Umno, konspirasi mereka itu diberikan kosmetik yang nampak begitu Islamik.

Tuesday, February 19, 2013

Bomoh PAS ligat berkhidmat untuk Umno kerana air jampi?

Berita di bawah ialah mengenai langkah kerajaan untuk mengawal penjualan air jampi. Secara bergurau, kawan saya kata, mungkin itulah antara sebabnya bomoh dalam PAS semakin ligat berkhidmat untuk kepentingan Umno ketika pilihan raya umum semakin hampir tiba...

KUANTAN, 19/2/13 (TMI): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membincangkan isu penjualan air jampi yang dilihat semakin berleluasa pada masa ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha itu juga diambil untuk mengawal penjualan air jampi di pasaran sekiranya terdapat unsur penipuan dan mendatangkan kekeliruan kepada pengguna (baca selanjutnya di sini).

"Memang bodoh siapa tahan Haron Din dan Harun Taib nak keluar PAS"

15/2/13 lalu, saya tulis dalam FB saya (di sini) bahawa "saya hanya nak tibai Umno cukup2 sehingga pilihan raya ini".

Dalam rangka yang sama, saya siarkan tanpa edit apa yang dihantar oleh kawan saya tadi:

Janganlah tuan hairan sangat dengan kelembapan Haron Din ini. Dia memang slow.

Ingat lagi 1999? Beriya2 nak lawan Mahathir dan Shahidan Kassimlah apa bala tetiba last minitue tarik diri. Potong stim betul. Kalau dah tau ada kes tak payahlah heboh satu kampong.

Ingat lagi tak masa Muktamar di Selangor lepas menang PRU12? Beriya2 tuduh Husam cuba merasuah perwakilan tetapi bila dicabar oleh Husam sibuk mengelak.

Ingat tak Muktamar Pas yang lepas? Isu Nasha. Sebelum tu sibuk pertahankan mamat tu, tak nak ambik tindakanlah apa bala, tapi bila perwakilan mula marah dan Nasha cabut lari, tengok dia buat apa? Back track. Siap hentam Nasha lagi.

Lepas Muktamar macam biasalah buat perangai balik.

Ini semua jenis tak menolong parti langsung. Buat pening orang bawah tengok.

Entahlah tuan. Malas nak cakap pasal dia lagi. Saya boleh tulis macam2 tentang beliau kalau saya mahu tapi memang bodohlah siapa2 yang menahan dia dari keluar PAS kalau betul dia dan Harun Taib ugut nak keluar parti hari itu.

Satu perkara kita semua kena ingat, nak mengurus negara ini tak cukup dengan keluar fatwa saja. Kena turun bawah berkerja dan mendepani realiti semasa. Jangan ingat diri tu maksum sehingga orang lain salah belaka.

Ok bos. Saya tidur dulu.

Monday, February 18, 2013

Kenduri besar di Markaz Tarbiyyah kalau Haron Din undur

Kawan saya call. Dia kata, riuh rendah dalam media dan blog-blog Umno dok canang bahawa Datuk Dr Haron Din akan letak jawatan.

Takkan nak kata berita tu betul. Umno dan pembohongan berpisah tiada.

Lainlah kalau Haron sendiri ada bisikkan begitu kepada kawan-kawan dia dalam Umno. Maklumlah dalam PAS ada bersepah mentor dan dalang kepada kerja buat Ustaz Nasharudin Mat Isa yang orang kata jiwanya dalam Umno sejak dulu lagi walaupun zahirnya masa tu dia jadi Timbalan Presiden PAS.

Tetapi kalau betul Harun letak jawatan atau keluar PAS, kawan saya yang telefon tu kata dia bersedia sponsor tujuh ekor lembu untuk buat kenduri kesyukuran besar-besaran. Kalau boleh, katanya, di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar.

Posting yang akan datang, saya akan tulis tentang taktik untuk dapatkan jawatan.

Sunday, February 17, 2013

Apa sumbangan Dr Haron Din kepada politik negara dan PAS?

