Wednesday, May 1, 2013

Hello Melayu! Kalau Ahli Majlis Fatwa pun tak nak BN, hampa tunggu apa lagi?!!

"Pak Cu tu sokong mana, bang?"

"i dont really know. He never says anything. Tapi bila abang kata, 'kita buang BN dulu sebab Umno BN mudharat paling besar. Kira akhafu dharurain la, Pak Cu,' nampak macam ada sign of approval kat muka dia. Pastu dia kata, 'tu kaedah fekah tu'. Tak tau nak kata la (belah mana dia sokong)".

Pak Cu tu suami kepada adik mak isteri saya. Tu dia engkau! Jauhnya pokok bacang!

Oleh kerana Pak Cu tu orang yang kiranya paling dihormati dalam keluarga mak mertua saya, tak ada siapa yang berani tanya parti mana dia sokong.

Tiba-tiba, saya baca berita di bawah ni. Saya pun beritau isteri saya. Bila isteri saya tanya Pak Cu, dia lalu menjawab, "Patutlah ada orang perli-perli masa mesyuarat baru ni". Berita yang saya kata tu seperti berikut:

REMBAU - Kehadiran secara terbuka seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dalam ceramah kelompok Pakatan Rakyat di Kampung Nerasau, Kota, Rembau amat mengejutkan semua yang hadir.

Kehadiran beliau bukan sahaja menjadi kejutan kepada para hadirin malahan calon PAS DUN Kota, Ghazali Mohd Shom dan calon KeADILAn Parlimen Rembau, Radzali Abdul Ghani turut terperanjat dengan kehadiran ulama tersebut.

Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan tersebut yang bergelar Datuk itu pernah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan. Beliau begitu dihormati dan disegani di kalangan Ahli Majlis Fatwa yang lain.

Selepas majlis ceramah kelompok tersebut Ahli Majlis Fatwa berkenaan telah makan malam bersama dan beramah mesra dengan Ghazali, Radzali dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

Kehadiran beliau dilihat sebagai tanda sokongan kepada Pakatan.

Bukan sahaja kehadiran ahli Majlis Fatwa tersebut yang memberi mengejutkan para hadirin, malahan inilah kali pertama dalam sejarah satu program ceramah penerangan anjuran Pakatan berjaya diadakah di kampung tersebut.

Sebelum ini Pakatan Rakyat Rembau pun telah dikejutkan dengan kehadiran seorang pendakwah bebas yang terkenal dari sebuah pertubuhan dakwah yang terkenal seluruh dunia yang membacakan doa untuk kejayaan calon-calon PAS dan KeaDILan selepas proses penamaan calon di Rembau pada 20 April 2013 yang lalu.

62 comments:

  1. itu ka ko...ko tak tenguk ulamak dan hafiz pondok semalaysia kata undi Pas adalah HARAM pada pru 13...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan ulamak tapi ular dalam semak... ingat ada jugak ulamak dunia... yg terpesona dgn ganjaran dunia lalu mengenepikan akhirat. Biasalah dia org pun manusia biasa!

      Delete
    2. ulamak rm 2 juta ke yang ko maksudkan!!!!

      Delete
    3. 4.52 kena pergi belajar lagi... bukan semua ustaz adalah ustaz atau ulama adalah ulama jika bersekongkol dengan mereka yang zalim dan melawan perintah Allah.

      Delete
    4. 'ulamak' tu kata ada pondok pengajian kat Sg Ular kat Kelantan... tapi bile check dengan member-member dari sana... depa kata... mana ada pondok pengajian kat sana...

      COBOL

      Delete
    5. Pengakuan Ustaz yang meniti di tebing Aqidah >>> http://www.youtube.com/watch?v=tjqGwRqDPp8

      Delete
  2. ulamak ini bukan semua tau politik.dia ingat PAS ni ok dia tak tau apa mainan DAP.Nuar lg sampai yahudi pun sanggup buat doa utk dia. ini masalah kalau sudah kemaruk kuasa sudah tak kenal masalah-masalah yg boleh mendatangkan bahaya kepada agama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa maianan dap cubamu royak

      Delete
    2. Anuari ni dah banyak bace Candu Utusan...Dia tak boleh bagi fakta, Fitnah je la boleh bagi...

