Wednesday, April 3, 2013

Sahaja aku lawan Umno BN liLlahi Ta'ala!

Akhirnya, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen. Tentulah dengan persetujuan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pukul 11.13 pagi tadi saya alihbahasa dalam laman Facebook saya apa yang ditulis oleh salah seorang kaki Facebook, Shasha Veraiah: "Umum cepat, Najib! Kami dah tak tahan dah nak terajang Barisan Nasional!".

Saya hanya nak mohon satu ja kepada semua yang beragama Islam yang nak lawan Umno Barisan Nasional (BN): Marilah kita lawan Umno BN kerana Allah Ta'ala. Marilah kita lawan Umno BN dengan niat hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Tidak ada niat lain. Hanya itu sahaja. Nak selamatkan negara ini dari Umno BN semata-mata kerana mematuhi Allah dan hendak mendekatkan diri kepada-Nya.

Saya tahu, terutama dalam PAS, ada berduyun-duyun ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya yang ta'sub kepada pemimpin-pemimpin parti itu. Saya nampak dengan jelas terlalu ramai yang 'asabiyyah gila.

Marilah buang semua itu. Janganlah lawan Umno BN kerana ta'subkan parti yang hampa anggotai. 

Saya rasa tak salah kalau saya kata boleh jatuh syirik khafi (syirik tersembunyi) kalau orang-orang Pakatan rakyat (PR) lawan Umno BN kerana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Dr Harun Din, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Haji Mohamad Sabu, Haji Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar atau siapa pun.

Dari pengalaman saya, semua yang saya sebut di atas tu ada pak-pak yet masing-masing yang 'asabiyyah macam sial. Tapi, apa bangangnya nak ta'sub kepada depa kerana depa pun manusia-manusia yang langsung tak suci dari dosa. Janganlah mencelakakan diri sendiri!

Bayangkan, kalau hampa kena pukul bantai sampai berdarah-darah ketika lawan Umno BN yang sure habis akan ganas macam syaitan dalam pilihan raya ini, adakah akan dapat pahala kalau lawan syaitan-syaitan itu kerana yang lain dari Allah? 

Bagaimana pula kalau mati dibunuh oleh orang-orang Umno BN yang makin hari nampak sangat makin ganas dan macam syaitan, adakah akan dapat balasan baik dari Allah kalau terbunuh lawan Umno BN dengan niat kerana yang lain dari Allah?!

Sahaja aku lawan Umno BN kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah (qurbatan illaLlah)!

 

4 comments: