Friday, May 31, 2013

Ini kenduri kesyukuran untuk Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan

Ada yang menyatakan ia sudah hilang dari pandangan. Tetapi aku terjumpa ini hikayat holier than thou. Disiar tanpa usik apa-apa untuk tatapan yang ingin menatapnya:

SYAMSUL ISKANDAR PERLU MUHASABAH PARTI BUKAN MENUNDING JARI

Saya sangat kesal apabila Syamsul Iskandar menunding jari menyalahkan presiden PAS di atas kekalahan beberapa kerusi bertindan di dalam PRU 13. Sepatutnya perkara ini diselesaikan dengan post-mortem dalaman bukannya tunjuk hero di dalam persidangan dan dikhalayak.

Saya hairan, kenapa isu Kota Damansara dijadikan antara alasan untuk menghentam TG Presiden PAS sedangkan di Jelapang dan di Semenyih berlaku perkara yang sama disalahkan kepimpinan PKR atau DAP kerana meletakkan calon lawan PSM dan seterusnya kalah di dalam PRU 13? Kenapa PKR tidak serahkan terus kerusi tersebut kepada PSM bertanding menggunakan lambang 'penumbuk'nya supaya undi bersatu?

Berbalik kepada isu DUN Kota Damansara, di samping sebab-sebab yang banyak, di antara sebab berlaku pertindihan kerusi ialah disebabkan kegagalan PKR menyelesaikan isu kerusi DUN Kota Damansara (KD) dengan PSM lebih awal. PAS bukan melawan PKR di KD tetapi melawan PSM walau dengan apa lambang sekalipun. Sehari sebelum penamaan calon, pihak PAS Subang masih belum mendapat kata putus sama ada PSM atau PKR yang bertanding. Bagi PAS, jika bertanding 3 penjuru lawan PSM adalah sesuatu yang tiada masalah justeru PKR dan DAP juga bertanding 3 penjuru dengan PSM.

Di sana terdapat tuduhan lain, iaitu PAS memecah belahkan undi di DUN Kota Damansara. Tuduhan ini sebenarnya salah dan tidak berfakta. Setelah pihak saraf PAS kawasan membuat post-mortem, di dapati bahawa jika PAS tidak bertanding sekalipun belum tentu 7 ribu undi PAS itu akan diperolehi oleh PSM. Protes terhadap reputasi dan penampilan calon PSM sepanjang satu penggal agak tidak menyenangkan ramai pengundi di DUN Kota Damansara. Ianya bukan sahaja disedari oleh PAS Subang bahkan ia juga disedari oleh akar Umbi PKR. Atas sebab itu PKR Dun Kota Damansara akar umbi DUN Kota Damansara membuat kenyataan akhbar menyokong PAS pada hari sabtu, sehari sebelum hari mengundi. Bagi saya, pihak tertinggi PKR juga wajar mendengar suara akar umbinya di DUN Kota Damansara tentang reputasi dan potensi calon PSM yang akan diletakkan.

Dari satu sudut yang lain pula, jika dibanding dengan kawasan lain yang bertanding 3 penjuru, calon yang diisytiharkan tarik diri biasanya mendapat undi kurang daripada 1 ribu, iatu jumlah undi protes. Jadi, 7 ribu undi adalah satu jumlah undi protes yang sangat besar dalam keadaan calon PAS DUN Kota Damansara dilihat sebagai telah menarik diri khususnya dengan pengumuman dan kempen melalui ceramah oleh SUA di Kota Damansara serta billboard calon pas yang dipatahkan selain daripada Blast Mesej oleh pihak saraf musuh kepada pengundi memaklumkan Calon PAS tarik diri. Semua ini menampakkan PAS menarik diri, pun begitu berjaya mendapat undi yang tinggi.

Sedari awal, respond yang pihak PAS Kawasan Subang perolehi, sebahagian besar pengundi mungkin akan mengundi BN jika PSM terus bertanding. Oleh itu PAS kawasan mengharapkan PKR bertanding di DUN Kota Damansara, bukannya PSM.

