Saturday, June 1, 2013

Adakah Agong mahu rakyat terima penipuan SPR?

Malaysiakini 31/5/13 melaporkan, "Agong mahu rakyat akur dengan keputusan PRU13".

Pertama sekali, saya difahamkan, ucapan Agong yang ditulis oleh penulis ucapan mesti dilihat dahulu dan dipersetujui Perdana Menteri. Lepas tu baru tunjuk kat Agong. Lepas Agong tengok, mungkin pinda dan lepas tu dia setuju, kena tunjuk lagi kat Perdana Menteri untuk dipersetujui.

Dalam ucapan tu, Agong dikatakan kata: Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

aku kata: Kegagalan teruk SPR dan Umno untuk membuktikan mereka tidak menipu dalam pilihan raya adalah kegagalan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

Agong kata: Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh

aku kata: Kalau Malaysia hancur dan lumpuh, Umno dan SPRlah penyebab utamanya. SPR di bawah Jabatan Perdana Menteri, Perdana Menteri Umno, menipu dalam pilihan raya. Bak kata Cap Kapalayar, dakwat tak kekal kata dakwat kekal. Bukan tipu sikit-sikit. Tipu hidup-hidup.

Dalampada itu, teringat pulak Mat Saman Kati kata: PRU 14, "sapa nak bertanding kena dapat perkenan Sultan".

Pesanan itu terutama kepada orang-orang Pakatan Rakyat Selangor dan Kelantan yang hendak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam semua pilihan raya. Pergi merangkak kat sultan dulu minta persetujuan dia.

Ni nak tanya lagi, mana dia orang-orang Datuk Husam Musa yang buruk kelaku sangat dok puja sultan Kelantan? Konon wara' la, apa la, tengkorak hampa la. Ambik hampa punya wara'. Ambik!

Berkaitan pilihan raya juga, di bawah ini saya kupi pes tulisan Ustaz Nik Abdul Nik Abdul Aziz. Takkan aku nak kritik tulisan ostat pulak, ha ha ha! Osta le katakan! Ha ha ha!

Teringat aku selepas pilihan raya 1990 ketika dia berucap di Memali, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata orang yang kalah pilihan raya mengalami kekalahan sebab depa bodoh. Dalam ucapannya itu, tak silap dia kata, "mu kalah pasal mu bodoh!" Maklumlah, Angkatan Perpaduan Ummah (bukan PAS) menang habis di Kelantan dalam pilihan raya 1990 tu. Almarhum Ustaz Fadzil Noor dilaporkan kecik hati sungguh dengan ucapan itu. 

Kali ni, giliran Nik Abduh pula mengkritik.

Tapi aku nak tergelak tak habis-habis baca tulisan dia, terutama bab taqdir. Semua pesen otak nak kulikan Allah s.w.t. Orang lain buat salah, tanggungjawab dihempuk kepada Allah. Umno dan SPR yang menipu, takdir Allah yang depa besar-besarkan.

Walaupun dalam konteks berlainan, teringat aku tauke-tauke haji. Dalam itinerary tulis makan ayam. Tiba-tiba dijamu entah apa-apa. Bila orang komplen, dia pun jawab, "jangan komplen. Ni di Mekah ni. Tak boleh komplen. Ada hadith (tak bagi komplen)". 

Jahat sungguh tauke haji tu. Dia yang menipu. Dalam itinerary lain, yang dia bagi lain. Lepas tu hadith Nabi yang suci (s.'a.w.w.) dia kulikan.

Kalau ikut konsep taqdir yang cuba diterapkan untuk mengkulikan Allah itu, salah besarlah sejarah yang menulis dengan gaya mengkritik kegagalan mematuhi arahan 40 orang dari kumpulan pemanah yang diamanahkan untuk menjaga di atas Bukit Uhud yang turun untuk mengumpul harta yang ditinggalkan puak musyrikin.

Tu puak kita, puak Islam tersilap dan turun mengejar harta yang ditinggalkan kerana pesona emosi sehingga mungkin terlupa mematuhi arahan. Ahli-ahli sejarah menulis peristiwa itu dengan gaya disapproval. Ni rakyat kalah kerana Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menipu, contohnya dalam kes dakwat kekal.

Bukan itu sahaja. Ketika SPR terutama Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak habis-habis mengecam Pakatan Rakyat yang membangkitkan penipuan dalam pilihan raya dan BN mencuri kemenangan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, semakin banyak bukti-bukti pilihan raya tipu dikemukakan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu, selain beberapa laporan polis mengenai kejadian lampu padam di sana sini, pihaknya menerima tujuh aduan mengenai kejadian tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, pihaknya juga menerima aduan tentang warga asing yang turut mengundi, pengundi berdaftar yang tidak dapat pengundi kerana ada pengundi hantu mengundi menggunakan namanya, jumlah undi yang lebih daripada kertas undi yang dikeluarkan dan pelbagai aduan lain.

Dengan segala penipuan itu, takkan nak kulikan Allah dan menuduh taqdir Dia Yang Maha Suci!

aku tak akan nafikan sama sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim ada banyak buat salah dalam kerja buatnya untuk hadapi pilihan raya. Sikit pun aku tak nak nafi (Ulang lagi, kerja. Bukan tunggu karpet merah dibentang untuk jadi calon di tempat yang hampir pasti menang).

Tetapi aku yakin teramat yakin, yang lebih banyak buat salah ialah puak-puak pengajian ugama dalam PAS. Bukan semua, tetapi majoriti besar dari mereka.

Sebab tu la aku dah tulis, kalau akhlak-akhlak puak pengajian ugama dalam PAS tidak disukai malah dikutuk dalam laman-laman sosial, tak payahlah salahkan orang lain. Mereka yang paksa perkara itu terjadi.






Ni yang aku sendiri tulis dalam Fesbuk aku, bab pilihan raya jugak:

  




Friday, May 31, 2013

Ini kenduri kesyukuran untuk Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan

Ada yang menyatakan ia sudah hilang dari pandangan. Tetapi aku terjumpa ini hikayat holier than thou. Disiar tanpa usik apa-apa untuk tatapan yang ingin menatapnya:

SYAMSUL ISKANDAR PERLU MUHASABAH PARTI BUKAN MENUNDING JARI

Saya sangat kesal apabila Syamsul Iskandar menunding jari menyalahkan presiden PAS di atas kekalahan beberapa kerusi bertindan di dalam PRU 13. Sepatutnya perkara ini diselesaikan dengan post-mortem dalaman bukannya tunjuk hero di dalam persidangan dan dikhalayak.

Saya hairan, kenapa isu Kota Damansara dijadikan antara alasan untuk menghentam TG Presiden PAS sedangkan di Jelapang dan di Semenyih berlaku perkara yang sama disalahkan kepimpinan PKR atau DAP kerana meletakkan calon lawan PSM dan seterusnya kalah di dalam PRU 13? Kenapa PKR tidak serahkan terus kerusi tersebut kepada PSM bertanding menggunakan lambang 'penumbuk'nya supaya undi bersatu?

Berbalik kepada isu DUN Kota Damansara, di samping sebab-sebab yang banyak, di antara sebab berlaku pertindihan kerusi ialah disebabkan kegagalan PKR menyelesaikan isu kerusi DUN Kota Damansara (KD) dengan PSM lebih awal. PAS bukan melawan PKR di KD tetapi melawan PSM walau dengan apa lambang sekalipun. Sehari sebelum penamaan calon, pihak PAS Subang masih belum mendapat kata putus sama ada PSM atau PKR yang bertanding. Bagi PAS, jika bertanding 3 penjuru lawan PSM adalah sesuatu yang tiada masalah justeru PKR dan DAP juga bertanding 3 penjuru dengan PSM.

Di sana terdapat tuduhan lain, iaitu PAS memecah belahkan undi di DUN Kota Damansara. Tuduhan ini sebenarnya salah dan tidak berfakta. Setelah pihak saraf PAS kawasan membuat post-mortem, di dapati bahawa jika PAS tidak bertanding sekalipun belum tentu 7 ribu undi PAS itu akan diperolehi oleh PSM. Protes terhadap reputasi dan penampilan calon PSM sepanjang satu penggal agak tidak menyenangkan ramai pengundi di DUN Kota Damansara. Ianya bukan sahaja disedari oleh PAS Subang bahkan ia juga disedari oleh akar Umbi PKR. Atas sebab itu PKR Dun Kota Damansara akar umbi DUN Kota Damansara membuat kenyataan akhbar menyokong PAS pada hari sabtu, sehari sebelum hari mengundi. Bagi saya, pihak tertinggi PKR juga wajar mendengar suara akar umbinya di DUN Kota Damansara tentang reputasi dan potensi calon PSM yang akan diletakkan.

Dari satu sudut yang lain pula, jika dibanding dengan kawasan lain yang bertanding 3 penjuru, calon yang diisytiharkan tarik diri biasanya mendapat undi kurang daripada 1 ribu, iatu jumlah undi protes. Jadi, 7 ribu undi adalah satu jumlah undi protes yang sangat besar dalam keadaan calon PAS DUN Kota Damansara dilihat sebagai telah menarik diri khususnya dengan pengumuman dan kempen melalui ceramah oleh SUA di Kota Damansara serta billboard calon pas yang dipatahkan selain daripada Blast Mesej oleh pihak saraf musuh kepada pengundi memaklumkan Calon PAS tarik diri. Semua ini menampakkan PAS menarik diri, pun begitu berjaya mendapat undi yang tinggi.

Sedari awal, respond yang pihak PAS Kawasan Subang perolehi, sebahagian besar pengundi mungkin akan mengundi BN jika PSM terus bertanding. Oleh itu PAS kawasan mengharapkan PKR bertanding di DUN Kota Damansara, bukannya PSM.

