Tuesday, April 30, 2013

Cubaan Dr M dan pemimpin Umno rampas kuasa cetus 13 Mei - Tamrin

Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Tamrin Ghafar.

Menurut laporan Malaysiakini, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umo, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

"Tunku telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi.

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang 13 peristiwa berdarah 13 Mei itu.

Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu.

"Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

"Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini.

Baru Aziz Bari masuk khemah depa, terus bisu Pemuda Umno yang meracau

Pakatan Rakyat (PR) buat ceramah kempen pilihan raya di tapak pasar malam di Sungai Lang dalam kawasan parlimen Sabak Bernam.

Tiba-tiba, segerombolan Pemuda Umno terjerit-jerit mengganggu ceramah tersebut dari khemah mereka yang sengaja disediakan untuk mengganggu ceramah PR.

Bila calon PKR bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam, Dr Abdul Aziz Bari sedang berucap, gerombolan tu makin sakan meracau-racau sambil menuduh pakar undang-undang itu tak layak jadi wakil rakyat.

Bila Dr Abdul Aziz dengar orang kutuk dia, dia pun terus berhenti ceramah, pergi ke khemah gerombolan BN tu dan duduk di situ untuk mendengar "ucapan" dan "kempen" puak tak tentu hala tu.

"Saya hanya duduk dan tak kata apa-apa.

"Pemuda yang sedang berucap bila nampak saya terus berkata: 'Selamat datang Dr Aziz Bari'," kata beliau memberitahu apa yang berlaku sambil ketawa.

Buruk kelaku depa yang terjerit-jerit sambil melalak menyanyi-nyanyi dengan mendendangkan lagu entah apa-apa tu terus berhenti apabila tengok Dr Abdul Aziz duduk di khemah depa (cerita ini diciluk tanpa izin dari Saidah Hairan)

Monday, April 29, 2013

Cina ni kata: Kalau ada hudud, dah lama menteri-menteri BN tak dak tangan

Bagi semua yang ada akaun fesbuk, tolong sangat-sangat pi sini dan share sakan-sakan. Wajib share sakan-sakan!

aku dah lama tulis hamlau ni dah sebati dengan menipu

Kata Khalid Abdul Samad: "Saya teringat pesanan arwah Fadzil Mohd Noor ke atas individu bernama (Datuk) Zulkifli (Nordin). Beliau berkata 10 daripada perkara yang Zulkifli cakap, 12 tidak boleh dipercayai" (Baca seterusnya di sini)


Sunday, April 28, 2013

Undi BN? Dengan hang-hang sekali hilang!

Ini salah satu status dalam Fesbuk saya di sini. Pakat tolong copy and paste saya alih bahasa ikut suka hati saya:

Datang orang Vietnam, anjing dan kucing hilang...
Datang orang Bangla, gadis-gadis Melayu hilang...
Datang amoi China, suami-suami hilang...
Datang ahlil politik, wanita Mongolia hilang...
Datang polis, dadah hilang...
Datang pilihan raya umum, duit kerajaan hilang...
Kalah pilihan raya umum, dokumen hilang...
Keluar laporan sebenar, doktor hilang...
Cakap benar, keluarga hilang...
Besarkan tentera udara, enjin jet hilang...
Kalau hang undi Barisan Nasional, masa depan hang habis hilang...
Undilah dengan bijak sebelum dengan hang-hang sekali hilang...

Friday, April 26, 2013

Adakah akan jadi kafir kalau tak cakap bab hudud sat waktu pilihan raya ni?


Sehari dua lepas, Mohd Zain Hashim yang orang anggap tok penghulu Markaz Tarbiyyah PAS Pusat call saya. "Woi, hang tak boleh berenti sat ka? Sementara pilihan raya ja!"

Dia juga ingatkan saya yang saya dah kata tak nak kritik apa-apa sehinggalah habis pilihan raya.

Saya jawab, "aku ni teringin sangat nak tengok Umno Barisan Nasional (BN) kalah. aku benci sungguh Umno BN. aku pun tak nak tulis apa-apa dah (yang susahkan PAS atau Pakatan Rakyat). Tapi dah depa dok buat perangai tak habis-habis, tak upaya la aku pun".

Hari ni saya dapat maklumat. Saya akan beritahu apa maklumat itu selepas pilihan raya. Kalau saya terlupa, siapa-siapa yang baca janji saya ni , tolong ingatkan.

Hari ni tak upaya la nak bagi tau.

Saya nak tulis elok-elok ni - walupun kalau ikutkan sakit hati nak aku maki-maki, carut-carut.

Saya nak minta elok-elok ni. Boleh dak tolong stop dulu sebarang ulasan atau komen tentang hudud?

Pakatan Rakyat (PR) ada manifesto. Manifesto itu adalah persetujuan bersama tiga parti - PAS, PKR dan DAP. Persetujuan bermakna persefahaman atau persepakatan.

Sebabnya, kalau ada salah satu pihak tak setuju, saya difahamkan perkara berkenaan tak dimasukkan dalam manifesto. Yang dimasukkan dalam manifesto, semua dah bersetuju dalam satu persefahaman dan persepakatan.

Setahu saya, hudud tidak ada dalam persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama itu.

Hudud ada dalam ajaran Islam. Apa yang Islam ajar tak boleh tolak. Saya setuju dan saya pun tak nak langsung tolak hudud sebab saya takut masuk neraka.

Tetapi, kalau ada ustaz-ustaz terjenguk blog saya ni, saya nak tanya sikit, bukankah menghormati persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama juga ada dalam ajaran Islam?

Bukankah tidak mengkhianati persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama juga adalah ajaran Islam?

Orang-orang PAS mahir dalam Fiqh Awlawiyyat. Dalam keadaan berperang dengan Umno BN ni, ajaran Islam mana lebih patut didahulukan? Hudud atau tidak mengkhianati persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama?

Adakah akan jadi tidak berprinsip, meninggalkan perjuangan, jahat, terkutuk atau kafir terus atau sekurang-kurangnya less Islamic kalau tak bercakap bab hudud sat dan hanya tumpu kepada apa yang menjadi persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama ?

Tuesday, April 23, 2013

Antara Kadir Sheikh Fadzir yang sakan-sakan orang kincah hal dia dan Juanda yang ulama

Ramai orang tahu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berminat nak lawan Umno di kerusi parlimen Baling. Dia hendak bertanding pinjam lambang mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Malang bagi Abdul Kadir, "holier than thou" dalam PAS sah-sah la tak gamak nak tawarkan lambang parti depa kat Abdul Kadir. Maklumlah.

PKR pun tak tawarkan. Apa hak PKR nak tawarkan, kerusi Parlimen Baling panggu PAS.

Bila akhirnya dia tak dapat apa yang dia idamkan, ramai yang jangkakan Abdul Kadir akan merajuk, marah dan masuk Umno balik - atau kurang-kurang pun buat hal untuk susahkan PR. aku pun dok rasa lagu tu jugak.

Setakat saya tulis ni, dia tak buat hal lagi. Perlu diingatkan, Abdul Kadir bukan ulama. Dan, macam-macam hal dia orang kincah.

PAS diketahui umum telah memujuk Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjadi calonnya di Kangar. Sumber-sumber memberitahu, dia keberatan. Kononnya, kerana dia tak gemarkan "ulama-ulama Melayu" dalam PAS dan Umno.

Khabarnya, dia lebih berminat bertanding di Kangar sebagai calon PKR. Bila dia tak nak bertanding sebagai calon PAS, parti itu akhirnya meletakkan Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Perlis, Baharuddin Ahmad, bertanding di situ.