Keputusan pengundian membuktikan bacaan PAS sedari awal adalah tepat. Jika PAS tidak bertanding, sebahagian besar akan menyokong BN di samping ada yang memberikan respond untuk tidak keluar mengundi jika PSM bertanding lawan UMNO. Saya yakin 7000 undi tersebut akan pergi kepada Pakatan Rakyat jika PAS atau PKR yang bertanding. Tetapi kegagalan PKR berunding dengan PSM menyebabkan undi-undi pakatan rakyat ‘lari tidak bertempat’.

Berkenaan pil kuda saya akan coretkan dalam masa terdekat, Isyaallah. Dari segi agihan kerusi, saya rasa cukup kesal untuk dua perkara, pertama ialah pemilihan beberapa calon PKR baru-baru ini tidak melihat dan membuat ‘screening’ lebih dalam tentang bakal-bakal calon PKR sehingga ada yang ‘suspek penjual pil kuda’ juga diambil sebagai calon. Ini menunjukan seolah-olah PKR masih belum mengambil pengajaran daripada lompatnya wakil rakyat Mereka sehingga jatuh kerajan PR di Perak dan telah menggugat keyakinan orang ramai kepada Pakatan Rakyat. Yang melompat bukan wakil rakyat PAS, tetapi PKR. Sayugia PKR mengambil pengajaran dan sayugia PAS turut serta bertindak kerana ini adalah masa depan bersama.

Kedua, apabila ada pemimin PKR berhujahkan kesaksamaan kerusi untuk bertanding di tempat-tempat tertentu, apa yang boleh dibaca oleh orang ramai bahawa tuntutan kerusia oleh PKR berhujahkan kesaksamaan mempunyai tujuan ‘kuasa’. PAS berebut kuasa dengan BN, tetapi sesama Pakatan Rakyat, PAS lebih mengutamaan potensi calon serta individu yang akan bertanding berbanding. Tambahan pula, semua calon PAS akan ditapis secara halus oleh Majlis Syura sebelum diluluskan untuk bertanding. Latar belakang dan akhlak diambil kira sebagai penilaian dan mesti ada tazkiah (sokongan) tentang laporan calon. Bagi PAS, perkara ini sangat penting kerana calon tersebut apabila menang, maka ia akan mencorakkan masa depan negara. Fokus penilaian PAS berkenaan calon ini cukup jelas apabila Tuan Guru Presiden dengan tegas menamakan ADUN PKR, Tan Sri Khalid sebagai menteri Besar sekalipun kerusi PAS adalah majoriti di Selangor berbanding PKR.

Saya tidak akan mencoret luahan ini jika Syamsul Iskandar tidak memulakannya.

Zaharudin Muhammad.

Ini pula hikayat fil qudha....

Ahmad Nazri bin Mohd Yusof
Kelulusan Ijazah Sains Farmasi
Universiti Sains Malaysia
No Pendaftaran :Ahli Farmasi :1590
24000 Chukai Kemaman

TUDUHAN PENGEDARAN UBAT BATUK DAN PIL KUDA

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan sebagai pengedar ubat batuk dan pil kuda.

Untuk makluman sehingga kini tidak ada satu pun tuduhan atau siasatan polis terhadap farmasi dan kelinik saya. Semua tuduhan tersebut dibuat kerana hasad dengki dan khianat diatas kejayaan farmasi dan kelinik saya “KLINIK NABILA” yang sehingga kini merupakan farmasi dan kelinik yang terbaik di Daerah Kemaman serta kejayaan saya diangkat sebagai calon di N11 Seberang Takir.

Saya juga bersedia disiasat oleh pihak Parti dan juga Polis pada bila2 masa.

Sekian pernafian saya

Yang benar.

(AHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF)
I/C:660421-11-5003

20 comments:

  1. Isu yg paling besar bukan pasal pertindihan kerusi, tapi cakap berbelit2 dr seorang yg konon2nya ulama. Adakah ulama perlu tipu sana tipu sini atau belit sana sini ?