Keputusan pengundian membuktikan bacaan PAS sedari awal adalah tepat. Jika PAS tidak bertanding, sebahagian besar akan menyokong BN di samping ada yang memberikan respond untuk tidak keluar mengundi jika PSM bertanding lawan UMNO. Saya yakin 7000 undi tersebut akan pergi kepada Pakatan Rakyat jika PAS atau PKR yang bertanding. Tetapi kegagalan PKR berunding dengan PSM menyebabkan undi-undi pakatan rakyat ‘lari tidak bertempat’.

Berkenaan pil kuda saya akan coretkan dalam masa terdekat, Isyaallah. Dari segi agihan kerusi, saya rasa cukup kesal untuk dua perkara, pertama ialah pemilihan beberapa calon PKR baru-baru ini tidak melihat dan membuat ‘screening’ lebih dalam tentang bakal-bakal calon PKR sehingga ada yang ‘suspek penjual pil kuda’ juga diambil sebagai calon. Ini menunjukan seolah-olah PKR masih belum mengambil pengajaran daripada lompatnya wakil rakyat Mereka sehingga jatuh kerajan PR di Perak dan telah menggugat keyakinan orang ramai kepada Pakatan Rakyat. Yang melompat bukan wakil rakyat PAS, tetapi PKR. Sayugia PKR mengambil pengajaran dan sayugia PAS turut serta bertindak kerana ini adalah masa depan bersama.

Kedua, apabila ada pemimin PKR berhujahkan kesaksamaan kerusi untuk bertanding di tempat-tempat tertentu, apa yang boleh dibaca oleh orang ramai bahawa tuntutan kerusia oleh PKR berhujahkan kesaksamaan mempunyai tujuan ‘kuasa’. PAS berebut kuasa dengan BN, tetapi sesama Pakatan Rakyat, PAS lebih mengutamaan potensi calon serta individu yang akan bertanding berbanding. Tambahan pula, semua calon PAS akan ditapis secara halus oleh Majlis Syura sebelum diluluskan untuk bertanding. Latar belakang dan akhlak diambil kira sebagai penilaian dan mesti ada tazkiah (sokongan) tentang laporan calon. Bagi PAS, perkara ini sangat penting kerana calon tersebut apabila menang, maka ia akan mencorakkan masa depan negara. Fokus penilaian PAS berkenaan calon ini cukup jelas apabila Tuan Guru Presiden dengan tegas menamakan ADUN PKR, Tan Sri Khalid sebagai menteri Besar sekalipun kerusi PAS adalah majoriti di Selangor berbanding PKR.

Saya tidak akan mencoret luahan ini jika Syamsul Iskandar tidak memulakannya.

Zaharudin Muhammad.

Ini pula hikayat fil qudha....

Ahmad Nazri bin Mohd Yusof
Kelulusan Ijazah Sains Farmasi
Universiti Sains Malaysia
No Pendaftaran :Ahli Farmasi :1590
24000 Chukai Kemaman

TUDUHAN PENGEDARAN UBAT BATUK DAN PIL KUDA

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan sebagai pengedar ubat batuk dan pil kuda.

Untuk makluman sehingga kini tidak ada satu pun tuduhan atau siasatan polis terhadap farmasi dan kelinik saya. Semua tuduhan tersebut dibuat kerana hasad dengki dan khianat diatas kejayaan farmasi dan kelinik saya “KLINIK NABILA” yang sehingga kini merupakan farmasi dan kelinik yang terbaik di Daerah Kemaman serta kejayaan saya diangkat sebagai calon di N11 Seberang Takir.

Saya juga bersedia disiasat oleh pihak Parti dan juga Polis pada bila2 masa.

Sekian pernafian saya

Yang benar.

(AHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF)
I/C:660421-11-5003

Friday, May 24, 2013

"Pernah anta tengok Harun Taib di barisan depan bila bertembung dengan Umno?"

Dalam berita Malaysiakini hari ni bertajuk "Mahfuz: PAS Kedah galak ahli hadir himpunan esok", Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib (lihat komen-komen terhadapnya di sini) dilaporkan berkata, adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada parti itu.

Perkasa parti? Raih sokongan baru? Ni aku nak cerita sikit.

Ketika aku jadi ahli PAS, dari tahun 1984 sehinggalah bila aku tak ingat, aku ni berada dalam grup penganjur ceramah-ceramah PAS. Biasanya, surat-surat jemputan aku yang taip.

Ceramah PAS dalam 80an tu memang tak laku. Bukan saja tak laku, selalu kena baling batu. Tapi tidaklah susah nak ajak Almarhum Ustaz Fadzil Noor ka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ka datang berceramah dalam majlis-majlis yang dianjurkan PAS Wilayah Persekutuan. Kalau ada masa, mereka sudi ja datang.

Yang paling susah nak diajak berceramah dan berdalih-dalih mcm siut ialah Harun. Sampai la ni pun, tiap kali sebut nama Harun, itu yang aku teringat dulu.

Ada orang mendakwa, Harun tumpu tarbiyyah. Tapi ada kawan beritahu aku, puak-puak yang dikatakan hasil tarbiyyah Harun tu menjadikan PAS kelihatan "dreadful". Kawan itu mungkin betul.

Dan, yang paling aku ingat ialah kata-kata seorang ustaz yang kini semakin dilihat berada dalam puak ulama dalam PAS (aku saja tak nak sebut istilah puak UG atau ustaz gila). Dia tanya aku: "Pernah anta tengok Harun Taib ada di barisan hadapan bila pemimpin lain bertembung dengan Umno?"

Bila ustaz tu tanya gitu, aku pun teringat, Harun hanya sinonim dgn lawan IRC ja. Macam la IRC tu kafir Yahudi.

Apa-apa pun, aku semakin kenal ulama-ulama PAS yang buruk sungguh akhlak politik mereka. Memang aku akui, ramai ulama PAS yang elok dan terpuji akhlak politik mereka. Tapi, yang buruk akhlak politik mereka lebih ramai lagi. Terlalu ramai.

Monday, May 20, 2013

Ustaz gila (UG) dalam PAS jumpa Umno lagi? Tahan teksi jugak ka?



Bila tengok apa yang Zul Hazmi tulis, teringat ada orang beritahu Presiden PAS kata yang dia tak ada jumpa Umno. Orang lain dia tak tahu. Link yang Zul Hazmi tulis tu, di sini. Adoila, bila dia sebuat fasal tahan teksi, teringat la pula gambar Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz tahan teksi.


Adoila, PAS Selangor tak naik-naik darjah rupa-rupanya

Tak kesampaian lagi nampaknya harapan nak melihat PAS Selangor cerdik. Dah lama dah orang tengok PAS Selangor tak cerdik terutama apabila berjerkah tempik kerana nak sangat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali jadi Pesuruhjaya PAS negeri itu dulu. Akhirnya, padan muka puak-puak yang nak sangat pengejar jawatan Menteri Besar tu.

Hari ini, bila tengok berita bertajuk "Exco Selangor: PAS akur perkenan sultan," nampak sangat-sangat lagi tak naik-naik darjah PAS Selangor tu. Adoila, kalau macam tu gaya, jadi ulam Azmin Ali la hampa.

Hello kawan, takkan tak tau kerja sultan hanya bagi persetujuan nama-nama dalam senarai yang dikemukakan oleh pihak yang mendapat majoriti dalam pilihan raya. Memang sultan boleh buat kacau dengan tidak mempersetujui nama yang dikemukakan. Tapi, awat yang melarat sampai nak serahkan kepada dia pula untuk tentukan senarai mana dia setuju?

Tak ada masalah nak berjerkah tempik dengan DAP sampai dua-dua pihak capai kata setuju. Tak ada siapa suruh jadi pak yet DAP pun. Tapi, walau berunding dengan kasar dan keras sekalipun, biarlah berunding sesama sendiri di dalam Pakatan Rakyat.

Apahal nak suruh sultan tentukan pula? Konon-konon nak main politik dengan DAP kot? Ingat pandai main politik sangat ka buat lagu tu? Idea siapa tu serah tengkuk sikit demi sikit kepada sultan? Baik suruh mamat tu pijak kepala hampa terus.

Kalau lagu tu, tak payah masuk pilihan raya la. Serah kat sultan semua.

AlhamduliLlah, syukur teramat syukur kepada Allah s.w.t. aku tak pernah angkat tangan aminkan doa untuk sultan mana pun dalam khutbah-khutbah Jumaat sejak aku mengaji sekolah menengah lagi.

Awat la tak reti-reti. Tara sultan Kelantan yang ramai dengan penuh bangang dok dakwa dia baik pun...

Wednesday, May 15, 2013

Woi bangsa Umno, Allah bukan kuli hang la, kurang ajaq oi!

Allah s.w.t. ialah tempat kita memohon pertolongan, belas kasihan, keampunan dan apa saja yang baik-baik. Allah bukan kuli kita. Hanya yang kurang ajar dan bersifat syaitan sahaja yang mempunyai sikap nak jadikan Allah kuli dia.

Dalam berita Malaysiakini semalam bertajuk "NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina," antara lain dilaporkan:

Ditanya tentang kemungkinan kempen itu menjejaskan mata pencarian orang Melayu yang bekerja dengan perniagaan terbabit, Nadzim menegaskan rezeki ditentukan Tuhan dan orang Melayu perlu "membuang keraguan mereka pada Allah".

"Kalau dua tiga syarikat (sahaja diboikot), tak ada masalah.

