Monday, May 20, 2013

Adoila, PAS Selangor tak naik-naik darjah rupa-rupanya

Tak kesampaian lagi nampaknya harapan nak melihat PAS Selangor cerdik. Dah lama dah orang tengok PAS Selangor tak cerdik terutama apabila berjerkah tempik kerana nak sangat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali jadi Pesuruhjaya PAS negeri itu dulu. Akhirnya, padan muka puak-puak yang nak sangat pengejar jawatan Menteri Besar tu.

Hari ini, bila tengok berita bertajuk "Exco Selangor: PAS akur perkenan sultan," nampak sangat-sangat lagi tak naik-naik darjah PAS Selangor tu. Adoila, kalau macam tu gaya, jadi ulam Azmin Ali la hampa.

Hello kawan, takkan tak tau kerja sultan hanya bagi persetujuan nama-nama dalam senarai yang dikemukakan oleh pihak yang mendapat majoriti dalam pilihan raya. Memang sultan boleh buat kacau dengan tidak mempersetujui nama yang dikemukakan. Tapi, awat yang melarat sampai nak serahkan kepada dia pula untuk tentukan senarai mana dia setuju?

Tak ada masalah nak berjerkah tempik dengan DAP sampai dua-dua pihak capai kata setuju. Tak ada siapa suruh jadi pak yet DAP pun. Tapi, walau berunding dengan kasar dan keras sekalipun, biarlah berunding sesama sendiri di dalam Pakatan Rakyat.

Apahal nak suruh sultan tentukan pula? Konon-konon nak main politik dengan DAP kot? Ingat pandai main politik sangat ka buat lagu tu? Idea siapa tu serah tengkuk sikit demi sikit kepada sultan? Baik suruh mamat tu pijak kepala hampa terus.

Kalau lagu tu, tak payah masuk pilihan raya la. Serah kat sultan semua.

AlhamduliLlah, syukur teramat syukur kepada Allah s.w.t. aku tak pernah angkat tangan aminkan doa untuk sultan mana pun dalam khutbah-khutbah Jumaat sejak aku mengaji sekolah menengah lagi.

Awat la tak reti-reti. Tara sultan Kelantan yang ramai dengan penuh bangang dok dakwa dia baik pun...

6 comments:

  1. Ni yang dikatakan BATU API BERAPI.Kalau semua nak keras kepala seronok UMNO/BN tengok dari luar dan bertepok tangan dan berkata " MAK ANDEH OOOIIIII DEME PON SAME" ,kelam kabut juga.......ape nak heran.

    ReplyDelete
  2. Salam Baqak. Kita kena akur bahawa hanya Allah yang tahu rahsia dan hikmah terhadap apa yang berlaku, perancangan, ketentuan yang ditetapkan oleh Nya. Allah tahu menyusun da memberi kuasa kepada Islam bila tiba waktunya.
    Kita kena faham Baqak, mungkin Allah tidak mahu Islam dimalukan bila wakil PAS jadi MB sekarang kerana ramai lagi orang bukan Islam (OBI) yang belum faham sepenuhnya tentang sistem Islam, walaupun ia sudah mula menular da diakui baik oleh OBI. Ini kerana Umno tidak pernah mentarbiyahkan orang MCA dan MIC tentang Islam, malah menakut-nakutkan mereka.
    Yakinlah Pas ke arah memberi penerangan dan apbila majoriti OBI dah faham, Allah akan permudahkan. Ingatlah surah An-Nasr (bila datang pertolonga Allah...)
    Apa yang hang gelojoh. Almarhum Ustaz Dato Fadzil Noor pernah berkata, apabila masih ada jalan menunjuk kebenara, kita sedang meniti kemenana.
    Ayuh Baqak, jangan hentak aje. Kita tak mahu, bila PAS jadi MB, bila kita nak laksana sistem Islam ditentang, nanti akan timbul fitnah dari orang-orang Umno. Nanti Islam dihina, diperkotak katik oleh Umno, Semuanya ini rahsia Allah. Dia tahu apa yang hendk dibuat dan kerja kita teruskan tarbiyah, penerangan kepada OBI. Slebihnya serahkan kepada Allah. Apa kah hag tak percaya kpd perancangan dan ketentuan Allah ke?

    ReplyDelete
  3. Hang jgn gelojoh sgt bakaq... setiap perancangan ada hikmah... yg pnting cri titik persaman...iaitu ABU...keadilan dan kebajikan utk rakyat..hang paham dak...jgn ikut kepala otak sndri saja... fikir yg majoriti sama... jgn hancur kepercayaan rakyat...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. PAS dapat kerusi banyak kerana berada dalam PAKATAN....kalu bertanding sendirian, kompom payah nak menang....orang2 Cina pangkah PAS dan bawa bendera PAS pun kerana PAS berada bersama PAKATAN... kalau PAS takbersama PAKATAN kompom depa pun tak kelapaq nak bawa bendera PAS.....yang tu pimpinan PAS sendiri mau ingat...jangan dok rasa bangga kononnya dapat sokongan banyak.....momentum dan gelombang yg berlaku hari ini adalah kerana PAKATAN.....cetusan pemimpin muda jalanan, bukannya pimpinan muda PAS yang sering dok di belakang dan ambik kesempatan tumpang kejayaan orang lain....Dalam suasana begini mana perginya YUSNI MAT PIAH???? Yang menonjol dan mampu bawa anak muda adalah SAMM yg diketuai oleh Chegu Bard...sebab tu jangan dok galak nak bertanding kalau aura pun takdak.....buat habis masa saja....

    ReplyDelete
  6. Aku tidak ahli pas pon rasa sedih, pas selamanya kena kencing.

    berpolitik guna kepala otak, berpolitik tidak guna kepala lutut, kepala lutut diguna untuk menyontot.

    tunggu 5th sehingga pru 14/2018, pas tanggal kupiah dan serban.....

    ReplyDelete