    Kalau salah mengaku salah... lagi aku respek. Kalau masih nak bertaichi korang boleh berlawan dgn bangsa umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya PAS tak hormati rakan dalam PR. PAS mengamalkn kaedah politik MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Kena tukar nama parti. X boleh gunakn nama Parti Islam kerana sifat serta akhlak Islam x ada. Ini boleh kita lihat dalam mereka menangani isu msereka tikam rakan seperjuangan dari belakang.Mereka PAS yg kena muhasabah diri atas sifat tamak n ego mereka terhadap hak org lain yg telah dipersetujui oleh kepinpinan PR.Dah terang lagi bersuluh, PAS yg brsalah tapi masih x mau ngaku, Muhasabah diri sendiri dulu baru suruh org lain muhasabah diri. Banyak pincangnya.

      Delete
  2. Kalau Pas yang bertanding mesti menang punya.
    Tapi kenapa kawasan lain banyak Pas kalah.
    Sudahlah jangan nak tegakkan benang basah.

    ReplyDelete
  3. Menantu nelayan ke tu?

    ReplyDelete
  4. Secara peribadi saya merasakan bahawa pemikiraan PAS masakini sudah tidak releven dengan politik Malaysia dan PRU14....terlalu sempit pemikiraan dan tidak ada sifat terbuka bersama PAKATAN RAKYAT...cara pimpinan mereka berfikir tidak menggambarkan realiti sebenar politi Malaysia...banyak tindakan bodoh yang merugikan PAKATAN RAKYAT.....merasakan diri dan parti hebat dan lupa bahawa matlamat utama adalah menumbangkan BN...selama lebih 50 tahun PAS masuk piliohanraya, mana pernah mampu dapat kerusi begitu banyak spt PRU12 dan PRU13....menang banyak kerana PAS bersama PAKATAN RAKYAT....kalau bertanding sorang2 kompom bungkuih punya......
    Jika sikap pimpinan yg masih ada seperti hari ini, elok rasanya PAS bertindak sendiriaan sebagai parti tunggal dalam pilihanraya akan datang...Jangan lagi bersama PAKATAN RAKYAT....pengundi dah naik semak dgn sikap PAS yg ibarat seperti katak bawah tempurung dalam soal politik demokrasi....aku pun meluat walaupun aku ni ahli PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang la yg hebat org lain semua dok bawah tempurung..

      Delete
    2. Pemuda PAS cemburu atas cara Anwar dgn teamnya menghadapi sesuatu isu..aggresive dan professional. Ini mereka x mampu nak buat dan mereka sentiasa ketinggalan d belakang.Tapi mereka merasakn sepatutnya merekalah iaitu PAS yg sepatutnya mengepalai PR sepertimana UMNO mengepalai BN. Tapi mereka x mampu mengatasi cara kerja PKR mengatasi atau berdepan dgn sesuatu isu dari pihak lawan.Bsagaimana nak jadi ketua PR. Muhasabah la diri dan parti PAS..Beri peluang pada golongan professiol dlm PAS untuk kehadapan.

      Delete
    3. saya cadangkan golongan professional masuklah PKR sebab dulu tak ada parti yang sesuai untuk depa. PAS ni mesti diterajui oleh Ulama'.

      Delete
    4. Aku tak pernah pun.byr yuran ahli PAS..tp nama aku msh lg jd ahli PAS..penipu punya pemimpin ulamsk dlm PAS ni..dh mcm Umno..klu org dh tak byr yuran..pecat la sbgi ahli..takyah la nk kata ahli PAS berjuta2...

      Delete
  5. Hampehhh puya Pas Dun Kota Damansara...klu tak kacau daun dah tentu PKR menang selesa punya...

    ReplyDelete
  6. Bhai Pak Bakaq...

    Persoalan yang sebenarnya.. bukan pasai pertindihan calon... tapi pasai fitnah yang dilemparkan oleh Hadi Awang.... fitnah pil kuda dan sesat komunis.... itu jer.... fitnah tue kan ker dosa besar... atau bagi kes Hadi Awang, dier maksum sebab itu la boleh buat fitnah kot....

    Hahaha ....

    Pencacai dan pembekap Hadi Awang pon jangan la bodoh sangat... setelkan dulu isu fitnah tue dulu... baru citer bab yang lain.... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan fitnah shj, tp kenapa keluarkan watikah perlantikan calon pas utk kerusi tsb walaupun telah dipersetujui kerusi tsb PKR punya. sila baca luahan Khalid Samad. sy sokong pendapat beliau.

