Thursday, April 18, 2013

Ada jutawan Cina hanya nak PR menang, ikrar tak nak projek

Kami hanya mahu lihat Pakatan Rakyat (PR) menang dan kami tidak perlu apa-apa projek dari kamu, itulah penegasan wakil sekumpulan tokoh perniagaan Cina Johor yang bertemu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub baru-baru ini.

"Hampir 10 orang ahli perniagaan Cina Johor datang berjumpa saya baru-baru ini.

"Salah seorang dari mereka memberitahu saya: 'Kami sudah kaya, ada (yang bertaraf) jutawan. Kami tak perlu projek dari kamu. "

"Kami hanya mahu lihat awak (PR) menang. Ingat ni, kalau awak menang, saya datang minta projek, awak tendang saya'," beliau menceritakan apa yang dinyatakan oleh salah seorang dari mereka sambil menunjukkan gambar kenangan bersama mereka di dalam telefonnya.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli pula menyifatkan sambutan masyarakat peniaga Cina kepada PR itu adalah hasil kejayaan pentadbiran yang lebih bersih negeri-negeri di bawah pentadbiran PR sebelum ini.

Dengan pelbagai positif perkembangan yang berlaku, Salahuddin yakin sokongan orang-orang Melayu kepada PR bertambah baik di Johor manakala sokongan orang-orang Cina pula kekal di tahap terbaik.

Para penganalisis politik bersetuju bahawa peratusan sokongan orang-orang Cina kepada PR berada di tahap terbaik sejak pakatan itu ditubuhkan.

Senada dengan Salahuddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula menekankan bahawa perkara itu bukan sahaja berlaku di Johor malah di seluruh negara.

"Sokongan orang-orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) merosot, sokongan orang-orang Cina kepada PR pula bertahan (pada tahap paling baik).

"Insya Allah, ada harapan baik (kepada PR)," kata Rafizi yang menjangkakan tsunami kebangkitan rakyat menentang BN dalam pilihan raya umum ke-13 ini lebih besar dari yang PR sendiri jangkakan.

Ditanya apakah asas keyakinannya terhadap peningkatan sokongan itu, Salahuddin berkata: "Sambutan yang kita terima ketika bertemu rakyat, sama ada bersama-sama rakan-rakan kita dalam PR atau PAS bersendirian menunjukkan sokongan yang kian meningkat".

Beliau berkata, ada tempat yang sebelum ini tidak boleh dihampiri oleh PR untuk mengadakan ceramah atau majlis lain, tetapi kini sambutan yang diberi di luar dugaan.

Contohnya, kata beliau, di Kukup dekat Pontian.

Dahulu, katanya, DAP tidak dapat mengadakan apa-apa program di situ kerana tiada sambutan tetapi kini majlis makan malam pun sudah diadakan dan dewan penuh sesak dengan kehadiran masyarakat Cina di situ.

Lantaran itulah, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar yakin sokongan orang-orang Cina kepada PR berada di tahap paling "solid".

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Mohd Nasir Mustafa menyokong pandangan itu.

"Orang Cina sekarang lebih lincah politik mereka," kata beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan yang dimenanginya pada 2008 lalu.

Salahuuddin seterusnya menekankan, keyakinan itu bukan dipetik dari langit (pluck out of the air).

"Kita bertemu dengan semua lapisan masyarakat, dari Orang Asli hinggalah pegawai tinggi kerajaan dan bekas-bekas pemimpin tinggi Umno, semuanya memberikan sambutan yang baik.

"Sedangkan sebelum ini, orang tak mahu datang ke majlis-majlis atau ceramah-ceramah yang kita adakan," kata Salahuddin sambil memberi contoh sambutan rakyat kepada ceramah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Petugas-petugas kita menganggarkan 25,000 hadir dan 60 peratus dari mereka adalah orang-orang Melayu.

"Kalau dahulu, jangan mimpilah berpuluh ribu orang hadir ceramah PAS di Johor. Dapat dua tiga ratus pun sudah dianggap paling bertuah," kata anak jati Johor itu.

14 comments:

  1. Memanglah cina2 ni yg dulu bangsat dah kaya raya, dia jumpa PAS konon nak PR menang, tp Melayu PAS ni yg bangang syok sendiri, ingat Cina keparat ni sokong depa, Melayu bodoh tak tau yg ini agenda Singapore yg dah habis tanah tu untuk menakluki Johor melalui DAP. Melayu PAS yg bodoh syok sendiri konon Cina nak sokong dia, pegi mamposlah dgn Melayu2 bangang begini.

    Ahmad Suffian Bahary
    Pontian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad lg bangang..ahmad suffian lebih2 la bangang..cuba ko check sekarang tanah kat johor tu berapa banyak dah milik Singapore? Itu je aku suruh ko cari jawapan..dah dapat jawapan dia..lepas tu kita sambung.

      Delete
    2. Betul tu, PAS belum perintah dia dah tuduh mcm2, yg Melayu UMNO perintah puluh2 tahun jual kat kat S'pore taknak lak marah, sah PENCACAI BODOH n TENGIN lagi TONGONG. Memang dia ni MELAYU BANGSAT!!!!!

      Delete
    3. Memang itulah mentality yang UMNO nak ada pada penjuang nasionalisma...Kata melayu PR bongok kerana percaya dengan cina tetapi selama ini banyak mana harta orang melayu yang dah tergadai di Malaysia. Jangan cepat melatah.. Dah berapa puluh tahun BN memerintah....kasi peluanglah...kalu tak suka...PRU14 kita tukar...

      Delete
  2. Aku pun terkesima bila dengar Cina Johor beriya-iya nak PR menang di Johor. Aku dah mula cuak dan mula percaya Cina2 ni ada kaitan dgn pelaburan besar Singapura di Johor.... Ini akan jadi kisah Pak Kadok dah.... Habislah melayu diperbodohkan oleh Cina.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedar la melayu johor..nak tau betspa byk dah tanah bertukar milik ke org singapore bukan dgn tonton tv3, amenoworld atau blog2 pro-Bn yg lain..aku lebih risau jenis melayu mcm ko ni yg masih rasa dia selamat tetapi tak sedar kpg sendiri dah nak tergadai..hanya sebab bodoh sombong tak nak ambil info dari sumber yg lain..
      Wei bhai...bijak la skit..skit je pun jadi la

      Delete
  3. Puak Cina ni macam Syiah juga. Pandai taqiyah dan hipokrit. Macamlah selama ni depa tak pernah rasuah buat bisnes.

    Cuba tanya juga sama Dr Hatta daan Salahudin samada puak Cina yang tulus dan bersih yang datang jumpa depa ni tak hulur apa-apa ke dalam Tabung Jihad PAS?

    Nak tahu juga Dr Hatta dengan Salahudin ni ada keluar resit atau tidak?

    Tokngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ingat orang PAS ni tamak macam orang UMNO ke...Tengoklah cara hidup mereka. Jangan menuduh tanpa bukti beb...

      Delete
  4. Apa lagi lahanat2 umno nak kata selain dari buat ayat menakut2kan. Memang lahanat.

    ReplyDelete
  5. Kenapa skrg baru takut skrg cina s'pore ambik tnh di johor.kan dah 55 thn umno johor buat itu semua. Kenapa x bising x protes. PR belum perintah johor dah bising kata PR akan bg tnh pd cina. X berfikir lgsg.

    ReplyDelete
  6. otak lembu mne penah nk berfikir...

    ReplyDelete
  7. macai umno ni ramai yg lahabau..bagi rm50 dah seronok sakan.

    ReplyDelete