"Rezeki Allah nak bagi. Kita mahu orang Melayu jangan bertanya (perkara ini) lagi, kita buangkan keraguan kita pada Allah," ulasnya.


Kurang ajaq sungguh! Dia yang buat taik, lepas tu dia nak suruh Allah cuci. Dia yang buat onar sehingga menjejaskan mata pencarian orang Melayu yang berkerja dengan perniagaan terbabit, lepas tu dia nak Allah jadi kuli dia selesaikan masalah tu.

Kurang ajaq sungguh!

Dalam posting semalam bertajuk "Malam ni tak tulis fasal PAS, satgi kena la'nat pulak," saya janji nak siarkan sms dari seorang pengundi Kedah. Ni dia (saya tak edit):

(1) BN tidak menang d Kedah dlm PRU 13, TETAPI PAS yg kalah. Sebelum PRU lagi PAS dah kalah - persepsi rakyat terhadap effectiveness pentadbiran kerajaan PAS adalah teruk & buruk ; jentera2 PAS lawan sama sendiri berlaku semasa penamaan calon maka masa PRU tok sah cakap la ; Penentangan terbuka terhadap Pesuruhjaya oleh sayap ulama & grass root di setengah tempat ; persepsi negatif kaum Cina terhadap kerajaan negeri yg diterajui PAS ; kubu tradisi PAS yakni Institusi Pondok 'merajuk' dgn Pentadbiran Kerajaan Negeri PAS dll.(2) So what next ? (2.1) Pucuk pimpinan PAS peringkat negeri patut bertanggong jawab la - Pesuruhjaya, Timbalan2 & jawatankuasa Negeri PLEASE GO. U GUYS FUCK UP ! DONT JUST BLAME YOUR BOSS. PLEASE HAVE THE DECENCY TO ACCEPT RESPONSIBILITY ! CINA MCA & GERAKAN BOLEH RESIGN , PASAI APA HAMPA TAK BOLEH ? (2.2) Exco members 2008-2013 jgn bertanding lagi DUN in PRU14. Marketing Management 101 - noboy want 2 buy failed/defective products ; consumers dont 4get failed/defective products. Dont have to go far - look at Terengganu after PRU11,12&13. Kalau masih nak berpolitik pl bertanding Parliamentary seats or better still write a book - How Not To Lose A State...(2.3) Pilih a NEW GROUP of people 2 manage PAS Kedah.

Satu lagi sms dia:

Salam bakaq, Pahrolrazi resigned fr Jawatan Kuasa PAS Kedah 2day. This is exemplary leadership. Can u poke in yr blog - bila Presideng, Timb Presiden & Naib want 2 take responsibility ?

Tuesday, May 14, 2013

Malam ni tak tulis fasal PAS, satgi kena la'nat pulak

Mulai 6 Mei lalu, iaitu sehari selepas pilihan raya umum ke-13, bangsa seseorang ditentukan oleh parti apa dia undi. Bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kata Barisan Nasional (BN) hilang banyak undi dan kerusi kerana 'Chinese tsunami', ia semacam pukul borong siapa sahaja yang undi Pakatan Rakyat adalah Cina. Kalau undi BN, Melayu la tu.

Sebagai contoh di Raub, calon bangsa Cina dari DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berjaya mendapat 23415 undi untuk mengalahkan calon bangsa Melayu dari BN, Hoh Khai Mun yang hanya mendapat 20601 undi.

Lain pula di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun di Kedah, di mana calon berbangsa Melayu dari BN, Dr Leong Yong Kong berjaya mendapat 11411 undi untuk mengalahkan calon bangsa Cina dari PKR, Salma Ismail yang hanya mendapat 10115 undi.

Bila orang-orang Cina macam saya tak undi BN, orang-orang Melayu membalas dendam. Memang benar kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah bahawa orang-orang Melayu akan balas dendam jika dikhianati.

Di Terengganu, Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said dah pun mengingatkan bahawa tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah.

Walaupun miskin, 9098 Cina di DUN Teluk Pasu, 6801 Cina di DUN Bukit Tunggal, 12427 Cina di DUN Wakaf Mempelam, 9066 Cina di DUN Ladang, 13679 Cina di DUN Batu Buruk, 10844 Cina di DUN Alor Limbat, 9342 Cina di DUN Bukit Payung, 11468 Cina di DUN Ru Rendang, 6873 Cina di DUN Manir, 8964 Cina di DUN Rantau Abang, 8952 Cina di DUN Sura, 12138 Cina di DUN Paka, 12457 Cina di DUN Cukai dan 11128 Cina di DUN Tepuh yang kesemuanya mengundi PAS serta 9413 Cina di DUN Bandar yang mengundi PKR tak ada peluang la nak dapat rumah mampu milik.

Beratus ribu Cina Terengganu yang undi PAS dan PKR jangan dok mimpi la nak dapat rumah mampu milik.

Lain kali, ingat apa yang Mohd Noor tu kata: "...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah".

Malam ni tak tulis fasal PAS, satgi kena la'nat pulak. Tapi saya akan siarkan juga sms dari seorang pengundi Kedah yang berkata "you guys fuck up" kepada para pemimpin PAS berhubung kekalahan PAS Kedah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Sebelum ni, saya ingat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah Muhamad Yusof Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor boleh faham bila saya tulis posting bertajuk "Adakah Cina Gerakan lebih bermaruah dari Melayu PAS?"

Posting tu merujuk kepada negeri Kedah, di mana undi kepada Pakatan jatuh paling teruk.

Sunday, May 12, 2013

Orang penting PAS sendiri tak percaya Presiden PAS

Waktu anak saya Muhammad Sadiq (2/1/94 - 4/12/10) kembali ke pangkuan Allah s.w.t. yang sangat dia harapkan keampunan-Nya dulu, kami suka berkumpul sekeluarga untuk merawat lara dan luka di dalam jiwa. 

La ni, bila penipuan pilihan raya mematikan harapan rakyat untuk menamatkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) yang saya mohon Allah mela'natkan parti itu, tentulah berkumpul sesama sendiri seperti di Kelana Jaya dan di Batu Kawan sangat penting untuk menguatkan kembali semangat (Foto di sebelah ihsan Sky Arts Production).

Sebab tu la aku sakit hati sangat bila Azmin Ali tuduh kita ni bodoh sangat sehingga kononnya kita ni diletihkan, diasak, diheret dan dibuli bila kita berkumpul di Kelana Jaya.

Dan sebab itulah juga saya tetap melihat Azmin sebagai Hasan Ali in the making walaupun dia telah meredakan histerianya apabila melihat rakyat semakin ramai dan nyata berada di pihak Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tu satu hal. Tapi yang saya nak tulis di sini ialah mengenai pesanan ringkas yang saya terima dari seorang aktivis PAS yang berada di sekitar puncak kuasa PAS. saya petik tanpa edit:

"Hang tulislah bagi peringatan pada pimpinan pas jgn ulangi 2008 lepas pru jumpa pm.jgn bagi org maki pas"

Setakat itu saja pesanan ringkas beliau.

saya tertanya-tanya, mengapa orang berada sekitar puncak kuasa PAS menghantar sms sedemikian rupa? Adakah dia sedang mengetahui sesuatu yang berlaku yang kita tak tahu?

saya hanya boleh bertanya, kerana saya tak ada maklumat. Kalau saya ada maklumat yang saya yakin sahih, dan maklumat itu bukan dari Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, saya pasti tulis. saya malas nak ambil maklumat dari AJK PAS Pusat sebab takut nanti depa kena bersumpah la'nat dalam mesyuarat yang depa tak bagi maklumat kat saya. Naya la depa.

Jika sesiapa yang ada maklumat bahawa Presiden PAS mengulangi buruk kelakunya selepas pilihan raya 2008 lalu dan berkendak politik dalam gelap dengan pemimpin tertinggi Umno, harap kongsikan maklumat itu.

Namun, dari sms yang saya terima itu, apa yang nyata bagi saya  ialah orang-orang penting PAS sendiri tidak percaya kepada Presiden PAS.

(saya juga ada terima sms dari seorang pengundi Kedah yang berkata "you guys fuck up" kepada para pemimpin PAS berhubung kekalahan PAS Kedah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu. Nanti saya siarkan) 

Saturday, May 11, 2013

Harap Adun Kota Damansara jemput Presiden PAS baca doa di majlis kesyukuran kemenangannya

Bila saya dan beberapa kawan dari Kedah jumpa Dr Hashim untuk menyampaikan takziah akibat apa yg Haji Khalid Abd Samad sifatkan sebagai "hasutan syaitan", antara ayat yang saya tak lupa dia kata ialah "ada la hikmah tu".

aku ni bodo ugama. Tapi, saya rasa la, contohnya kalau la ketika saya makan mee rebus Ghulam elok-elok ketika jumpa Dr Nasir tu, tiba-tiba tercekik tersedak-sedak jugak walaupun saya makan dah habis hati-hati dah, boleh la kata "ada la hikmah tu".

Ok, setahu saya, hikmah dari Allah s.w.t. Tapi kalau dengan jahatnya orang kencing atas kepala rakyat kerana dah terasa manis dan lazat sangat "hasutan syaitan" dan bagi free-free kat Umno kerusi DUN Kota Damansara tu, takkan nak kata "ada la hikmah tu".

Tu satu. Khalid kata Pakatan Rakyat kalah di Kota Damansara dan Semenyih akibat "hasutan syaitan" (Lihat "PAS dengan DAP tak kelapaq kat hang, Azmin oi!!")

Saya nak tanya, adakah orang yang turut merasa manis dan lazat sangat "hasutan syaitan" itu ialah orang yang tanda tangan watikah atau surat kelulusan menggunakan lambang PAS? Katanya, bukan satu dia tandatangan sehingga mengakibatkan berlaga sesama Pakatan, malah sampai lima enam.

Ketika pergi Kota Damansara baru-baru ini, saya pun ternampak poster calon Barisan Nasional bagi DUN Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan. Bila nampak poster tu, saya rasa nak hantar mesej kat dia mencadangkan dia menjemput Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membaca doa kesyukuran kalau dia buat kenduri kesyukuran meraikan kemenangannya di Kota Damansara tu.

saya juga nak cadangkan Halimaton Saadiah jemput sama menantu Abdul Hadi, Zaharuddin Muhammad dan calon PAS di Kota Damansara, Ridzuan Ismail sebagai tetamu paling utama selain Abdul Hadi.

Lebih elok lagi kalau Halimaton Saadiah meminta orang-orang Umno menyediakan tandu untuk mengusung dan mengarak mereka bertiga sebagai adi jagat utama yang menganugerahkan kemenangan kepadanya sehingga dapat la dia jadi Adun Kota Damansa.

(Saya ada janji nak tulis sambungan dalam posting "Adakah akan jadi kafir kalau tak cakap bab hudud sat waktu pilihan raya ni?" selepas pilihan raya. Nanti saya tulis)

Thursday, May 9, 2013

PAS dengan DAP tak kelapaq kat hang, Azmin oi!!

Ketika berucap pada majlis kesyukuran atas kemenangan Pakatan Rakyat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini, Haji Khalid Abdul Samad menegaskankan Tan Sri Khalid Ibrahim akan menjadi Menteri Besar Selangor. Ambik sebijik, Azmin!

Khalid juga menegaskankan bahawa hasutan syaitan menyebabkan kita kalah di Kota Damansara dan Semenyih. Kerana ego dan besar kepala kita kalah, katanya.

Mengenai jawatan Menteri Besar Selangor pula, dia kata, bila dah menang bola dan jadi juara, amat tak bijak tukar pengurus.

Jawatan Menteri Besar, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, bukan piala untuk direbut untuk puaskan hati masing2.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada DAP yg mahukan Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, Khalid memberitahu dia telah mendapat surat dari Presiden PAS yang menyatakan persetujuan melantik Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar.

"Kalau orang PAS tak percaya, datang pejabat saya, nak tunjuk, nak tampal kat dahi," tegas Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Ni aku cakap pulak:

"Azmin mana? Azmin? Booooooooo. Woi! PAS dengan DAP tak kelapaq kat hang, Azmin oi!! Boooooo!!

"Apa dia? Nak belah? Pi lah. Lagi bagus!"

Monday, May 6, 2013

Adakah Cina Gerakan lebih bermaruah dari Melayu PAS?

Ini saya tulis dalam Fesbuk saya di sini:

Casualty yg paling bnyk di sebelah PR ialah PAS. Pendang yg jadi kubu PAS pun kalah. Adakah pemimpin2 PAS akan buat tindakan bermaruah seperti SUA Gerakan ni dan meletak jawatan? Jgn pandai kata kat Umno ja bila pemimpin Umno buat perangai lembu kenyang tak nak letak jawatan bila apa2 jadi. Jgn org kata Cina Gerakan lebih bermaruah dari Melayu PAS.. Anwar pun dah kata ini yg terakhir kalau PR tak menang, sila tunaikan janji.

Tahniahlah Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memberi kemenangan kepada BN

Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan (As-Saf : 3)

Antara yg tidak beradab itu ialah cah keting kawan seperti di Kota Damansara.

Dah sah-sah Dr Nasir pertahan kerusi milik parti yang jadi kawan Pakatan Rakyat, PAS pi sabotaj dengan meletakkan calonnya.

Siapa yang tanda tangan surat kebenaran menggunakan lambang PAS?

Bukan sahaja sabotaj, siap cerca lagi.

Ini baru permulaan pendedahan perbuatan tidak beradab.

Tahniahlah Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) di Kota Damansara.

Hal lain sikit: Adakah kita akan turun ke jalan raya? Kal;au terbukti tipu, kenapa tidak? Kalau terbukti tipu pilihan raya, rakyat turun jalan raya!

Saturday, May 4, 2013

Siang-siang Umno jerit "Melayu, Melayu!" malam-malam sembah Cina mengemis rasuah

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kata PAS dan Anwar mengemis pada DAP.

Saya tak perlu jawab apa-apa. Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh jawab sendiri dan lagi pandai jawab. Orang-orang PAS pun terlalu ramai yang pandai-pandai walaupun ada yang bodoh dan khianat, iaitu puak Unity Government (UG).

Lagi pun, saya bukan lawyer depa.

Selain itu, walaupun saya tibai Dr Mahathir cukup-cukup ketika dia jadi Perdana Menteri, tapi bila dia dah pencen, saya hampir tak pernah hentam dia. Nak kata tak pernah langsung tak berani la. Tapi, hampir tak pernah.

Dalam banyak hal, Tun jauh lebih mulia dari puak PAS UG. Sekurang-kurangnya Tun Umno dan Umno sahaja parti dia. Hati dia tak ada pada parti lain. Puak PAS UG pula, jiwa dan kelaku sebijik Umno, tapi dok bawa kad keahlian PAS. 

Tinggal lagi, bila Dr Mahathir kata PAS dan Anwar mengemis pada DAP, saya teringat satu komen di bawah posting bertajuk "Bunuh kuasa Umno BN dulu, lepas tu kita soal Anwar". Mamat tu kata:

"La ni pon (kuasa) ada di tangan MCA, tauke2. Umno siang2 jerit Melayu2, mlm2 merangkak sembah Cina mengemis rasuah. Hina, hina!".

Sementara itu, kawan saya seorang wartawan menghantar ramalam bahawa Umno menang. Dengan adanya bukti tambahan melalui berita bertajuk "Nong Chik's personalised leaflet to a phantom," saya hanya jawab, "Tipu pilihan raya, turun jalan raya".

Thursday, May 2, 2013

Bunuh kuasa Umno BN dulu, lepas tu kita soal Anwar


SEJAK 2, 3 TAHUN DAH SAYA KATA BERKALI-KALI

KITA BUNUH KUASA UMNO BN DULU

BUNUH KUASA UMNO BN DULU

FIRST THING FIRST

BENDA-BENDA MACAM BERITA DI BAWAH NI KITA TANGANI KEMUDIAN

KITA BUKAN ADA IKAT KONTRAK PUN NAK JADI PAK YET ANWAR ATAU PAKATAN

INGAT!

FIRST THING FIRST

BUNUH KUASA UMNO BN DULU!!

Saiful bersumpah laknat kali kedua depan Kaabah beliau diliwat Anwar


Wednesday, May 1, 2013

Hello Melayu! Kalau Ahli Majlis Fatwa pun tak nak BN, hampa tunggu apa lagi?!!

"Pak Cu tu sokong mana, bang?"

"i dont really know. He never says anything. Tapi bila abang kata, 'kita buang BN dulu sebab Umno BN mudharat paling besar. Kira akhafu dharurain la, Pak Cu,' nampak macam ada sign of approval kat muka dia. Pastu dia kata, 'tu kaedah fekah tu'. Tak tau nak kata la (belah mana dia sokong)".

Pak Cu tu suami kepada adik mak isteri saya. Tu dia engkau! Jauhnya pokok bacang!

Oleh kerana Pak Cu tu orang yang kiranya paling dihormati dalam keluarga mak mertua saya, tak ada siapa yang berani tanya parti mana dia sokong.

Tiba-tiba, saya baca berita di bawah ni. Saya pun beritau isteri saya. Bila isteri saya tanya Pak Cu, dia lalu menjawab, "Patutlah ada orang perli-perli masa mesyuarat baru ni". Berita yang saya kata tu seperti berikut:

REMBAU - Kehadiran secara terbuka seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dalam ceramah kelompok Pakatan Rakyat di Kampung Nerasau, Kota, Rembau amat mengejutkan semua yang hadir.

Kehadiran beliau bukan sahaja menjadi kejutan kepada para hadirin malahan calon PAS DUN Kota, Ghazali Mohd Shom dan calon KeADILAn Parlimen Rembau, Radzali Abdul Ghani turut terperanjat dengan kehadiran ulama tersebut.

Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan tersebut yang bergelar Datuk itu pernah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan. Beliau begitu dihormati dan disegani di kalangan Ahli Majlis Fatwa yang lain.

Selepas majlis ceramah kelompok tersebut Ahli Majlis Fatwa berkenaan telah makan malam bersama dan beramah mesra dengan Ghazali, Radzali dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

Kehadiran beliau dilihat sebagai tanda sokongan kepada Pakatan.

Bukan sahaja kehadiran ahli Majlis Fatwa tersebut yang memberi mengejutkan para hadirin, malahan inilah kali pertama dalam sejarah satu program ceramah penerangan anjuran Pakatan berjaya diadakah di kampung tersebut.

Sebelum ini Pakatan Rakyat Rembau pun telah dikejutkan dengan kehadiran seorang pendakwah bebas yang terkenal dari sebuah pertubuhan dakwah yang terkenal seluruh dunia yang membacakan doa untuk kejayaan calon-calon PAS dan KeaDILan selepas proses penamaan calon di Rembau pada 20 April 2013 yang lalu.

Tuesday, April 30, 2013

Cubaan Dr M dan pemimpin Umno rampas kuasa cetus 13 Mei - Tamrin

Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Tamrin Ghafar.

Menurut laporan Malaysiakini, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umo, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

"Tunku telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi.

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang 13 peristiwa berdarah 13 Mei itu.

Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu.

"Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

"Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini.

