Friday, May 24, 2013

"Pernah anta tengok Harun Taib di barisan depan bila bertembung dengan Umno?"

Dalam berita Malaysiakini hari ni bertajuk "Mahfuz: PAS Kedah galak ahli hadir himpunan esok", Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib (lihat komen-komen terhadapnya di sini) dilaporkan berkata, adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada parti itu.

Perkasa parti? Raih sokongan baru? Ni aku nak cerita sikit.

Ketika aku jadi ahli PAS, dari tahun 1984 sehinggalah bila aku tak ingat, aku ni berada dalam grup penganjur ceramah-ceramah PAS. Biasanya, surat-surat jemputan aku yang taip.

Ceramah PAS dalam 80an tu memang tak laku. Bukan saja tak laku, selalu kena baling batu. Tapi tidaklah susah nak ajak Almarhum Ustaz Fadzil Noor ka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ka datang berceramah dalam majlis-majlis yang dianjurkan PAS Wilayah Persekutuan. Kalau ada masa, mereka sudi ja datang.

Yang paling susah nak diajak berceramah dan berdalih-dalih mcm siut ialah Harun. Sampai la ni pun, tiap kali sebut nama Harun, itu yang aku teringat dulu.

Ada orang mendakwa, Harun tumpu tarbiyyah. Tapi ada kawan beritahu aku, puak-puak yang dikatakan hasil tarbiyyah Harun tu menjadikan PAS kelihatan "dreadful". Kawan itu mungkin betul.

Dan, yang paling aku ingat ialah kata-kata seorang ustaz yang kini semakin dilihat berada dalam puak ulama dalam PAS (aku saja tak nak sebut istilah puak UG atau ustaz gila). Dia tanya aku: "Pernah anta tengok Harun Taib ada di barisan hadapan bila pemimpin lain bertembung dengan Umno?"

Bila ustaz tu tanya gitu, aku pun teringat, Harun hanya sinonim dgn lawan IRC ja. Macam la IRC tu kafir Yahudi.

Apa-apa pun, aku semakin kenal ulama-ulama PAS yang buruk sungguh akhlak politik mereka. Memang aku akui, ramai ulama PAS yang elok dan terpuji akhlak politik mereka. Tapi, yang buruk akhlak politik mereka lebih ramai lagi. Terlalu ramai.

59 comments:

  1. salam'
    betul la Haruan Taib ni cakap yo pandai, dio redha hidup dalam penipuan daripado bangkit melawannya. Den ni memang minta perjuangan pihak oposisi sojak den konal dunia politik terutama perjuangan PAS tetapi sojak kebelakangan ni ontah apo punco den cukup meluat dongan gayo politik Hj Hdi, Haruan Taib dan sekutunya.

    Den lobih sonang satu maso nanti PAS dipimpin oleh mereka yang lobih kental dan tegas dalam perjuangan macam Bro Salehudin Ayob tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      teman setuju sangat dengan pendapat tuan & teman pun sama meluat dengan nama2 yg tuan sebutkan tu


      Wassalam

      Delete
    2. Sama jugak aku a, aku dah cam orang2 yang macam ni lama dan satu-satu dari mereka jatuh dengan sendiri dan ramai dah kenal dengan temberangnya walau serban tinggi sampai langit akutak respek langsung. Cuba baca sejarah tragedi muawiah mencipta keadaan untuk mencapai kekuasaannya.

      Delete

  2. Aku dengar geng Mat Said cerita selepas PRU2008 hari tu, Geng UG menjadi sangat teruja selepas di bayar harga bernilai seekor kambing jantan je....

    Takkan dapat duit sebanyak harga seekor kambing jantan dah jadi tak ketahuan kot.

    ReplyDelete
  3. Kita tak paksa hampa sokong pun. Kita kata mari sama-sama kita buat perubahan. Ada pemilihan, pilihlah yang dirasakan terbaik untuk parti. Ulama' obor ummat. Walaupun begitu statement umum Harun Taib mungkin sesuai untuk politik local. Untuk umum ambe tak sokong.

    ReplyDelete
  4. Ulamak yang gila harta dunia dan juga mahu jawatan dalam kerajaan.....maka begitulah jadinya....sama juga perangai dengan Nashruddin......mengaji agama tinggi2 tapi di hati penuh dgn kegilaaan habuan dunia....kah3...

    ReplyDelete
  5. Dia dengar Umno nak baik dengan PAS lebih baik dia buat muka dua..Nanti mana tahu dia bolih jadi Menteri, perangai buruk macam ini pun masih ada walaupun Almarhum Ustaz Hassan Adli dan Dato' Asri dah tak ada.Orang macam ini seharusnya telah lama dalam barisan Pas,kerana matanya hanya tertumpu padadunia dan fulus.Orang macam ini harus ikut sama dengan UstazNakaie.

    ReplyDelete
  6. Sampai kiamat pun orang-orang macam ni akan ada silih berganti. Suka tak suka, mahu tak mahu. Bila sampai persimpangan, pasti puak-puak begini akan terserlah.

    ReplyDelete
  7. Pondok Usang KodiangMay 24, 2013 at 8:25 PM

    jangan membuat persepsi yg serong pada satu kumpulan dalam jamaah... adakah lebih mulia dlm pehimpunan/ceramah black 505 membantah keputusan PRU 13 yg di penuhi dgn amoi seksi yg rambut merah terkial2 melompat sampai tersentuh serban pakcik PAS jatuh ketanah...Bagi aku le... lebih elok kita pi dengar usrah dari mencari dosa ringan tu... bantah boleh...tapi ada cara n adap...lihat arab spring...muslimat walau kristian sekali pun merka dlm kelompok mereka tak bercelaru...kalu pejuang keadilan bagini le rupanya..hancur le ummah...Apa tahaluf siayasah yg sebenar....aku tak pernah lupa PENARIK BECA yg dok angkut mak nyah n jalang masuk lorong...tapi ramai juga PB yg baik mencari rezki utk keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang berhimpun tujuan menentang dan protes, yang ngko tumpukan mata kat amoi seksi tu apasal? Tak payah bagi contoh arab spring, sebab ini bukan Mesir! Kalau nak cari dosa, tak payah berhimpun pun boleh dapat dosa! Usrah lebih baik dari berhimpun? Tolonglah luaskan pandangan agama tu! Sebab agama yang sengaja disempitkanlah yang jadikan banyak ustaz PAS 'Poyo' dan 'sengal'. Majoriti rakyat sedang tertekan dengan penipuan PRU dan ditindas dengan kos hidup tinggi kerana menanggung beban rasuah pemimpin, ngko kata baik pergi Usrah? Kalau dah tak tahu mana satu yang utama dan afdal,usul dan furu'maka lebih baik ngko dok diam dan berjimak je! Itu gerenti pahala! Harun taib dan gengnya telah gagal tarbiyyah penyokongnya. Justeru kita lihat PAS terengganu sampai sekarang tak berjaya!salah satu puncanya ialah adanya ustaz politik tak cerdik macam Harun Taib...aura takda dan 'wisdom' siasah hanyut kelaut!

      Delete
    2. Kwn Pondok Usang KodiangMay 25, 2013 at 1:02 PM

      sapa hang dalam menilai aku dlm persepsi hang...kalau sistem yg ada ni hangpa semua takkan berjaya walau nak pi pijak kat tepi parit putrajaya... yang hangpa dok sengal pasai tekanan hidup sapa suruh mengaji bodo kerja kuli susah la... nak protes pun bg le ada tokmakninah...kalau asyik dok jalanraya pun lingkup juga poket n masa (oleh itu hang kuar le hari2 buat bantahan di dataran merdeka)... aku pi semua rally black 505 kat utara ni...sebenarnya ucapan Ketua Dewan Ulama' di manipulasi oleh media arus perdana yg di kuasai oleh musuh PR...habis tu TETIBA hangpa semua terkial2 menyErang Ulama kita.... hati2 dalam memberi pendapat...sebenarnya ulama' lah disebalik kemantapan PR...Tuan Guru Hj Sallah Sik adalah antara Pemimpin Ulama yg tidak pernah teringgal setiap kali PR turun ke jalan RAYA ( setiapkali kami yg dok cover pergerakan Beliau....HangPa semua adalah buih2 yg akan hanyut n hancur sekelip mata kalau berjuang tanpa Ulama'..."JGN HINA ULAMA'"

      Delete
    3. Costum Border Pdg BesarMay 25, 2013 at 1:22 PM

      sizzly7761May 25, 2013 at 7:23 AM... hang adalah serpihan dari didikan Umno/APCO...menilai org dalam persepsi hang saja...kalau kepala penyamun... hang pandang org lain pun penyamun walau org itu baik....kalau kepala hang ok... hang akan pandang org lain pun ok je walaupun dia tu penyamun...asasnya aku pun anti penipuan n sokong bantahan diadakan...aku hadir demontrasi dari refomasi 1997 hingga terakhir ni rally black 505 di kota sarang semut... hang baru setahun janggung dalam genre flashmob rally ni... dah tunjuk juah n hina pendapat orng...bila hidup dlm tekanan n susah marah org semua...bg aku org susah mcm hang jgn dok berjuang dlm PR... kami lebih sudi menerima org yg Istiqamah dlm perjuangan n berprinsip n ada kerjaya yg baik n kukuh...org mcm hang kalau senang mesti menjilat umno n cari fulus dgn depa....ciri lompat parti memang byk org mcm hang pa ni... lebih baik ngko dok diam dan berjimak dgn bantal je...

      Delete
    4. jgn hina ulama.. ulama buat semua betul...wala' bro...wala'

      Delete
  8. last sekali sama le hangpa semua dgn ameno tu... just bezanya taik basah dgn taik kering saja....jgn cerca ulama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulama bukan malaikat atau nabi..mmg ada diantara yg di gelar ulama ni sering mmberi pandangan yg x sesuai dgn tempat dan masa, jelas ada yg x cerdik dalam brpolitik tapi sering mmberi kenyataan demi kenyataan yg memihak pd pihak lawan..mungkin mereka ini jenis betul bendul dan pihak lawan mengambil kesempatan atas sikap mereka ini..mereka ini amat lemah dalam sepak terajang politik pihak lawan dan terus di peralat dan di mainkn oleh pihak lawan...kerana mereka telah meletakkn diri mereka sebagai public figure dgn dgn kenyataan2 mereka secara. trbuka so mereka perlu trima teguran2 samada lunak ataupun keras...kalau dah tau akbar tu jenis putar belit jgn lah buat statement bila d temuduga oleh akbar. trsebut...x serik2

      Delete
    2. Suruh mereka guna otak dan keyakinan la bang ulama2 ulamak juga tapi kalau selalu kena tipu atau sendiri bodoh apahal?

      Delete
  9. Pondok Usang Kodiang tak payah pergilah... takut-takut hang tak tahan tengok amoi-amoi tu, hang pergi rogollah pulak depa tu... tak ke naya...

    ReplyDelete
  10. Pondok Usang KodiangMay 24, 2013 at 8:57 PM

    Aku pi semua rally black 505 utara di padang asplanade pdg Kota, di kota sarang semut kedah... tapi tak sampai mcm kata aku nak uat mcm hang kata.... aku just nak nasihat ja kat gerombolan hangpa yag over dost ni..sampai nak hina semua Ulama yg tak seiring dgn keja buat hangpa...Aku pernah ditahan kerana perjuangan semasa APU, Reformasi n PR ni...kalau baru setahun jangung dok dlm era genre flash mob ni... tak yah hina Ulama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn hina ulama...ulamak pegang kunci syurga...wala bro...wala...kah kah kah

      Delete
    2. Jadi hang otai Flash Mob, so what? Apa kejayaan hang selama ini...? Nama pun masih pakai nama samaran mcm aku, apa ada kelas!!!!

      Delete
  11. Pondok Usang KodiangMayMay 24, 2013 at 9:01 PM

    AnonymousMay 24, 2013 at 8:35 PM : hang manusia haprak ciptaan madey kutty yg belum tau perjuangan Jamaah sebenar..please declare ur self jgn berselindung di sebalik Anonymous... keluar dari kelompok manusia bertopeng ... memang hang hantu umno apco

    ReplyDelete
  12. Lembah pantai DalamMay 24, 2013 at 9:12 PM

    Kalau biji saga boleh ditukar jadi biji kelentit, si Anonymous May 24,2013 at 8:35PM akan tukar, janji dapat rogol amoi china rambut merah. manusia aties hasil ransangan APCO UMNO..bergelumang le hangpa dgn shadu syaitan