Menambahkan parah, bila nama-nama calon PKR diumumkan, tak ada pun nama Juanda bertanding di mana-mana. Hari ini, akhbar yang aku tak sanggah bila dituduh lidah syaitan melaporkan berita bertajuk "PRU-13: Dr Juanda undi BN kerana konsisten tegakkan Islam". Lihat juga laporan NST "Perlis mufti Dr Juanda says will vote for BN".

Dari cerita Abdul Kadir yang bukan ulama dan Dr Juanda yang bergelar ulama, banyaklah kesimpulan boleh buat dan buatlah kesimpulan sendiri.

Sambil itu, kalau ada masa, harap baca berita The Star hari ni bertajuk "Hadi urged to reveal PKR candidate alleged to be drug peddler", "Ini kisah pil kuda cap Hadi" dan "Hoi bakaq, perasan "holier than thou" bukan dari ajaran Islam".

Hoi bakaq, perasan "holier than thou" bukan dari ajaran Islam

Bila saya melihat seseorang yang dijulang sebagai ulama bercakap dengan cara yang nampak sangat perasan bagus dan bajet macam bagus sangat (lihat di sini), dan orang Islam yang turut dihina itu pula begitu sober (lihat di sini dan lihat di sini mengenai beliau), saya teringat sebuah artikel yang ditulis dari ceramah Dr Jalaluddin Rahmat yang saya baca lama dulu.

saya pernah siarkan artikel di bawah ni dalam blog lama saya yang Google dah delete tu kononnya kerana spam blog. Ni saya siar lagi untuk peringatan kepada diri saya sendiri. Siapa nak kutuk, saya tak boleh larang. Siapa nak baca, silakan baca:

Suatu hari, Allah SWT berfirman kepada Nabi Musa as, "Hai Musa, bila nanti kau akan bertemu dengan-Ku lagi, bawalah seseorang yang menurutmu kamu lebih baik daripada dia." Nabi Musa as lalu pergi ke mana-mana; ke jalanan, pasar, dan tempat-tempat ibadat. Ia selalu menemukan dalam diri setiap orang itu suatu kelebihan dari dirinya. Mungkin dalam beberapa hal yang lain, orang itu lebih jelek dari Nabi Musa, tetapi Nabi Musa selalu menemukan ada hal pada diri orang itu yang lebih baik dari dirinya. Nabi Musa tidak mendapatkan seorang pun yang terhadapnya Nabi Musa dapat berkata, "Aku lebih baik dari dia."

Karena gagal menemukan orang itu, Nabi Musa masuk ke tengah-tengah binatang. Dalam diri binatang pun ternyata selalu ada hal-hal yang lebih baik daripada Nabi Musa. Seperti kita ketahui, burung Merak, misalnya, bulunya jauh lebih bagus dari bulu manusia. Sampai akhirnya Nabi Musa melewati seekor anjing kudisan. Nabi Musa berpikir, "Mungkin sebaiknya aku pergi membawa dia." Ia pun lalu mengikat leher anjing itu dengan tali. Namun ketika sampai ke suatu tempat, Nabi Musa melepaskan anjing itu.

Ketika Nabi Musa datang untuk bermunajat lagi di hadapan Allah SWT, Tuhan bertanya, "Ya Musa, mana orang yang Aku perintahkan kepadamu untuk kaubawa?" Nabi Musa menjawab, "Tuhanku, aku tidak menemukan seseorang pun yang aku lebih baik darinya." Tuhan lalu berfirman, "Demi keagungan-Ku dan kebesaran-Ku, sekiranya kamu datang kepadaku dengan membawa seseorang yang kamu pikir kamu lebih baik darinya, Aku akan hapuskan namamu dari daftar kenabian." (Selanjutnya di sini)

Monday, April 22, 2013

Hadi beri sebab pertindihan di Marang - am more convinced he is a mole!

Akhir-akhir ni, saya banyak tulis dalam laman Facebook. Berikut antara yang saya tulis:

aku harap calon2 PAS yg lawan kawan sendiri, terutama di Kota Damansara, tidak mempunyai mentaliti holier than thou. Kalau ada sehalus zarah pun perasaan itu, mereka hakikatnya menentang dan melawan Allah! (Di sini)

Sepanjang ingatan saya, saya tak mempromosikan mana-mana calon dalam FB saya, kecuali Nurul Izzah - sebab isteri saya dan saya akan undi dia. Saya hanya bantai Umno BN ja.

Tetapi malam ni saya nak memperomosikan Dr Nasir utk Kota Damansara dan Aru untuk Semenyih.

Mereka sudah menjadi orang tertindas atau mustadh'afin sejak hari penamaan calon 20/4/13 lalu.

And, i always want to walk with mustadh'afin. (Di sini)

Mengulas video bertajuk "Kenapa berlaku pertindihan calon PAS dan PKR" oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saya tulis:

i wish i can believe this fella...

Yo lah tu! (Di sini)

Mengulas berita TMI bertajuk "PAS-PKR seat clashes from fear of defections, says Hadi", saya tulis:

With a friend like Hadi Awang, we dont need enemy! (Di sini)

Mengulas berita bertajuk "Hadi beri sebab pertindihan kerusi di Marang", saya tulis:

Kenyataannya memperlihatkan sikap holier than thou yg amat ketara. Tetapi, di atas semua itu (kena tulis dlm English jadi tepat sikit): i am more convinced than ever he is a mole! (Di sini)

Dan, di bawah berita bertajuk "Mat Taib: Hanya PAS mampu bimbing ke arah Islam", saya tulis:

saya bersyukur Mat Taib telah meinggalkan Umno. Serious saya bersyukur! Keinsafan tak kenal usia dan kita pakat-pakatlah doa yg terbaik utk dia.

Tetapi bila dia kata dilaporkan berkata "Hanya PAS mampu bimbing ke arah Islam", saya kesian sangat kat dia. Serious saya kesian! (Di sini)

Saturday, April 20, 2013

Hello PAS (UG), aku tak nampak apa beza hampa dengan Brahim Ali dan Zul Nordin

Di Sungai Acheh, telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. PAS (UG) kencing keputusan itu dan lawan che'GuBard yang mewakili PKR di situ.

Di Kota Damansara, PAS (UG) sengaja sabotaj Dr Mohd Nasir Hashim (ADUN Kota Damansara 2008-2013) yang mempertahankan kerusinya di situ atas tiket PKR yang jadi kawan PAS dalam Pakatan Rakyat. Bukan rahsia lagi Dr Mohd Nasir tidak disukai oleh Zaharuddin Muhammad menantu Presiden PAS yang duduk di Kota Damansara dan disebut-sebut sebagai "pemerintah" Masjid Kuning di situ.

Dengan dua contoh di atas, buatlah kesimpulan sendiri.

Hello PAS (UG), aku langsung tak nampak apa beza hampa dengan jenis-jenis seperti Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Nordin.

Ustaz b*t*h pak hang!!

Akhirnya, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa - tapi terlalu ramai yang sebut perkosa), Datuk Ibrahim Ali dapat bertanding satu sama satu dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Che Johan Che Pa yang dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) menarik diri.

Kawan saya ramai orang Kelantan. Mereka kata, kalau bertanding satu sama satu, Ibrahim ada peluang. Dan, laluan untuk anak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi pertaruhan PAS di kerusi parlimen Pasir Mas itu dikatakan sengit.

Untuk rekod, sejak 1990, Ibrahim tak pernah menang kerusi Pasir Mas atas tiket BN la'natuLlah.

Saya tidak ada cadangan langsung untuk menambah apa yang saya tulis tentang Nik Abduh. Tunggulah sampai habis pilihan raya.

Saya hanya nak tulis tentang Che Johan. Ada orang bertanya dengan sinis, "berapa banyak (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) bagi duit kat Che Johan?!" Saya tak nak campur tangan fasal soalan itu.

Yang saya nak katakan, dari segi setiakawan, Che Johan jauh lebih mulia dari calon-calon PAS dan PKR yang dilaporkan bertanding sesama sendiri di kerusi Parlimen Labuan dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tak ada kecuali seorang pun, bagi saya, mereka semua, dan pemimpin yang terlibat dengan pencalonan mereka, adalah Umno. Mereka mungkin memegang kad keahlian PAS atau PKR, tetapi mereka tentera setia Umno yang membuka laluan mudah kepada kemenangan parti kesayangan mereka itu di Labuan dan Sungai Acheh.

Di baju mereka mungkin ada lencana PAS atau PKR, tetapi di hati mereka ada lambang jahanam Umno yang saya mohon Allah s.w.t. mela'nati parti itu (ulang lagi, mohon Allah la'nat parti Umno dan bukan orang-orang Umno).

Di bawah berita Malaysiakini bertajuk "PAS, PKR bertembung di 7 kerusi", saya tulis (i have no time to mince words and i offer no apology):

Punya la lama gila Najib tangguhkan time pilihan raya. Memang lebih dari cukup masa nak selesaikan soal calon. Memang babi la hampa ni semua! Yg bertanding sesama sendiri tu lebih hina dari puki babi, walaupun bertaraf ustaz. Ustaz butoh pak hang!!

Saya tambah lagi kira-kira pukul 7.35 malam apa yang saya tulis tu:

aku tengok banyak blog, komen dan status yang ejek Papagomo krn tak bertanding di Permatang Pauh. Kata dia penakut la, apa la. Dari segi setiakawan dengan Umno BN dia, dia lebih mulia dari calon2 PAS PKR yg bertanding sesama sendiri. Paling hina bagi aku ialah calon PAS di Kota Damansara. Kurang ajaq of the highest kind! aku nampak, rata-rata puak PAS yang bertanding sesama Pakatan Rakyat tu ialah puak Unity Government (baca Umno).

Berkaitan:
Mustafa (Ali) janji Sg Acheh 'satu lawan satu' - che'GuBard (faqar 20/4/13)

Friday, April 19, 2013

Protes calon: 70 peratus pusat operasi Umno Pulau Pinang lumpuh

70 peratus dari pusat operasi Umno di Pulau Pinang tidak aktif disebabkan rasa tidak puas hati di kalangan jentera parti ekoran calon mereka tidak termsuk dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Memetik satu sumber Umno, Malaysiakini melaporkan, kawasan yang diterlibat termasuk Balik Pulau, Bayan Baru, Nibong Tebal, Permatang Pauh dan kawasan parlimen Tasek Gelugor.

Pergolakan demi pergolakan itu adalah lanjutan dari protes-protes tidak puas hati terhadap calon-calon yang dipilih oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mula tercetus sejak sebelum penamaan calon lagi.

Pada malam sebelum calon-calon BN diumumkan, tiga bilik gerakan BN di Shah Alam yang dibuka oleh Umno dilaporkan telah ditutup apabila tersiar khabar Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Nordin dipilih sebagai calon BN di situ.

Para pemimpin dan penyokong Umno di bahagian itu dilaporkan hanya memberi tumpuan untuk membantu calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Datuk Ahmad Nawawi M Zin.

Ahmad Nawawi ialah Ketua Umno Bahagian Shah Alam.

Malah, sejak hari Najib mengisytiharkan nama calon-calon Umno pun telah berlaku tunjuk perasaan ahli-ahli Umno dan BN.

Mereka menunjuk perasaan di perkarangan bangunan ibu pejabat Umno di PWTC, antaranya membantah pencalonan Datuk Dr Tengku Mohd Rethwan Tengku Mansor mewakili BN di kerusi DUN Seri Setia.

Dr Tengku Mohd Rethwan ialah adik Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Di Kota Kinabalu, ketika Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan nama calon-calon Bn di negeri itu, terdengar sorakan boo dan jeritan wanita Umno membantah mereka yang dicalonkan, antaranya pencalonan Datuk Yusof Apdal sebagai calon BN di kerusi DUN Lahad Datu.

Yusof ialah adik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

MCA, yang dilihat antara mangsa utama dalam senarai calon yang diumumkan Najib, mengadakan bantahan demi bantahan.

Parti komponen kedua paling utama dalam BN itu berbalah secara terbuka dengan Umno berikutan kekecewaan MCA apabila merasakan Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Datuk Shafie Abdullah "merompak" kerusi berkenaan daripada MCA.

Shafie pula menuduh MCA "memalukan BN". Beliau akhirnya dipilih sebagai calon BN di Wangsa Maju.

Di Gelang Patah, kira 1,000 ahli MCA mengadakan tunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan membantah pengguguran ketua MCA bahagian itu, Jason Teoh, sebagai calon BN.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dipilih oleh kepimpinan najib untuk mengharungi cabaran Lim Kit Siang yang bertanding sebagai calon DAP di situ.

Walaupun ugutan untuk bertanding sebagai calon bebas juga berlaku di tempat-tempat lain, di Pulau Pinanglah yang paling terbuka ugutan sedemikian.

Tiga tokoh BN negeri itu mengisytiharkan perang terhadap parti mereka sendiri.

Mereka ialah bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar; ADUN Sungai Dua Datuk Jasmin Mohamed dan penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan.

Malah, Shariff mengumumkan bertanding sebagai calon bebas dengan matlamat untuk mengalahkan BN.

Selain mereka, Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang J Dhinagaran dan koordinator BN untuk Machang Bubuk Ooi Suan Hoe dari Gerakan juga menyatakan protes dan mengisytiharkan hasrat untuk akan sebagai calon BN.

Thursday, April 18, 2013

Ada jutawan Cina hanya nak PR menang, ikrar tak nak projek

Kami hanya mahu lihat Pakatan Rakyat (PR) menang dan kami tidak perlu apa-apa projek dari kamu, itulah penegasan wakil sekumpulan tokoh perniagaan Cina Johor yang bertemu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub baru-baru ini.

"Hampir 10 orang ahli perniagaan Cina Johor datang berjumpa saya baru-baru ini.

"Salah seorang dari mereka memberitahu saya: 'Kami sudah kaya, ada (yang bertaraf) jutawan. Kami tak perlu projek dari kamu. "

"Kami hanya mahu lihat awak (PR) menang. Ingat ni, kalau awak menang, saya datang minta projek, awak tendang saya'," beliau menceritakan apa yang dinyatakan oleh salah seorang dari mereka sambil menunjukkan gambar kenangan bersama mereka di dalam telefonnya.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli pula menyifatkan sambutan masyarakat peniaga Cina kepada PR itu adalah hasil kejayaan pentadbiran yang lebih bersih negeri-negeri di bawah pentadbiran PR sebelum ini.

Dengan pelbagai positif perkembangan yang berlaku, Salahuddin yakin sokongan orang-orang Melayu kepada PR bertambah baik di Johor manakala sokongan orang-orang Cina pula kekal di tahap terbaik.

Para penganalisis politik bersetuju bahawa peratusan sokongan orang-orang Cina kepada PR berada di tahap terbaik sejak pakatan itu ditubuhkan.

Senada dengan Salahuddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula menekankan bahawa perkara itu bukan sahaja berlaku di Johor malah di seluruh negara.

"Sokongan orang-orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) merosot, sokongan orang-orang Cina kepada PR pula bertahan (pada tahap paling baik).

"Insya Allah, ada harapan baik (kepada PR)," kata Rafizi yang menjangkakan tsunami kebangkitan rakyat menentang BN dalam pilihan raya umum ke-13 ini lebih besar dari yang PR sendiri jangkakan.

Ditanya apakah asas keyakinannya terhadap peningkatan sokongan itu, Salahuddin berkata: "Sambutan yang kita terima ketika bertemu rakyat, sama ada bersama-sama rakan-rakan kita dalam PR atau PAS bersendirian menunjukkan sokongan yang kian meningkat".

Beliau berkata, ada tempat yang sebelum ini tidak boleh dihampiri oleh PR untuk mengadakan ceramah atau majlis lain, tetapi kini sambutan yang diberi di luar dugaan.

Contohnya, kata beliau, di Kukup dekat Pontian.

Dahulu, katanya, DAP tidak dapat mengadakan apa-apa program di situ kerana tiada sambutan tetapi kini majlis makan malam pun sudah diadakan dan dewan penuh sesak dengan kehadiran masyarakat Cina di situ.

Lantaran itulah, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar yakin sokongan orang-orang Cina kepada PR berada di tahap paling "solid".

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Mohd Nasir Mustafa menyokong pandangan itu.

"Orang Cina sekarang lebih lincah politik mereka," kata beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan yang dimenanginya pada 2008 lalu.

Salahuuddin seterusnya menekankan, keyakinan itu bukan dipetik dari langit (pluck out of the air).

"Kita bertemu dengan semua lapisan masyarakat, dari Orang Asli hinggalah pegawai tinggi kerajaan dan bekas-bekas pemimpin tinggi Umno, semuanya memberikan sambutan yang baik.

"Sedangkan sebelum ini, orang tak mahu datang ke majlis-majlis atau ceramah-ceramah yang kita adakan," kata Salahuddin sambil memberi contoh sambutan rakyat kepada ceramah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Petugas-petugas kita menganggarkan 25,000 hadir dan 60 peratus dari mereka adalah orang-orang Melayu.

"Kalau dahulu, jangan mimpilah berpuluh ribu orang hadir ceramah PAS di Johor. Dapat dua tiga ratus pun sudah dianggap paling bertuah," kata anak jati Johor itu.

Wednesday, April 17, 2013

Dia pun tak sabar nak tengok video dia main betina

Bagi yang suka baca dalam bahasa Inggeris, dah baca berita Malaysiakini hari ni bertajuk "Khalid: I'd be very happy to see that 'sex video'"? Bagi yang tak selesa membaca dalam Bahasa Inggeris, lebih kurang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kata, dia seronok sangat nak tengok video seks yang melibatkannya.

Saya alihbahasakan dengan stail saya sendiri apa yang Khalid kata: "Saya seronok - seronok sangat - nak tengok video itu, kalau ada... Tak jadi kudis pun, kami dah melalui benda-benda gini. Sebabnya saya tak bimbang ialah kerana saya tak buat apa-apa"

Khalid siap buat lawak lagi: "Mungkin saya buat kelaku macam tu masa muda-muda dulu (ketika dalam) dunia korporat. Masa tu, lagi senang nak semua tu berbanding sekarang (bila dah jadi Menteri Besar Selangor)".

Yang best laginya bila Khalid dengan sinis berkata, dia dan isterinya seronok sangat kalau berlaku benda-benda lagu tu.

"Isteri saya seronok sangat kalau orang buat apa-apa kat saya. Bolehlah saya berhenti berpolitik dan kami boleh (bebas) menikmati hidup kami, makan angin seluruh dunia," lebih kurang lagu tu la Khalid cakap.

Lagu tu la reaksi orang yang tak buat apa-apa. Atau, buat macam Salahuddin Ayub (lihat "Bila Salahuddin Ayub dituduh main betina di Puduraya"). Salahuddin bersumpah dengan dengan kalimah qasam yang diajarkan Islam bahawa dia tak pernah berzina. Habislah fitnah. Duit pun tak payah keluar nak bayar upah.

Tuesday, April 16, 2013

Umno Shah Alam beri sambutan hangat kepada Zul Nordin

Sejak semalam lagi, tiga bilik gerakan Umno Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ.

"Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.

Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.

"Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang akan mempertahankan kerusi Shah Alam menyifatkan pemimpin Umno mempunyai persepsi yang unik apabila mencalonkan Zulkifli di situ.

"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," The Malaysian Insider memetik beliau.

Menurut Khalid, kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan tidak bersifat pelampau, dan Zulkifli yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mewakili nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka.

Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

Bila Mukhriz bertanding DUN, rakyat Kedah berhadapan dua taghut yang nak jadi MB

Akhirnya, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah. Beliau akan berlawan di kerusi DUN Ayer Hitam. Abd Ghani Ahmad dari PAS terpaksa mempertahankan kerusi tersebut yang dimenanginya pada tahun 2008.

Kalau ayah dia tak ada jaminan bahawa Mukhriz akan jadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu, takkan dia nak bagi anak dia bertanding di situ. Umum mengetahui, Dr Mahathir penuh perkiraan.

Dan, kalau bekas Perdana Menteri itu tak rasa yakin BN boleh menang di Kedah, takkan dia nak bagi anak dia bertanding kerusi DUN.

Tak mungkin Dr Mahathir tak dengar cerita yang orang-orang Cina Kedah ramai yang kata nak belah dua undi depa kalau Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertanding lagi dan dilihat akan terus nak melekat sampai mati di kerusi Menteri Besar negeri itu. Undi kerusi Parlimen depa nak bagi kat Pakatan Rakyat (PR), undi kerusi DUN nak bagi kat BN.

Dari segi perkiraan dalaman PAS pula, peluang Azizan nak jadi Menteri Besar sangatlah cerah, jika PAS menang lagi di negeri itu.

Selain Datuk Mustafa Ali, Azizan juga adalah sahabat kesayangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kalau Azizan nak jadi Menteri Besar Kedah sampai berulat atas lantai pun, terlompat-lompat Abdul Hadi akan bagi dengan penuh rela dan histeria.

Kawan saya kata, la ni cuba kita fikir, bagi orang biasa, dan tak payah ambil kira la ahli Umno dan PAS, kita cakap fasal orang biasa yang tak 'asabiyyah kepada mana-mana parti dan pemimpin-pemimpin parti berkenaan; kepada depa, antara Mukhriz dan Azizan, hampa fikir depa pilih siapa?

Persoalannya, adakah rakyat yang benci Umno BN terpaksa menaruh harapan kepada orang-orang seperti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk menghalang cita-cita Dr Mahathir dan anaknya Mukhriz?

Nak harap Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dah dapat dah bertanding di Pendang atau pemimpin PAS paling kanan dari negeri Kedah iaitu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, kirim salam ja la. Depa tu kalau dengan Azizan, langsung tak berani. Kecut habis!

Azizan boleh la sembang deras depan Dr Mahathir ka, atau depan Tun Daim Zainuddin ka, atau mana-mana syayatinihi dalam Umno bahawa "Mat Sabu dengan Mahfuz tu mana berani dengan aku. Sekali aku jerkah depa dalam telefon ja, bukan berdepan pun, dalam telefon ja, terkencin dalam seluaq!"

Lepas ini boleh la orang-orang Kedah pakat-pakat menyanyi:

Taghut di belah kanan tu
Taghut di belah kiri tu
Dua-duanya dok gian
Nak jadi MB kami

Monday, April 15, 2013

Penglipur lara kepada orang PR yang lara: PR menang 124 kerusi. Wow!

Wahai para penyokong PR, jika hatimu sedang lara, nikmatilah penglipur lara di bawah ni. Tetapi jangan la sampai tak teruskan kerja nak bunuh kuasa Umno BN. Dan, jangan pula menganggap yg di bawah ni lebih dari penglipurlara. Baca, baca jugak. Kerja bunuh kuasa Umno mesti diteruskan. Silakan berhibur:

Kaji selidik terbaru PR bakal menang 124 kerusi, BN 98: RM5 juta nilai utk beli calon PR

Segalanya sudah diketahui. Walaupun berikrar akan dapat kekal dalam kerajaan persekutuan dengan dua pertiga majoriti dalam Parlimen, Perdana Menteri Najib Razak sebenarnya sedang menanti kekalahan yang teruk.

Menurut sumber-sumber politik, kaji selidik yang dijalankan oleh unit perisikan khas kerajaan menunjukkan gabungan Umno-Barisan Nasional yang diketuai Najib ketinggalan jauh di belakang Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dengan hanya 98 kerusi dan Pembangkang 124 kerusi.

Anwar dan PR dijangka akan memenangi 10 kerusi di Wilayah Persekutuan, 10 di Johor, 11 di Kedah, 12 di Kelantan, 18 di Perak, 17 di Selangor, 1 di Terengganu, 1 di Melaka, 3 di Negeri Sembilan, 5 di Pahang, 0 di Perlis dan seramai 25 di Sabah dan Sarawak (Baca selanjutnya di sini)

Berkaitan:
Pakatan eyeing magical 112 seats or more (FMT 15/4/13)

Oleh kerana aku undi Nurul Izzah, aku ni macai PR ka? Ah, who cares?

aku tak jadi ahli mana2 parti di dalam PR. Tapi aku benci sakan parti Umno BN. Ulang lagi, parti.

Adakah akan menyebabkan perpecahan?

Nak berpecah fasal apa pulak? Kalau kedai orang Umno masak sedap dan kedai orang PAS masak macam masak dengan kaki, aku makan kat kedai orang Umno. Mampoih pi la hang PAS ka, apa ka. Kalau hang masak tak sedap, tak buloq aih aku nak mentedarah kat kedai hang.

Memang aku dok makan kedai orang Umno pun la ni. Dia Islam. Dia masak sedap gilerr. aku nak makan, bukannya nak mengundi.

Depan rumah aku, orang kaya tu siap pasang dua bendera BN kat gate dia. Tapi bila jumpa depa, aku bersembang elok ja dengan depa. Tak ada rasa permusuhan.

Ada beberapa blogger Umno kawan aku. Bab maki PAS, PKR dan DAP, tak payah cakap la depa tu. Tapi aku boleh minum teh tarik dengan depa sambil bergelak sakan. Takkan nak bertumbuk berterajang pulak. Gila apa nak buat lagu tu!

So, nak berpecah apanya?

Hanya si bangang saja yang berpecah kerana parti, apa lagi sampai bertetak berparang. Pemimpin-pemimpin Umno oi! Hentikanlah mengapi-apikan keganasan dan menghasut puak-puak bangang hampa buat kerja bangang yang hampa nak depa buat tu!

Memang, dah aku benci sakan kat Umno BN, dengan penuh rela dan redha, bini aku dan aku bertekad sakan nak undi Nurul Izzah Anwar 5 Mei ini sama seperti yangkami undi dalam pilihan raya umum 2008 dulu, walaupun aku tak jadi ahli mana-mana parti di dalam PR.

Oleh kerana aku undi Nurul Izzah sebab aku benci Umno BN tahap langit tertinggi, adakah aku macai PR?

Ah, kalau macai PR sekalipun, who cares!

Janji bunuh kuasa Umno BN dulu. Yang lain kira kemudian.

Saturday, April 13, 2013

Bila Salahuddin Ayub dituduh main betina di Puduraya

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pernah dituduh main betina di Puduraya. Pernah sekali saya beritahu beliau sorang sama sorang, "ada blog dok cerita hang main betina di Puduraya".

Bila saya beritahu perkara itu, saya mula mengkaji air mukanya. Saya bukanlah pakar kaji body language. Tapi, ikhlas cakap, saya nampak dia ok ja. Tak nampak macam bersalah pun.

Saya ni suka tengok body language orang walaupun saya bukanlah pakar. Sebab itulah, kalau saya tulis hal Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaariibuu, saya suka cerita fasal body language dia. Body language Najib menghantar rasa curiga.

Suami Datin Seri Rosmah Mansor itu tak boleh dituduh bersalah dalam kes bunuh Altantuya kerana kita tak dak bukti. Dia mungkin bersih. Mungkin. Malangnya, dia tidak kelihatan bersih.

Sumpahnya di masjid dengan menggunakan kalimah qasam yang diajar Islam tidak dituruti oleh ayat-ayat yang memberi keyakinan yang membunuh segala keraguan. Malah, menambahkan lagi keraguan tanpa penghujung.

Balik kepada cerita Salahuddin. Satu hari di Parlimen, beliau diperkenalkan kepada seseorang yang dikatakan Papagomo yang Salahuddin kenalpasti antara yang menulis cerita dia main betina di Puduraya. Terus dia tarik mamat tu sembang sorang sama sorang. Antara lain, Salahuddin beritahu saya, dia ajak orang yang dikatakan Papagomo itu bermubahalah di Masjid Negara.

"Saya bawa keluarga saya, awak bawa keluarga awak. Kita bermubahalah di Masjid Negara," lebih kurang begitu la kata Salahuddin kepada mamat tu seperti yang diceritakan kepada saya.

Tidak puas dengan itu, satu hari, dalam satu ceramah besar di Johor, Salahuddin bersumpah dengan kalimah qasam.

Entah apa puncanya dan entah macam mana dia boleh cakap gitu saya tak tahu. Tetapi, Salahuddin memberitahu semua yang hadir, "WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, saya tak pernah berzina!"

Selepas itu, nampak reda cerita Salahuddin main betina di Puduraya walaupun blogger-blogger Umno masih menggelar beliau Din Puduraya ("...dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk" - Al-Hujurat: 11)

Besarlah harapan saya agar cerita di atas menjadi teladan kepada yang sudi membaca blog ini. Lebih dari yang lain, agar menjadi teladan kepada saya sendiri (Cih! Tak dak sapa yang bongok sangat nak tuduh yang berzina, bakaq! Buat rugi beras ja. hang tok sah dok perasan la!)

Khas untuk orang Cina, India: Kalau Umno berjaya cetus rusuhan kaum

Diminta mengulas lanjut mengenai jaminan (PAS) untuk memberi perlindungan (kepada rakyat semua kaum) jika berlaku huru hara, Mahfuz berkata, PAS tidak bercakap kosong malah telah dibuktikan dengan tindakan kerajaan PAS di Kelantan ketika berlakunya rusuhan 13 Mei 1969 lalu.

"Sebaik sahaja tercetus percubaan untuk merebakkan rusuhan di Kuala Lumpur ke Kelantan, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tan Sri Asri Muda terus mengumpulkan pemimpin-pemimpin masyarakat berkumpul di kediaman Menteri Besar Kelantan di JKR 10.

"Beliau memberi amaran, jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan," kata beliau.

Malah, kata Mahfuz, Asri turut memberi jaminan kepada wakil masyarakat Cina yang turut datang ke perhimpunan itu, Chua Say Paw bahawa tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan (baca selanjutnya berita bertajuk "Cetus huru-hara: PAS janji lindungi semua kaum" - versi Inggeris "PAS will shield all from race clash, veep vows". Selain itu, baca juga berita bertajuk "Dr Mahathir sedang usaha hancurkan negara - Salahudin" - versi Inggeris "'Dr M out to destroy the nation'").

Thursday, April 11, 2013

Tibai Muhyiddin sudah la, tak payah la babitkan anak dia

Bila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat, saya tengok orang-orang PAS melibas balik dengan membantai anak dia, Najwa. 

Saya rasa tak payah la buat gitu kot. Leave her alone.

Bantai Muhyiddin sudah la. Di bawah ni ada cerita fasal Mamat tu:

Pada 2009 dahulu, mungkin ramai yang membaca berita tentang dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura.

Malangnya, apa yang telah terjadi adalah sebaliknya. Beliau pernah didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.

Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.

Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.

Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.

Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.

Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak "yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin"

Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.

Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.

Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan "begitu pantas", dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah "meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta".

Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi "begitu tamak".

Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya.

Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh "mendatanganinya bila-bila masa".

AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa "masa semakin singkat".

Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor.

Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambilalih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.

Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan peruntukan akta itu untuk mengambilalih 6,544.4172 ekar tanah di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan itu.

Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta.

Wednesday, April 10, 2013

Najib sapu duit rakyat untuk canakkan imej buruknya

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membedal duit rakyat untuk pulihkan imej buruknya (lihat Malaysiakini semalam "PKR: Najib using public funds to boost own image").

TMI hari ni melaporkan, pejabat Perdana Menteri berbelanja RM67.8 juta dalam pengiklanan bulan lepas menurut data yang dikeluarkan penganalisis pengguna Nielsen Media Research, sekaligus memperoleh kedudukan tertinggi dikalangan pengiklan lain, melebihi RM43 juta yang dibelanjakan oleh classifieds dan RM25 juta masing-masing oleh Nestle dan Unilever Malaysia.

Menurut satu laporan lagi oleh Maybank Investment Bank (IB) Bhd bulan lepas mendapati Pejabat Perdana Menteri adalah pengiklan paling tinggi berbelanja pada Februari tahun ini sebanyak RM36.1 juta meliputi tujuh peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pengiklanan kasar (adex).

BN pula berada dikedudukan ke-45 dalam senarai Nielsen dengan belanja sebanyak RM4.9 juta pada Mac.

Dalam senarai yang dikeluarkan Maybank IB pula, BN berada dalam kedudukan 20 teratas dengan anggaran jumlah perbelanjaan yang sama.

Bulan lalu, TMI melaporkan agensi-agensi kerajaan, jabatan dan parti BN membeli ruang iklan dalam talian secara pukal disamping penghasilan klip video pro-kerajaan untuk menandingi bahan dan iklan yang dikeluarkan oleh pembangkang menjelang pilihan raya.

TMI hari ni juga melaporkan berita bertajuk "Nik Aziz says will continue ‘until last breath’". Ha ha ha ha! Cliche sungguh ayat dia.

Harap selepas ini tidaklah berduyun-duyun pemimpin-pemimpin PAS berebut-rebut buat kenyataan macam tu.

Takat la ni, tara taghut di Kedah pun dok hingaq kata dia sihat lagi dan boleh memerintah lagi. Takat Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Mahfuz Omar, sekali dia jerkah dalam telefon ja, terus depa berdiri tegak, angkat tabik di hujung talian di sebelah sana dan terketar-ketar depa persembahkan dengan penuh kecut dan takut jawatan eksekutif tertinggi untuk memerintah kat taghut tu.

Kalau bertanding pun depa tak berani halang dia dan dengan penuh kecut menyerahkan Tokai dan Alor Mengkudu seperti yang dia tuntut untuk memuaskan nafsu jahatnya, hampa ingat Abdul Hadi, Mat Sabu dan Mahfuz berani nak halang nafsunya untuk terus memerintah?! Sejarah pasti akan mencatatkan nama kaki-kaki sembang deras atas pentas yang membantu taghut tu terus bertanding dan memaksa buah catur dia di Tokai dan pak yet kesayangannya di Alor Mengkudu juga bertanding.

Ucapan takziah kepada Datuk Dr Mohd Hayati Othman, Dr Ismail Salleh dan semua rakyat Kedah yang kalah di tangan taghut yang memerintah.

Monday, April 8, 2013

Saya silap, Umno BN sebenarnya bukan paling hampir dengan syaitan, tetapi sama!


Saya baru balik. Tadi pi jumpak kawan sat. Dah balik, bukak internet nak baca berita dan cerita. Antara lain terbaca berita Malaysiakini hari ni bertajuk "'Saya tak lepuk kamu sudah baguslah'".

Sebelum ni saya selalu tulis, parti-parti lain bukan la bagus pun. Tetapi Umno Barisan Nasional (BN) yang paling bahaya. Parti itu adalah mudharat terbesar kepada rakyat Malaysia. Umno BNlah yang paling hampir dengan sifat syaitan.

Saya silap. Umno BN dah naik darjah dah. Bukan lagi pada tahap paling hampir dengan sifat syaitan. Malah, betul-betul sama dengan sifat syaitan.

Semua perkembangan yang berlaku menjelang pilihan raya umum ke-13, termasuk apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini dalam audio "'Saya tak lepuk kamu sudah baguslah'" tu, semua itu membuktikan dengan amat jelas dan tidak dapat disangkal sikit pun lagi bahawa Umno BN betul-betul sama dengan sifat syaitan.

Hari ni, ada berlegar berita bahawa pilihan raya umum kemungkinan besar pada 11/5/13 ni. Khabarnya, puak Datuk Seri Najib Tun Razak dok rasa rakyat tak faham lagi manifesto BN.

Rakyat faham tak faham tak tau la saya. Yang aku tau, orang dok ejek BN dok tiru manifesto Pakatan Rakyat (PR) - lihat Bloomberg hari ni "Malaysia's Najib unveils poll manifesto similar to Anwar's". Dah la perangai macam syaitan, kaki tiru pulak tu.

Adoila, adakah syaitan kaki tiru akan jadi kerajaan lagi?! Ya Allah, kami sungguh-sungguh memohon perlindungan-Mu dari syaitan kaki tiru itu!

Malaysiakini hari ni juga melaporkan berita bertajuk "Penang caretaker gov't returns official cars". Selangor pun sudah. Ada kawan tanya, kerajaan Kedah dan Kelantan lagu mana pulak?!


Saturday, April 6, 2013

Celaka-celaka yang nak hilang kuasa sibuk mentedarah rasuah hasil duit placement KWSP?

Bloomberg kata pemerintahan lima dekad Umno Barisan Nasional (BN) sedang terancam. Maknanya, kuasa Umno BN mungkin akan dapat dibunuh mampus oleh rakyat.

Kita akan pakat bersujud syukur kepada Allah s.w.t. kalau itu terjadi.

Membunuh kuasa Umno BN sangat berkait rapat dengan amar ma'ruf nahi munkar yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. Tetapi, selepas kuasa Umno BN dibunuh mampus, mungkin pula kita kena kerja lebih masa pula untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar menghadapi kerajaan yang menggantikan Umno BN.

Tak pa, we cross the bridge when we come to it.

Satu perkara yang kita tak boleh tolak apabila berlaku pertukaran kerajaan ialah kemungkinan besar kerajaan yang menggantikan Umno BN akan mendapati duit dalam perbendaraaan negara hampir kosong atau habis langsung dikerjakan oleh syaitan-syaitan yang kini berkuasa.

Berlegar khabar yang membikin dakwaan bahawa para pemimpin Umno BN mempunyai mentaliti untuk belasah apa yang ada sebelum kalah. Maknanya, mereka tak tolak kemungkinan depa kalah. Sebelum kalah, mereka didakwa berpendapat baik tibai dulu cukup-cukup.

Tertanya-tanyalah kita, menjelang BN terancam akan kalah ni, benarkah duit yang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat placement di dalam bank-bank dibelasah cukup-cukup? Katakanlah A buat permohonan kepada CIMB dan diluluskan setelah melalui proses yang ditetapkan. Tertanya-tanyalah kita adakah tak lama selepas itu, duit dah ada untuk bagi pinjaman? Tertanya-tanyalah kita adakah duit tu adalah duit placement KWSP?

Tertanya-tanyalah kita adakah sakan menganga-nganga puak-puak celaka yang akan dapat habuan 30 peratus dari pinjaman tu? Maknanya, kalau saya ada projek dan saya dapat pinjaman RM100 juta dari bank cap ayam hasil dari duit yang KWSP buat placement dalam bank itu, saya akan dapat RM70 juta sahaja walaupun kena bayar balik RM100 juta. 

RM30 juta lagi saya kena rasuah kepada celaka-celaka nak kalah bertarung dah nak hilang kuasa yang sibuk menganga sementara masih ada masa dan peluang.

Tertanya-tanyalah kita adakah adakah skim itu depa bagi nama 'skim pilihan raya'?

Friday, April 5, 2013

Khabarnya pak yet-pak yet Dr M nak pilihan raya 27/4, Najib nak 11/5

Nampaknya komuniti perniagaan mula memberikan gambaran yang positif jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Contohnya, lihat Malaysiakini 3/4/13 "'Opposition win means short- term pain, long-term gain'" dan TMI 4/4/13 "Monopolies to suffer in the event of unlikely Pakatan win, says Maybank".

Jika Barisan Nasional (BN) menang pula, yang kita nampak jelas akan berlaku ialah harga minyak naik, tarif elektrik dan air naik, tol naik, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dipaksakan tanpa kajian yang wajar dan boleh dipercayai, pendidikan percuma tidak ada dan PTPTN terus mengganas, AES dilaksanakan dan pelbagai bebanan lain dikenakan ke atas rakyat.

Sebab itulah, kita kena pastikan yang jadi masalah terbesar kepada Umno bukannya mana-mana parti lawannya. Tetapi rakyatlah yang menjadi masalah terbesar Umno BN. Rakyatlah yang dah tak sabar lagi dah nak bunuh kuasa Umno BN.

Agaknya kerana dah tak ketahuan darat dengan laut nak berhadapan dengan rakyat, berlegar khabar ada dua aliran dalam Umno berhubung soal penentuan tarikh pilihan raya.

Khabarnya, pak yet-pak yet Tun Dr Mahathir Mohamad nak pilihan raya diadakan pada 27/4/13 - agaknya kerana mereka nak cepat get rid of Datuk Seri Najib Tun Razak (lihat Malaysiakini 27/3/13 "Dr M: Najib terpaksa turun kalau prestasi PRU buruk").

Manakal Najib pula dikhabarkan mahu pilihan raya diadakan pada 11/5/13. Agaknya dia mahu duduk di kerusi Perdana Menteri selama mana yang boleh.

Saya heran kenapa Dr Mahathir nak cepat sangat pilihan raya. Sebab, kalau PR menang, saya rasa Najib boleh menaruh harapan Anwar mungkin akan pengaruhi rakan-rakan dia dalam PR supaya suami Datin Seri Rosmah Mansor itu dimaafkan. Tetapi, saya tak nampak Dr Mahathir berani menaruh harapan Anwar akan maafkan dia.

Thursday, April 4, 2013

Dikhabarkan Dr M sound Najib: "You are a disaster to the party!"

TMI hari ni melaporkan berita bertajuk "Group warns of action against phantoms on polling day".

Pengundi hantu dan warga asing jangan nak cuba-cuba mendekati pusat mengundi atau mereka akan menghadapi tindak balas sewajarnya, kata ketua kumpulan yang memakai nama Anything But Umno (ABU), Haris Ibrahim.

Haris berkata, ramai dari orang-orangnya yang sanggup mati untuk menghalang puak Datuk Seri Najib Tun Razak main kotor pada hari pengundian.

"Kami, ramai dari kami, berani mati. Hampa berani mati ka?" lebih kurang lagu tu la Haris kata kat Najib, kalau dialihbahasa dalam loghat Utara.

Saya yakin, bukan puak Haris ja yang berani mati untuk memastikan Umno Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak main jahat dalam pilihan raya umum nanti. Ramai rakyat yang tidak join Haris juga berani mati untuk patahkan main jahat Umno BN.

Bercakap fasal Najib, beliau bukan sahaja menghadapi rakyat yang benci dan memusuhi habis Umno BN.

Dia juga menghadapi orang tua yang dianggap tok pekong Umno, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad (pekong hendaklah disebut dengan e macam kita sebut perkataan Perak, bukan e macam sebut perkataan betul - susah la bila puak yang kononnya pakar-pakar bahasa buang e tanda. Pakar la sangat!!).

Berlegar khabar bahawa dalam satu pertemuan yang dikatakan pertemuan strategik depa, Dr Mahathir dikhabarkan menuding jari kepada Najib dan melepas geramnya: "You are a disaster to the party!"

Kalau dialihbahasa dalam loghat Utara, lebih kurang orang tua tu kata: "Hang tu bala kepada parti!"

Demikian berlegar khabar. Tak tau sejauh mana ia benar.

Tapi tak hairan kerana Dr Mahathir dilaporkan terlalu bimbangkan anak cucunya jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Berlegar khabar Ku Li tak ada dalam senarai calon BN

Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum dengan tekad untuk menamatkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN), yang ramai ialah orang-orang seperti saya - orang-orang yang tidak hebat, tidak berbakat dan tak pernah lelah memendam hasrat untuk menghambat Umno BN yang jahat.

Namun, sebodoh mana pun orang-orang yang mudah dipersetankan seperti saya, kamilah yang paling memerlukan negara ini. Kami tak ada pelajaran dan tak ada wang yang memungkinkan kami membawa anak isteri kami berhijrah ke tempat lain. Sebab itulah, kamilah yang lebih memerlukan negara ini ditadbir dengan lebih baik, kalaupun tidak terbaik.

Kerana kita yang dhaif dan lemah inilah yang lebih memerlukan negara ini, marilah kita yang tidak hebat ini buat apa yang dapat. Kita buat apa yang termampu untuk memastikan negara kita merdeka dari cengkaman Umno BN.

Bercakap fasal pilihan raya, berlegar khabar bahawa Tengku Razaleigh Hamzah tidak ada dalam senarai calon Umno BN. Mungkin auta. Tapi, boleh jadi benar.

Bila tersiar khabar Ku Li tak ada dalam senarai Umno BN, seorang kawan berharap agar tidak ada pemimpin PAS yang gatal hendak mengusung Ku Li sebagai calon Perdana Menteri pula. Semua itu hanya mengundang pecah belah yang akhirnya menguntungkan Umno BN.

Tolonglah hentikan kelaku jahat kencing atas kepala rakyat.

Wednesday, April 3, 2013

Setakat hari ni, Umno yakin BN boleh menang 117 kerusi

Ada kawan beritau bahawa Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berani membubarkan Parlimen kerana, setakat hari ini, Umno yakin Barisan Nasional (BN) dah boleh memang 117 kerusi Parlimen.

Menurut perkiraan mereka, dengan berjalannya segala kempen kotor depa, Umno BN jangka depa boleh dapat tambahan kerusi menang dalam tujuh hingga lapan kerusi lagi. Maknanya, dengan keyakinan boleh menang 117 kerusi setakat hari ni, Umno BN jangka akhirnya depa boleh dapat 124 hingga 125 kerusi dengan pelbagai taktik kotor mereka sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Mari kita pastikan Umno BN kalah untuk selama-lamanya. Sebab, sekali kalah, Umno BN tak akan menang lagi dah sebab dah tak ada kuasa nak disalahgunakan.

Sahaja aku lawan Umno BN liLlahi Ta'ala!

Akhirnya, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen. Tentulah dengan persetujuan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pukul 11.13 pagi tadi saya alihbahasa dalam laman Facebook saya apa yang ditulis oleh salah seorang kaki Facebook, Shasha Veraiah: "Umum cepat, Najib! Kami dah tak tahan dah nak terajang Barisan Nasional!".

Saya hanya nak mohon satu ja kepada semua yang beragama Islam yang nak lawan Umno Barisan Nasional (BN): Marilah kita lawan Umno BN kerana Allah Ta'ala. Marilah kita lawan Umno BN dengan niat hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Tidak ada niat lain. Hanya itu sahaja. Nak selamatkan negara ini dari Umno BN semata-mata kerana mematuhi Allah dan hendak mendekatkan diri kepada-Nya.

Saya tahu, terutama dalam PAS, ada berduyun-duyun ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya yang ta'sub kepada pemimpin-pemimpin parti itu. Saya nampak dengan jelas terlalu ramai yang 'asabiyyah gila.

Marilah buang semua itu. Janganlah lawan Umno BN kerana ta'subkan parti yang hampa anggotai. 

Saya rasa tak salah kalau saya kata boleh jatuh syirik khafi (syirik tersembunyi) kalau orang-orang Pakatan rakyat (PR) lawan Umno BN kerana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Dr Harun Din, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Haji Mohamad Sabu, Haji Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar atau siapa pun.

Dari pengalaman saya, semua yang saya sebut di atas tu ada pak-pak yet masing-masing yang 'asabiyyah macam sial. Tapi, apa bangangnya nak ta'sub kepada depa kerana depa pun manusia-manusia yang langsung tak suci dari dosa. Janganlah mencelakakan diri sendiri!

Bayangkan, kalau hampa kena pukul bantai sampai berdarah-darah ketika lawan Umno BN yang sure habis akan ganas macam syaitan dalam pilihan raya ini, adakah akan dapat pahala kalau lawan syaitan-syaitan itu kerana yang lain dari Allah? 

Bagaimana pula kalau mati dibunuh oleh orang-orang Umno BN yang makin hari nampak sangat makin ganas dan macam syaitan, adakah akan dapat balasan baik dari Allah kalau terbunuh lawan Umno BN dengan niat kerana yang lain dari Allah?!

Sahaja aku lawan Umno BN kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah (qurbatan illaLlah)!

 

Cuba bayangkan aku jadi pak yet Cikgu Pa kerana nak jugak jadi calon!

Kalaulah ada barang sehalus kuman keyakinan saya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), langsung tak ada dah sehalus apa pun lagi bila TMI 2/4/13 melaporkan berita bertajuk "EC working hard to ensure free, fair election: Najib".

Cuba bayangkan bila kepala perompak mengiktiraf polis kerja keras untuk pastikan penguatkuasaan undang-undang yang adil dan bersih. Cuba bayangkan bila Israel bersetuju berdamai. Ingat Israel nak setuju berdamai kalau terma perdamaian tak menguntungkan depa?!

Bila kepala-kepala SPR semakin hari semakin terbukti tak habis-habis bercakap dengan ayat-ayat yang jelas memihak kepada Umno Barisan Nasional (BN), tak mungkin akan berlaku fair and free election di bawah SPR.

Jangankan sekarang ketika kuasa Umno BN berada dalam keadaan paling terancam, sejak dari dahulu lagi SPR langsung tidak boleh dipercayai mengendalikan pilihan raya dengan bersih dan adil. 

Cuba minta bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bersumpah dengan kalimah sumpah yang diajarkan oleh Islam dan kemudian berkata "saya tak buat apa-apa yang menguntungkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Kawasan Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum 1999"!

Selagi SPR diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, tak kira siapa pun dan dari parti mana pun Perdana Menteri, jangan harap boleh berlaku pilihan raya yang bersih dan adil. Perdana Menteri dari parti mana pun tak boleh percaya.

SPR mesti diletakkan di bawah satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang dianggotai secara saksama oleh Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti.

Musim menjelang pilihan raya ni jugak kita dengar banyak yang sakit jiwa dan 90 peratus gila kerana tak dapat jadi calon pilihan raya atau kerana nak jadi calon. Ada yang sanggup jadi pecacai orang berpengaruh dalam parti masing-masing kerana nak jugak jadi calon.

Ca bayangkan aku ni jadi pak yet tegar Datuk Mustafa Ali sebab gian sakan nak jadi calon. Kalau aku buat kerja kurang ajaq tu, anjin babi lagi mulia dari aku!
 

Tuesday, April 2, 2013

Sejak sebelum pilihan raya 2004 lagi PAS dah tebus kesilapan terima Zulkifli Nordin sebagai ahli

TMI 1/4/13 melaporkan berita bertajuk "Zulkifli Nordin jelaskan ucapan hina Hindu dibuat semasa dalam PAS".

Saya tak hairan apa pun yang pembohong tu kata.

Saya dah tulis sebelum ini bahawa manusia bernama Zulkifli Nordin ini sangat saya curigai ini sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di zaman Reformasi dahulu. Pada waktu itu, satu laman web yang saya percaya ada kaitan dengannya mengisytiharkan Zulkifli Nordinlah yang paling layak memimpin Reformasi setelah Anwar ditangkap.

Bukan setakat itu sahaja, malah diatur satu pertemuan dengan Almarhum Ustaz Fadzil Noor di mana Zulkifli menayangkan-nayangkan dirinya sebagai pemimpin Reformasi menggantikan Anwar. Pertemuan itu diadakan di rumah seorang tokoh yang kemudiannya menjadi bisan Ustaz Fadzil.

Begitu sekali kelaku Zulkifli Nordin.

Walaupun ketika berlawan dengan Umno, ucapan-ucapannya penuh dengan perkara-perkara yang dicurigai sebagai pembohongan sehingga akhirnya Zulkifli Nordin tidak dibenarkan oleh pengurusan Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar berceramah di situ walaupun beliau diangkat oleh orang-orang yang mudah ditipu sebagai Yang Dipertua PAS Bandar Tun Razak. Orang PAS memang cepat kagum dengan orang yang macam tu. Kalau tak, tentulah Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tak dipilih oleh orang-orang PAS jadi Naib Presiden parti itu.

Pernah sekali saya bertemu dengan Zulkifli Nordin dalam ceramah PAS. Waktu itu saya jadi drebar seorang penceramah PAS. Zulkifli Nordin datang dengan Pak Salleh Bakar. Memang waktu itu mereka selalu bergerak berdua. Zulkifli Nordin berceramah dan Pak Salleh pula baca puisi.

Ketika makan di rumah tuan rumah di mana ceramah itu diadakan, saya kata kepada Zulkifli Nordin, "Awat hang ni ceramah kira nak membohong ja?!" Dengan muka yang langsung tak nampak rasa bersalah, Zulkifli Nordin hanya tersenyum sahaja.
 
Seorang pekerja Pejabat Agung PAS yang selalu memandu kereta yang dinaiki oleh Ustaz Fadzil menceritakan bahawa Almarhum Presiden PAS itu tidak suka berjumpa dengan Zulkifli Nordin.

Saya dah tulis lama dah dalam blog lama yang kini masih didelete oleh Google.

Satu hari ketika kawan tersebut memandu kereta yang dinaiki oleh Ustaz Fadzil hendak memasuki kawasan Markaz Tarbiyyah PAS di mana terletaknya Pejabat Agung PAS waktu itu, beliau lihat ada banyak kereta dan pemberita di sekitar markaz itu.

Ustaz Fadzil lalu bertanya, "Ada apa ramai-ramai ni?" Kawan itu menjawab "Ustaz Taib Azamuddin nak buat sidang akhbar".

Ustaz Fadzil tanya lagi, "siapa lagi ada?"

Pekerja Pejabat Agung PAS itu jawab, "Zul Nordin pun ada".

Ustaz Fadzil pun terus mengarahkan, "Patah balik! Patah balik!"

Ustaz Fadzil dan pekerja Pejabat Agung PAS itu kemudianya pergi minum di kedai Anuar Hasan (juga salah seorang pekerja Pejabat Agung PAS) yang ketika itu betul-betul di sebelah Markaz Tarbiyyah PAS itu.

Sampai begitu sekali sikap Ustaz Fadzil terhadap Zulkifli Nordin. Ramai yang tahu cerita itu.

Apa pun kesilapan PAS menerima Zulkifli Nordin sebagai ahlinya, perkara itu sudah ditebus menjelang pilihan raya 2004 apabila Zulkifli Nordin ditolak dari dijadikan calon PAS dalam pilihan raya tersebut oleh Majlis Syura Ulama PAS.