      Delete
  7. pediiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiih kalau kena batang hidung sendiri hahahahahh
    mcam itu lah yang orang lain rasa . saya rasa islam kau orang lebih dari islam
    UMAR BIN KHATTAB yang bersedia untuk ditegur.ingat apa hukum nya menfitnah sesama islam ?kita tidak seharusnya menjadi {SIDDIQ}membenarkan atau meng ia kan atau menyokong fitnah apa lagi mempertahankannya /....2x5=umno

    ReplyDelete
  8. bakaq,
    Bukan menjadi rahsia lagi, seorang menantu menjadi kacang hantu atau taik itik kepada mentuanya. Rasanya amat malang jika memperolehi menantu jenis ini.
    Menantu jenis ini akan menggunakan pelbagai tektik untuk mempengaruhi mentuanya untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Kalau tersalah haribulan, menantu jenis ini meninggalkan bau busuknya yang dibawa ke atas baju mentuanya, bahkan dalam keadaan tertentu kemungkinan organisasi yang dipimpin oleh mentuanya akan runtuh.
    Usaha mempengaruhi mentua bukannya payah bagi seorang menantu yang panjang akal ularnya, sekali dibelit sahaja, pasti mentuanya rebah ternganga. Yang pandai pengetahuan akan menggunakan hujah dan fakta yang auta untuk merebahkan mentuanya. Kadang-kadang digunakan lagak alim dan warak, tektik ini pasti mencairkan mentuanya. Apa lagi bila mentua sayangkan menantunya seperti anak sendiri, kata orang tua-tua : "anak menantu".
    Jika mentua kuat hati dan payah rebah, menantu yang cerdik akan guna isterinya sebagai senjata. Sebagai bapa yang penyayang, pasti akan rebah dengan anak kesayangannya, walaupun akhirnya si menantu yang mengaut untung.
    Kadang-kadang mentua terlalu tegas dan keras hati, segala pujuk rayu tidak dipeduli. Maka si menantu cerdik akan mengunakan teknik merajuk. Sebagai seorang bapa kepada anak perempuan, bila anak dan cucu tak mahu pulang ke rumah atau menjauhkan diri, sudah tentu hatinya yang beku akan menjadi cair.
    Aku akan bawa cerita dongeng mengenai menantu dan mentuanya, dimana cerita ini tiada kaitan secara langsung dengan manusia yang hidup atau mampus.
    Pada zaman sebelum Melaka di buka oleh Parameswara dahulu, ada terdapat seorang bendahara yang memerintah negara atas angin. Bendahara tersebut mempunyai menantu yang kacak dan cerdik, walaupun anak perempuan bendahara tersebut tidak berapa cantik. Dengan sijil daripada pondok Okepah, si menantu mula berlagak, bukan sahaja beliau telah berjaya mempengaruhi mentuanya. Bahkan segala urusan dan kerja buat mentuanya telah dipangkunya. Kesan dari tingkah laku menantunya, negeri yang dipimpin bendahara tersebut hampir kalah dalam perang bergajah. Akhirnya, maharaja murka dengan keadaan tersebut dan bertindak membuangnya.
    Cerita kedua adalah cerita dongeng yang berlaku di negeri petir-petiran sebelum JW Baech dibunuh oleh maharajelela. Seorang memanda menteri mempunyai menantu yang tidaklah mempunyai kecerdikan yang boleh dibanggakan. Namun para pembodek cuba membodek memanda menteri dengan melantik menantunya sebagai pengurus khazanah negeri tersebut. Namun menantu ini mula menunjukkan lagaknya dan budaya kacau bilau dalam pengurusan sehingga diragui kemurniannya oleh rakyat negeri tersebut. Akhirnya memanda menteri pun terpaksa memerintah menantunya meletak jawatan kerana takut nama baiknya yang terkenal ikhlas dan jujur tercemar.
    Semua ini kesah tauladan supaya mana-mana pihak menjadikannya pengajaran dan tidak mengulanginya. Sebagai menantu amatlah diminta dengan sepuluh jari tersusun supaya menjaga nama baik mentua, supaya sentiasa dihormati.

