Salam. Blog lama, penarikbeca.blogspot.com mula-mula depa tulis "this blog has been removed". Lepas tu depa tulis "locked" pulak kat dashboard aku. Bila aku unlock, dah depa tulis hanya author ja yang boleh tengok blog tu.
aku tak reti nak buat apa. Lantaklah. Ni aku buka blog baru penarikbeca15.blogspot.com
Untuk yang tak pernah baca blog saya, antara lain, kesimpulan dari tulisan-tulisan saya dulu ialah:
1. Maruah, harga diri dan survival Melayu bukan terletak di tangan raja-raja Melayu, Umno atau entah apa-apa lagi. Maruah, harga diri dan survival Melayu
terletak di tangan Allah s.w.t.dan hanya boleh dicapai melalui kesempurnaan iman kepada-Nya dan ketinggian ilmu dunia dan Akhirat.
2. Semua parti di negara ini ada sisi buruk masing-masing. Kalau nak disebut bahaya, semua bahaya. Kalau nak disebut mudharat, semua ada kemudharatan masing-masing. Tetapi, bahaya dan mudharat terbesar dan terjahat ialah Umno dan Barisan Nasional (BN).
3. Bunuh kuasa Umno dulu, yang lain kita kira kemudian. Dah ada pengalaman lawan Umno yang merupakan bahaya dan mudharat terbesar dan terjahat, takkan tak reti nak lawan parti lain bila depa pun kurang ajaq macam Umno.
Takat tu dulu untuk posting pertama blog ni.