Tuesday, April 30, 2013

Cubaan Dr M dan pemimpin Umno rampas kuasa cetus 13 Mei - Tamrin

Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Tamrin Ghafar.

Menurut laporan Malaysiakini, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umo, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

"Tunku telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi.

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang 13 peristiwa berdarah 13 Mei itu.

Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu.

"Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

"Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini.

6 comments:

  1. kalau berulang lagi, sy rasa bukan org melayu belasah org cina, tapi org melayu belasah org umno. penyokong umno ni kebodohan mrk adalah beyond comprehension. PR nak mansuhkan tol, turunkan harga petrol, beri pelajaran percuma pun diaorang tolak. kebodohan yang tak boleh diterima. bangga sangat dengan brim rm500 tu, brg dapur tak seberapa tu.
    Ya Allah ya tuhanku, lindungilah aku dan keluarga dari kebodohan yang melampau. Kesejahteraan dan rahmat atas Muhammad dan keluarganya.

    ReplyDelete
  2. SATU ALASAN ANWAR ITU BERAGAMA ISLAM
    Dulu AKU sokong Anwar dan percaya semuanya konspirasi Tun M dan AKU akan marah kalau orang kata Anwar Meliwat. Tapi lepas Saiful berani bersumpah laknat barulah AKU terfikir hanya orang yang yakin dirinya tidak bersalah saja yang berani bersumpah laknat, jadi macam mana dengan orang yang mengaku Islam tapi takut bersumpah demikian kerana bagi Anwar beliau masih seorang Islam sebab itu beliau takut bersumpah dengan bersaksikan Al-Quran kerana beliau yakin Allah akan menunjuk balasanya serta merta jika segalanya adalah benar. Kepada semua orang PR kalau boleh minta Anwar bersumpah laknat terlebih dahulu baru kita sama-sama bagi sokongan jangan hanya mendengar janji-janji beliau sahaja, Kalau setakat bercakap saja siapa-siapa pun boleh.Lakukanlah Datuk Sri Anwar Ibrahim SUMPAH LAKNAT dan Tunjukkan kepada rakyat bahawa semuanya adalah fitnah oleh UMNO agar kami bekas pengikutmu akan kembali kepada perjuangan mu.
    MACAM MANA PENGANUT PR BERANIKAH MENCABAR ANWAR BERSUMPAH SEBELUM PRU13 ATAU TAK YAKIN DENGAN MUKJIZAT ALQURAN DAN BUKANKAH ALQURAN ITU SEBESAR-BESAR MUKJIZAT YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA UMAT NABI MUHAMAD S.A.W. jANGAN KERANA POLITIK KITA PUSINGKAN SALAH SATU RUKUN IMAN. SUMPAH LAKNAT WUJUD SEBAGAI SATU KELEBIHAN BAGI UMAT ISLAM UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN ATAU KEBATILAN YANG TERHIJAB KERANA TIDAK ADA AGAMA LAIN YANG MELIBATKAN SUMPAH LAKNAT SEBAGAI JALAN TERAKHIR UNTUK MEMPERTAHANKAN MARUAH SESEORANG DAN KITA MESTI YAKIN DENGAN KEBESARAN ALQURAN. TAPI SAYANG ULAMA PAS SEKALIPUN ADA JUGA MENCARI ALASAN SUPAYA ANWAR TAK PERLU BERSUMPAH DAN AKU YAKIN PENGIKUT ANWAR JUGA SENGAJA MENCARI ALASAN YANG SAMA, JANGAN SANGKA ALLAH ITU TIDUR KERANA JIKA MENGAMBIL PEMIMPIN YANG ROSAK MORALNYA ADALAH LEBIH HINA KEDUDUKANYA DARI ORANG BUKAN ISLAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi bangang, ko bljr dr kitab mn ttg sumpah laknat utk menafikan tuduhan liwat ni? Ckp mcm pndai sgt agama, tp rupa2nya bodoh!!

      Delete
    2. Xde org Islam bodoh yg xde pegangan cm kamu ni dlm PR pn xpela, xheran pn..kalau ada pn mnyusahkn je..

      Delete
  3. tak habis-habis dengan sumpah.... dah berkarung2 diterangkan tentang sumpah... masih lagi sumpah... pi belajar dgn eskay nun... sekali sumpah dapat gak rm20 juta... ni setakat dapat rm 500... menyalak jer tau..

    ReplyDelete
  4. kihkihkih...
    73 pintu...fatwa sumpah pintu yg mane ntah dier ikut..

    ReplyDelete