Saturday, June 1, 2013

Adakah Agong mahu rakyat terima penipuan SPR?

Malaysiakini 31/5/13 melaporkan, "Agong mahu rakyat akur dengan keputusan PRU13".

Pertama sekali, saya difahamkan, ucapan Agong yang ditulis oleh penulis ucapan mesti dilihat dahulu dan dipersetujui Perdana Menteri. Lepas tu baru tunjuk kat Agong. Lepas Agong tengok, mungkin pinda dan lepas tu dia setuju, kena tunjuk lagi kat Perdana Menteri untuk dipersetujui.

Dalam ucapan tu, Agong dikatakan kata: Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

aku kata: Kegagalan teruk SPR dan Umno untuk membuktikan mereka tidak menipu dalam pilihan raya adalah kegagalan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

Agong kata: Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh

aku kata: Kalau Malaysia hancur dan lumpuh, Umno dan SPRlah penyebab utamanya. SPR di bawah Jabatan Perdana Menteri, Perdana Menteri Umno, menipu dalam pilihan raya. Bak kata Cap Kapalayar, dakwat tak kekal kata dakwat kekal. Bukan tipu sikit-sikit. Tipu hidup-hidup.

Dalampada itu, teringat pulak Mat Saman Kati kata: PRU 14, "sapa nak bertanding kena dapat perkenan Sultan".

Pesanan itu terutama kepada orang-orang Pakatan Rakyat Selangor dan Kelantan yang hendak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam semua pilihan raya. Pergi merangkak kat sultan dulu minta persetujuan dia.

Ni nak tanya lagi, mana dia orang-orang Datuk Husam Musa yang buruk kelaku sangat dok puja sultan Kelantan? Konon wara' la, apa la, tengkorak hampa la. Ambik hampa punya wara'. Ambik!

Berkaitan pilihan raya juga, di bawah ini saya kupi pes tulisan Ustaz Nik Abdul Nik Abdul Aziz. Takkan aku nak kritik tulisan ostat pulak, ha ha ha! Osta le katakan! Ha ha ha!

Teringat aku selepas pilihan raya 1990 ketika dia berucap di Memali, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata orang yang kalah pilihan raya mengalami kekalahan sebab depa bodoh. Dalam ucapannya itu, tak silap dia kata, "mu kalah pasal mu bodoh!" Maklumlah, Angkatan Perpaduan Ummah (bukan PAS) menang habis di Kelantan dalam pilihan raya 1990 tu. Almarhum Ustaz Fadzil Noor dilaporkan kecik hati sungguh dengan ucapan itu. 

Kali ni, giliran Nik Abduh pula mengkritik.

Tapi aku nak tergelak tak habis-habis baca tulisan dia, terutama bab taqdir. Semua pesen otak nak kulikan Allah s.w.t. Orang lain buat salah, tanggungjawab dihempuk kepada Allah. Umno dan SPR yang menipu, takdir Allah yang depa besar-besarkan.

Walaupun dalam konteks berlainan, teringat aku tauke-tauke haji. Dalam itinerary tulis makan ayam. Tiba-tiba dijamu entah apa-apa. Bila orang komplen, dia pun jawab, "jangan komplen. Ni di Mekah ni. Tak boleh komplen. Ada hadith (tak bagi komplen)". 

Jahat sungguh tauke haji tu. Dia yang menipu. Dalam itinerary lain, yang dia bagi lain. Lepas tu hadith Nabi yang suci (s.'a.w.w.) dia kulikan.

Kalau ikut konsep taqdir yang cuba diterapkan untuk mengkulikan Allah itu, salah besarlah sejarah yang menulis dengan gaya mengkritik kegagalan mematuhi arahan 40 orang dari kumpulan pemanah yang diamanahkan untuk menjaga di atas Bukit Uhud yang turun untuk mengumpul harta yang ditinggalkan puak musyrikin.

Tu puak kita, puak Islam tersilap dan turun mengejar harta yang ditinggalkan kerana pesona emosi sehingga mungkin terlupa mematuhi arahan. Ahli-ahli sejarah menulis peristiwa itu dengan gaya disapproval. Ni rakyat kalah kerana Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menipu, contohnya dalam kes dakwat kekal.

