Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts

Saturday, June 1, 2013

Adakah Agong mahu rakyat terima penipuan SPR?

Malaysiakini 31/5/13 melaporkan, "Agong mahu rakyat akur dengan keputusan PRU13".

Pertama sekali, saya difahamkan, ucapan Agong yang ditulis oleh penulis ucapan mesti dilihat dahulu dan dipersetujui Perdana Menteri. Lepas tu baru tunjuk kat Agong. Lepas Agong tengok, mungkin pinda dan lepas tu dia setuju, kena tunjuk lagi kat Perdana Menteri untuk dipersetujui.

Dalam ucapan tu, Agong dikatakan kata: Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

aku kata: Kegagalan teruk SPR dan Umno untuk membuktikan mereka tidak menipu dalam pilihan raya adalah kegagalan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

Agong kata: Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh

aku kata: Kalau Malaysia hancur dan lumpuh, Umno dan SPRlah penyebab utamanya. SPR di bawah Jabatan Perdana Menteri, Perdana Menteri Umno, menipu dalam pilihan raya. Bak kata Cap Kapalayar, dakwat tak kekal kata dakwat kekal. Bukan tipu sikit-sikit. Tipu hidup-hidup.

Dalampada itu, teringat pulak Mat Saman Kati kata: PRU 14, "sapa nak bertanding kena dapat perkenan Sultan".

Pesanan itu terutama kepada orang-orang Pakatan Rakyat Selangor dan Kelantan yang hendak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam semua pilihan raya. Pergi merangkak kat sultan dulu minta persetujuan dia.

Ni nak tanya lagi, mana dia orang-orang Datuk Husam Musa yang buruk kelaku sangat dok puja sultan Kelantan? Konon wara' la, apa la, tengkorak hampa la. Ambik hampa punya wara'. Ambik!

Berkaitan pilihan raya juga, di bawah ini saya kupi pes tulisan Ustaz Nik Abdul Nik Abdul Aziz. Takkan aku nak kritik tulisan ostat pulak, ha ha ha! Osta le katakan! Ha ha ha!

Teringat aku selepas pilihan raya 1990 ketika dia berucap di Memali, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata orang yang kalah pilihan raya mengalami kekalahan sebab depa bodoh. Dalam ucapannya itu, tak silap dia kata, "mu kalah pasal mu bodoh!" Maklumlah, Angkatan Perpaduan Ummah (bukan PAS) menang habis di Kelantan dalam pilihan raya 1990 tu. Almarhum Ustaz Fadzil Noor dilaporkan kecik hati sungguh dengan ucapan itu. 

Kali ni, giliran Nik Abduh pula mengkritik.

Tapi aku nak tergelak tak habis-habis baca tulisan dia, terutama bab taqdir. Semua pesen otak nak kulikan Allah s.w.t. Orang lain buat salah, tanggungjawab dihempuk kepada Allah. Umno dan SPR yang menipu, takdir Allah yang depa besar-besarkan.

Walaupun dalam konteks berlainan, teringat aku tauke-tauke haji. Dalam itinerary tulis makan ayam. Tiba-tiba dijamu entah apa-apa. Bila orang komplen, dia pun jawab, "jangan komplen. Ni di Mekah ni. Tak boleh komplen. Ada hadith (tak bagi komplen)". 

Jahat sungguh tauke haji tu. Dia yang menipu. Dalam itinerary lain, yang dia bagi lain. Lepas tu hadith Nabi yang suci (s.'a.w.w.) dia kulikan.

Kalau ikut konsep taqdir yang cuba diterapkan untuk mengkulikan Allah itu, salah besarlah sejarah yang menulis dengan gaya mengkritik kegagalan mematuhi arahan 40 orang dari kumpulan pemanah yang diamanahkan untuk menjaga di atas Bukit Uhud yang turun untuk mengumpul harta yang ditinggalkan puak musyrikin.

Tu puak kita, puak Islam tersilap dan turun mengejar harta yang ditinggalkan kerana pesona emosi sehingga mungkin terlupa mematuhi arahan. Ahli-ahli sejarah menulis peristiwa itu dengan gaya disapproval. Ni rakyat kalah kerana Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menipu, contohnya dalam kes dakwat kekal.

Bukan itu sahaja. Ketika SPR terutama Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak habis-habis mengecam Pakatan Rakyat yang membangkitkan penipuan dalam pilihan raya dan BN mencuri kemenangan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, semakin banyak bukti-bukti pilihan raya tipu dikemukakan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu, selain beberapa laporan polis mengenai kejadian lampu padam di sana sini, pihaknya menerima tujuh aduan mengenai kejadian tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, pihaknya juga menerima aduan tentang warga asing yang turut mengundi, pengundi berdaftar yang tidak dapat pengundi kerana ada pengundi hantu mengundi menggunakan namanya, jumlah undi yang lebih daripada kertas undi yang dikeluarkan dan pelbagai aduan lain.

Dengan segala penipuan itu, takkan nak kulikan Allah dan menuduh taqdir Dia Yang Maha Suci!

aku tak akan nafikan sama sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim ada banyak buat salah dalam kerja buatnya untuk hadapi pilihan raya. Sikit pun aku tak nak nafi (Ulang lagi, kerja. Bukan tunggu karpet merah dibentang untuk jadi calon di tempat yang hampir pasti menang).

Tetapi aku yakin teramat yakin, yang lebih banyak buat salah ialah puak-puak pengajian ugama dalam PAS. Bukan semua, tetapi majoriti besar dari mereka.

Sebab tu la aku dah tulis, kalau akhlak-akhlak puak pengajian ugama dalam PAS tidak disukai malah dikutuk dalam laman-laman sosial, tak payahlah salahkan orang lain. Mereka yang paksa perkara itu terjadi.






Ni yang aku sendiri tulis dalam Fesbuk aku, bab pilihan raya jugak:

  




Friday, May 24, 2013

"Pernah anta tengok Harun Taib di barisan depan bila bertembung dengan Umno?"

