Showing posts with label Keselamatan. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Pepatah baru: Macam Umno jaga negara

La ni, bila seseorang, kumpulan atau institusi itu tak boleh diharap, dah mula orang kata, "macam Umno jaga negara". Umno tidak boleh diharapkan langsung menjaga negara.

Kebolehan Umno hanyalah menyerang ceramah pembangkang sampai berdarah-darah dan menyusup masuk ke dalam PAS sehingga ke peringkat paling tinggi (Teringat la pulak Presiden PAS, Timbalan Mursyidul Am PAS....ramai lagi).

Woi Umno, tak puas hati lagi?!!  Berapa orang lagi polis hampa nak bagi mati? 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, kerajaan kununnya bertindak hati-hati sebab penceroboh-penceroboh dari Sulu tu beragama Islam. Wow! Sebab depa tu Islam Umno buka peluang luas-luas sehingga depa dapat tembak polis-polis yang terkorban itu?

Hello, polis-polis tu bukan Islam ka?

Berapa banyak lagi nak dikorbankan nyawa polis Melayu beragama Islam, Umno oi!

Cakap nak bela Melayu, polis yang hampa korbankan kerana kelaku celaka hampa tu bukan  Melayu Islam ka, Umno oi!

Jahat sungguh la Umno ni, dah terang-terang buat salah, guna alasan Islam pulak. Memburukkan nama Islam!

Dalam status FB saya di sini, saya tanya:

Adakah benar Majlis Keselamatan Negara (MKN) dah bagi amaran mengenai perkara ini kpd kerajaan Umno BN sejak sebulan sebelum kejadian di Lahad Datu?

Umno tentu akan jawab tak benar. Apa nak heran, bohong dan mengkhianati negara sendiri dah jadi cara hidup depa.

Saturday, March 2, 2013

Keselamatan kita terancam dari dalam dan luar negara

Sebelum ini, kita bimbang keselamatan diri dan keluarga kita dengan ancaman jenayah yang meningkat. Peningkatan kadar jenayah dilihat telah disahkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Jangan lupa berita bertajuk "Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan" (berita itu juga permulaan Musa dilihat melawan kerajaan sejak kebelakangan ini - adoila, jangan la tertipu).

Hari ini, pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) menyebabkan kita bimbang ancaman kumpulan bersenjata dari luar pula. Bayangkan, sejak 12 Februari lalu kumpulan bersenjata tersebut berjaya memboloskan diri ke dalam wilayah negara ini dan menduduki kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari pekan Lahad Datu.

Bertambah cemas rakyat apabila dua anggota keselamatan negara ini terbunuh apabila berbalas-balas tembak dengan anggota-anggota kumpulan bersenjata deari Sulu yang rata-ratanya dah tua bangka tu. Malas aku nak bangkitkan persoalan.

Kita kena habaq rata-rata bahawa pemerintahan Umno BN menyebabkan kselamatan kita dan keluarga kita terancam dari dalam dan luar negara.