      Delete
    3. bro BN tak mabuk kuasa ke? Guna semua jentera kerajaan walupun bukan jadi kerajaan lagi! paksa kakitangan k jaan p dgr ceramah..tak gila kuasa ke lagi...

      Delete
    4. Beri UMNO jaga agama ibarat menyuruh ayam menjaga beras.

      Delete
    5. Anuari mung pegi main jauh2...jilat jubo taik BN baso muko tak reti malu...ABCD ABU

      Delete
  3. saya tak ada ilmu agama tp bila saya tengo siapa-siapa yg kuat PR dan apa tuntutan mereka terutama di Sabah, saya pecaya adalah wajib utk menyokong BN ketika ini..PAS takan akan mampu buat seperti yg UMNO buat utk agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sedar diri tu tak kuat agama, pergilah menuntut dgn ustaz2. Kalau setakat datang komen nak tabur fitnah kat sini, tak payahlah nak cerita bab agama ye.

      Delete
    2. tolong baitau anuari abdullah,kalau nak tau antara siapa paling memahami Islam,panggil 10 pemimpin umno bermula dari PM dan 10 pemimpin PAS bermula dari Presiden.Kemudian minta menjadi imam Maqrib atau Isyak.Kita tengok siapa yang terkangkang.

      Delete
    3. anuari..pandangan awak tepat samasekali...penjual dan penggadai agama Pas ni hanya pandai berkokok jee..last sekali ekor bergelumang dengan tahi...macam mat spender tu ...cakap berdegar-degar tentang islam...sebuah masjid pun tak mampu dibina..cakap tentang zuhud..tanah berjuta..anak-anak siap pakai alphard,mini cooper,porche...malah ada diantara mereka punyai anak kaki belit dan putar alam seperti diutara malaysia ni...sebab malu tak bertanding pada pru 13 ...itulah balasan Allah pada penjual dan penggadai agama kepada puak kafir seperti mereka..

      Delete
    4. sudah lah penyokong umno parti syaitan yang dikenali... hidup merompak dan menyamun harta rakyat berpuluh tahun... penambahan bagi kerusi parlimen melayu dinegeri-negeri majoriti melayu seperti kelantan... kedah dan terengganu tidak dibagi pada pada pecahan kawasan tahun 2000... lagi masih nak mengaku pejuang melayu islam... memang betul-betul anak haram lah lu orang... macam sial

      Delete
    5. Allah itu maha berkuasa..lebih 50 tahun doa penjual-penjual agama ni tidak dimakbulkan oleh Allah..malah diakhir hayat mereka hidup mereka penuh aib bila menjadi hamba komunis dan puak kafir...malah rasanya pada 6 mei nanti..penutup kerjaya politik mereka diwarnai dengan keaiban....itulah hukum Allah pada penggadai agama ini..

      Delete
    6. Golongan ulama pondok pada Isnin membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sini Islam.

      PAS dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

      Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

      "Ini adalah agenda dan strategi untuk menghancurkan Islam paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

      Beliau berkata deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas.

      Delete
    7. UALAMA' HARAMJADAH 2 JUTA

      Delete
    8. Bakaq,

      aku x faham pasal apa ape komen bodo mcm ni bole kau lepaskan kat sini...tp kalu setakat ko nak buktikan betapa lembunya pemikiran puak2 biru berkarat ni, aku sokong kau 100%!!!