Pukul 1.11 tengah hari tadi, seorang kawan dari media menghantar sms berikut:

Salam. Apa sumbangan besar (Datuk Dr) Haron Din kpd Malaysia, lanskap politik negara dan PAS selain cerita mimpi dia tlg pakaikan kasut utk RasuluLlah (s.'a.w.w.) dan kebolehan berckp dgn jin?

Saya tak beranilah nak kata apa-apa. Saya hanya boleh ceritakan kepada kawan saya tu apa yang ditulis oleh Hishamuddin Rais. Katanya, Dr Haron ialah calon Perdana Menteri terbaik dari PAS.

Saya petik tanpa edit apa yang Hishamuddin tulis:

woit.... TERBAIK IALAH HARUN DIN.... kah kah kah...
kah kah kah... MEMILIKI KETRAMPILAN HEBAT... kah kah kah..
kah kah kah...MEMILIKI KEILMUAN HEBAT.... kah kah kah..
kah kah kah...INI LAH BAKAL PM CADAGANG PAS.... kah kah kah...
kah kah kah.... SEMUA HANTU RAYA... AKAN DI TANGKAP OLEH HARUN DIN.... kah kah kah.....
kah kah kah...MASUKKAN HANTU KE DALAM BOTOL ... SEBAGAI BAHAN EXPORT.... kah kah kah...

kah kah kah... MALAYSIA DI BAWAH PM HARUN DIN AKAN MENJADI PENGSKSPOT HANTU PERTAMA DALAM DUNIA... kah kah kah (untuk baca yang lengkap, klik sini).

"(Kalau PR menang) saya bimbang anak cucu saya"

Seorang bekas pemimpin terkanan Umno berkata: "(Jika Pakatan Rakyat (PR) menang), saya tidak bimbangkan diri saya (dimangsakan), saya bimbangkan anak cucu saya".

Nyatalah, mereka berhempas-pulas mempertahankan kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN) bukanlah kerana kepentingan negara, kepentingan orang-orang Melayu jauh lagilah kepentingan Islam. Mereka tak pernah peduli pun fasal Islam.

Bukan juga kerana mereka takut DAP berkuasa, Cina berkuasa dan apa sahaja taktik rasis yang mereka gunakan (taktik rasis ini dijilat dengan penuh bangang oleh beberapa pemimpin PAS yang tidak ada akal dan keyakinan diri untuk menangani kemenangan DAP dan Cina - habis banyak pun 40 kerusi DAP boleh menang).

Tetapi hakikatnya kerana kepentingan mereka, iaitu nak mempertahankan harta mereka yang melimpah ruah.

Pemimpin Umno di peringkat pertengahan dan bawahan pula, mereka bimbang siapa nak bayar ansuran rumah mewah, kereta mewah dan pelbagai kemewahan lain kalau Umno kalah.

Persoalannya, kalau setakat duit pencen mereka dan harta yang mereka perolehi secara sah, apa yang mereka takut sangat? Bukankah undang-undang boleh menghalang PR dari mengusiknya?

Saturday, February 16, 2013

Adakah Najib atau ahli keluarganya perampas dan pembunuh?

Nak tulis dua tiga hari dah, tapi tak dan. Dari kesemua kandungan surat terbuka ahli perniagaan Deepak Jaikishan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, yang paling menarik perhatian saya ialah:

Saya harap surat ini diterima Tun dengan penuh ikhlas tidak kira bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh.

Bila dia sebut "penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh," adakah Deepak nak kata Najib atau mana-mana ahli keluarganya penipu, perampas dan pembunuh?

Bilakah agaknya kita akan mendapat jawapannya?