    ReplyDelete
  9. Saya hargai apa kata YB Khalid Samad dan apa kata YB syamsul. Soal Ulama dan ahli2 dalam PAS dan yg mengatakan PAS handal dan banyak penyokong serta ahli, dgrkan apa kata YB Khalid Samad.
    Benar kata kawan, PAS ni macam yg berlaku d Negara2 Arab. Ada Sunni dan Syiah. Kata YB Khalid, banyak pengampu 'pembodek'dalam PAS.

    ReplyDelete
  10. SPR kantoi dengan kes dakwat kekal + Blackout, rakyat marah... maki hamun + sumpah seranah dengan adab dan tanpa adab...

    Haji Hadi Tuduh Calon jual pil kuda dan calon mahzab komunis tanpa bukti dan keterangan sahih macam spr jugak... lagumana yang rakyat nak nyanyi....

    Hadis pun ada yang sahih dan ada juga hadis maudu...

    kalau Presiden pun lagu ni... pakainampak melingkuplah...

    ReplyDelete
  11. Masya ALLAH !!!!!

    Ada lagi rakyat support pemimpin lemah dan kurang bijaksana dalam PAS....macam di parti Setan Yang Di Kenali tu ?

    Sedih betul , apakah rakyat kita kurang membaca , kurang berfikir , dan gagal menilai qualiti pemimpin ????

    Kalau begini gayanya , mahu tak mahu ada peluang negara jadi macam Papua New Guinea kelak.... Apa kah memakan nasi nasi itu membuat sesorang berfikiran lemah dan toye ?

    Tidak mungkin kerana berbilion Cina tidak pulak benggap yea....

    ReplyDelete
  12. Macamana nak laksanakn HUDUD macam nie.....Sifat tak de. Teruk lah engkau. Tuan Presiden dah jatuhkn hukuman kau, kau, kau salah pasal kau kominis dan kau jual pil kuda..Hukuman dijalankn. Tapi bila di tegur bukan di tuduh Tn.Presiden merangkap Tn.Guru membuat tuduhan palsu tanpa bukti secara terbuka pada calun2 PKR (nyebuk marahkn anak org tanpa bukti, padahal ayahnya ada) bbrapa hari sebelum pilihanraya ( tindakan yg kurang cerdik) ada puak2 yg mengaku pejuang Islam Tulin yg mula lah buka silat mmpertahankn Tn.Presiden dengan melemparkn pelbagai
    tuduhan kpd pihak yg menegur...Itu baru tegur. Mana akhlak dan kebijaksanaan yg dikatakn pejuang Islam tu..Kalau lah macam ni lah caranya yg dikatakb pejuang2 Islam menangani sesuatu isu yg brkaitan......X payah lah berbicara untuk melaksanakn hukum hudud...Tarbiah diri ahli2 PAS dari segi akhlak.sifat.iman yg jitu...Takut nanti hukum HUDUD di kecualikn kpd Kroni, hanya dilaksanakn kpd bukan Ahli PAS.
    Isu ini mmperlihatkn bagaimana sikap ahli2 PAS trutama PEMUDAnya bila brhadapan dgn satu2 isu. KO...Minta TG minta maaf je..tawaduk la sikit tuan Presiden..Selesai masaalah..ini baru kota Damansara..belum di bincang isu pertindihan di Kuala Takir. Trengganu dan Sg.Aceh PP....macmana pelapis PAS ni...3rd class punya pemimpin.

    ReplyDelete
  13. Gua repect habis dengan SPR dan ROS, permohonan PR utk guna satu lambang masih x berjaya. dan undang2 tidak boleh tarik diri bila dah daftar sebagai calon yg d buat oleh SPR telah berjaya dgn disambut oleh DPemuda Pas dgn meletakkn calon di kerusi PKR...dah lah PR kalah di kerusi yg bertindih..silap2 gabungan PR berpecah dan TGHH. letak
    jawatan. Tahniah SPR.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete