Saturday, April 6, 2013

Celaka-celaka yang nak hilang kuasa sibuk mentedarah rasuah hasil duit placement KWSP?

Bloomberg kata pemerintahan lima dekad Umno Barisan Nasional (BN) sedang terancam. Maknanya, kuasa Umno BN mungkin akan dapat dibunuh mampus oleh rakyat.

Kita akan pakat bersujud syukur kepada Allah s.w.t. kalau itu terjadi.

Membunuh kuasa Umno BN sangat berkait rapat dengan amar ma'ruf nahi munkar yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. Tetapi, selepas kuasa Umno BN dibunuh mampus, mungkin pula kita kena kerja lebih masa pula untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar menghadapi kerajaan yang menggantikan Umno BN.

Tak pa, we cross the bridge when we come to it.

Satu perkara yang kita tak boleh tolak apabila berlaku pertukaran kerajaan ialah kemungkinan besar kerajaan yang menggantikan Umno BN akan mendapati duit dalam perbendaraaan negara hampir kosong atau habis langsung dikerjakan oleh syaitan-syaitan yang kini berkuasa.

Berlegar khabar yang membikin dakwaan bahawa para pemimpin Umno BN mempunyai mentaliti untuk belasah apa yang ada sebelum kalah. Maknanya, mereka tak tolak kemungkinan depa kalah. Sebelum kalah, mereka didakwa berpendapat baik tibai dulu cukup-cukup.

Tertanya-tanyalah kita, menjelang BN terancam akan kalah ni, benarkah duit yang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat placement di dalam bank-bank dibelasah cukup-cukup? Katakanlah A buat permohonan kepada CIMB dan diluluskan setelah melalui proses yang ditetapkan. Tertanya-tanyalah kita adakah tak lama selepas itu, duit dah ada untuk bagi pinjaman? Tertanya-tanyalah kita adakah duit tu adalah duit placement KWSP?

Tertanya-tanyalah kita adakah sakan menganga-nganga puak-puak celaka yang akan dapat habuan 30 peratus dari pinjaman tu? Maknanya, kalau saya ada projek dan saya dapat pinjaman RM100 juta dari bank cap ayam hasil dari duit yang KWSP buat placement dalam bank itu, saya akan dapat RM70 juta sahaja walaupun kena bayar balik RM100 juta. 

RM30 juta lagi saya kena rasuah kepada celaka-celaka nak kalah bertarung dah nak hilang kuasa yang sibuk menganga sementara masih ada masa dan peluang.

Tertanya-tanyalah kita adakah adakah skim itu depa bagi nama 'skim pilihan raya'?

7 comments:

  1. Rampas hak milik umno dan individu umno bn haram jadah dan sekutu mereka drp mca mic gerakan dan dari sarawak mad taib mahmud dan dari sabah jual dan lelong masukan berikan kpd rakyat

    ReplyDelete
  2. Jika bear berlaku peralihan kuasa tunggu dan bersedialah Pakatan Rakyat untuk menanggung segala beban hutang yang ditinggalkan oleh syaitan-syaitan UMNO,Itulah sebabnya semua pemimpin mereka berkata jika rakyat cuba hendak buat eksperimen dengan memilih PR untuk ganti UMNO negara akan jadi bangrap,ini termasuklah yang terbaru oleh ketua setiausaha kewangan,macam lah negara ini mak bapak mereka yang punya konon orang lain tak tahu hendak jaga wang negara,jangan lupa kamu semua akan disiasat jika berlaku ketirisan perbelanjaan wang negara selepas PRU13 nanti jika PR memasuki PETRAJAYA .

    ReplyDelete
  3. Takde ke sesiapa nak buat gerakan mansuhkan KWSP?

    ReplyDelete
  4. Bahasa yang sangat baik dari sekolah ugama mana kamu belajar.

    ReplyDelete