      Delete
  4. nak buat mcm mana yg ada dalam umnogok mcm ni jelah

    ReplyDelete
  5. 'ULAMAK' YG DPT RM2JUTA TU? NAJIB DH KASI DIA RM2 JUTA,USAH CAKAP NAK SURUH HENTAM PAKATAN,MAKAN TAIK NAJIB PUN DIA SANGGUP,'ULAMAK' CARI MAKAN LA KATAKAN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta pencerahan kata ular mak tu kena strok..betul ke??

      Delete
  6. ularmak di dalam pas tidak lebih berperanan sebagai cai dap jee..itulah hukuman daripada Allah kepada mereka..sekarang mereka sedang menadah mulut untuk minum ludah mereka sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulamak dalam Pas dah tau Umno terang2 tak nak Hukum Allah dijalankan. Buat ape Bersama Umno...Pas bersama Pakatan tak pernah Tukar Dasar Pas, cuma strategi bagi kemenangan Islam...

      Delete
  7. Melayu Melayu.....

    Nak pilih kerajaan pun susah.... Akal ada , buka minda banyak membaca serta terangkan mata hati dengan membaca Quran jauh kan darah daging dari rasuah.

    Ini otak benggap malas lagi dah ber topang rokok bakar rezeki siang malam sampai jadi bahalol , masih nak kutuk kutuk pemilihan rskyat.

    Mana tidaknya hidup di sepilok jika kepala takok jadi pak turut manglkok msngkok DUMBNO !

    ReplyDelete
  8. tak payah tinggi ilmu agama utk melihat keadaan politik skrg.yg penting ada kejujuran dan mata hati utk melihat..zaman Saidina Osman, Saidina Ali, Bani Abassiyah,Bani Umayyah Umatnya jauh lebih hebat drpad PAS tetapi kenapa berlaku perebutan kuasa.cuba kamu bagitau saya kenapa??.. Nak tau apa mainan DAP lihat sekeliling kawan..bergaullah dgn puak DAP ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anuari abdullah... anda mendabik dada seperti orang yg berilmu tinggi tapi anda terlepas pandang atau anda malas hendak mencari hadis ini...

      Terdapat banyak riwayat tentang beberapa permintaan Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- kepada Allah -Ta'ala-. 3 permintaan untuk umat beliau -sholallahu 'alaihi wasallam-. diantara riwayat-riwayat yang shahih adalah hadis pada shahih Muslim yang diriwayatkan dari Sa'ad berkata :


      "Bahawa suatu ketika Rasulullah -sholallahu 'alaihi wasallam - datang dari 'Aliyah, dan ketika melalui masjid milik Bani Mu'awiyah beliau masuk dan solat 2 rakaat, dan kamipun turut solat bersama beliau. beliau berdoa sangat lama.

      Setelah selesai, beliau berpaling kepada kami dan bersabda : aku meminta kepada Tuhanku 3 permintaan, 2 dikabulkan dan 1 tidak.

      1. aku meminta kepada Tuhanku agar tidak membinasakan umatku dalam (adzab) satu tahun dan itu dikabulkan.

      2. dan aku meminta agar umatku tidak dibinasakan dengan ditenggelamkan (dan sepertinya) dan itu dikabulkan.

      3. kemudian aku meminta agar umatku tidak saling bermusuhan dan itu tidak diberikan kepadaku."

      Delete
    2. anuari abdullah, ko tau tak yg zaman khalifah tu semua mereka dilantik.
      Zaman ko ni pemimpin semuanya dipilih. Jadi ko kena la pilih pemimpin dengan hati bertuhankan Allah...bukan bertuhankan manusia.

      “sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam"

      Allah swt berfirman :

      “Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa”. (QS Al Baqarah : 21)

      Inilah kunci pertama untuk menyelesaikan masalah kemanusiaan yang tertutup oleh adanya kejumudan kebendaan di hadapan manusia sehingga mereka tidak mampu menemui jalan penyelesaiannya. Tanpa kunci ini, maka tidak akan berlaku perubahan dan perbaikan.

