Sunday, March 31, 2013

Memang betul, kalau Umno wujud di zaman Nabi Muhammad, Bagindalah sasaran utama kejahatan parti itu

Terbaca berita bertajuk "'Setiap orang ada persepsi sendiri'".

Dipertikaikan tulisan Penolong Setiausaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som dalam twitter seperti berikut: "Kalau nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun Umno akan keluarkan...... Jahanam Umno".

Bagi saya, tidak ada apa yang salah dengan tulisan Khairul Fahmi. Beliau tidak perlu bersikap defensif.

Khairul Fahmi telah memberikan gambaran yang sangat tepat mengenai kelaku jahat Umno. Rezeki dialah dia dapat ilham itu. Kalau boleh, saya nak sayalah yang tulis begitu.

Memang, kalau Umno wujud di zaman Nabi, tentulah Baginda menjadi orang yang paling teruk dihina dan dimalukan oleh parti itu.

Dengan begitu tepat dan jitu Khairul Fahmi menjelaskan kepada kita betapa tidak berbezanya Umno dengan syaitan.

Tak payahlah Umno nak kalih-halih isu kononnya budak itu menghina Nabi yang suci. Tulisan itu jelas memamaparkan kejahatan Umno dengan begitu sempurna. Bukan nabi yang beliau hina.

Kalau Umno bangang dan tak faham bahasa, parti itu jangan ingat orang lain pun bangang jugak. 


Saturday, March 30, 2013

Persoalan lebih besar, apa penipuan yang syaitan rancang untuk menang

Bila nak bubar memang satu persoalan.
 
Tapi, seorang ahlil politik menyuarakan kebimbangannya tentang persoalan lebih besar lagi - iaitu apakah penipuan ultimate yang parti syaitan rancangkan untuk pastikan depa menang?
 
Dan, bila ketua parti syaitan terus enggan tetapkan tarikh pilihan raya, adakah strategi tipu itu tak lengkap sempurna lagi?
 
Bila dah bubar, ingatlah, mungkin strategi tipu untuk menang itu sudah hampir sempurna utk berjaya.
 
Bagi mereka kuasa adalah sumber duit dan kemewahan. Ia tak ada kena mengena dengan kepentingan rakyat atau Melayu.
 
Bila duit ibarat tuhan paling agung bagi mereka, tak mungkin depa sanggup kehilangannya.
 
Bersedialah untuk berlawan dengan penipuan syaitan!

Monday, March 4, 2013

Pepatah baru: Macam Umno jaga negara

La ni, bila seseorang, kumpulan atau institusi itu tak boleh diharap, dah mula orang kata, "macam Umno jaga negara". Umno tidak boleh diharapkan langsung menjaga negara.

Kebolehan Umno hanyalah menyerang ceramah pembangkang sampai berdarah-darah dan menyusup masuk ke dalam PAS sehingga ke peringkat paling tinggi (Teringat la pulak Presiden PAS, Timbalan Mursyidul Am PAS....ramai lagi).

Woi Umno, tak puas hati lagi?!!  Berapa orang lagi polis hampa nak bagi mati? 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, kerajaan kununnya bertindak hati-hati sebab penceroboh-penceroboh dari Sulu tu beragama Islam. Wow! Sebab depa tu Islam Umno buka peluang luas-luas sehingga depa dapat tembak polis-polis yang terkorban itu?

Hello, polis-polis tu bukan Islam ka?

Berapa banyak lagi nak dikorbankan nyawa polis Melayu beragama Islam, Umno oi!

Cakap nak bela Melayu, polis yang hampa korbankan kerana kelaku celaka hampa tu bukan  Melayu Islam ka, Umno oi!

Jahat sungguh la Umno ni, dah terang-terang buat salah, guna alasan Islam pulak. Memburukkan nama Islam!

Dalam status FB saya di sini, saya tanya:

Adakah benar Majlis Keselamatan Negara (MKN) dah bagi amaran mengenai perkara ini kpd kerajaan Umno BN sejak sebulan sebelum kejadian di Lahad Datu?

Umno tentu akan jawab tak benar. Apa nak heran, bohong dan mengkhianati negara sendiri dah jadi cara hidup depa.

Saturday, March 2, 2013

Keselamatan kita terancam dari dalam dan luar negara

Sebelum ini, kita bimbang keselamatan diri dan keluarga kita dengan ancaman jenayah yang meningkat. Peningkatan kadar jenayah dilihat telah disahkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Jangan lupa berita bertajuk "Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan" (berita itu juga permulaan Musa dilihat melawan kerajaan sejak kebelakangan ini - adoila, jangan la tertipu).

Hari ini, pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) menyebabkan kita bimbang ancaman kumpulan bersenjata dari luar pula. Bayangkan, sejak 12 Februari lalu kumpulan bersenjata tersebut berjaya memboloskan diri ke dalam wilayah negara ini dan menduduki kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari pekan Lahad Datu.

Bertambah cemas rakyat apabila dua anggota keselamatan negara ini terbunuh apabila berbalas-balas tembak dengan anggota-anggota kumpulan bersenjata deari Sulu yang rata-ratanya dah tua bangka tu. Malas aku nak bangkitkan persoalan.

Kita kena habaq rata-rata bahawa pemerintahan Umno BN menyebabkan kselamatan kita dan keluarga kita terancam dari dalam dan luar negara.


Friday, March 1, 2013

Cina aku tak risau sangat, masalahnya Melayu dan Hindu

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata, manifesto Pakatan Pembangkang (PR) boleh menyebabkan negara menjadi muflis.

Ahlil ekonomi pula berkata, jika dilaksanakan, manifesto PR itu akan menjadi rahmat kepada ekonomi Malaysia dan menangani beberapa perkara seperti jurang kekayaan dan ketirisan yang berlaku dalam negara ini yang ekonominya pernah dianggap sebagai paling dinamik di Asia Tenggara (baca di sini dan di sini).

Pada masa yang sama, kajiselidik yang dijalankan oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menunjukkan 73 peratus daripada ahlinya tidak gembira dengan keadaan semasa ekonomi Malaysia.

Dulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala kata, negara akan bankrap. Idris bercakap berdasarkan polisi BN la.

Bila Idris cakap gitu, Dr Mahathir kata ''Saya fikir untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai, Idris telah membesar-besarkan perkara ini kerana bagi saya Malaysia tidak akan bankrap sebaliknya hanya akan menjadi miskin".

Dr Mahathir pun bercakap berdasarkan polisi ekonomi BN la. Takkan dia nak negara ini diperintah seterunya.

Pada saya, miskin dengan bankrap, teruk la lagi miskin. Ramai orang bankrap yang masih boleh bawa kereta mewah. Tetapi, yang miskin macam aku, nak beli kereta pun tak dak duit.

Walaupun saya bukan ahli mana-mana parti, pilihan ada dua ja, BN atau PR. Yang lain kerja nak bagi pecah undi untuk untungkan BN ja.

La ni, lagu mana nak ajak rakyat pilih manifesto PR yang ahlil ekonomi kata rahmat jika dilaksanakan dan menolak miskin jika di bawah polisi BN? 

Cina aku tak berapa risau sangat. Masalahnya Melayu dan Hindu