Saturday, April 13, 2013

Bila Salahuddin Ayub dituduh main betina di Puduraya

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pernah dituduh main betina di Puduraya. Pernah sekali saya beritahu beliau sorang sama sorang, "ada blog dok cerita hang main betina di Puduraya".

Bila saya beritahu perkara itu, saya mula mengkaji air mukanya. Saya bukanlah pakar kaji body language. Tapi, ikhlas cakap, saya nampak dia ok ja. Tak nampak macam bersalah pun.

Saya ni suka tengok body language orang walaupun saya bukanlah pakar. Sebab itulah, kalau saya tulis hal Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaariibuu, saya suka cerita fasal body language dia. Body language Najib menghantar rasa curiga.

Suami Datin Seri Rosmah Mansor itu tak boleh dituduh bersalah dalam kes bunuh Altantuya kerana kita tak dak bukti. Dia mungkin bersih. Mungkin. Malangnya, dia tidak kelihatan bersih.

Sumpahnya di masjid dengan menggunakan kalimah qasam yang diajar Islam tidak dituruti oleh ayat-ayat yang memberi keyakinan yang membunuh segala keraguan. Malah, menambahkan lagi keraguan tanpa penghujung.

Balik kepada cerita Salahuddin. Satu hari di Parlimen, beliau diperkenalkan kepada seseorang yang dikatakan Papagomo yang Salahuddin kenalpasti antara yang menulis cerita dia main betina di Puduraya. Terus dia tarik mamat tu sembang sorang sama sorang. Antara lain, Salahuddin beritahu saya, dia ajak orang yang dikatakan Papagomo itu bermubahalah di Masjid Negara.

"Saya bawa keluarga saya, awak bawa keluarga awak. Kita bermubahalah di Masjid Negara," lebih kurang begitu la kata Salahuddin kepada mamat tu seperti yang diceritakan kepada saya.

Tidak puas dengan itu, satu hari, dalam satu ceramah besar di Johor, Salahuddin bersumpah dengan kalimah qasam.

Entah apa puncanya dan entah macam mana dia boleh cakap gitu saya tak tahu. Tetapi, Salahuddin memberitahu semua yang hadir, "WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, saya tak pernah berzina!"

Selepas itu, nampak reda cerita Salahuddin main betina di Puduraya walaupun blogger-blogger Umno masih menggelar beliau Din Puduraya ("...dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk" - Al-Hujurat: 11)

Besarlah harapan saya agar cerita di atas menjadi teladan kepada yang sudi membaca blog ini. Lebih dari yang lain, agar menjadi teladan kepada saya sendiri (Cih! Tak dak sapa yang bongok sangat nak tuduh yang berzina, bakaq! Buat rugi beras ja. hang tok sah dok perasan la!)

11 comments:

  1. cerita sebelum pru lepas pru jadi layu

    ReplyDelete
  2. Bila tengok vedio cikgu pa, sian juga ye......

    ReplyDelete
    Replies
    1. sian juga ye manyak kali kantoiii

      Delete
  3. Mustafa Ali mesti bersumpah sebijk2 mcm Salahuddin bersumpah

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sumpah jadi sampah aje

      Delete
  4. semuga minda rakyat terbuka dalam PRU 13 ini. Membezakan antara kerajaan dan parti.

    http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/04/bn-hulu-selangor-panas.html

    ReplyDelete
  5. Pefitnah..jwb kat akhirat nnti..

    ReplyDelete
  6. bakaq. aku tuduh hang, hang saman aku takde duit nak bayaq....kalau keluar utusan boleh juga dpat 50k ke 100k ke atau 100j ke??

    ReplyDelete
  7. Mustafa Ali dgn Anwaq Berahim tak mau sumpah jugak ker..??? Apa yg payah sangat??

    ReplyDelete