      Delete
  9. Saya ramai kawan2 cina. Bila cakap pasal politik, nama TGNA begitu popular dikalangan orang Cina. Semua respect kat Tok Guru. Bile diorang cakap hal Huhud, kebanyakan Cina xkisah pun pasal Hudud. MCA je yang mereka cerita pasal Hudud. Nampaknye Umno yang terang2 tak mau Hudud..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.umngok yg taknak HUDUD sebab ramai diorang tak bertangan nanti...curi sana..rembat sini...mampuih....
      Lagipun dalam Umngok takdak ulama'..yg ada cuma ular dalam semak..

      Delete
  10. wajib bagi semua melayu undi pas dan haram undi umno..tuan guru haji salleh pondok sik

    ReplyDelete
  11. apabila ada cadangan agar hukum hudud dilaksanakan oleh umno johor mca mengatakan umno telah hilang akal. tetapi tidak ada sapa pn dari pemimpin islam umno yg berani bersuara.

    nak bersuara macamana hukum hudud dimain-mainkan oleh kesemua PM. ada yg mengatakan tak sesuai(dia pandai dari Tuhan, tuhan tak tahu malaysia nak berbilang kaum mcm ni kot..nauzubillah), ada yg mengatakan tak produktif bila kaki tangan dipotong, negara akan mundur dsb.

    sebagai penyokong umno yg beragama islam korang perlu bangkit marah kenyataan ini. ini cina dap yg tak kata apa lg yg korang nk panas..

    semoga tuhan membuka hati korang jgn jadi mcm pemimpin umno yg tenggelam dgn dosa.

    sepatutnya korang berterima kasih kerana ada pihak dari umat nabi di malaysia ni nak laksanakan hukum allah. kalau semua melayu berjumlah 18 juta dari 28 juta penduduk menyokong maka ia akan mudah.

    ini bila nak buat kutuk..

    org tanya kenapa tak buat dikelantan..umngok mmg pandai memutar belit.

    draf hudud telah dihantar ke kerajaan malaysia tetapi telah ditolak. bukan pas tak mau buat. tapi pada zaman tun tu mereka siap ancam akan laksana darurat jika hudud dilaksanakan di kelantan.

    bukan cina dap yg keras tolak tp umno!!!!!! yg korang pangkah tolong bagi menang tuh

    ReplyDelete
  12. siapa kata saya mengaku tinggi ilmu agama.Tp saya nampak PR ini akan lbh mendatangkan kesan yg tdk baik kepada agama terutama sekali di beberapa tempat/negeri yang PAS memang tdk ada rekod.Hadis itu sebenarnya kita tau jg tapi itu sebabnya kita berhati-hati supaya perselisihan kita ini jgn sampai menjual agama dan bangsa sebab negara kita ini bukan macam di Arab

    ReplyDelete
  13. Ish pengundi Cina boleh cerita pasai Hudud..
    Cer tengok sini...

    http://kafesantai.blogspot.com/2013/04/video-jika-hukum-hudud-dilaksanakan.html

    Cuba saudara anuari abdullah cerita skit apa ko tahu pasal Hudud.

    ReplyDelete
  14. Undilah Najib - dia akan selamatkan kita dari sekolah-sekolah pondok yg dia kata melahirkan militan.

    Dia akan selamatkan kita dari undang2 Islam yg dia kata cetuskan huru-hara...

    ReplyDelete
  15. Tentangan DAP/MCA dgn Hudud ini sebenarnya bukan masalah besar bagi kepentingan islam sebab Hudud sebenarnya boleh dilaksanakan dikelantan sebagai contoh sebelum di seluruh negara.Tp Nik Aziz pun tau bukan mudah sebaliknya perlu banyak persediaan sampai Nik Aziz kata " Daripada hilang kuasa politik tangguhkan dulu hukum Hudud".UMNO tdk menentang sebenarnya.. Sebaliknya banyak perkara yg kita nampak masalah kecil tp sebenarnya membawa kesan besar kepada Agama pada masa akan dtg kalau PR memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wei bodoh...