Dalam berita Malaysiakini hari ni bertajuk "Mahfuz: PAS Kedah galak ahli hadir himpunan esok", Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib (lihat komen-komen terhadapnya di sini) dilaporkan berkata, adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada parti itu.

Perkasa parti? Raih sokongan baru? Ni aku nak cerita sikit.

Ketika aku jadi ahli PAS, dari tahun 1984 sehinggalah bila aku tak ingat, aku ni berada dalam grup penganjur ceramah-ceramah PAS. Biasanya, surat-surat jemputan aku yang taip.

Ceramah PAS dalam 80an tu memang tak laku. Bukan saja tak laku, selalu kena baling batu. Tapi tidaklah susah nak ajak Almarhum Ustaz Fadzil Noor ka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ka datang berceramah dalam majlis-majlis yang dianjurkan PAS Wilayah Persekutuan. Kalau ada masa, mereka sudi ja datang.

Yang paling susah nak diajak berceramah dan berdalih-dalih mcm siut ialah Harun. Sampai la ni pun, tiap kali sebut nama Harun, itu yang aku teringat dulu.

Ada orang mendakwa, Harun tumpu tarbiyyah. Tapi ada kawan beritahu aku, puak-puak yang dikatakan hasil tarbiyyah Harun tu menjadikan PAS kelihatan "dreadful". Kawan itu mungkin betul.

Dan, yang paling aku ingat ialah kata-kata seorang ustaz yang kini semakin dilihat berada dalam puak ulama dalam PAS (aku saja tak nak sebut istilah puak UG atau ustaz gila). Dia tanya aku: "Pernah anta tengok Harun Taib ada di barisan hadapan bila pemimpin lain bertembung dengan Umno?"

Bila ustaz tu tanya gitu, aku pun teringat, Harun hanya sinonim dgn lawan IRC ja. Macam la IRC tu kafir Yahudi.

Apa-apa pun, aku semakin kenal ulama-ulama PAS yang buruk sungguh akhlak politik mereka. Memang aku akui, ramai ulama PAS yang elok dan terpuji akhlak politik mereka. Tapi, yang buruk akhlak politik mereka lebih ramai lagi. Terlalu ramai.

Tuesday, May 14, 2013

Malam ni tak tulis fasal PAS, satgi kena la'nat pulak

Mulai 6 Mei lalu, iaitu sehari selepas pilihan raya umum ke-13, bangsa seseorang ditentukan oleh parti apa dia undi. Bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kata Barisan Nasional (BN) hilang banyak undi dan kerusi kerana 'Chinese tsunami', ia semacam pukul borong siapa sahaja yang undi Pakatan Rakyat adalah Cina. Kalau undi BN, Melayu la tu.

Sebagai contoh di Raub, calon bangsa Cina dari DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berjaya mendapat 23415 undi untuk mengalahkan calon bangsa Melayu dari BN, Hoh Khai Mun yang hanya mendapat 20601 undi.

Lain pula di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun di Kedah, di mana calon berbangsa Melayu dari BN, Dr Leong Yong Kong berjaya mendapat 11411 undi untuk mengalahkan calon bangsa Cina dari PKR, Salma Ismail yang hanya mendapat 10115 undi.

Bila orang-orang Cina macam saya tak undi BN, orang-orang Melayu membalas dendam. Memang benar kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah bahawa orang-orang Melayu akan balas dendam jika dikhianati.

Di Terengganu, Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said dah pun mengingatkan bahawa tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah.

Walaupun miskin, 9098 Cina di DUN Teluk Pasu, 6801 Cina di DUN Bukit Tunggal, 12427 Cina di DUN Wakaf Mempelam, 9066 Cina di DUN Ladang, 13679 Cina di DUN Batu Buruk, 10844 Cina di DUN Alor Limbat, 9342 Cina di DUN Bukit Payung, 11468 Cina di DUN Ru Rendang, 6873 Cina di DUN Manir, 8964 Cina di DUN Rantau Abang, 8952 Cina di DUN Sura, 12138 Cina di DUN Paka, 12457 Cina di DUN Cukai dan 11128 Cina di DUN Tepuh yang kesemuanya mengundi PAS serta 9413 Cina di DUN Bandar yang mengundi PKR tak ada peluang la nak dapat rumah mampu milik.

Beratus ribu Cina Terengganu yang undi PAS dan PKR jangan dok mimpi la nak dapat rumah mampu milik.

Lain kali, ingat apa yang Mohd Noor tu kata: "...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah".

Malam ni tak tulis fasal PAS, satgi kena la'nat pulak. Tapi saya akan siarkan juga sms dari seorang pengundi Kedah yang berkata "you guys fuck up" kepada para pemimpin PAS berhubung kekalahan PAS Kedah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Sebelum ni, saya ingat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah Muhamad Yusof Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor boleh faham bila saya tulis posting bertajuk "Adakah Cina Gerakan lebih bermaruah dari Melayu PAS?"

Posting tu merujuk kepada negeri Kedah, di mana undi kepada Pakatan jatuh paling teruk.

Saturday, May 11, 2013

Harap Adun Kota Damansara jemput Presiden PAS baca doa di majlis kesyukuran kemenangannya

Bila saya dan beberapa kawan dari Kedah jumpa Dr Hashim untuk menyampaikan takziah akibat apa yg Haji Khalid Abd Samad sifatkan sebagai "hasutan syaitan", antara ayat yang saya tak lupa dia kata ialah "ada la hikmah tu".

aku ni bodo ugama. Tapi, saya rasa la, contohnya kalau la ketika saya makan mee rebus Ghulam elok-elok ketika jumpa Dr Nasir tu, tiba-tiba tercekik tersedak-sedak jugak walaupun saya makan dah habis hati-hati dah, boleh la kata "ada la hikmah tu".

Ok, setahu saya, hikmah dari Allah s.w.t. Tapi kalau dengan jahatnya orang kencing atas kepala rakyat kerana dah terasa manis dan lazat sangat "hasutan syaitan" dan bagi free-free kat Umno kerusi DUN Kota Damansara tu, takkan nak kata "ada la hikmah tu".

Tu satu. Khalid kata Pakatan Rakyat kalah di Kota Damansara dan Semenyih akibat "hasutan syaitan" (Lihat "PAS dengan DAP tak kelapaq kat hang, Azmin oi!!")

Saya nak tanya, adakah orang yang turut merasa manis dan lazat sangat "hasutan syaitan" itu ialah orang yang tanda tangan watikah atau surat kelulusan menggunakan lambang PAS? Katanya, bukan satu dia tandatangan sehingga mengakibatkan berlaga sesama Pakatan, malah sampai lima enam.

Ketika pergi Kota Damansara baru-baru ini, saya pun ternampak poster calon Barisan Nasional bagi DUN Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan. Bila nampak poster tu, saya rasa nak hantar mesej kat dia mencadangkan dia menjemput Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membaca doa kesyukuran kalau dia buat kenduri kesyukuran meraikan kemenangannya di Kota Damansara tu.

saya juga nak cadangkan Halimaton Saadiah jemput sama menantu Abdul Hadi, Zaharuddin Muhammad dan calon PAS di Kota Damansara, Ridzuan Ismail sebagai tetamu paling utama selain Abdul Hadi.

Lebih elok lagi kalau Halimaton Saadiah meminta orang-orang Umno menyediakan tandu untuk mengusung dan mengarak mereka bertiga sebagai adi jagat utama yang menganugerahkan kemenangan kepadanya sehingga dapat la dia jadi Adun Kota Damansa.

(Saya ada janji nak tulis sambungan dalam posting "Adakah akan jadi kafir kalau tak cakap bab hudud sat waktu pilihan raya ni?" selepas pilihan raya. Nanti saya tulis)

Wednesday, May 1, 2013

Hello Melayu! Kalau Ahli Majlis Fatwa pun tak nak BN, hampa tunggu apa lagi?!!

"Pak Cu tu sokong mana, bang?"

"i dont really know. He never says anything. Tapi bila abang kata, 'kita buang BN dulu sebab Umno BN mudharat paling besar. Kira akhafu dharurain la, Pak Cu,' nampak macam ada sign of approval kat muka dia. Pastu dia kata, 'tu kaedah fekah tu'. Tak tau nak kata la (belah mana dia sokong)".

Pak Cu tu suami kepada adik mak isteri saya. Tu dia engkau! Jauhnya pokok bacang!

Oleh kerana Pak Cu tu orang yang kiranya paling dihormati dalam keluarga mak mertua saya, tak ada siapa yang berani tanya parti mana dia sokong.

Tiba-tiba, saya baca berita di bawah ni. Saya pun beritau isteri saya. Bila isteri saya tanya Pak Cu, dia lalu menjawab, "Patutlah ada orang perli-perli masa mesyuarat baru ni". Berita yang saya kata tu seperti berikut:

REMBAU - Kehadiran secara terbuka seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dalam ceramah kelompok Pakatan Rakyat di Kampung Nerasau, Kota, Rembau amat mengejutkan semua yang hadir.

Kehadiran beliau bukan sahaja menjadi kejutan kepada para hadirin malahan calon PAS DUN Kota, Ghazali Mohd Shom dan calon KeADILAn Parlimen Rembau, Radzali Abdul Ghani turut terperanjat dengan kehadiran ulama tersebut.

Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan tersebut yang bergelar Datuk itu pernah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan. Beliau begitu dihormati dan disegani di kalangan Ahli Majlis Fatwa yang lain.

Selepas majlis ceramah kelompok tersebut Ahli Majlis Fatwa berkenaan telah makan malam bersama dan beramah mesra dengan Ghazali, Radzali dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

Kehadiran beliau dilihat sebagai tanda sokongan kepada Pakatan.

Bukan sahaja kehadiran ahli Majlis Fatwa tersebut yang memberi mengejutkan para hadirin, malahan inilah kali pertama dalam sejarah satu program ceramah penerangan anjuran Pakatan berjaya diadakah di kampung tersebut.

Sebelum ini Pakatan Rakyat Rembau pun telah dikejutkan dengan kehadiran seorang pendakwah bebas yang terkenal dari sebuah pertubuhan dakwah yang terkenal seluruh dunia yang membacakan doa untuk kejayaan calon-calon PAS dan KeaDILan selepas proses penamaan calon di Rembau pada 20 April 2013 yang lalu.

Tuesday, April 30, 2013

Baru Aziz Bari masuk khemah depa, terus bisu Pemuda Umno yang meracau

Pakatan Rakyat (PR) buat ceramah kempen pilihan raya di tapak pasar malam di Sungai Lang dalam kawasan parlimen Sabak Bernam.

Tiba-tiba, segerombolan Pemuda Umno terjerit-jerit mengganggu ceramah tersebut dari khemah mereka yang sengaja disediakan untuk mengganggu ceramah PR.

Bila calon PKR bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam, Dr Abdul Aziz Bari sedang berucap, gerombolan tu makin sakan meracau-racau sambil menuduh pakar undang-undang itu tak layak jadi wakil rakyat.

Bila Dr Abdul Aziz dengar orang kutuk dia, dia pun terus berhenti ceramah, pergi ke khemah gerombolan BN tu dan duduk di situ untuk mendengar "ucapan" dan "kempen" puak tak tentu hala tu.

"Saya hanya duduk dan tak kata apa-apa.

"Pemuda yang sedang berucap bila nampak saya terus berkata: 'Selamat datang Dr Aziz Bari'," kata beliau memberitahu apa yang berlaku sambil ketawa.

Buruk kelaku depa yang terjerit-jerit sambil melalak menyanyi-nyanyi dengan mendendangkan lagu entah apa-apa tu terus berhenti apabila tengok Dr Abdul Aziz duduk di khemah depa (cerita ini diciluk tanpa izin dari Saidah Hairan)

Monday, April 29, 2013

aku dah lama tulis hamlau ni dah sebati dengan menipu

Kata Khalid Abdul Samad: "Saya teringat pesanan arwah Fadzil Mohd Noor ke atas individu bernama (Datuk) Zulkifli (Nordin). Beliau berkata 10 daripada perkara yang Zulkifli cakap, 12 tidak boleh dipercayai" (Baca seterusnya di sini)


Sunday, April 28, 2013

Undi BN? Dengan hang-hang sekali hilang!

Ini salah satu status dalam Fesbuk saya di sini. Pakat tolong copy and paste saya alih bahasa ikut suka hati saya:

Datang orang Vietnam, anjing dan kucing hilang...
Datang orang Bangla, gadis-gadis Melayu hilang...
Datang amoi China, suami-suami hilang...
Datang ahlil politik, wanita Mongolia hilang...
Datang polis, dadah hilang...
Datang pilihan raya umum, duit kerajaan hilang...
Kalah pilihan raya umum, dokumen hilang...
Keluar laporan sebenar, doktor hilang...
Cakap benar, keluarga hilang...
Besarkan tentera udara, enjin jet hilang...
Kalau hang undi Barisan Nasional, masa depan hang habis hilang...
Undilah dengan bijak sebelum dengan hang-hang sekali hilang...

Friday, April 26, 2013

Adakah akan jadi kafir kalau tak cakap bab hudud sat waktu pilihan raya ni?


Sehari dua lepas, Mohd Zain Hashim yang orang anggap tok penghulu Markaz Tarbiyyah PAS Pusat call saya. "Woi, hang tak boleh berenti sat ka? Sementara pilihan raya ja!"

Dia juga ingatkan saya yang saya dah kata tak nak kritik apa-apa sehinggalah habis pilihan raya.

Saya jawab, "aku ni teringin sangat nak tengok Umno Barisan Nasional (BN) kalah. aku benci sungguh Umno BN. aku pun tak nak tulis apa-apa dah (yang susahkan PAS atau Pakatan Rakyat). Tapi dah depa dok buat perangai tak habis-habis, tak upaya la aku pun".

Hari ni saya dapat maklumat. Saya akan beritahu apa maklumat itu selepas pilihan raya. Kalau saya terlupa, siapa-siapa yang baca janji saya ni , tolong ingatkan.

Hari ni tak upaya la nak bagi tau.

Saya nak tulis elok-elok ni - walupun kalau ikutkan sakit hati nak aku maki-maki, carut-carut.

Saya nak minta elok-elok ni. Boleh dak tolong stop dulu sebarang ulasan atau komen tentang hudud?

Pakatan Rakyat (PR) ada manifesto. Manifesto itu adalah persetujuan bersama tiga parti - PAS, PKR dan DAP. Persetujuan bermakna persefahaman atau persepakatan.

Sebabnya, kalau ada salah satu pihak tak setuju, saya difahamkan perkara berkenaan tak dimasukkan dalam manifesto. Yang dimasukkan dalam manifesto, semua dah bersetuju dalam satu persefahaman dan persepakatan.

Setahu saya, hudud tidak ada dalam persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama itu.

Hudud ada dalam ajaran Islam. Apa yang Islam ajar tak boleh tolak. Saya setuju dan saya pun tak nak langsung tolak hudud sebab saya takut masuk neraka.

Tetapi, kalau ada ustaz-ustaz terjenguk blog saya ni, saya nak tanya sikit, bukankah menghormati persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama juga ada dalam ajaran Islam?

Bukankah tidak mengkhianati persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama juga adalah ajaran Islam?

Orang-orang PAS mahir dalam Fiqh Awlawiyyat. Dalam keadaan berperang dengan Umno BN ni, ajaran Islam mana lebih patut didahulukan? Hudud atau tidak mengkhianati persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama?

Adakah akan jadi tidak berprinsip, meninggalkan perjuangan, jahat, terkutuk atau kafir terus atau sekurang-kurangnya less Islamic kalau tak bercakap bab hudud sat dan hanya tumpu kepada apa yang menjadi persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama ?

Saturday, April 20, 2013

Hello PAS (UG), aku tak nampak apa beza hampa dengan Brahim Ali dan Zul Nordin

Di Sungai Acheh, telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. PAS (UG) kencing keputusan itu dan lawan che'GuBard yang mewakili PKR di situ.

Di Kota Damansara, PAS (UG) sengaja sabotaj Dr Mohd Nasir Hashim (ADUN Kota Damansara 2008-2013) yang mempertahankan kerusinya di situ atas tiket PKR yang jadi kawan PAS dalam Pakatan Rakyat. Bukan rahsia lagi Dr Mohd Nasir tidak disukai oleh Zaharuddin Muhammad menantu Presiden PAS yang duduk di Kota Damansara dan disebut-sebut sebagai "pemerintah" Masjid Kuning di situ.

Dengan dua contoh di atas, buatlah kesimpulan sendiri.

Hello PAS (UG), aku langsung tak nampak apa beza hampa dengan jenis-jenis seperti Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Nordin.

Ustaz b*t*h pak hang!!

Akhirnya, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa - tapi terlalu ramai yang sebut perkosa), Datuk Ibrahim Ali dapat bertanding satu sama satu dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Che Johan Che Pa yang dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) menarik diri.

Kawan saya ramai orang Kelantan. Mereka kata, kalau bertanding satu sama satu, Ibrahim ada peluang. Dan, laluan untuk anak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi pertaruhan PAS di kerusi parlimen Pasir Mas itu dikatakan sengit.

Untuk rekod, sejak 1990, Ibrahim tak pernah menang kerusi Pasir Mas atas tiket BN la'natuLlah.

Saya tidak ada cadangan langsung untuk menambah apa yang saya tulis tentang Nik Abduh. Tunggulah sampai habis pilihan raya.

Saya hanya nak tulis tentang Che Johan. Ada orang bertanya dengan sinis, "berapa banyak (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) bagi duit kat Che Johan?!" Saya tak nak campur tangan fasal soalan itu.

Yang saya nak katakan, dari segi setiakawan, Che Johan jauh lebih mulia dari calon-calon PAS dan PKR yang dilaporkan bertanding sesama sendiri di kerusi Parlimen Labuan dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tak ada kecuali seorang pun, bagi saya, mereka semua, dan pemimpin yang terlibat dengan pencalonan mereka, adalah Umno. Mereka mungkin memegang kad keahlian PAS atau PKR, tetapi mereka tentera setia Umno yang membuka laluan mudah kepada kemenangan parti kesayangan mereka itu di Labuan dan Sungai Acheh.

Di baju mereka mungkin ada lencana PAS atau PKR, tetapi di hati mereka ada lambang jahanam Umno yang saya mohon Allah s.w.t. mela'nati parti itu (ulang lagi, mohon Allah la'nat parti Umno dan bukan orang-orang Umno).

Di bawah berita Malaysiakini bertajuk "PAS, PKR bertembung di 7 kerusi", saya tulis (i have no time to mince words and i offer no apology):

Punya la lama gila Najib tangguhkan time pilihan raya. Memang lebih dari cukup masa nak selesaikan soal calon. Memang babi la hampa ni semua! Yg bertanding sesama sendiri tu lebih hina dari puki babi, walaupun bertaraf ustaz. Ustaz butoh pak hang!!

Saya tambah lagi kira-kira pukul 7.35 malam apa yang saya tulis tu:

aku tengok banyak blog, komen dan status yang ejek Papagomo krn tak bertanding di Permatang Pauh. Kata dia penakut la, apa la. Dari segi setiakawan dengan Umno BN dia, dia lebih mulia dari calon2 PAS PKR yg bertanding sesama sendiri. Paling hina bagi aku ialah calon PAS di Kota Damansara. Kurang ajaq of the highest kind! aku nampak, rata-rata puak PAS yang bertanding sesama Pakatan Rakyat tu ialah puak Unity Government (baca Umno).

Berkaitan:
Mustafa (Ali) janji Sg Acheh 'satu lawan satu' - che'GuBard (faqar 20/4/13)

Friday, April 19, 2013

Protes calon: 70 peratus pusat operasi Umno Pulau Pinang lumpuh

70 peratus dari pusat operasi Umno di Pulau Pinang tidak aktif disebabkan rasa tidak puas hati di kalangan jentera parti ekoran calon mereka tidak termsuk dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Memetik satu sumber Umno, Malaysiakini melaporkan, kawasan yang diterlibat termasuk Balik Pulau, Bayan Baru, Nibong Tebal, Permatang Pauh dan kawasan parlimen Tasek Gelugor.

Pergolakan demi pergolakan itu adalah lanjutan dari protes-protes tidak puas hati terhadap calon-calon yang dipilih oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mula tercetus sejak sebelum penamaan calon lagi.

Pada malam sebelum calon-calon BN diumumkan, tiga bilik gerakan BN di Shah Alam yang dibuka oleh Umno dilaporkan telah ditutup apabila tersiar khabar Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Nordin dipilih sebagai calon BN di situ.

Para pemimpin dan penyokong Umno di bahagian itu dilaporkan hanya memberi tumpuan untuk membantu calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Datuk Ahmad Nawawi M Zin.

Ahmad Nawawi ialah Ketua Umno Bahagian Shah Alam.

Malah, sejak hari Najib mengisytiharkan nama calon-calon Umno pun telah berlaku tunjuk perasaan ahli-ahli Umno dan BN.

Mereka menunjuk perasaan di perkarangan bangunan ibu pejabat Umno di PWTC, antaranya membantah pencalonan Datuk Dr Tengku Mohd Rethwan Tengku Mansor mewakili BN di kerusi DUN Seri Setia.

Dr Tengku Mohd Rethwan ialah adik Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Di Kota Kinabalu, ketika Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan nama calon-calon Bn di negeri itu, terdengar sorakan boo dan jeritan wanita Umno membantah mereka yang dicalonkan, antaranya pencalonan Datuk Yusof Apdal sebagai calon BN di kerusi DUN Lahad Datu.

Yusof ialah adik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

MCA, yang dilihat antara mangsa utama dalam senarai calon yang diumumkan Najib, mengadakan bantahan demi bantahan.

Parti komponen kedua paling utama dalam BN itu berbalah secara terbuka dengan Umno berikutan kekecewaan MCA apabila merasakan Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Datuk Shafie Abdullah "merompak" kerusi berkenaan daripada MCA.

Shafie pula menuduh MCA "memalukan BN". Beliau akhirnya dipilih sebagai calon BN di Wangsa Maju.

Di Gelang Patah, kira 1,000 ahli MCA mengadakan tunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan membantah pengguguran ketua MCA bahagian itu, Jason Teoh, sebagai calon BN.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dipilih oleh kepimpinan najib untuk mengharungi cabaran Lim Kit Siang yang bertanding sebagai calon DAP di situ.

Walaupun ugutan untuk bertanding sebagai calon bebas juga berlaku di tempat-tempat lain, di Pulau Pinanglah yang paling terbuka ugutan sedemikian.

Tiga tokoh BN negeri itu mengisytiharkan perang terhadap parti mereka sendiri.

Mereka ialah bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar; ADUN Sungai Dua Datuk Jasmin Mohamed dan penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan.

Malah, Shariff mengumumkan bertanding sebagai calon bebas dengan matlamat untuk mengalahkan BN.

Selain mereka, Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang J Dhinagaran dan koordinator BN untuk Machang Bubuk Ooi Suan Hoe dari Gerakan juga menyatakan protes dan mengisytiharkan hasrat untuk akan sebagai calon BN.

Thursday, April 18, 2013

Ada jutawan Cina hanya nak PR menang, ikrar tak nak projek

Kami hanya mahu lihat Pakatan Rakyat (PR) menang dan kami tidak perlu apa-apa projek dari kamu, itulah penegasan wakil sekumpulan tokoh perniagaan Cina Johor yang bertemu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub baru-baru ini.

"Hampir 10 orang ahli perniagaan Cina Johor datang berjumpa saya baru-baru ini.

"Salah seorang dari mereka memberitahu saya: 'Kami sudah kaya, ada (yang bertaraf) jutawan. Kami tak perlu projek dari kamu. "

"Kami hanya mahu lihat awak (PR) menang. Ingat ni, kalau awak menang, saya datang minta projek, awak tendang saya'," beliau menceritakan apa yang dinyatakan oleh salah seorang dari mereka sambil menunjukkan gambar kenangan bersama mereka di dalam telefonnya.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli pula menyifatkan sambutan masyarakat peniaga Cina kepada PR itu adalah hasil kejayaan pentadbiran yang lebih bersih negeri-negeri di bawah pentadbiran PR sebelum ini.

Dengan pelbagai positif perkembangan yang berlaku, Salahuddin yakin sokongan orang-orang Melayu kepada PR bertambah baik di Johor manakala sokongan orang-orang Cina pula kekal di tahap terbaik.

Para penganalisis politik bersetuju bahawa peratusan sokongan orang-orang Cina kepada PR berada di tahap terbaik sejak pakatan itu ditubuhkan.

Senada dengan Salahuddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula menekankan bahawa perkara itu bukan sahaja berlaku di Johor malah di seluruh negara.

"Sokongan orang-orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) merosot, sokongan orang-orang Cina kepada PR pula bertahan (pada tahap paling baik).

"Insya Allah, ada harapan baik (kepada PR)," kata Rafizi yang menjangkakan tsunami kebangkitan rakyat menentang BN dalam pilihan raya umum ke-13 ini lebih besar dari yang PR sendiri jangkakan.

Ditanya apakah asas keyakinannya terhadap peningkatan sokongan itu, Salahuddin berkata: "Sambutan yang kita terima ketika bertemu rakyat, sama ada bersama-sama rakan-rakan kita dalam PR atau PAS bersendirian menunjukkan sokongan yang kian meningkat".

Beliau berkata, ada tempat yang sebelum ini tidak boleh dihampiri oleh PR untuk mengadakan ceramah atau majlis lain, tetapi kini sambutan yang diberi di luar dugaan.

Contohnya, kata beliau, di Kukup dekat Pontian.

Dahulu, katanya, DAP tidak dapat mengadakan apa-apa program di situ kerana tiada sambutan tetapi kini majlis makan malam pun sudah diadakan dan dewan penuh sesak dengan kehadiran masyarakat Cina di situ.

Lantaran itulah, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar yakin sokongan orang-orang Cina kepada PR berada di tahap paling "solid".

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Mohd Nasir Mustafa menyokong pandangan itu.

"Orang Cina sekarang lebih lincah politik mereka," kata beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan yang dimenanginya pada 2008 lalu.

Salahuuddin seterusnya menekankan, keyakinan itu bukan dipetik dari langit (pluck out of the air).

"Kita bertemu dengan semua lapisan masyarakat, dari Orang Asli hinggalah pegawai tinggi kerajaan dan bekas-bekas pemimpin tinggi Umno, semuanya memberikan sambutan yang baik.

"Sedangkan sebelum ini, orang tak mahu datang ke majlis-majlis atau ceramah-ceramah yang kita adakan," kata Salahuddin sambil memberi contoh sambutan rakyat kepada ceramah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Petugas-petugas kita menganggarkan 25,000 hadir dan 60 peratus dari mereka adalah orang-orang Melayu.

"Kalau dahulu, jangan mimpilah berpuluh ribu orang hadir ceramah PAS di Johor. Dapat dua tiga ratus pun sudah dianggap paling bertuah," kata anak jati Johor itu.

Tuesday, April 16, 2013

Umno Shah Alam beri sambutan hangat kepada Zul Nordin

Sejak semalam lagi, tiga bilik gerakan Umno Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ.

"Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.

Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.

"Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang akan mempertahankan kerusi Shah Alam menyifatkan pemimpin Umno mempunyai persepsi yang unik apabila mencalonkan Zulkifli di situ.

"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," The Malaysian Insider memetik beliau.

Menurut Khalid, kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan tidak bersifat pelampau, dan Zulkifli yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mewakili nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka.

Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

Bila Mukhriz bertanding DUN, rakyat Kedah berhadapan dua taghut yang nak jadi MB

Akhirnya, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah. Beliau akan berlawan di kerusi DUN Ayer Hitam. Abd Ghani Ahmad dari PAS terpaksa mempertahankan kerusi tersebut yang dimenanginya pada tahun 2008.

Kalau ayah dia tak ada jaminan bahawa Mukhriz akan jadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu, takkan dia nak bagi anak dia bertanding di situ. Umum mengetahui, Dr Mahathir penuh perkiraan.

Dan, kalau bekas Perdana Menteri itu tak rasa yakin BN boleh menang di Kedah, takkan dia nak bagi anak dia bertanding kerusi DUN.

Tak mungkin Dr Mahathir tak dengar cerita yang orang-orang Cina Kedah ramai yang kata nak belah dua undi depa kalau Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertanding lagi dan dilihat akan terus nak melekat sampai mati di kerusi Menteri Besar negeri itu. Undi kerusi Parlimen depa nak bagi kat Pakatan Rakyat (PR), undi kerusi DUN nak bagi kat BN.

Dari segi perkiraan dalaman PAS pula, peluang Azizan nak jadi Menteri Besar sangatlah cerah, jika PAS menang lagi di negeri itu.

Selain Datuk Mustafa Ali, Azizan juga adalah sahabat kesayangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kalau Azizan nak jadi Menteri Besar Kedah sampai berulat atas lantai pun, terlompat-lompat Abdul Hadi akan bagi dengan penuh rela dan histeria.

Kawan saya kata, la ni cuba kita fikir, bagi orang biasa, dan tak payah ambil kira la ahli Umno dan PAS, kita cakap fasal orang biasa yang tak 'asabiyyah kepada mana-mana parti dan pemimpin-pemimpin parti berkenaan; kepada depa, antara Mukhriz dan Azizan, hampa fikir depa pilih siapa?

Persoalannya, adakah rakyat yang benci Umno BN terpaksa menaruh harapan kepada orang-orang seperti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk menghalang cita-cita Dr Mahathir dan anaknya Mukhriz?

Nak harap Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dah dapat dah bertanding di Pendang atau pemimpin PAS paling kanan dari negeri Kedah iaitu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, kirim salam ja la. Depa tu kalau dengan Azizan, langsung tak berani. Kecut habis!

Azizan boleh la sembang deras depan Dr Mahathir ka, atau depan Tun Daim Zainuddin ka, atau mana-mana syayatinihi dalam Umno bahawa "Mat Sabu dengan Mahfuz tu mana berani dengan aku. Sekali aku jerkah depa dalam telefon ja, bukan berdepan pun, dalam telefon ja, terkencin dalam seluaq!"

Lepas ini boleh la orang-orang Kedah pakat-pakat menyanyi:

Taghut di belah kanan tu
Taghut di belah kiri tu
Dua-duanya dok gian
Nak jadi MB kami

Monday, April 15, 2013

Penglipur lara kepada orang PR yang lara: PR menang 124 kerusi. Wow!

Wahai para penyokong PR, jika hatimu sedang lara, nikmatilah penglipur lara di bawah ni. Tetapi jangan la sampai tak teruskan kerja nak bunuh kuasa Umno BN. Dan, jangan pula menganggap yg di bawah ni lebih dari penglipurlara. Baca, baca jugak. Kerja bunuh kuasa Umno mesti diteruskan. Silakan berhibur:

Kaji selidik terbaru PR bakal menang 124 kerusi, BN 98: RM5 juta nilai utk beli calon PR

Segalanya sudah diketahui. Walaupun berikrar akan dapat kekal dalam kerajaan persekutuan dengan dua pertiga majoriti dalam Parlimen, Perdana Menteri Najib Razak sebenarnya sedang menanti kekalahan yang teruk.

Menurut sumber-sumber politik, kaji selidik yang dijalankan oleh unit perisikan khas kerajaan menunjukkan gabungan Umno-Barisan Nasional yang diketuai Najib ketinggalan jauh di belakang Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dengan hanya 98 kerusi dan Pembangkang 124 kerusi.

Anwar dan PR dijangka akan memenangi 10 kerusi di Wilayah Persekutuan, 10 di Johor, 11 di Kedah, 12 di Kelantan, 18 di Perak, 17 di Selangor, 1 di Terengganu, 1 di Melaka, 3 di Negeri Sembilan, 5 di Pahang, 0 di Perlis dan seramai 25 di Sabah dan Sarawak (Baca selanjutnya di sini)

Berkaitan:
Pakatan eyeing magical 112 seats or more (FMT 15/4/13)

Oleh kerana aku undi Nurul Izzah, aku ni macai PR ka? Ah, who cares?

aku tak jadi ahli mana2 parti di dalam PR. Tapi aku benci sakan parti Umno BN. Ulang lagi, parti.

Adakah akan menyebabkan perpecahan?

Nak berpecah fasal apa pulak? Kalau kedai orang Umno masak sedap dan kedai orang PAS masak macam masak dengan kaki, aku makan kat kedai orang Umno. Mampoih pi la hang PAS ka, apa ka. Kalau hang masak tak sedap, tak buloq aih aku nak mentedarah kat kedai hang.

Memang aku dok makan kedai orang Umno pun la ni. Dia Islam. Dia masak sedap gilerr. aku nak makan, bukannya nak mengundi.

Depan rumah aku, orang kaya tu siap pasang dua bendera BN kat gate dia. Tapi bila jumpa depa, aku bersembang elok ja dengan depa. Tak ada rasa permusuhan.

Ada beberapa blogger Umno kawan aku. Bab maki PAS, PKR dan DAP, tak payah cakap la depa tu. Tapi aku boleh minum teh tarik dengan depa sambil bergelak sakan. Takkan nak bertumbuk berterajang pulak. Gila apa nak buat lagu tu!

So, nak berpecah apanya?

Hanya si bangang saja yang berpecah kerana parti, apa lagi sampai bertetak berparang. Pemimpin-pemimpin Umno oi! Hentikanlah mengapi-apikan keganasan dan menghasut puak-puak bangang hampa buat kerja bangang yang hampa nak depa buat tu!

Memang, dah aku benci sakan kat Umno BN, dengan penuh rela dan redha, bini aku dan aku bertekad sakan nak undi Nurul Izzah Anwar 5 Mei ini sama seperti yangkami undi dalam pilihan raya umum 2008 dulu, walaupun aku tak jadi ahli mana-mana parti di dalam PR.

Oleh kerana aku undi Nurul Izzah sebab aku benci Umno BN tahap langit tertinggi, adakah aku macai PR?

Ah, kalau macai PR sekalipun, who cares!

Janji bunuh kuasa Umno BN dulu. Yang lain kira kemudian.

Wednesday, April 10, 2013

Najib sapu duit rakyat untuk canakkan imej buruknya

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membedal duit rakyat untuk pulihkan imej buruknya (lihat Malaysiakini semalam "PKR: Najib using public funds to boost own image").

TMI hari ni melaporkan, pejabat Perdana Menteri berbelanja RM67.8 juta dalam pengiklanan bulan lepas menurut data yang dikeluarkan penganalisis pengguna Nielsen Media Research, sekaligus memperoleh kedudukan tertinggi dikalangan pengiklan lain, melebihi RM43 juta yang dibelanjakan oleh classifieds dan RM25 juta masing-masing oleh Nestle dan Unilever Malaysia.

Menurut satu laporan lagi oleh Maybank Investment Bank (IB) Bhd bulan lepas mendapati Pejabat Perdana Menteri adalah pengiklan paling tinggi berbelanja pada Februari tahun ini sebanyak RM36.1 juta meliputi tujuh peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pengiklanan kasar (adex).

BN pula berada dikedudukan ke-45 dalam senarai Nielsen dengan belanja sebanyak RM4.9 juta pada Mac.

Dalam senarai yang dikeluarkan Maybank IB pula, BN berada dalam kedudukan 20 teratas dengan anggaran jumlah perbelanjaan yang sama.

Bulan lalu, TMI melaporkan agensi-agensi kerajaan, jabatan dan parti BN membeli ruang iklan dalam talian secara pukal disamping penghasilan klip video pro-kerajaan untuk menandingi bahan dan iklan yang dikeluarkan oleh pembangkang menjelang pilihan raya.

TMI hari ni juga melaporkan berita bertajuk "Nik Aziz says will continue ‘until last breath’". Ha ha ha ha! Cliche sungguh ayat dia.

Harap selepas ini tidaklah berduyun-duyun pemimpin-pemimpin PAS berebut-rebut buat kenyataan macam tu.

Takat la ni, tara taghut di Kedah pun dok hingaq kata dia sihat lagi dan boleh memerintah lagi. Takat Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Mahfuz Omar, sekali dia jerkah dalam telefon ja, terus depa berdiri tegak, angkat tabik di hujung talian di sebelah sana dan terketar-ketar depa persembahkan dengan penuh kecut dan takut jawatan eksekutif tertinggi untuk memerintah kat taghut tu.

Kalau bertanding pun depa tak berani halang dia dan dengan penuh kecut menyerahkan Tokai dan Alor Mengkudu seperti yang dia tuntut untuk memuaskan nafsu jahatnya, hampa ingat Abdul Hadi, Mat Sabu dan Mahfuz berani nak halang nafsunya untuk terus memerintah?! Sejarah pasti akan mencatatkan nama kaki-kaki sembang deras atas pentas yang membantu taghut tu terus bertanding dan memaksa buah catur dia di Tokai dan pak yet kesayangannya di Alor Mengkudu juga bertanding.

Ucapan takziah kepada Datuk Dr Mohd Hayati Othman, Dr Ismail Salleh dan semua rakyat Kedah yang kalah di tangan taghut yang memerintah.

Monday, April 8, 2013

Saya silap, Umno BN sebenarnya bukan paling hampir dengan syaitan, tetapi sama!


Saya baru balik. Tadi pi jumpak kawan sat. Dah balik, bukak internet nak baca berita dan cerita. Antara lain terbaca berita Malaysiakini hari ni bertajuk "'Saya tak lepuk kamu sudah baguslah'".

Sebelum ni saya selalu tulis, parti-parti lain bukan la bagus pun. Tetapi Umno Barisan Nasional (BN) yang paling bahaya. Parti itu adalah mudharat terbesar kepada rakyat Malaysia. Umno BNlah yang paling hampir dengan sifat syaitan.

Saya silap. Umno BN dah naik darjah dah. Bukan lagi pada tahap paling hampir dengan sifat syaitan. Malah, betul-betul sama dengan sifat syaitan.

Semua perkembangan yang berlaku menjelang pilihan raya umum ke-13, termasuk apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini dalam audio "'Saya tak lepuk kamu sudah baguslah'" tu, semua itu membuktikan dengan amat jelas dan tidak dapat disangkal sikit pun lagi bahawa Umno BN betul-betul sama dengan sifat syaitan.

Hari ni, ada berlegar berita bahawa pilihan raya umum kemungkinan besar pada 11/5/13 ni. Khabarnya, puak Datuk Seri Najib Tun Razak dok rasa rakyat tak faham lagi manifesto BN.

Rakyat faham tak faham tak tau la saya. Yang aku tau, orang dok ejek BN dok tiru manifesto Pakatan Rakyat (PR) - lihat Bloomberg hari ni "Malaysia's Najib unveils poll manifesto similar to Anwar's". Dah la perangai macam syaitan, kaki tiru pulak tu.

Adoila, adakah syaitan kaki tiru akan jadi kerajaan lagi?! Ya Allah, kami sungguh-sungguh memohon perlindungan-Mu dari syaitan kaki tiru itu!

Malaysiakini hari ni juga melaporkan berita bertajuk "Penang caretaker gov't returns official cars". Selangor pun sudah. Ada kawan tanya, kerajaan Kedah dan Kelantan lagu mana pulak?!


Friday, April 5, 2013

Khabarnya pak yet-pak yet Dr M nak pilihan raya 27/4, Najib nak 11/5

Nampaknya komuniti perniagaan mula memberikan gambaran yang positif jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Contohnya, lihat Malaysiakini 3/4/13 "'Opposition win means short- term pain, long-term gain'" dan TMI 4/4/13 "Monopolies to suffer in the event of unlikely Pakatan win, says Maybank".

Jika Barisan Nasional (BN) menang pula, yang kita nampak jelas akan berlaku ialah harga minyak naik, tarif elektrik dan air naik, tol naik, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dipaksakan tanpa kajian yang wajar dan boleh dipercayai, pendidikan percuma tidak ada dan PTPTN terus mengganas, AES dilaksanakan dan pelbagai bebanan lain dikenakan ke atas rakyat.

Sebab itulah, kita kena pastikan yang jadi masalah terbesar kepada Umno bukannya mana-mana parti lawannya. Tetapi rakyatlah yang menjadi masalah terbesar Umno BN. Rakyatlah yang dah tak sabar lagi dah nak bunuh kuasa Umno BN.

Agaknya kerana dah tak ketahuan darat dengan laut nak berhadapan dengan rakyat, berlegar khabar ada dua aliran dalam Umno berhubung soal penentuan tarikh pilihan raya.

Khabarnya, pak yet-pak yet Tun Dr Mahathir Mohamad nak pilihan raya diadakan pada 27/4/13 - agaknya kerana mereka nak cepat get rid of Datuk Seri Najib Tun Razak (lihat Malaysiakini 27/3/13 "Dr M: Najib terpaksa turun kalau prestasi PRU buruk").

Manakal Najib pula dikhabarkan mahu pilihan raya diadakan pada 11/5/13. Agaknya dia mahu duduk di kerusi Perdana Menteri selama mana yang boleh.

Saya heran kenapa Dr Mahathir nak cepat sangat pilihan raya. Sebab, kalau PR menang, saya rasa Najib boleh menaruh harapan Anwar mungkin akan pengaruhi rakan-rakan dia dalam PR supaya suami Datin Seri Rosmah Mansor itu dimaafkan. Tetapi, saya tak nampak Dr Mahathir berani menaruh harapan Anwar akan maafkan dia.