Baru Aziz Bari masuk khemah depa, terus bisu Pemuda Umno yang meracau

Pakatan Rakyat (PR) buat ceramah kempen pilihan raya di tapak pasar malam di Sungai Lang dalam kawasan parlimen Sabak Bernam.

Tiba-tiba, segerombolan Pemuda Umno terjerit-jerit mengganggu ceramah tersebut dari khemah mereka yang sengaja disediakan untuk mengganggu ceramah PR.

Bila calon PKR bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam, Dr Abdul Aziz Bari sedang berucap, gerombolan tu makin sakan meracau-racau sambil menuduh pakar undang-undang itu tak layak jadi wakil rakyat.

Bila Dr Abdul Aziz dengar orang kutuk dia, dia pun terus berhenti ceramah, pergi ke khemah gerombolan BN tu dan duduk di situ untuk mendengar "ucapan" dan "kempen" puak tak tentu hala tu.

"Saya hanya duduk dan tak kata apa-apa.

"Pemuda yang sedang berucap bila nampak saya terus berkata: 'Selamat datang Dr Aziz Bari'," kata beliau memberitahu apa yang berlaku sambil ketawa.

Buruk kelaku depa yang terjerit-jerit sambil melalak menyanyi-nyanyi dengan mendendangkan lagu entah apa-apa tu terus berhenti apabila tengok Dr Abdul Aziz duduk di khemah depa (cerita ini diciluk tanpa izin dari Saidah Hairan)

Monday, April 29, 2013

Cina ni kata: Kalau ada hudud, dah lama menteri-menteri BN tak dak tangan

Bagi semua yang ada akaun fesbuk, tolong sangat-sangat pi sini dan share sakan-sakan. Wajib share sakan-sakan!

aku dah lama tulis hamlau ni dah sebati dengan menipu

Kata Khalid Abdul Samad: "Saya teringat pesanan arwah Fadzil Mohd Noor ke atas individu bernama (Datuk) Zulkifli (Nordin). Beliau berkata 10 daripada perkara yang Zulkifli cakap, 12 tidak boleh dipercayai" (Baca seterusnya di sini)


Sunday, April 28, 2013

Undi BN? Dengan hang-hang sekali hilang!

Ini salah satu status dalam Fesbuk saya di sini. Pakat tolong copy and paste saya alih bahasa ikut suka hati saya:

Datang orang Vietnam, anjing dan kucing hilang...
Datang orang Bangla, gadis-gadis Melayu hilang...
Datang amoi China, suami-suami hilang...
Datang ahlil politik, wanita Mongolia hilang...
Datang polis, dadah hilang...
Datang pilihan raya umum, duit kerajaan hilang...
Kalah pilihan raya umum, dokumen hilang...
Keluar laporan sebenar, doktor hilang...
Cakap benar, keluarga hilang...
Besarkan tentera udara, enjin jet hilang...
Kalau hang undi Barisan Nasional, masa depan hang habis hilang...
Undilah dengan bijak sebelum dengan hang-hang sekali hilang...

Friday, April 26, 2013

Adakah akan jadi kafir kalau tak cakap bab hudud sat waktu pilihan raya ni?


Sehari dua lepas, Mohd Zain Hashim yang orang anggap tok penghulu Markaz Tarbiyyah PAS Pusat call saya. "Woi, hang tak boleh berenti sat ka? Sementara pilihan raya ja!"

Dia juga ingatkan saya yang saya dah kata tak nak kritik apa-apa sehinggalah habis pilihan raya.

Saya jawab, "aku ni teringin sangat nak tengok Umno Barisan Nasional (BN) kalah. aku benci sungguh Umno BN. aku pun tak nak tulis apa-apa dah (yang susahkan PAS atau Pakatan Rakyat). Tapi dah depa dok buat perangai tak habis-habis, tak upaya la aku pun".

Hari ni saya dapat maklumat. Saya akan beritahu apa maklumat itu selepas pilihan raya. Kalau saya terlupa, siapa-siapa yang baca janji saya ni , tolong ingatkan.

Hari ni tak upaya la nak bagi tau.

Saya nak tulis elok-elok ni - walupun kalau ikutkan sakit hati nak aku maki-maki, carut-carut.

Saya nak minta elok-elok ni. Boleh dak tolong stop dulu sebarang ulasan atau komen tentang hudud?

Pakatan Rakyat (PR) ada manifesto. Manifesto itu adalah persetujuan bersama tiga parti - PAS, PKR dan DAP. Persetujuan bermakna persefahaman atau persepakatan.

Sebabnya, kalau ada salah satu pihak tak setuju, saya difahamkan perkara berkenaan tak dimasukkan dalam manifesto. Yang dimasukkan dalam manifesto, semua dah bersetuju dalam satu persefahaman dan persepakatan.

Setahu saya, hudud tidak ada dalam persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama itu.

Hudud ada dalam ajaran Islam. Apa yang Islam ajar tak boleh tolak. Saya setuju dan saya pun tak nak langsung tolak hudud sebab saya takut masuk neraka.

Tetapi, kalau ada ustaz-ustaz terjenguk blog saya ni, saya nak tanya sikit, bukankah menghormati persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama juga ada dalam ajaran Islam?

Bukankah tidak mengkhianati persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama juga adalah ajaran Islam?

Orang-orang PAS mahir dalam Fiqh Awlawiyyat. Dalam keadaan berperang dengan Umno BN ni, ajaran Islam mana lebih patut didahulukan? Hudud atau tidak mengkhianati persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama?

Adakah akan jadi tidak berprinsip, meninggalkan perjuangan, jahat, terkutuk atau kafir terus atau sekurang-kurangnya less Islamic kalau tak bercakap bab hudud sat dan hanya tumpu kepada apa yang menjadi persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama ?

Tuesday, April 23, 2013

Antara Kadir Sheikh Fadzir yang sakan-sakan orang kincah hal dia dan Juanda yang ulama

Ramai orang tahu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berminat nak lawan Umno di kerusi parlimen Baling. Dia hendak bertanding pinjam lambang mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Malang bagi Abdul Kadir, "holier than thou" dalam PAS sah-sah la tak gamak nak tawarkan lambang parti depa kat Abdul Kadir. Maklumlah.

PKR pun tak tawarkan. Apa hak PKR nak tawarkan, kerusi Parlimen Baling panggu PAS.

Bila akhirnya dia tak dapat apa yang dia idamkan, ramai yang jangkakan Abdul Kadir akan merajuk, marah dan masuk Umno balik - atau kurang-kurang pun buat hal untuk susahkan PR. aku pun dok rasa lagu tu jugak.

Setakat saya tulis ni, dia tak buat hal lagi. Perlu diingatkan, Abdul Kadir bukan ulama. Dan, macam-macam hal dia orang kincah.

PAS diketahui umum telah memujuk Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjadi calonnya di Kangar. Sumber-sumber memberitahu, dia keberatan. Kononnya, kerana dia tak gemarkan "ulama-ulama Melayu" dalam PAS dan Umno.

Khabarnya, dia lebih berminat bertanding di Kangar sebagai calon PKR. Bila dia tak nak bertanding sebagai calon PAS, parti itu akhirnya meletakkan Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Perlis, Baharuddin Ahmad, bertanding di situ.

Menambahkan parah, bila nama-nama calon PKR diumumkan, tak ada pun nama Juanda bertanding di mana-mana. Hari ini, akhbar yang aku tak sanggah bila dituduh lidah syaitan melaporkan berita bertajuk "PRU-13: Dr Juanda undi BN kerana konsisten tegakkan Islam". Lihat juga laporan NST "Perlis mufti Dr Juanda says will vote for BN".

Dari cerita Abdul Kadir yang bukan ulama dan Dr Juanda yang bergelar ulama, banyaklah kesimpulan boleh buat dan buatlah kesimpulan sendiri.

Sambil itu, kalau ada masa, harap baca berita The Star hari ni bertajuk "Hadi urged to reveal PKR candidate alleged to be drug peddler", "Ini kisah pil kuda cap Hadi" dan "Hoi bakaq, perasan "holier than thou" bukan dari ajaran Islam".

Hoi bakaq, perasan "holier than thou" bukan dari ajaran Islam

Bila saya melihat seseorang yang dijulang sebagai ulama bercakap dengan cara yang nampak sangat perasan bagus dan bajet macam bagus sangat (lihat di sini), dan orang Islam yang turut dihina itu pula begitu sober (lihat di sini dan lihat di sini mengenai beliau), saya teringat sebuah artikel yang ditulis dari ceramah Dr Jalaluddin Rahmat yang saya baca lama dulu.

saya pernah siarkan artikel di bawah ni dalam blog lama saya yang Google dah delete tu kononnya kerana spam blog. Ni saya siar lagi untuk peringatan kepada diri saya sendiri. Siapa nak kutuk, saya tak boleh larang. Siapa nak baca, silakan baca:

Suatu hari, Allah SWT berfirman kepada Nabi Musa as, "Hai Musa, bila nanti kau akan bertemu dengan-Ku lagi, bawalah seseorang yang menurutmu kamu lebih baik daripada dia." Nabi Musa as lalu pergi ke mana-mana; ke jalanan, pasar, dan tempat-tempat ibadat. Ia selalu menemukan dalam diri setiap orang itu suatu kelebihan dari dirinya. Mungkin dalam beberapa hal yang lain, orang itu lebih jelek dari Nabi Musa, tetapi Nabi Musa selalu menemukan ada hal pada diri orang itu yang lebih baik dari dirinya. Nabi Musa tidak mendapatkan seorang pun yang terhadapnya Nabi Musa dapat berkata, "Aku lebih baik dari dia."