      Allah suruh PAS je ka jlnkan Hudud? Hok yg dok dlm UMNO tu ugama apa?

      Bangang...

      Delete
  16. tak payah kita terlalu berselisih pasal hudud ini. kalau mahu laksanakan saja jangan banyak alasan kalau betu ikhlas wlpn DAP/MCA tak akan undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksanakan supaya UMNO/BN boleh isytihar MAGERAN sebab bertentangan dengan Perlembagaan Lord Reid. Cakap banyak tak mau... TUMBANG UMNO/BN, kemudian PAS boleh usahakan Rang Pindaan Undang-Undang untuk meluluskan hudud di Parlimen. Jika ditolak, boleh terus mencuba dan mencuba... masa tu aku nak tengok sama ada saki daki-daki UMNO/BN di dalam Parlimen akan sokong atau tidak hudud ni... atau masih bermain wayang.

      Delete
  17. Ini soal penghinaan. Mahathir, Najib hinggakan Samy Vellu pun tumpang hina hukum Islam. Kalau ya pun tak nak buat, jangan la hina hukum Allah. Takkan nak undi gerombolan hina hukum Allah.

    ReplyDelete
  18. macam manalah orang-orang yang baik-baik... macam Dr Awal - calon dan penyandang Dun Kota Rembau tu boleh join BN... nak kata pasal harta, taklah jugak... tak jugak kaya-kaya si Dr Awal tu... dah 2 penggal jadi YB... tapi YB biasa jelah... exco pun tak... tak macam si Samad... calon dan penyandang Sri Menanti, jadi YB je, terus jadi exco...

    ReplyDelete
  19. Seingat ambe, PAS mendapat tempat majoritinya di hati pengundi di Pantai Timur, sedikit di Pantai Barat. Ini berlaku dalam 70an, 80an, 90an. Semakin lama PAS nampaknya sudah berjaya memecahkan tembok (seperti Tembok Berlin tu!). Ini sudah menjadi suatu kejayaan yang besar. Ambe percaya mereka tidak akan mundur lagi. Hudud akan terlaksan suatu hari nanti, sebab Allah telah berjanji yang setiap zaman akan ada yang menegakkan agama Islam yang syumul. Sedang orang Moggol pun akhirnya kuat setelah sekian lama berpecah. Apabila datang pertolongan Allah, maka berbondong-bondonglah manusia memasuki agama Allah......... dan Rasul pun wafat.

    ReplyDelete
  20. Sekarang ni semua org nak ambik tahu pasal hudud bahkan org bukan Islam sekalipun...Alahmdulillah..Kalau dulu org tak tahu apa itu hukum hudud...cuma diajar di pondok-pondok shj. Inilah hikmah nya PAS mengetengahkan hukum hudud...Kalah bukan bererti tidak diredhai Allah...Allah menguji manusia dengan berbagai cara.

    ReplyDelete
  21. sebenarnya saya pun nak sangat tengo hudud diamalkan di Malaysia.Hanya hukum Allah saja yg dapat mengatur manusia dgn sebaik-baiknya.tp kenapa di Kelantan tak laksanakan hudud sedangkan enekmen hudud ada.kalau bukan keseluruhan mulai drpd yg asas dulu spt segala persediaan pelaksanaan jd tinggal dilaksanakan bila tiba masanya.mcm tiada usaha langsung.hanya cakap saja yg lbh.malahan lebih teruk macam takut pula dgn DAP takut tdk kena undi.cuba bermuka-muka dgn harapan klu menang bolehlah buat itu-ini.kalau begini cara PAS percayalah tiada apa-apa yg dpt PAS buat. setakat berdegar-degar ceramah di mesjid saja yg ada.

    ReplyDelete
  22. saya tdk menentang hudud sebab saya pun Sembah Allah Yang Esa.PATUT penggunaan kalimah Allah diharamkan samasekali utk bukan islam takut nanti gereja-gereja yang ada menggantung patung yesus di tiang-tiang yg tinggi mereka letak nama allah disampingnya..janganlah kerana hudud kita sanggup mengadai agama dan bangsa.sanggup bersekongkol dgn pendokong yahudi.hudud semua kita PAS/UMNO mahu dilaksanakan tp kita jg masing-masing ada sebab dan bukan menjadi masalah besar sebenarnya.masalah ini jd besar sebab dipolitikkan.sepatutnya buat contoh supaya org boleh nampak kebaikan hukum Allah. wlpn ada pihak tdk suka kalaulah ada kekuatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur kpd Allah tak menentang hudud, tapi jgnlah undi parti hina hukum Islam. Kalau ya pun tak nak buat, jangan la hina hukum Allah. Takkan nak undi gerombolan hina hukum Allah.

      Delete
    2. Jangan buang masa dengan si anuari ini. Biarkan dia dengan berapa banyak ulasan yang dia mahu. Blognya satu entry pun tidak ada. Mungkin dia belajar berlatih menulis dalam blog orang lain.

      Delete
  23. Betullah, si anuari yang mengaku tidak pandai agama memesongkan pembaca menghayati entri yang sangat menarik ini. Siapalah si anuari berbanding dengan 'Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan'. Buang masa melayan dia yang tidak ada guna satu kupang pun.

    Siapakah ilmuan dan tokoh yang menjadi Ahli Fatwa Majlis Negeri Sembilan itu? Adakah beliau anak jati kampung Nerasau/Penajis? Adakah beliau yang ada kaitan dengan Sekolah Tinggi Agama Yayasan As-Sofa?
    Adakah beliau yang ada kaitan dengan Tarikat Ahmadiah (Jaafariah)? Adakah beliau yang pernah menjadi Nazir Masjid Taman TAR? Adakah beliau yang memiliki pesona menyampaikan kuliah dan mahir Bahasa Arab itu?

    Kalau itulah beliau, saya sangat-sangat berbesar hati.

    ReplyDelete
  24. mari kita jadikan ruang ini utk berbincang demi kebaikan agama bangsa.siapalah saya ini tp kena fikir jg sejenak apa yg saya coretkan ini.saya berrsengkang mata kerana bimbangkan nasib agama bangsa saya.

    ReplyDelete
  25. adakah kita perlu bermusuhan gara-gara hukum hudud sampai sanggup menjual agama tanpa disedari. padahal hudud bkn kita tolak tp masing-masing ada sebab.renungi sejarah silam

    ReplyDelete
  26. Dahulu kalau di awal tahun 2000 ada seorang taraf ulama datang bagi ceramah di kg saya.cerama di buat di surau.Org kata dia ada jawatan dlm majlis fatwa.Ceramah dimulai dgn ayat-ayat Alquran.. lps tu ceramahnya dipenuhi dgn kata-kata hinaan,cacian,makian.gelaran buruk kpd org lain. kami pemuda kg mahu kemukakan soalan/pandangan dgn menghentam akhlak ulama itu tp sesi soal jawab di batalkan penganjur ( PAS ). kalau begitulah sikap,akhlak seorang yg bergelar ulama macamana dia nak mendidik manusia.sepatutnya sebagai ulamak jaga kata-kata,kelakuan akhlak barulah boleh dijadikan teladan dan panduan tanpa menyinggung mana-mana pihak.kalau berpolitikpun kena jaga juga akhlak seb

    ReplyDelete
  27. Tak nak buat tak apa, tetapi kenapa Mahathir, Najib hina hukum Islam. Kalau Samy vellu kita boleh faham la, dia Hindu. Yg agama Islam pun hina Allah dgn menghina hukum-Nya? Takkan nak undi penghina Allah.