Monday, February 11, 2013

Akhirnya terbukti! Crowd Najib lebih hebat dari crowd Anwar

Kawan saya, Cikgu Nazir Mahmud Khan melaporkan dari Pulau Pinang:

Depa kena bawak Psy daripada Korea dan bayaq 2 juta baru nak dapat lebih kurang 20K. Itu pun lebih daripada separuh balik sebaik saja Psy tamat. Tak sapa pun yang teringin tengok 'PangPSY' daripada Malaysia tu. Kita buat sedikit pengumuman saja dan bawa Anwar atau TGNA atau TGHH, lebih daripada tu yang mai dan depa akan tunggu sampai habis walaupun hujan lebat. Jadi kalau barua-barua Umno nak tipu diri depa sendiri yang depa dah dapat semula sokongan rakyat, teruskan menipu diri anda sendiri. Bila dah bodoh tu, sampai bila pun akan tetap bodoh la.

Sunday, February 10, 2013

Untuk Melayu saja: BTN buat program rasis ka?

Ini mesej saya terima dari seorang kawan:

Hehe...ada hamba Allah antor email jemputan untuk menghadiri program anjuran BTN 13-14 Februari ni. Pegawai Kerajaan Gred M41-M48 kena hadir. Dia nak pegawai melayu saja. TokDet jadi jurucakap yang akan brain wash fikiran dia org. Wtf??

Jemputan Menghadiri Program Anjuran BTN

Assalamualaikum w.b.t,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat dua program yang akan dijalankan anjuran Biro Tata Negara (BTN) yang memerlukan kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk memberikan senarai nama pegawai bagi mengikuti program tersebut. Program tersebut adalah seperti berikut:

1. Tajuk Program : Program Bicara YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
"Perkongsian Pengalaman Membina Negara"

Tarikh : 13 Februari 2013 (Rabu)

Masa : 2.00 hingga 5.15 petang

Tempat : Auditorium, Yayasan Kempimpinan Negara
No.1 Jalan P8H, Presint 8
62250 Putrajaya

Bilangan Pegawai yang terlibat : 8-10 orang (terdiri daripada PTD Gred M41, M44 dan M48) (Melayu Sahaja)

2. Tajuk Program : Seminar Patriotism Anjuran BTN
Tayangan Filem "Tanda Putera"

Tarikh : 14 Februari 2013 (Khamis)

Masa : Akan dimaklumkan kemudian

Tempat : Perbadanan Putrajaya

Bilangan Pegawai yang terlibat : 16 orang (terdiri daripada PTD Gred M41, M44 dan M48) (Melayu Sahaja)

3. Sehubungan itu, Jabatan ini memohon sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan senarai nama bagi kedua-dua program ini selewat-lewatnya jam 3 petang untuk tindakan Jabatan ini selanjuntya. Sebagai makluman, surat rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Bersama-sama ini juga dikemukakan borang senarai nama pegawai untuk diisi oleh pihak tuan/puan.

4. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

Deepak benar, sebab itu Dr M minta Najib buat tak tau

Bila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jangan pedulikan pelbagai dakwaan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, Dr Mahathir tanpa berselindung lagi memberi tahu rakyat Malaysia bahawa:

1. Najib memang tak boleh jawab dakwaan-dakwaan Deepak itu. Benda betul, nak jawab apa.

2. Najib tak ada hujah yang berasas untuk mematahkan fakta-fakta yang dikemukakan oleh Deepak.

3. Najib tak mempunyai apa-apa pun yang benar untuk membolehkan dia kata bahawa Deepak berbohong.

4. Apa yang Deepak katakan mempunyai asas.

5. Deepak tak bohong.

Selamat Tahun Baru Cina.

Saturday, February 9, 2013

Puak bangang merafak sembah merayu Ku Li jadi PM bila BN kalah

Khabarnya, ada beberapa sang bangang dari PAS pergi membongokkan lagi diri mereka yang memang pun bongok di hadapan Tengku Razaleigh Hamzah.

Khabarnya, mereka merafak sembah dan mengemis supaya loser nombor wahid dalam sejarah politik Malaysia itu sudi menjadi Perdana Menteri Malaysia kalau Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya akan datang.

Alangkah celakanya kalau rakyat yang berhempas pulas melawan Umno BN, tiba-tiba spent force si kupang tembaga dari Langgak Golf itu nak dijadikan Perdana Menteri.