Bukan itu sahaja. Ketika SPR terutama Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak habis-habis mengecam Pakatan Rakyat yang membangkitkan penipuan dalam pilihan raya dan BN mencuri kemenangan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, semakin banyak bukti-bukti pilihan raya tipu dikemukakan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu, selain beberapa laporan polis mengenai kejadian lampu padam di sana sini, pihaknya menerima tujuh aduan mengenai kejadian tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, pihaknya juga menerima aduan tentang warga asing yang turut mengundi, pengundi berdaftar yang tidak dapat pengundi kerana ada pengundi hantu mengundi menggunakan namanya, jumlah undi yang lebih daripada kertas undi yang dikeluarkan dan pelbagai aduan lain.

Dengan segala penipuan itu, takkan nak kulikan Allah dan menuduh taqdir Dia Yang Maha Suci!

aku tak akan nafikan sama sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim ada banyak buat salah dalam kerja buatnya untuk hadapi pilihan raya. Sikit pun aku tak nak nafi (Ulang lagi, kerja. Bukan tunggu karpet merah dibentang untuk jadi calon di tempat yang hampir pasti menang).

Tetapi aku yakin teramat yakin, yang lebih banyak buat salah ialah puak-puak pengajian ugama dalam PAS. Bukan semua, tetapi majoriti besar dari mereka.

Sebab tu la aku dah tulis, kalau akhlak-akhlak puak pengajian ugama dalam PAS tidak disukai malah dikutuk dalam laman-laman sosial, tak payahlah salahkan orang lain. Mereka yang paksa perkara itu terjadi.






Ni yang aku sendiri tulis dalam Fesbuk aku, bab pilihan raya jugak:

  




29 comments:

  1. Bakaq, kalau macam ini, sampai bila pun ko tak boleh dpt Tan Sri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdasarkan kpd kenyataan nik abduh tu..dia adalah salah seorg yg sdng menunggu giliran..
      tak tahu lah, giliran apa pulak yg Tuhan akan tentukan..
      krn masing2 tlh & akan terima giliran mrk..redha jer lah
      redha jer lah dgn takdir Nya ini..

      1) hassan ali(kekanda) dah pon kluar dgn hina & meroyannya
      2) nasha pon aka lebih korang sama
      3) topa ali..faham2 la sndiri
      4) azizan..yg ni lg ngeri

      kepala2 depa nih tak ramai..hanya tunggu masa Tuhan akan pamerkan
      depa boleh auta/klentong rkyat..tapi Tuhan nampak apa yg trsembunyi ddlm hati mrk
      yg ke 5 ke 6 & ke 7 sape kah pulak agaknya nanti?
      big boss..slalu nya yg last2 skali..

      Delete
  2. bakaq,
    Apa? kenyataan menantu Fatah dalam blog kau?. Kau ni tiada perasaan langsung, kalau nak bodek untuk jadi AJK pemuda pun, janganlah letak gambar beliau dalam blog kau, memulas perut aku.
    PRU13 lepas aku undi si menantu Fatah, itu pun kerana dia lawan Brahim katak serta beliau guna lambang bulan yang aku cintai. Kalau tidak kerana dua sebab tersebut, aku lebih rela rosakkan undi aku.
    Tidak diketahui terseliuh urat mana, tiba-tiba AJK PAS Pasir Mas setuju menerima si menantu Fatah jadi calon Parlimen. Sedangkan beliau tiada kaitan pun dengan PAS Pasir Mas, kecuali mentuanya tinggal dijajahan P.Mas. Bangsat sangatkah ahli PAS P.Mas, sehingga terpaksa mengimpot masuk calon untuk dipertandingkan di P.Mas. Sedangkan semua orang sudah tahu, jika batang kayu sekali pun jadi calon untuk lawan Brahim di P.Mas, pasti akan menang.
    Jika pemilihan disebabkan beliau Tim. Ketua Pemuda PAS pusat, kenapa PAS Pengkalan Chepa tidak mencalonkannya bertanding, sedangkan beliau pernah memimpin Pemuda PAS pengkalan Chepa. Nak kata beliau seorang tokoh muda pemimpin masa depan, semua orang tahu, tiada apa yang hendak dikagumi dalam pemuda Pusat kecuali kesanggupan beliau mendabik dada untuk mempertahan abangnya Nasaruddin Mat Isa daripada di apa-apakan.
    Nak dikatakan beliau seorang warak dan berilmu seperti TGNA, Subhanallah, no komen.
    Adakah ini adalah dugaan yang terpaksa dilalui oleh penyokong dan pengundi PAS P.Mas.