Karena gagal menemukan orang itu, Nabi Musa masuk ke tengah-tengah binatang. Dalam diri binatang pun ternyata selalu ada hal-hal yang lebih baik daripada Nabi Musa. Seperti kita ketahui, burung Merak, misalnya, bulunya jauh lebih bagus dari bulu manusia. Sampai akhirnya Nabi Musa melewati seekor anjing kudisan. Nabi Musa berpikir, "Mungkin sebaiknya aku pergi membawa dia." Ia pun lalu mengikat leher anjing itu dengan tali. Namun ketika sampai ke suatu tempat, Nabi Musa melepaskan anjing itu.

Ketika Nabi Musa datang untuk bermunajat lagi di hadapan Allah SWT, Tuhan bertanya, "Ya Musa, mana orang yang Aku perintahkan kepadamu untuk kaubawa?" Nabi Musa menjawab, "Tuhanku, aku tidak menemukan seseorang pun yang aku lebih baik darinya." Tuhan lalu berfirman, "Demi keagungan-Ku dan kebesaran-Ku, sekiranya kamu datang kepadaku dengan membawa seseorang yang kamu pikir kamu lebih baik darinya, Aku akan hapuskan namamu dari daftar kenabian." (Selanjutnya di sini)

Monday, April 22, 2013

Hadi beri sebab pertindihan di Marang - am more convinced he is a mole!

Akhir-akhir ni, saya banyak tulis dalam laman Facebook. Berikut antara yang saya tulis:

aku harap calon2 PAS yg lawan kawan sendiri, terutama di Kota Damansara, tidak mempunyai mentaliti holier than thou. Kalau ada sehalus zarah pun perasaan itu, mereka hakikatnya menentang dan melawan Allah! (Di sini)

Sepanjang ingatan saya, saya tak mempromosikan mana-mana calon dalam FB saya, kecuali Nurul Izzah - sebab isteri saya dan saya akan undi dia. Saya hanya bantai Umno BN ja.

Tetapi malam ni saya nak memperomosikan Dr Nasir utk Kota Damansara dan Aru untuk Semenyih.

Mereka sudah menjadi orang tertindas atau mustadh'afin sejak hari penamaan calon 20/4/13 lalu.

And, i always want to walk with mustadh'afin. (Di sini)

Mengulas video bertajuk "Kenapa berlaku pertindihan calon PAS dan PKR" oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saya tulis:

i wish i can believe this fella...

Yo lah tu! (Di sini)

Mengulas berita TMI bertajuk "PAS-PKR seat clashes from fear of defections, says Hadi", saya tulis:

With a friend like Hadi Awang, we dont need enemy! (Di sini)

Mengulas berita bertajuk "Hadi beri sebab pertindihan kerusi di Marang", saya tulis:

Kenyataannya memperlihatkan sikap holier than thou yg amat ketara. Tetapi, di atas semua itu (kena tulis dlm English jadi tepat sikit): i am more convinced than ever he is a mole! (Di sini)

Dan, di bawah berita bertajuk "Mat Taib: Hanya PAS mampu bimbing ke arah Islam", saya tulis:

saya bersyukur Mat Taib telah meinggalkan Umno. Serious saya bersyukur! Keinsafan tak kenal usia dan kita pakat-pakatlah doa yg terbaik utk dia.

Tetapi bila dia kata dilaporkan berkata "Hanya PAS mampu bimbing ke arah Islam", saya kesian sangat kat dia. Serious saya kesian! (Di sini)

Saturday, April 20, 2013

Hello PAS (UG), aku tak nampak apa beza hampa dengan Brahim Ali dan Zul Nordin

Di Sungai Acheh, telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. PAS (UG) kencing keputusan itu dan lawan che'GuBard yang mewakili PKR di situ.

Di Kota Damansara, PAS (UG) sengaja sabotaj Dr Mohd Nasir Hashim (ADUN Kota Damansara 2008-2013) yang mempertahankan kerusinya di situ atas tiket PKR yang jadi kawan PAS dalam Pakatan Rakyat. Bukan rahsia lagi Dr Mohd Nasir tidak disukai oleh Zaharuddin Muhammad menantu Presiden PAS yang duduk di Kota Damansara dan disebut-sebut sebagai "pemerintah" Masjid Kuning di situ.

Dengan dua contoh di atas, buatlah kesimpulan sendiri.

Hello PAS (UG), aku langsung tak nampak apa beza hampa dengan jenis-jenis seperti Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Nordin.

Ustaz b*t*h pak hang!!

Akhirnya, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa - tapi terlalu ramai yang sebut perkosa), Datuk Ibrahim Ali dapat bertanding satu sama satu dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Che Johan Che Pa yang dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) menarik diri.

Kawan saya ramai orang Kelantan. Mereka kata, kalau bertanding satu sama satu, Ibrahim ada peluang. Dan, laluan untuk anak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi pertaruhan PAS di kerusi parlimen Pasir Mas itu dikatakan sengit.

Untuk rekod, sejak 1990, Ibrahim tak pernah menang kerusi Pasir Mas atas tiket BN la'natuLlah.

Saya tidak ada cadangan langsung untuk menambah apa yang saya tulis tentang Nik Abduh. Tunggulah sampai habis pilihan raya.

Saya hanya nak tulis tentang Che Johan. Ada orang bertanya dengan sinis, "berapa banyak (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) bagi duit kat Che Johan?!" Saya tak nak campur tangan fasal soalan itu.

Yang saya nak katakan, dari segi setiakawan, Che Johan jauh lebih mulia dari calon-calon PAS dan PKR yang dilaporkan bertanding sesama sendiri di kerusi Parlimen Labuan dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tak ada kecuali seorang pun, bagi saya, mereka semua, dan pemimpin yang terlibat dengan pencalonan mereka, adalah Umno. Mereka mungkin memegang kad keahlian PAS atau PKR, tetapi mereka tentera setia Umno yang membuka laluan mudah kepada kemenangan parti kesayangan mereka itu di Labuan dan Sungai Acheh.

Di baju mereka mungkin ada lencana PAS atau PKR, tetapi di hati mereka ada lambang jahanam Umno yang saya mohon Allah s.w.t. mela'nati parti itu (ulang lagi, mohon Allah la'nat parti Umno dan bukan orang-orang Umno).

Di bawah berita Malaysiakini bertajuk "PAS, PKR bertembung di 7 kerusi", saya tulis (i have no time to mince words and i offer no apology):

Punya la lama gila Najib tangguhkan time pilihan raya. Memang lebih dari cukup masa nak selesaikan soal calon. Memang babi la hampa ni semua! Yg bertanding sesama sendiri tu lebih hina dari puki babi, walaupun bertaraf ustaz. Ustaz butoh pak hang!!

Saya tambah lagi kira-kira pukul 7.35 malam apa yang saya tulis tu:

aku tengok banyak blog, komen dan status yang ejek Papagomo krn tak bertanding di Permatang Pauh. Kata dia penakut la, apa la. Dari segi setiakawan dengan Umno BN dia, dia lebih mulia dari calon2 PAS PKR yg bertanding sesama sendiri. Paling hina bagi aku ialah calon PAS di Kota Damansara. Kurang ajaq of the highest kind! aku nampak, rata-rata puak PAS yang bertanding sesama Pakatan Rakyat tu ialah puak Unity Government (baca Umno).

Berkaitan:
Mustafa (Ali) janji Sg Acheh 'satu lawan satu' - che'GuBard (faqar 20/4/13)

Friday, April 19, 2013

Protes calon: 70 peratus pusat operasi Umno Pulau Pinang lumpuh

70 peratus dari pusat operasi Umno di Pulau Pinang tidak aktif disebabkan rasa tidak puas hati di kalangan jentera parti ekoran calon mereka tidak termsuk dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Memetik satu sumber Umno, Malaysiakini melaporkan, kawasan yang diterlibat termasuk Balik Pulau, Bayan Baru, Nibong Tebal, Permatang Pauh dan kawasan parlimen Tasek Gelugor.

Pergolakan demi pergolakan itu adalah lanjutan dari protes-protes tidak puas hati terhadap calon-calon yang dipilih oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mula tercetus sejak sebelum penamaan calon lagi.

Pada malam sebelum calon-calon BN diumumkan, tiga bilik gerakan BN di Shah Alam yang dibuka oleh Umno dilaporkan telah ditutup apabila tersiar khabar Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Nordin dipilih sebagai calon BN di situ.

Para pemimpin dan penyokong Umno di bahagian itu dilaporkan hanya memberi tumpuan untuk membantu calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Datuk Ahmad Nawawi M Zin.

Ahmad Nawawi ialah Ketua Umno Bahagian Shah Alam.

Malah, sejak hari Najib mengisytiharkan nama calon-calon Umno pun telah berlaku tunjuk perasaan ahli-ahli Umno dan BN.

Mereka menunjuk perasaan di perkarangan bangunan ibu pejabat Umno di PWTC, antaranya membantah pencalonan Datuk Dr Tengku Mohd Rethwan Tengku Mansor mewakili BN di kerusi DUN Seri Setia.

Dr Tengku Mohd Rethwan ialah adik Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Di Kota Kinabalu, ketika Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan nama calon-calon Bn di negeri itu, terdengar sorakan boo dan jeritan wanita Umno membantah mereka yang dicalonkan, antaranya pencalonan Datuk Yusof Apdal sebagai calon BN di kerusi DUN Lahad Datu.

Yusof ialah adik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

MCA, yang dilihat antara mangsa utama dalam senarai calon yang diumumkan Najib, mengadakan bantahan demi bantahan.