    ReplyDelete
  28. Masalah hudud ini jgn kita jadikan pertikaian sesama kita.habis kita kalau ikut pemikiran di setengah2 negara arab yg terlalu taksub.saya dah kata UMNO/ PAS masing2 ada sebab ttg hudud.bkn tak mahu buat.bukan hina.,Masalah umat skrg ini kepimpinan kalau lah PR menang.PM DAP tak tuntut tapi TPM dan kementerian penting DAP tuntut sebab DAP akan ada jauh lbh bnyk kerusi b,banding dgn PKR,PAS.Peringkat negeri MB,KM DAP akan tuntut. kemudian PR akan ubah persempedanan kawasan2 pilihan raya mengikut kelebihan utk menang.Bandar contoh boleh dijadikan beberapa kerusi kompom DAP menang.jadi sampai bila-bila DAP dajjal akan memerintah beberapa negeri nanti..bayangkan apa akan terjadi dgn bangsa kita yg masih memerlu bantuan kerajaan..apa yg PAS boleh buat Keluar pakatan tp sdh terlambat DAP tetap akan berkuasa dan sdh menyamun banyak kekayaan negara menjadikan bangsa kita kuli.

    ReplyDelete
  29. yang kita di Sabah lagi teruk dapat kesan kalau PR menang.kosanggup berketuakan dajjal.PAS apa rekod di sabah apa PAS boleh buat utk bantu kita. masa itu ko berdegar-degarlah dgn PAS paling pun pakatan dajjal kasi naik haji.dajjal sdh menyamun sana-sini.kita akan jd lemah,dipandang hina. itu sebab kita kena bijak memperjuang islam.bukan sebut islam saja terus hudud.

    ReplyDelete
  30. PAS tak buat, tapi tak hina hukum Islam. Tapi dah proven, Mahathir hina hukum Islam, Najib hina hukum Islam. Proven!

    ReplyDelete
  31. saya pernah kata hudud belum sesuai/sampai masa utk diamalkan di malaysia. kata2 saya ini jg yg Hadi Awang keluarkan dgn mengganti Negara berkebajikan dan lbh kurang kata2 begini jg yg Tun M keluarkan.

    ReplyDelete
  32. saya lbh suka melihat keselamatan agama keseluruhannya.di sabah kita dikelilingi puak2 yg mahukan kita lemah dan jatuh.apalagi diluar con: Yahudi yg selama ini mencari jalan melemahkan kita.saya pun tdk faham kenapa PAS yg mengaku pejuang agama sanggup berbaiah dgn DAP/yahudi( anwar) inikah yg dikatakan menghalalkan cara utk agama.PAS ingat mereka dapat lari dari 2 musuh yg licik ini nanti.atau mereka ini spt syiah yg sanggup buat apa saja..jasa Tun M dgn menyelamatkan sabah dari terus dikuasai oleh puak yg anti islam saya pecaya besar pahalanya disisi Allah..kalau tdk sabah tdk ubah spt di Timur laste yg keluar indin angkara Tian chua dan yahudi..apapun jika PR menang kali ini kita harap PAS dapat menjaga agama di sabah dan srwk dgm memastikan pemimpin dipegang oleh org yg berTuhankan Allah islam kalau tdk biarlah PAS dan pengikutnya yg bertanggungjawab.spt penggunaan kalimah Allah

    ReplyDelete

  33. cuma yang bijak akan memahami, kehadiran ahli majlis fatwa diceramah pembangkang tidak bererti dia adalah pembangkang. berhadapan suasana pru pemerhati/pengundi wajar matang dan mempunyaai berbagai tafsiran untuk mendapat kepastian dan tidak dibenenguf fikiran yang sempit.

    PRU 13 sudah menghukum kedegilan, kerakusan umat melayu dalam politik.
    siapa undi (38) kerusi DAP diparlimen? PAS+PKR (MELAYU).

    BANDINGKAN semua kawasan mejoriti CINA, calun DAP menang.

    PAS + PKR menang dikawasan mejoriti melayu.





    ReplyDelete