Bercakap fasal Ku Li, saya teringat perdebatan Parlimen ketika anak raja itu bentang usul persendirian untuk meminda akta pertubuhan ketika dia menjadi gelandangan politik tidak lama selepas dia kalah perebutan menjadi Presiden Umno pada 1987.

Dalam perdebatan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan antara barua utama Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan kelaku Ku Li yang tak ubah macam raja-raja zaman dahulu ketika dia menjadi Menteri Kewangan.

Dari gambarana yang di berikan oleh Anwar, Kementerian Kewangan pada masa itu seolah-olah jajahan takluk Ku Li dan dialah yang menjadi maharajanya.

Saya ketika itu pemberita Harakah. Ketika Ku Li bercakap dengan pemberita, saya minta Ku Li nafikan tuduhan Anwar itu. Dengan tersenyum (cool la kononnya tu), Ku Li jawab, "biarlah dia nak kata apa pun".

Allah Maha Menyaksikan, saya bukan peminat Anwar. Tapi Ku Li lagi tak boleh percaya.

Apa rancangan kotor hingga Najib yakin sangat BN menang?

saya mendengar beberapa pengkaji berkata kemungkinan besar Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka termasuk pegawai-pegawai kerajaan yang buat kerja kotor untuk menangkan BN ketika mereka dalam perkhidmatan kerajaan dahulu.

Tetapi hari ini Perdana Menteri berkata, beliau berharap pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.

Mengapa Mamat tu yakin sangat akan menang?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan untuk memastikan pilihan raya yang diadakan adil dan bersih? Adil? Bersih? Syaitan pun tak percaya.

Ya Allah, saya bersedia untuk turun ke jalan raya!

Thursday, February 7, 2013

Katanya pilihan raya lagi 5 kali Jumaat

Ni sms yg saya terima mengenai Ustaz Nasharudin Mat Isa. Dah edit. saya tak siarkan mana yang saya rasa tak patut siarkan. Tiada komen tetapi saya makin tak percaya puak kencing kawan di dalam PAS yang jasad mereka PAS tetapi jiwa mereka Umno:

Ust Nasha hanyut la ni sebab puak perpaduang la. Depa taja dia, depa kuda dia & dia terkejut besar bila depa suruh dia jgn bertanding Timb Presideng. Dia engkar & kalah - depa pun gunakan dia sebagai dumping ground kerajaang perpaduang. Peranan depa, depa diam & akhirnya umum mengangap Us Nasha is the culprit. Sebenarnya Nasha ni budak suruhan aja... When I check last week, he is bitter, very bitter & lost a lot of friends. He's bitter...

Ini satu lagi sms yang saya terima. Bersedialah untuk bunuh kuasa Umno!

Katanya GE (pilihan raya umum) lagi 5 kali Fridays...

Nasharudin Mat Isa ialah mangsa kawan kencing kawan

Ramai yang kutuk Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam Facebook dan di mana-mana bila dia bercakap merugikan PAS dalam media-media Umno.

aku mula mengkritik Mamat tu secara terbuka di dalam akhbar sejak selepas pilihan raya Pengkalan Pasir pada 2005. Secara tidak terbuka memang dah lama.

Bila Nasharudin kecundang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS, itu kali pertama aku tulis dengan nada simpati kepada dia. aku tulis tentang kisah kawan makan kawan.

Orang-orang yang Nasharudin anggap sahabat dan menaja dia ke jawatan Timbalan Presiden PAS sebelum itu berkonspirasi menjatuhkan dia dan menjadikan dia seperti anjing kurap. Antara penyebab Mamat tu jadi seperti sekarang ialah perbuatan puak kawan makan kawan tu.

Kata orang, kalau kencing manis tak pa lagi. Tapi kalau kencing kawan, tak guna seduit pun.

Bayangkan, kalau sahabat depa pun selamba je depa kencing dia, tak dapat dibayangkan betapa teruknya rakyat akan kena kencing dengan puak tu.