    ReplyDelete
  13. Lembah Pantai DalamMay 24, 2013 at 9:15 PM

    Esok 5 ptg tolong jumpa aku di 3 tiang besar depan AMCORP Mall aku nak tengok muka si anonymous

    ReplyDelete
  14. Dajjal code name Abdullah Ubai is coming to this Blog... "BECAREFULL" hancurkan mereka sebelum mereka merosakan Tahaluf Siyasiah kita...cari dan perangi mereka yg Athies...Freethinker....Comunistme...Jewisdm... n Laknatullah Group...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro...

      Orang Islam tak perangi Yahudi okeh...

      Sila perbetulkan persepsi anda...

      Yang orang Islam perangi ialah Zionist okeh...

      Tak semua Yahudi tu Zionist...

      Ada beza tu antara bangsa Yahudi dengan Zionist...

      Walaupun mungkin 101% keanggotaan Zionist tu Yahudi!

      Delete
  15. admin ni memang nampak belangnya,tolong fikir kenapa byk tulisannya mengarah ke hasutan,jadi penyokong pr hati2.kata org kalau tak terlawan, masuklah kawan(ular dimana pun ada,tambahan ular cari makan)

    ReplyDelete
  16. ni 3 H ni....kekadang cam ularmak bukan ulamak....kalau 3H ni tak larat nak berhimpun sama rakyat...dok diam diam baca kitab...harion din haron taib hadi awang gi la jala ikan...

    ReplyDelete
  17. aku sokong pondok usang....
    pondok lebai isa ka .....
    kita jangan hina ulamak
    walau pndapat berbeza...
    ingat fahman syiah lagi hina

    ... pak bakaq oii....

    ReplyDelete
  18. apa definasi ulamak? tuduh org jual pil kuda tanpa bukti kira ulamak? keluarkan watikah calon damansara padahal dah bersetuju itu kerusi pkr tu kira ulamak? inilah kebodohan puak2 yg cetek pendidikan agama. taksub pada org pakai serban sampai kena tipu pun percaya. Ulamak pondok yang keluar fatwa berharga RM2juta tu kira ulamak juga ke?

    Orang yang pakai serban sekalipun, kalau dia salah kita kritik bukan sokong.
    Orang beriman walau apa dugaan pun tetap teguh, tetap konsisten. Itu perbezaannya dengan orang munafiq. Kalau tengok amoi boleh tercabut serban, elok buang je serban tu. Tak payah le nak berlakon alim. Lainlah kalau nawaitu tu ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai 7.21am,
      Itu namanya MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.

      Delete
  19. ahlidwanulamakpaspusatMay 25, 2013 at 9:21 AM

    bakaq,
    aku tanya diri aku, kenapalah dewan ulamak pas dapat ketua macam harun taib.
    aku tiada jawapan yang tepat kecuali aku berjanji pada ahli pas bahawa dewan ulamak pas perlu diubah untuk meyelamatkan mas depan pas.
    seperti kepimpinan pemuda pas yang WAJIB diubah dewan ulamak juga mesti diubah dengan apa sekali pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu Dr Naser bawa kes 'komunis' kemahkamah..

      klu PKR bawa kes 'pil kuda' kemahkamah..

      klu kes2 dgn tuduhan2/FITNAH tanpa bukti diadili..
      sape kah agaknya yg akan MENANG?

      disini lah rkyat akan jls dpt MENILAI..akn terang nampak
      sape kah dia 'ulamak'..& sape kah pula ulaRRRRRmak?
      fikir fikir2 kan lah..jgn lah fikir guna lutut..fikir lah dgn otak?

      Delete
    2. terimalah hakikat bahawa gerombolan hang akan hancur n mampus kalau dok hina Ulamak....

      Delete
    3. Custom Bukit Kayu HitamMay 25, 2013 at 12:47 PM

      siapa anda dalam dewan ulamak yg tak wala' pada pemimpin... sebenarnya ucapan Ketua Dewan Ulama' di manipulasi oleh media arus perdana yg di kuasai oleh musuh kita...habis tu TETIBA hangpa semua terkial2 menyErang Ulama kita.... hati2 dalam memberi pendapat...sebenarnya ulama' lah disebalik kemantapan PR...Tuan Guru Hj Sallah Sik adalah antara Pemimpin Ulama yg tidak pernah teringgal setiap kali PR turun ke jalan RAYA....HangPa semua adalah buih2 yg akan hanyut n hancur sekelip mata kalau berjuang tanpa Ulama'..."JGN HINA ULAMA'"

      Delete
  20. 1.habis tu!!hangpa nak jadikan mat sabu!mahfuz sebagai pemimpin pas!!ngaji agama kantoi!!ngaji akdemik pun kantoi!!sebab tu depa semua tak lebih jadi barua dan macai dap jee!!menyalak dan melalak untuk dap!!
    2.puak-puak yang mengutuk ulama dalam pas tu elokla masuk PKR!!berketuakan puak peliwat!penjual agama!!kemudian jadi macai komunis dan kafir!!itulah taraf mereka semua!!
    3.nasib baik ada harun taib dan dr.harun din!!kalau tidak Pas dah lama jadi hamba suruhan kit siang!guan eng dan kalpal singh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oii lembu, lu ni merata buang taik. kat sana menyamar jadi A, kat sini menyamar jadi B. sudah2 la nk menyamar wei!! HIPOKRIT!! mana lu nye perkataan 'bhai'?? bengong!!

      Delete
  21. Pondok Usang KodiangMay 25, 2013 at 1:33 PM

    AnonymousMay 25, 2013 at 1:27 PM confirm hang ni umno...sila kuar dari ulasan di sini pi block umno le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kritik je jadi Umno secara otomatik, hampa ni otak sempit, dok takutkan Umno sampai terbawa bawa dlm mimpi. Sebab tu org Umno tak takut org mcm hampa ni sbb tahap takutkan Umno tu dah mcm phobia...!

      Delete
  22. TGNA sy hormati dan terima sebagai ulamak. beliau tetap konsisten dalam setiap tindakan beliau. Tiada pernah beliau memberi peluru atau bola tanggung kepada pihak lawan. Beliau berundur meninggalkan jawatan yang diidamkan oleh orang lain sedangkan rakyat masih memerlukan beliau sebagai MB. Lain pula bagi pemimpin yang lain. Setelah jelas kegagalan dalam pentadbiran dan kehilangan negeri masih lagi enggan meninggalkan kedudukan yang diamanahkan oleh rakyat. Tak malu ke sudah dua kali gagal masih tak nak turun?
    Nak tanya satu soalan saja pada majikan di Malaysia ini. Adakah anda akan mengambil sebagai pekerja orang yang berpenyakit kronik atau berkerusi roda? Kenapa rakyat sebagai majikan masih disogok dengan pekerja-pekerja yang tidak layak dan tidak sihat?
    Menurut Akta Pekerjaan, jumlah cuti sakit maksima pekerja ialah 22 hari dan hospital 60 hari setahun. Sesiapa yang cuti sakit lebih dari jumlah tersebut elok cuti terus!

    ReplyDelete
  23. Dato Harun taib ni anti syiah,dan begitulah majoritinya didalam kepimpinan ulamak.Cuma penyembah khomaini yang berkiblatkan iran sahaja yang bebulu dengan mereka.

    ReplyDelete
  24. Ramai sungguh geng UG di sini...

    ReplyDelete
  25. jgn hina ulamak...ulamak pegang kunci syurga tuan2...kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Custom Bkt Kayu HitamMay 26, 2013 at 8:01 PM

      AnonymousMay 26, 2013 at 6:03 PM... confirm hang ni hina Ulama'...Ulama tidak memegang kunci Syurga Jgn memesongkan Ajaran Rasul n Nabi..... : Malaikat Ridhwan / Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga. (1. Darus Salam 2. Jannatu‘adn 3. Jannatul Khuld 4. Darul Muqamah 5. Jannatul Ma’wa 6. Jannatun Na’im 7. Al Muqamul Amin)-...Allah menurun wahyu melalui Rasul n Nabi dan Para Rasul n Nabi menyampaikan ajaran Allah kepada Umat...Setelah ketiadaan Rasul n Nabi... Para Ulama' lah yg menyambung ajaran dari Allah kepada Umat Manusia bagi menentukan kehidupan dan halatuju umat samada mendapat keredaan Tuhan atau sebaliknya (Samada ke Syurga @ neraka...) percaya la anda akan senasib dgn mereka yang lain yg menghina ulama n memuja dunia n syaitan (golongan abdullah ubai)

      Delete
    2. huhuhu....kat akhirat nanti semua alamak PAS akn masuk syurga sebab 'perjuangan PAS adalah yg paling suci di dunia' ( pinjam kata2 nik abduh) ....

      Delete
    3. Mana lebih suci, perlembagaan PAS kah atau yang lain? Jelas dalam perlembagaan PAS Islam didaulatkan dalam erti sebenar.

      Delete
    4. yup...mesti la PAS .....kn yg paling suci didunia...huhuhu

      Delete
  26. Tuan punya blog... ni blog PAS ke?... so, kalau tak setuju ngan PAS tak leh nak komen kat sini?

    ReplyDelete
  27. Harun Taib tu tau halal haram sbb tu dia susah nak suruh ceramah politik kerana dia tau dlm ceramah Pas ni kena sebar fitnah dan sumpah seranah kalau nak nampak hebat. Org tua tu lah ulama yg sebenar, yg kita nak kutuk2 dia sebab apa? Sebab dia takut kpd Allah? Dan kamu semua yg tak takut Allah tu teruskanlah buat apa yg kamu suka, carilah alasan untuk menghalalkan cara dan tariklah seberapa ramai sekutu untuk bersama dengan korang semua. Hanya mengingatkan diri sendiri je.....

    ReplyDelete
  28. 1.Allah itu MAHA segalanya!!Pas sekarang lebih "sekular" dari umno!!maana-mana pemimpin Pas yang mempertahankan pas yang yang "tulen" akan diserang habis-habisan oleh dongoi-dongoi mava pak bakaq ni!!
    2.Akhir nya pas menjadi parti yang paling hina sekali!!sehina-hinanya dan akhirnya jadi barua dan macai Dap latnatullah!!!

    ReplyDelete
  29. penaik beca celaka

    ReplyDelete
  30. Kah kah kah...

    Tajuk n3 ni persoalkan "Pernah anta tengok Harun Taib di barisan depan bila bertembung dengan Umno?"

    Kalau di tapak pembinaan dia jugak mungkin akan persoalkan "Pernah anta tengok Arkitek buat kerja yang patut dibuat oleh buruh pembinaan?"

    Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu arkitek kawan.. amende ko ni.. ni kisah tentang organisasi politik.. klu ketua dh penakut, setakat cakap je, apa guna simpan dia sbg ketua dewan ulama..

      Delete
  31. Kpada anon 3.16...

    ... jadi pada zaman nabi, tak delah 'artiket'... tu pasallah nabi sendiri turut berperang di barisan depan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi berperang dgn Jahiliah, Pas berperang sesama Islam yg sengaja dikafirkan untuk tujuan politik. Harun Taib sebagai Ulama faham akan situasi sebenar, sbb tu dia tak ghairah memerangi Umno. Yg ghairah macam Bakaq ni adalah mereka yg berfikir menggunakan hawa nafsu. Tengok bahasa pun dah kenal.

      Delete
  32. Banyak yg kita ingat ulama sekarang ni bertopengkan agama untuk nafsu serakah masing-masing. Berhati-hatilah dengan kata-kata manis mereka sekarang di akhir zaman ni, mereka menyebabkan umat berpecah-belah dan tidak mengikuti ajaran Islam yang sebenar.

    ReplyDelete
  33. Org yg kena fitnah sblm PR ari tu saman je..selesai masalah..fitrah alam... air dan minyak tak bcampur..begitu juga baik atau buruk ada di ruang tersendiri...

    ReplyDelete
  34. Ramai sguh puak jahil agama komen kat blog ni...tak muliakan ulama pun takutlah kat Allah sama,komen ikut akal bodoh hangpa sja...

    ReplyDelete
  35. Kuliah pagi jumaat di Rusila pun muslimah dn muslimin bercampor gaul , betina pakai sexsy tok Lebai curi pandang. Setiap minggu berlaku maksiat xnampak kerrr

    ReplyDelete