Friday, April 19, 2013

Protes calon: 70 peratus pusat operasi Umno Pulau Pinang lumpuh

70 peratus dari pusat operasi Umno di Pulau Pinang tidak aktif disebabkan rasa tidak puas hati di kalangan jentera parti ekoran calon mereka tidak termsuk dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Memetik satu sumber Umno, Malaysiakini melaporkan, kawasan yang diterlibat termasuk Balik Pulau, Bayan Baru, Nibong Tebal, Permatang Pauh dan kawasan parlimen Tasek Gelugor.

Pergolakan demi pergolakan itu adalah lanjutan dari protes-protes tidak puas hati terhadap calon-calon yang dipilih oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mula tercetus sejak sebelum penamaan calon lagi.

Pada malam sebelum calon-calon BN diumumkan, tiga bilik gerakan BN di Shah Alam yang dibuka oleh Umno dilaporkan telah ditutup apabila tersiar khabar Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Nordin dipilih sebagai calon BN di situ.

Para pemimpin dan penyokong Umno di bahagian itu dilaporkan hanya memberi tumpuan untuk membantu calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Datuk Ahmad Nawawi M Zin.

Ahmad Nawawi ialah Ketua Umno Bahagian Shah Alam.

Malah, sejak hari Najib mengisytiharkan nama calon-calon Umno pun telah berlaku tunjuk perasaan ahli-ahli Umno dan BN.

Mereka menunjuk perasaan di perkarangan bangunan ibu pejabat Umno di PWTC, antaranya membantah pencalonan Datuk Dr Tengku Mohd Rethwan Tengku Mansor mewakili BN di kerusi DUN Seri Setia.

Dr Tengku Mohd Rethwan ialah adik Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Di Kota Kinabalu, ketika Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan nama calon-calon Bn di negeri itu, terdengar sorakan boo dan jeritan wanita Umno membantah mereka yang dicalonkan, antaranya pencalonan Datuk Yusof Apdal sebagai calon BN di kerusi DUN Lahad Datu.

Yusof ialah adik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

MCA, yang dilihat antara mangsa utama dalam senarai calon yang diumumkan Najib, mengadakan bantahan demi bantahan.

Parti komponen kedua paling utama dalam BN itu berbalah secara terbuka dengan Umno berikutan kekecewaan MCA apabila merasakan Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Datuk Shafie Abdullah "merompak" kerusi berkenaan daripada MCA.

Shafie pula menuduh MCA "memalukan BN". Beliau akhirnya dipilih sebagai calon BN di Wangsa Maju.

Di Gelang Patah, kira 1,000 ahli MCA mengadakan tunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan membantah pengguguran ketua MCA bahagian itu, Jason Teoh, sebagai calon BN.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dipilih oleh kepimpinan najib untuk mengharungi cabaran Lim Kit Siang yang bertanding sebagai calon DAP di situ.

Walaupun ugutan untuk bertanding sebagai calon bebas juga berlaku di tempat-tempat lain, di Pulau Pinanglah yang paling terbuka ugutan sedemikian.

Tiga tokoh BN negeri itu mengisytiharkan perang terhadap parti mereka sendiri.

Mereka ialah bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar; ADUN Sungai Dua Datuk Jasmin Mohamed dan penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan.

Malah, Shariff mengumumkan bertanding sebagai calon bebas dengan matlamat untuk mengalahkan BN.

Selain mereka, Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang J Dhinagaran dan koordinator BN untuk Machang Bubuk Ooi Suan Hoe dari Gerakan juga menyatakan protes dan mengisytiharkan hasrat untuk akan sebagai calon BN.

4 comments:

  1. TOP 10 PENGKHIANAT MELAYU DAN ISLAM :

    1. MAHATHIR BEKAS PM DAN PENIAGA KONTRAK KERAJAAN
    2. NAJIB BEKAS PM OPORCUNIS DAN PENJUAL KONTRAK KERAJAAN
    3. MUHYIDDIN TIM. PM OPORCUNIS DAN PENJUAL KONTRAK KERAJAAN
    4. DAIM MENTERI OPORCUNIS DAN PENIAGA KONTRAK KERAJAAN
    5. TAIB MAMUD KETUA MENTERI OPORCUNIS DAN PENIAGA KONTRAK KERAJAAN
    6. MUSA AMAN KETUA MENTERI OPORCUNIS DAN PENJUAL KONTRAK KERAJAAN
    7. NAZRI AZIZ MENTERI OPORCUNIS DAN PENIAGA KONTRAK KERAJAAN
    8. JAMALUDDIN JARJIS DUTA BESAR DAN PENIAGA KONTRAK KERAJAAN
    9. ALI RUSTAM KETUA MENTERI OPPORCUNIS DAN PENIAGA KONTRAK KERAJAAN
    10. IBRAHIM ALI PRESIDEN PERKASA DAN PENGAMPU KERAJAAN ZALIM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:04AM - Janganlah menghina orang tak tentu hala. Semua benda kamu nak marah. Semua orang kamu kata jahat. Bersihkan hati kamu yang busuk itu! Sebiji zarah pun tidak dapat melihat jasa pemimpin yang telah berusaha siang dan malam. Sedangkan kamu masih di bawah tempurung seperti dulu-dulu. Orang-orang seperti kamu sentiasa memandang rendah bangsa sendiri.

      Delete
    2. jasa merembat harta rakyat mmg perlu dikenang...siang mlm kerja merompak duit rakyat mmg perlu dikenang...

      Delete
  2. Kau orang semua MA NUSIA kecewa tak dapat kepentingan untuk diri sendiri tu yang mengata lebih-lebih. Cuba kerajaan kasi peruntukan ke. biasiswa ke. Elaun ke. Semua kau orang sapu. Depan kerajaan man is macam monyet dapat kacang tapi bila dah dapat kau bertukar jadi berok makyeh mula baling taik kat orang. .

    ReplyDelete