Wednesday, February 6, 2013

Asalkan Umno untung, rasuah seks pun boleh bebas

Dalam negara ini, celaka mana pun boleh buat apa jua kesalahan asalkan berkuasa dalam Umno atau baik dengan orang berkuasa dalam Umno atau buat sesuatu untuk bagi kuasa kepada Umno.

Utusan Malaysia 25/9/2008 melaporkan, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan terang-terang mengakui habuan seks yang diterimanya sebagai sedekah.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan Zul serta dua yang lain dari daripada pertuduhan rasuah.

Saya semakin yakin, walaupun parti-parti lain tidaklah baik, tetapi Umno paling jahat dan paling hampir sifatnya dengan sifat syaitan.

Kita bunuh kuasa Umno dulu, yang lain kita kira kemudian.

Tuesday, February 5, 2013

Umno semakin khianati dan rugikan Melayu

Kalau benar kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memotong belanjawan pendidikan sehingga 20 peratus, ia pengkhianatan kepada orang-orang Melayu.

Dalam posting bertajuk "Bunuh kuasa Umno dulu, yang lain kira kemudian", saya dah sebut bahawa maruah, harga diri dan survival Melayu terletak di tangan Allah s.w.t.dan hanya boleh dicapai melalui kesempurnaan iman kepada-Nya dan ketinggian ilmu dunia dan Akhirat.

Walau bukan semua orang Cina kaya, tetapi sebahagian besar dari mereka tak heran kalau dipotong belanjawan pendidikan. Ramai anak Cina yang belajar di luar negara atau di universiti swasta.

Kalau sekolah-sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan berada di bawah standard pun, sikit depa tak heran. Sejarah orang Cina sejak sebelum merdeka membuktikan mereka boleh membina sekolah-sekolah mereka sendiri. Contohnya, di bandar Taiping, yang berhampiran dengan kampung saya di Matang, sekolah Hua Lian ditubuhkan sendiri oleh orang-orang Cina. 

Sebelum ini peruntukan untuk MARA dipotong oleh pentadbiran Najib, sekarang belanjawan pendidikan pula dipotong. Semua itu merugikan Melayu.

Monday, February 4, 2013

Khabarnya, tentera digunakan untuk menangkan Umno

Tersebarlah berita tentera akan digunakan untuk memastikan Umno Barisan Nasional (BN) terus berkuasa. Bukan agenda undi pos. Undi pos dan tentu untuk Umno BN. Tetapi agenda yang lebih jijik lagi. Adakah tentera akan digunakan melalui satu lagi pementasan ala drama al-Ma'unah?

Apa-apa sahaja boleh dilakukan asal tercapai maksud tujuannya - iaitu Umno BN terus berkuasa.

Pelbagai pilihan khabarnya sedang direka kerana projek membangangkan beberapa pemimpin PAS yang sebelum ini diberitakan sebagai diterajui oleh Leftenan Jeneral Tan Sri Wan Abu Bakar Omar tidak benar-benar mencapai sasaran walaupun tidaklah gagal sama sekali.

Ramai yang tetap bangang atau bertambah bangang sehingga hari ini.

Ada juga orang cerita, anggota perisik tentera yang dulunya dikatakan berjumlah kira-kira 2,000 anggota, kini sudah mencapai jumlah 4,000 orang. Bersama polis cawangan khas dan jentera kerajaan yang lain, mereka dikatakan menjadi muncikari utama untuk memenangkan Umno BN.

Di dalam PAS pun ramai barua dan pecacai yang berkerja untuk memenangkan Umno BN.

Diingatkan kembali, parti-parti lain tidaklah baik. Mereka tidaklah bersifat malaikat. Tetapi Umno BN paling jahat dan paling dekat dengan sifat syaitan. Kuasa parti itu mesti dibunuh terlebih dahulu. Yang lain kita kira kemudian.

Jangan juga menolak keganasan dan penipuan akan menjadi agenda utama parti syaitan untuk terus berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.