Parti komponen kedua paling utama dalam BN itu berbalah secara terbuka dengan Umno berikutan kekecewaan MCA apabila merasakan Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Datuk Shafie Abdullah "merompak" kerusi berkenaan daripada MCA.

Shafie pula menuduh MCA "memalukan BN". Beliau akhirnya dipilih sebagai calon BN di Wangsa Maju.

Di Gelang Patah, kira 1,000 ahli MCA mengadakan tunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan membantah pengguguran ketua MCA bahagian itu, Jason Teoh, sebagai calon BN.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dipilih oleh kepimpinan najib untuk mengharungi cabaran Lim Kit Siang yang bertanding sebagai calon DAP di situ.

Walaupun ugutan untuk bertanding sebagai calon bebas juga berlaku di tempat-tempat lain, di Pulau Pinanglah yang paling terbuka ugutan sedemikian.

Tiga tokoh BN negeri itu mengisytiharkan perang terhadap parti mereka sendiri.

Mereka ialah bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar; ADUN Sungai Dua Datuk Jasmin Mohamed dan penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan.

Malah, Shariff mengumumkan bertanding sebagai calon bebas dengan matlamat untuk mengalahkan BN.

Selain mereka, Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang J Dhinagaran dan koordinator BN untuk Machang Bubuk Ooi Suan Hoe dari Gerakan juga menyatakan protes dan mengisytiharkan hasrat untuk akan sebagai calon BN.

Thursday, April 18, 2013

Ada jutawan Cina hanya nak PR menang, ikrar tak nak projek

Kami hanya mahu lihat Pakatan Rakyat (PR) menang dan kami tidak perlu apa-apa projek dari kamu, itulah penegasan wakil sekumpulan tokoh perniagaan Cina Johor yang bertemu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub baru-baru ini.

"Hampir 10 orang ahli perniagaan Cina Johor datang berjumpa saya baru-baru ini.

"Salah seorang dari mereka memberitahu saya: 'Kami sudah kaya, ada (yang bertaraf) jutawan. Kami tak perlu projek dari kamu. "

"Kami hanya mahu lihat awak (PR) menang. Ingat ni, kalau awak menang, saya datang minta projek, awak tendang saya'," beliau menceritakan apa yang dinyatakan oleh salah seorang dari mereka sambil menunjukkan gambar kenangan bersama mereka di dalam telefonnya.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli pula menyifatkan sambutan masyarakat peniaga Cina kepada PR itu adalah hasil kejayaan pentadbiran yang lebih bersih negeri-negeri di bawah pentadbiran PR sebelum ini.

Dengan pelbagai positif perkembangan yang berlaku, Salahuddin yakin sokongan orang-orang Melayu kepada PR bertambah baik di Johor manakala sokongan orang-orang Cina pula kekal di tahap terbaik.

Para penganalisis politik bersetuju bahawa peratusan sokongan orang-orang Cina kepada PR berada di tahap terbaik sejak pakatan itu ditubuhkan.

Senada dengan Salahuddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula menekankan bahawa perkara itu bukan sahaja berlaku di Johor malah di seluruh negara.

"Sokongan orang-orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) merosot, sokongan orang-orang Cina kepada PR pula bertahan (pada tahap paling baik).

"Insya Allah, ada harapan baik (kepada PR)," kata Rafizi yang menjangkakan tsunami kebangkitan rakyat menentang BN dalam pilihan raya umum ke-13 ini lebih besar dari yang PR sendiri jangkakan.

Ditanya apakah asas keyakinannya terhadap peningkatan sokongan itu, Salahuddin berkata: "Sambutan yang kita terima ketika bertemu rakyat, sama ada bersama-sama rakan-rakan kita dalam PR atau PAS bersendirian menunjukkan sokongan yang kian meningkat".

Beliau berkata, ada tempat yang sebelum ini tidak boleh dihampiri oleh PR untuk mengadakan ceramah atau majlis lain, tetapi kini sambutan yang diberi di luar dugaan.

Contohnya, kata beliau, di Kukup dekat Pontian.

Dahulu, katanya, DAP tidak dapat mengadakan apa-apa program di situ kerana tiada sambutan tetapi kini majlis makan malam pun sudah diadakan dan dewan penuh sesak dengan kehadiran masyarakat Cina di situ.

Lantaran itulah, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar yakin sokongan orang-orang Cina kepada PR berada di tahap paling "solid".

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Mohd Nasir Mustafa menyokong pandangan itu.

"Orang Cina sekarang lebih lincah politik mereka," kata beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan yang dimenanginya pada 2008 lalu.

Salahuuddin seterusnya menekankan, keyakinan itu bukan dipetik dari langit (pluck out of the air).

"Kita bertemu dengan semua lapisan masyarakat, dari Orang Asli hinggalah pegawai tinggi kerajaan dan bekas-bekas pemimpin tinggi Umno, semuanya memberikan sambutan yang baik.

"Sedangkan sebelum ini, orang tak mahu datang ke majlis-majlis atau ceramah-ceramah yang kita adakan," kata Salahuddin sambil memberi contoh sambutan rakyat kepada ceramah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Petugas-petugas kita menganggarkan 25,000 hadir dan 60 peratus dari mereka adalah orang-orang Melayu.

"Kalau dahulu, jangan mimpilah berpuluh ribu orang hadir ceramah PAS di Johor. Dapat dua tiga ratus pun sudah dianggap paling bertuah," kata anak jati Johor itu.

Wednesday, April 17, 2013

Dia pun tak sabar nak tengok video dia main betina

Bagi yang suka baca dalam bahasa Inggeris, dah baca berita Malaysiakini hari ni bertajuk "Khalid: I'd be very happy to see that 'sex video'"? Bagi yang tak selesa membaca dalam Bahasa Inggeris, lebih kurang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kata, dia seronok sangat nak tengok video seks yang melibatkannya.

Saya alihbahasakan dengan stail saya sendiri apa yang Khalid kata: "Saya seronok - seronok sangat - nak tengok video itu, kalau ada... Tak jadi kudis pun, kami dah melalui benda-benda gini. Sebabnya saya tak bimbang ialah kerana saya tak buat apa-apa"

Khalid siap buat lawak lagi: "Mungkin saya buat kelaku macam tu masa muda-muda dulu (ketika dalam) dunia korporat. Masa tu, lagi senang nak semua tu berbanding sekarang (bila dah jadi Menteri Besar Selangor)".

Yang best laginya bila Khalid dengan sinis berkata, dia dan isterinya seronok sangat kalau berlaku benda-benda lagu tu.

"Isteri saya seronok sangat kalau orang buat apa-apa kat saya. Bolehlah saya berhenti berpolitik dan kami boleh (bebas) menikmati hidup kami, makan angin seluruh dunia," lebih kurang lagu tu la Khalid cakap.

Lagu tu la reaksi orang yang tak buat apa-apa. Atau, buat macam Salahuddin Ayub (lihat "Bila Salahuddin Ayub dituduh main betina di Puduraya"). Salahuddin bersumpah dengan dengan kalimah qasam yang diajarkan Islam bahawa dia tak pernah berzina. Habislah fitnah. Duit pun tak payah keluar nak bayar upah.

Tuesday, April 16, 2013

Umno Shah Alam beri sambutan hangat kepada Zul Nordin

Sejak semalam lagi, tiga bilik gerakan Umno Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ.

"Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.

Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.

"Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang akan mempertahankan kerusi Shah Alam menyifatkan pemimpin Umno mempunyai persepsi yang unik apabila mencalonkan Zulkifli di situ.

"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," The Malaysian Insider memetik beliau.

Menurut Khalid, kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan tidak bersifat pelampau, dan Zulkifli yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mewakili nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka.

Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

Bila Mukhriz bertanding DUN, rakyat Kedah berhadapan dua taghut yang nak jadi MB

Akhirnya, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah. Beliau akan berlawan di kerusi DUN Ayer Hitam. Abd Ghani Ahmad dari PAS terpaksa mempertahankan kerusi tersebut yang dimenanginya pada tahun 2008.

Kalau ayah dia tak ada jaminan bahawa Mukhriz akan jadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu, takkan dia nak bagi anak dia bertanding di situ. Umum mengetahui, Dr Mahathir penuh perkiraan.

Dan, kalau bekas Perdana Menteri itu tak rasa yakin BN boleh menang di Kedah, takkan dia nak bagi anak dia bertanding kerusi DUN.

Tak mungkin Dr Mahathir tak dengar cerita yang orang-orang Cina Kedah ramai yang kata nak belah dua undi depa kalau Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertanding lagi dan dilihat akan terus nak melekat sampai mati di kerusi Menteri Besar negeri itu. Undi kerusi Parlimen depa nak bagi kat Pakatan Rakyat (PR), undi kerusi DUN nak bagi kat BN.

Dari segi perkiraan dalaman PAS pula, peluang Azizan nak jadi Menteri Besar sangatlah cerah, jika PAS menang lagi di negeri itu.

Selain Datuk Mustafa Ali, Azizan juga adalah sahabat kesayangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kalau Azizan nak jadi Menteri Besar Kedah sampai berulat atas lantai pun, terlompat-lompat Abdul Hadi akan bagi dengan penuh rela dan histeria.

Kawan saya kata, la ni cuba kita fikir, bagi orang biasa, dan tak payah ambil kira la ahli Umno dan PAS, kita cakap fasal orang biasa yang tak 'asabiyyah kepada mana-mana parti dan pemimpin-pemimpin parti berkenaan; kepada depa, antara Mukhriz dan Azizan, hampa fikir depa pilih siapa?

Persoalannya, adakah rakyat yang benci Umno BN terpaksa menaruh harapan kepada orang-orang seperti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk menghalang cita-cita Dr Mahathir dan anaknya Mukhriz?