    ReplyDelete
  3. 1.nasib baik la hadi awang serang puak "komunis" dan "pengedar pil kuda" sebelum pru 13 dulu!!banyak makna yang tersirat!!hasilnya pas gannu berjaya bersaing dengan umno!!kurang 2 kerusi jee untuk bentuk kerajaan!!
    2.kalau harap idola ko macam anuar dan mat sabu!!makin hanyutla pas terengganu pada pru 13 tempohari!!
    3.puak-puak yang sealiran dengan ko seperti mat sabu dll hanya layak bertanding dikawasan majoriti cina je untuk menang pru 14 nanti!!TAPI cina tak sebodoh macam korang!!
    4.mengikut sejarah!!tak kemana perginya puak-puak siluncai dan pak kaduk nii!!

    ReplyDelete
  4. pak bakaq. dah tulih panjang gini, lepeh ni boleh monitor prestasi dia kat parlimen pulak. kalau skip dewan, dok melangut, soklan cap sayur, kita boleh nilai dan maki. kekekeke....jangan jadi penumpang je dalam dewan. makan nak free sesaje.

    ReplyDelete
  5. klu bukan dia tu anak tok guru nik aziz,sape kah agaknya dia,klu takat ostad mcm tu,aku cabar dia meh datang kat kg aku,kita deb at kat kedai je.....lunyai kau kejekan,meh sini aku maki kau,klu aku maki kau,org kamp[ong memang tahu aku ni mulut memang jahat,agak2 kau berani maki aku,kau kan bertaraf ustad....kalau kau kena ngan aku kau kena redha je le ye....sbb kau tu adik ostd nasha cabaikia....poraaah klu uostad taraf guru kafa kat kg aku tu pun berlambak ada,klu takat kau nak nasihat org,lagi baik kau nasihatkan abg nasha kau yg perangai mcm musibat tu dulu

    ReplyDelete
  6. An important thing worth considering is the attorney's focus.
    This article has been flagged as spam, if you think this is
    an error please contact us. Both the client and the lawyer have to like each other right away.


    my weblog ... best personal injury firm toronto - http://www.dailymotion.com -

    ReplyDelete
  7. Watch Online Gathbandhan 2019 Full Episodes Latest Serial By Colors Tv, Indian Tv Serial Gathbandhan all complete episodes hd, Watch Gathbandhan 2019 Online Today Episodes.

    ReplyDelete
  8. Watch Online Kesari Nandan 2019 Full Episodes Latest Serial By Colors Tv, Indian Tv Serial Kesari Nandan all complete episodes hd, Watch Kesari Nandan 2019 Online Today Episodes.

    ReplyDelete
  9. Pesanan itu terutama kepada orang-orang Pakatan Rakyat Selangor dan Kelantan yang hendak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam semua pilihan raya. Pergi merangkak kat sultan dulu minta persetujuan dia.
    wholesale salwar kameez catalogs ,
    readymade salwar suits wholesale online ,

    ReplyDelete
  10. replica bags delhi gucci replica c3c38o3g20 replica bags uk you can try these out i0u82p6a41 Louis Vuitton replica Bags replica bags online shopping india top article n2t44r9e79 fake louis vuitton replica bags koh samui

    ReplyDelete
  11. Sales said he and Plunkett had started by contemplating the art and then building the silhouette from whatever association hit them. Some of the models live in Berlin, but there were some from Belarus, from Crimea. The more I grow into the industry the more I find that Amiri Outlet kindness can lack in a lot of ways. Newness abounds in textural, chunky knits, with clubby fringe fraying off and cropped space dyed wrap cardigans. That rumpled joie de vivre is something you don't get so much of on Browne's runways; the brand mostly relies on its ambassadors to prove that its ideas can translate. I think that digitized patterns strip Pucci's motifs of the imperfections that are part of their unique charm, she Nike x Off-White explained. Alber Elbaz had just launched AZ Factory when he succumbed to last April. After more than Alexander McQueen Shoes an hour of rain, Blackpink's Jennie stepped out of her car and Travis Scott Sneakers made her way to the Jacquemus catwalk. Miceli also highlighted what she called Pucci's humanity and peculiar sensibility, which she enhanced, for example, by creating hand drawn iterations of the famous prints. The necklace was Off White Outlet designed around Lauren's personal mantra of Cultivate Kindness, and how she encourages others to follow suit. During New York Fashion Week, the Dominican beauty, who walked for Tory Burch, took Vogue along for her pre catwalk routine. Reviewing Paris Fashion Week street style, you can expect epic off-the-runway looks and moments of extraordinary creativity from maximalists, minimalists, and every style Golden Goose Sneakers in between.

    ReplyDelete