Nak harap Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dah dapat dah bertanding di Pendang atau pemimpin PAS paling kanan dari negeri Kedah iaitu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, kirim salam ja la. Depa tu kalau dengan Azizan, langsung tak berani. Kecut habis!

Azizan boleh la sembang deras depan Dr Mahathir ka, atau depan Tun Daim Zainuddin ka, atau mana-mana syayatinihi dalam Umno bahawa "Mat Sabu dengan Mahfuz tu mana berani dengan aku. Sekali aku jerkah depa dalam telefon ja, bukan berdepan pun, dalam telefon ja, terkencin dalam seluaq!"

Lepas ini boleh la orang-orang Kedah pakat-pakat menyanyi:

Taghut di belah kanan tu
Taghut di belah kiri tu
Dua-duanya dok gian
Nak jadi MB kami

Monday, April 15, 2013

Penglipur lara kepada orang PR yang lara: PR menang 124 kerusi. Wow!

Wahai para penyokong PR, jika hatimu sedang lara, nikmatilah penglipur lara di bawah ni. Tetapi jangan la sampai tak teruskan kerja nak bunuh kuasa Umno BN. Dan, jangan pula menganggap yg di bawah ni lebih dari penglipurlara. Baca, baca jugak. Kerja bunuh kuasa Umno mesti diteruskan. Silakan berhibur:

Kaji selidik terbaru PR bakal menang 124 kerusi, BN 98: RM5 juta nilai utk beli calon PR

Segalanya sudah diketahui. Walaupun berikrar akan dapat kekal dalam kerajaan persekutuan dengan dua pertiga majoriti dalam Parlimen, Perdana Menteri Najib Razak sebenarnya sedang menanti kekalahan yang teruk.

Menurut sumber-sumber politik, kaji selidik yang dijalankan oleh unit perisikan khas kerajaan menunjukkan gabungan Umno-Barisan Nasional yang diketuai Najib ketinggalan jauh di belakang Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dengan hanya 98 kerusi dan Pembangkang 124 kerusi.

Anwar dan PR dijangka akan memenangi 10 kerusi di Wilayah Persekutuan, 10 di Johor, 11 di Kedah, 12 di Kelantan, 18 di Perak, 17 di Selangor, 1 di Terengganu, 1 di Melaka, 3 di Negeri Sembilan, 5 di Pahang, 0 di Perlis dan seramai 25 di Sabah dan Sarawak (Baca selanjutnya di sini)

Berkaitan:
Pakatan eyeing magical 112 seats or more (FMT 15/4/13)

Oleh kerana aku undi Nurul Izzah, aku ni macai PR ka? Ah, who cares?

aku tak jadi ahli mana2 parti di dalam PR. Tapi aku benci sakan parti Umno BN. Ulang lagi, parti.

Adakah akan menyebabkan perpecahan?

Nak berpecah fasal apa pulak? Kalau kedai orang Umno masak sedap dan kedai orang PAS masak macam masak dengan kaki, aku makan kat kedai orang Umno. Mampoih pi la hang PAS ka, apa ka. Kalau hang masak tak sedap, tak buloq aih aku nak mentedarah kat kedai hang.

Memang aku dok makan kedai orang Umno pun la ni. Dia Islam. Dia masak sedap gilerr. aku nak makan, bukannya nak mengundi.

Depan rumah aku, orang kaya tu siap pasang dua bendera BN kat gate dia. Tapi bila jumpa depa, aku bersembang elok ja dengan depa. Tak ada rasa permusuhan.

Ada beberapa blogger Umno kawan aku. Bab maki PAS, PKR dan DAP, tak payah cakap la depa tu. Tapi aku boleh minum teh tarik dengan depa sambil bergelak sakan. Takkan nak bertumbuk berterajang pulak. Gila apa nak buat lagu tu!

So, nak berpecah apanya?

Hanya si bangang saja yang berpecah kerana parti, apa lagi sampai bertetak berparang. Pemimpin-pemimpin Umno oi! Hentikanlah mengapi-apikan keganasan dan menghasut puak-puak bangang hampa buat kerja bangang yang hampa nak depa buat tu!

Memang, dah aku benci sakan kat Umno BN, dengan penuh rela dan redha, bini aku dan aku bertekad sakan nak undi Nurul Izzah Anwar 5 Mei ini sama seperti yangkami undi dalam pilihan raya umum 2008 dulu, walaupun aku tak jadi ahli mana-mana parti di dalam PR.

Oleh kerana aku undi Nurul Izzah sebab aku benci Umno BN tahap langit tertinggi, adakah aku macai PR?

Ah, kalau macai PR sekalipun, who cares!

Janji bunuh kuasa Umno BN dulu. Yang lain kira kemudian.

Saturday, April 13, 2013

Bila Salahuddin Ayub dituduh main betina di Puduraya

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pernah dituduh main betina di Puduraya. Pernah sekali saya beritahu beliau sorang sama sorang, "ada blog dok cerita hang main betina di Puduraya".

Bila saya beritahu perkara itu, saya mula mengkaji air mukanya. Saya bukanlah pakar kaji body language. Tapi, ikhlas cakap, saya nampak dia ok ja. Tak nampak macam bersalah pun.

Saya ni suka tengok body language orang walaupun saya bukanlah pakar. Sebab itulah, kalau saya tulis hal Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaariibuu, saya suka cerita fasal body language dia. Body language Najib menghantar rasa curiga.

Suami Datin Seri Rosmah Mansor itu tak boleh dituduh bersalah dalam kes bunuh Altantuya kerana kita tak dak bukti. Dia mungkin bersih. Mungkin. Malangnya, dia tidak kelihatan bersih.

Sumpahnya di masjid dengan menggunakan kalimah qasam yang diajar Islam tidak dituruti oleh ayat-ayat yang memberi keyakinan yang membunuh segala keraguan. Malah, menambahkan lagi keraguan tanpa penghujung.

Balik kepada cerita Salahuddin. Satu hari di Parlimen, beliau diperkenalkan kepada seseorang yang dikatakan Papagomo yang Salahuddin kenalpasti antara yang menulis cerita dia main betina di Puduraya. Terus dia tarik mamat tu sembang sorang sama sorang. Antara lain, Salahuddin beritahu saya, dia ajak orang yang dikatakan Papagomo itu bermubahalah di Masjid Negara.

"Saya bawa keluarga saya, awak bawa keluarga awak. Kita bermubahalah di Masjid Negara," lebih kurang begitu la kata Salahuddin kepada mamat tu seperti yang diceritakan kepada saya.

Tidak puas dengan itu, satu hari, dalam satu ceramah besar di Johor, Salahuddin bersumpah dengan kalimah qasam.

Entah apa puncanya dan entah macam mana dia boleh cakap gitu saya tak tahu. Tetapi, Salahuddin memberitahu semua yang hadir, "WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, saya tak pernah berzina!"

Selepas itu, nampak reda cerita Salahuddin main betina di Puduraya walaupun blogger-blogger Umno masih menggelar beliau Din Puduraya ("...dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk" - Al-Hujurat: 11)

Besarlah harapan saya agar cerita di atas menjadi teladan kepada yang sudi membaca blog ini. Lebih dari yang lain, agar menjadi teladan kepada saya sendiri (Cih! Tak dak sapa yang bongok sangat nak tuduh yang berzina, bakaq! Buat rugi beras ja. hang tok sah dok perasan la!)

Khas untuk orang Cina, India: Kalau Umno berjaya cetus rusuhan kaum

Diminta mengulas lanjut mengenai jaminan (PAS) untuk memberi perlindungan (kepada rakyat semua kaum) jika berlaku huru hara, Mahfuz berkata, PAS tidak bercakap kosong malah telah dibuktikan dengan tindakan kerajaan PAS di Kelantan ketika berlakunya rusuhan 13 Mei 1969 lalu.

"Sebaik sahaja tercetus percubaan untuk merebakkan rusuhan di Kuala Lumpur ke Kelantan, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tan Sri Asri Muda terus mengumpulkan pemimpin-pemimpin masyarakat berkumpul di kediaman Menteri Besar Kelantan di JKR 10.

"Beliau memberi amaran, jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan," kata beliau.

Malah, kata Mahfuz, Asri turut memberi jaminan kepada wakil masyarakat Cina yang turut datang ke perhimpunan itu, Chua Say Paw bahawa tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan (baca selanjutnya berita bertajuk "Cetus huru-hara: PAS janji lindungi semua kaum" - versi Inggeris "PAS will shield all from race clash, veep vows". Selain itu, baca juga berita bertajuk "Dr Mahathir sedang usaha hancurkan negara - Salahudin" - versi Inggeris "'Dr M out to destroy the nation'").

Thursday, April 11, 2013

Tibai Muhyiddin sudah la, tak payah la babitkan anak dia

Bila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat, saya tengok orang-orang PAS melibas balik dengan membantai anak dia, Najwa. 

Saya rasa tak payah la buat gitu kot. Leave her alone.

Bantai Muhyiddin sudah la. Di bawah ni ada cerita fasal Mamat tu:

Pada 2009 dahulu, mungkin ramai yang membaca berita tentang dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura.

Malangnya, apa yang telah terjadi adalah sebaliknya. Beliau pernah didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.

Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.

Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.

Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.

Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.

Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak "yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin"

Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.

Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.

Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan "begitu pantas", dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah "meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta".

Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi "begitu tamak".

Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya.

Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh "mendatanganinya bila-bila masa".

AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa "masa semakin singkat".

Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor.

Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambilalih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.

Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan peruntukan akta itu untuk mengambilalih 6,544.4172 ekar tanah di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan itu.

Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta.