Saturday, June 1, 2013

Adakah Agong mahu rakyat terima penipuan SPR?

Malaysiakini 31/5/13 melaporkan, "Agong mahu rakyat akur dengan keputusan PRU13".

Pertama sekali, saya difahamkan, ucapan Agong yang ditulis oleh penulis ucapan mesti dilihat dahulu dan dipersetujui Perdana Menteri. Lepas tu baru tunjuk kat Agong. Lepas Agong tengok, mungkin pinda dan lepas tu dia setuju, kena tunjuk lagi kat Perdana Menteri untuk dipersetujui.

Dalam ucapan tu, Agong dikatakan kata: Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

aku kata: Kegagalan teruk SPR dan Umno untuk membuktikan mereka tidak menipu dalam pilihan raya adalah kegagalan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

Agong kata: Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh

aku kata: Kalau Malaysia hancur dan lumpuh, Umno dan SPRlah penyebab utamanya. SPR di bawah Jabatan Perdana Menteri, Perdana Menteri Umno, menipu dalam pilihan raya. Bak kata Cap Kapalayar, dakwat tak kekal kata dakwat kekal. Bukan tipu sikit-sikit. Tipu hidup-hidup.

Dalampada itu, teringat pulak Mat Saman Kati kata: PRU 14, "sapa nak bertanding kena dapat perkenan Sultan".

Pesanan itu terutama kepada orang-orang Pakatan Rakyat Selangor dan Kelantan yang hendak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam semua pilihan raya. Pergi merangkak kat sultan dulu minta persetujuan dia.

Ni nak tanya lagi, mana dia orang-orang Datuk Husam Musa yang buruk kelaku sangat dok puja sultan Kelantan? Konon wara' la, apa la, tengkorak hampa la. Ambik hampa punya wara'. Ambik!

Berkaitan pilihan raya juga, di bawah ini saya kupi pes tulisan Ustaz Nik Abdul Nik Abdul Aziz. Takkan aku nak kritik tulisan ostat pulak, ha ha ha! Osta le katakan! Ha ha ha!

Teringat aku selepas pilihan raya 1990 ketika dia berucap di Memali, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata orang yang kalah pilihan raya mengalami kekalahan sebab depa bodoh. Dalam ucapannya itu, tak silap dia kata, "mu kalah pasal mu bodoh!" Maklumlah, Angkatan Perpaduan Ummah (bukan PAS) menang habis di Kelantan dalam pilihan raya 1990 tu. Almarhum Ustaz Fadzil Noor dilaporkan kecik hati sungguh dengan ucapan itu. 

Kali ni, giliran Nik Abduh pula mengkritik.

Tapi aku nak tergelak tak habis-habis baca tulisan dia, terutama bab taqdir. Semua pesen otak nak kulikan Allah s.w.t. Orang lain buat salah, tanggungjawab dihempuk kepada Allah. Umno dan SPR yang menipu, takdir Allah yang depa besar-besarkan.

Walaupun dalam konteks berlainan, teringat aku tauke-tauke haji. Dalam itinerary tulis makan ayam. Tiba-tiba dijamu entah apa-apa. Bila orang komplen, dia pun jawab, "jangan komplen. Ni di Mekah ni. Tak boleh komplen. Ada hadith (tak bagi komplen)". 

Jahat sungguh tauke haji tu. Dia yang menipu. Dalam itinerary lain, yang dia bagi lain. Lepas tu hadith Nabi yang suci (s.'a.w.w.) dia kulikan.

Kalau ikut konsep taqdir yang cuba diterapkan untuk mengkulikan Allah itu, salah besarlah sejarah yang menulis dengan gaya mengkritik kegagalan mematuhi arahan 40 orang dari kumpulan pemanah yang diamanahkan untuk menjaga di atas Bukit Uhud yang turun untuk mengumpul harta yang ditinggalkan puak musyrikin.

Tu puak kita, puak Islam tersilap dan turun mengejar harta yang ditinggalkan kerana pesona emosi sehingga mungkin terlupa mematuhi arahan. Ahli-ahli sejarah menulis peristiwa itu dengan gaya disapproval. Ni rakyat kalah kerana Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menipu, contohnya dalam kes dakwat kekal.

Bukan itu sahaja. Ketika SPR terutama Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak habis-habis mengecam Pakatan Rakyat yang membangkitkan penipuan dalam pilihan raya dan BN mencuri kemenangan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, semakin banyak bukti-bukti pilihan raya tipu dikemukakan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu, selain beberapa laporan polis mengenai kejadian lampu padam di sana sini, pihaknya menerima tujuh aduan mengenai kejadian tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, pihaknya juga menerima aduan tentang warga asing yang turut mengundi, pengundi berdaftar yang tidak dapat pengundi kerana ada pengundi hantu mengundi menggunakan namanya, jumlah undi yang lebih daripada kertas undi yang dikeluarkan dan pelbagai aduan lain.

Dengan segala penipuan itu, takkan nak kulikan Allah dan menuduh taqdir Dia Yang Maha Suci!

aku tak akan nafikan sama sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim ada banyak buat salah dalam kerja buatnya untuk hadapi pilihan raya. Sikit pun aku tak nak nafi (Ulang lagi, kerja. Bukan tunggu karpet merah dibentang untuk jadi calon di tempat yang hampir pasti menang).

Tetapi aku yakin teramat yakin, yang lebih banyak buat salah ialah puak-puak pengajian ugama dalam PAS. Bukan semua, tetapi majoriti besar dari mereka.

Sebab tu la aku dah tulis, kalau akhlak-akhlak puak pengajian ugama dalam PAS tidak disukai malah dikutuk dalam laman-laman sosial, tak payahlah salahkan orang lain. Mereka yang paksa perkara itu terjadi.






Ni yang aku sendiri tulis dalam Fesbuk aku, bab pilihan raya jugak:

  




Friday, May 31, 2013

Ini kenduri kesyukuran untuk Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan

Ada yang menyatakan ia sudah hilang dari pandangan. Tetapi aku terjumpa ini hikayat holier than thou. Disiar tanpa usik apa-apa untuk tatapan yang ingin menatapnya:

SYAMSUL ISKANDAR PERLU MUHASABAH PARTI BUKAN MENUNDING JARI

Saya sangat kesal apabila Syamsul Iskandar menunding jari menyalahkan presiden PAS di atas kekalahan beberapa kerusi bertindan di dalam PRU 13. Sepatutnya perkara ini diselesaikan dengan post-mortem dalaman bukannya tunjuk hero di dalam persidangan dan dikhalayak.

Saya hairan, kenapa isu Kota Damansara dijadikan antara alasan untuk menghentam TG Presiden PAS sedangkan di Jelapang dan di Semenyih berlaku perkara yang sama disalahkan kepimpinan PKR atau DAP kerana meletakkan calon lawan PSM dan seterusnya kalah di dalam PRU 13? Kenapa PKR tidak serahkan terus kerusi tersebut kepada PSM bertanding menggunakan lambang 'penumbuk'nya supaya undi bersatu?

Berbalik kepada isu DUN Kota Damansara, di samping sebab-sebab yang banyak, di antara sebab berlaku pertindihan kerusi ialah disebabkan kegagalan PKR menyelesaikan isu kerusi DUN Kota Damansara (KD) dengan PSM lebih awal. PAS bukan melawan PKR di KD tetapi melawan PSM walau dengan apa lambang sekalipun. Sehari sebelum penamaan calon, pihak PAS Subang masih belum mendapat kata putus sama ada PSM atau PKR yang bertanding. Bagi PAS, jika bertanding 3 penjuru lawan PSM adalah sesuatu yang tiada masalah justeru PKR dan DAP juga bertanding 3 penjuru dengan PSM.

Di sana terdapat tuduhan lain, iaitu PAS memecah belahkan undi di DUN Kota Damansara. Tuduhan ini sebenarnya salah dan tidak berfakta. Setelah pihak saraf PAS kawasan membuat post-mortem, di dapati bahawa jika PAS tidak bertanding sekalipun belum tentu 7 ribu undi PAS itu akan diperolehi oleh PSM. Protes terhadap reputasi dan penampilan calon PSM sepanjang satu penggal agak tidak menyenangkan ramai pengundi di DUN Kota Damansara. Ianya bukan sahaja disedari oleh PAS Subang bahkan ia juga disedari oleh akar Umbi PKR. Atas sebab itu PKR Dun Kota Damansara akar umbi DUN Kota Damansara membuat kenyataan akhbar menyokong PAS pada hari sabtu, sehari sebelum hari mengundi. Bagi saya, pihak tertinggi PKR juga wajar mendengar suara akar umbinya di DUN Kota Damansara tentang reputasi dan potensi calon PSM yang akan diletakkan.

Dari satu sudut yang lain pula, jika dibanding dengan kawasan lain yang bertanding 3 penjuru, calon yang diisytiharkan tarik diri biasanya mendapat undi kurang daripada 1 ribu, iatu jumlah undi protes. Jadi, 7 ribu undi adalah satu jumlah undi protes yang sangat besar dalam keadaan calon PAS DUN Kota Damansara dilihat sebagai telah menarik diri khususnya dengan pengumuman dan kempen melalui ceramah oleh SUA di Kota Damansara serta billboard calon pas yang dipatahkan selain daripada Blast Mesej oleh pihak saraf musuh kepada pengundi memaklumkan Calon PAS tarik diri. Semua ini menampakkan PAS menarik diri, pun begitu berjaya mendapat undi yang tinggi.

Sedari awal, respond yang pihak PAS Kawasan Subang perolehi, sebahagian besar pengundi mungkin akan mengundi BN jika PSM terus bertanding. Oleh itu PAS kawasan mengharapkan PKR bertanding di DUN Kota Damansara, bukannya PSM.

Keputusan pengundian membuktikan bacaan PAS sedari awal adalah tepat. Jika PAS tidak bertanding, sebahagian besar akan menyokong BN di samping ada yang memberikan respond untuk tidak keluar mengundi jika PSM bertanding lawan UMNO. Saya yakin 7000 undi tersebut akan pergi kepada Pakatan Rakyat jika PAS atau PKR yang bertanding. Tetapi kegagalan PKR berunding dengan PSM menyebabkan undi-undi pakatan rakyat ‘lari tidak bertempat’.

Berkenaan pil kuda saya akan coretkan dalam masa terdekat, Isyaallah. Dari segi agihan kerusi, saya rasa cukup kesal untuk dua perkara, pertama ialah pemilihan beberapa calon PKR baru-baru ini tidak melihat dan membuat ‘screening’ lebih dalam tentang bakal-bakal calon PKR sehingga ada yang ‘suspek penjual pil kuda’ juga diambil sebagai calon. Ini menunjukan seolah-olah PKR masih belum mengambil pengajaran daripada lompatnya wakil rakyat Mereka sehingga jatuh kerajan PR di Perak dan telah menggugat keyakinan orang ramai kepada Pakatan Rakyat. Yang melompat bukan wakil rakyat PAS, tetapi PKR. Sayugia PKR mengambil pengajaran dan sayugia PAS turut serta bertindak kerana ini adalah masa depan bersama.

Kedua, apabila ada pemimin PKR berhujahkan kesaksamaan kerusi untuk bertanding di tempat-tempat tertentu, apa yang boleh dibaca oleh orang ramai bahawa tuntutan kerusia oleh PKR berhujahkan kesaksamaan mempunyai tujuan ‘kuasa’. PAS berebut kuasa dengan BN, tetapi sesama Pakatan Rakyat, PAS lebih mengutamaan potensi calon serta individu yang akan bertanding berbanding. Tambahan pula, semua calon PAS akan ditapis secara halus oleh Majlis Syura sebelum diluluskan untuk bertanding. Latar belakang dan akhlak diambil kira sebagai penilaian dan mesti ada tazkiah (sokongan) tentang laporan calon. Bagi PAS, perkara ini sangat penting kerana calon tersebut apabila menang, maka ia akan mencorakkan masa depan negara. Fokus penilaian PAS berkenaan calon ini cukup jelas apabila Tuan Guru Presiden dengan tegas menamakan ADUN PKR, Tan Sri Khalid sebagai menteri Besar sekalipun kerusi PAS adalah majoriti di Selangor berbanding PKR.

Saya tidak akan mencoret luahan ini jika Syamsul Iskandar tidak memulakannya.

Zaharudin Muhammad.

Ini pula hikayat fil qudha....

Ahmad Nazri bin Mohd Yusof
Kelulusan Ijazah Sains Farmasi
Universiti Sains Malaysia
No Pendaftaran :Ahli Farmasi :1590
24000 Chukai Kemaman

TUDUHAN PENGEDARAN UBAT BATUK DAN PIL KUDA

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan sebagai pengedar ubat batuk dan pil kuda.

Untuk makluman sehingga kini tidak ada satu pun tuduhan atau siasatan polis terhadap farmasi dan kelinik saya. Semua tuduhan tersebut dibuat kerana hasad dengki dan khianat diatas kejayaan farmasi dan kelinik saya “KLINIK NABILA” yang sehingga kini merupakan farmasi dan kelinik yang terbaik di Daerah Kemaman serta kejayaan saya diangkat sebagai calon di N11 Seberang Takir.

Saya juga bersedia disiasat oleh pihak Parti dan juga Polis pada bila2 masa.

Sekian pernafian saya

Yang benar.

(AHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF)
I/C:660421-11-5003

Friday, May 24, 2013

"Pernah anta tengok Harun Taib di barisan depan bila bertembung dengan Umno?"

Dalam berita Malaysiakini hari ni bertajuk "Mahfuz: PAS Kedah galak ahli hadir himpunan esok", Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib (lihat komen-komen terhadapnya di sini) dilaporkan berkata, adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada parti itu.

Perkasa parti? Raih sokongan baru? Ni aku nak cerita sikit.

Ketika aku jadi ahli PAS, dari tahun 1984 sehinggalah bila aku tak ingat, aku ni berada dalam grup penganjur ceramah-ceramah PAS. Biasanya, surat-surat jemputan aku yang taip.

Ceramah PAS dalam 80an tu memang tak laku. Bukan saja tak laku, selalu kena baling batu. Tapi tidaklah susah nak ajak Almarhum Ustaz Fadzil Noor ka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ka datang berceramah dalam majlis-majlis yang dianjurkan PAS Wilayah Persekutuan. Kalau ada masa, mereka sudi ja datang.

Yang paling susah nak diajak berceramah dan berdalih-dalih mcm siut ialah Harun. Sampai la ni pun, tiap kali sebut nama Harun, itu yang aku teringat dulu.

Ada orang mendakwa, Harun tumpu tarbiyyah. Tapi ada kawan beritahu aku, puak-puak yang dikatakan hasil tarbiyyah Harun tu menjadikan PAS kelihatan "dreadful". Kawan itu mungkin betul.

Dan, yang paling aku ingat ialah kata-kata seorang ustaz yang kini semakin dilihat berada dalam puak ulama dalam PAS (aku saja tak nak sebut istilah puak UG atau ustaz gila). Dia tanya aku: "Pernah anta tengok Harun Taib ada di barisan hadapan bila pemimpin lain bertembung dengan Umno?"

Bila ustaz tu tanya gitu, aku pun teringat, Harun hanya sinonim dgn lawan IRC ja. Macam la IRC tu kafir Yahudi.

Apa-apa pun, aku semakin kenal ulama-ulama PAS yang buruk sungguh akhlak politik mereka. Memang aku akui, ramai ulama PAS yang elok dan terpuji akhlak politik mereka. Tapi, yang buruk akhlak politik mereka lebih ramai lagi. Terlalu ramai.

Monday, May 20, 2013

Ustaz gila (UG) dalam PAS jumpa Umno lagi? Tahan teksi jugak ka?



Bila tengok apa yang Zul Hazmi tulis, teringat ada orang beritahu Presiden PAS kata yang dia tak ada jumpa Umno. Orang lain dia tak tahu. Link yang Zul Hazmi tulis tu, di sini. Adoila, bila dia sebuat fasal tahan teksi, teringat la pula gambar Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz tahan teksi.


Adoila, PAS Selangor tak naik-naik darjah rupa-rupanya

Tak kesampaian lagi nampaknya harapan nak melihat PAS Selangor cerdik. Dah lama dah orang tengok PAS Selangor tak cerdik terutama apabila berjerkah tempik kerana nak sangat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali jadi Pesuruhjaya PAS negeri itu dulu. Akhirnya, padan muka puak-puak yang nak sangat pengejar jawatan Menteri Besar tu.

Hari ini, bila tengok berita bertajuk "Exco Selangor: PAS akur perkenan sultan," nampak sangat-sangat lagi tak naik-naik darjah PAS Selangor tu. Adoila, kalau macam tu gaya, jadi ulam Azmin Ali la hampa.

Hello kawan, takkan tak tau kerja sultan hanya bagi persetujuan nama-nama dalam senarai yang dikemukakan oleh pihak yang mendapat majoriti dalam pilihan raya. Memang sultan boleh buat kacau dengan tidak mempersetujui nama yang dikemukakan. Tapi, awat yang melarat sampai nak serahkan kepada dia pula untuk tentukan senarai mana dia setuju?

Tak ada masalah nak berjerkah tempik dengan DAP sampai dua-dua pihak capai kata setuju. Tak ada siapa suruh jadi pak yet DAP pun. Tapi, walau berunding dengan kasar dan keras sekalipun, biarlah berunding sesama sendiri di dalam Pakatan Rakyat.

Apahal nak suruh sultan tentukan pula? Konon-konon nak main politik dengan DAP kot? Ingat pandai main politik sangat ka buat lagu tu? Idea siapa tu serah tengkuk sikit demi sikit kepada sultan? Baik suruh mamat tu pijak kepala hampa terus.

Kalau lagu tu, tak payah masuk pilihan raya la. Serah kat sultan semua.

AlhamduliLlah, syukur teramat syukur kepada Allah s.w.t. aku tak pernah angkat tangan aminkan doa untuk sultan mana pun dalam khutbah-khutbah Jumaat sejak aku mengaji sekolah menengah lagi.

Awat la tak reti-reti. Tara sultan Kelantan yang ramai dengan penuh bangang dok dakwa dia baik pun...

Wednesday, May 15, 2013

Woi bangsa Umno, Allah bukan kuli hang la, kurang ajaq oi!

Allah s.w.t. ialah tempat kita memohon pertolongan, belas kasihan, keampunan dan apa saja yang baik-baik. Allah bukan kuli kita. Hanya yang kurang ajar dan bersifat syaitan sahaja yang mempunyai sikap nak jadikan Allah kuli dia.

Dalam berita Malaysiakini semalam bertajuk "NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina," antara lain dilaporkan:

Ditanya tentang kemungkinan kempen itu menjejaskan mata pencarian orang Melayu yang bekerja dengan perniagaan terbabit, Nadzim menegaskan rezeki ditentukan Tuhan dan orang Melayu perlu "membuang keraguan mereka pada Allah".

"Kalau dua tiga syarikat (sahaja diboikot), tak ada masalah.

"Rezeki Allah nak bagi. Kita mahu orang Melayu jangan bertanya (perkara ini) lagi, kita buangkan keraguan kita pada Allah," ulasnya.


Kurang ajaq sungguh! Dia yang buat taik, lepas tu dia nak suruh Allah cuci. Dia yang buat onar sehingga menjejaskan mata pencarian orang Melayu yang berkerja dengan perniagaan terbabit, lepas tu dia nak Allah jadi kuli dia selesaikan masalah tu.

Kurang ajaq sungguh!

Dalam posting semalam bertajuk "Malam ni tak tulis fasal PAS, satgi kena la'nat pulak," saya janji nak siarkan sms dari seorang pengundi Kedah. Ni dia (saya tak edit):

(1) BN tidak menang d Kedah dlm PRU 13, TETAPI PAS yg kalah. Sebelum PRU lagi PAS dah kalah - persepsi rakyat terhadap effectiveness pentadbiran kerajaan PAS adalah teruk & buruk ; jentera2 PAS lawan sama sendiri berlaku semasa penamaan calon maka masa PRU tok sah cakap la ; Penentangan terbuka terhadap Pesuruhjaya oleh sayap ulama & grass root di setengah tempat ; persepsi negatif kaum Cina terhadap kerajaan negeri yg diterajui PAS ; kubu tradisi PAS yakni Institusi Pondok 'merajuk' dgn Pentadbiran Kerajaan Negeri PAS dll.(2) So what next ? (2.1) Pucuk pimpinan PAS peringkat negeri patut bertanggong jawab la - Pesuruhjaya, Timbalan2 & jawatankuasa Negeri PLEASE GO. U GUYS FUCK UP ! DONT JUST BLAME YOUR BOSS. PLEASE HAVE THE DECENCY TO ACCEPT RESPONSIBILITY ! CINA MCA & GERAKAN BOLEH RESIGN , PASAI APA HAMPA TAK BOLEH ? (2.2) Exco members 2008-2013 jgn bertanding lagi DUN in PRU14. Marketing Management 101 - noboy want 2 buy failed/defective products ; consumers dont 4get failed/defective products. Dont have to go far - look at Terengganu after PRU11,12&13. Kalau masih nak berpolitik pl bertanding Parliamentary seats or better still write a book - How Not To Lose A State...(2.3) Pilih a NEW GROUP of people 2 manage PAS Kedah.

Satu lagi sms dia:

Salam bakaq, Pahrolrazi resigned fr Jawatan Kuasa PAS Kedah 2day. This is exemplary leadership. Can u poke in yr blog - bila Presideng, Timb Presiden & Naib want 2 take responsibility ?

Tuesday, May 14, 2013

Malam ni tak tulis fasal PAS, satgi kena la'nat pulak

Mulai 6 Mei lalu, iaitu sehari selepas pilihan raya umum ke-13, bangsa seseorang ditentukan oleh parti apa dia undi. Bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kata Barisan Nasional (BN) hilang banyak undi dan kerusi kerana 'Chinese tsunami', ia semacam pukul borong siapa sahaja yang undi Pakatan Rakyat adalah Cina. Kalau undi BN, Melayu la tu.

Sebagai contoh di Raub, calon bangsa Cina dari DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berjaya mendapat 23415 undi untuk mengalahkan calon bangsa Melayu dari BN, Hoh Khai Mun yang hanya mendapat 20601 undi.

Lain pula di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun di Kedah, di mana calon berbangsa Melayu dari BN, Dr Leong Yong Kong berjaya mendapat 11411 undi untuk mengalahkan calon bangsa Cina dari PKR, Salma Ismail yang hanya mendapat 10115 undi.

Bila orang-orang Cina macam saya tak undi BN, orang-orang Melayu membalas dendam. Memang benar kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah bahawa orang-orang Melayu akan balas dendam jika dikhianati.

Di Terengganu, Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said dah pun mengingatkan bahawa tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah.

Walaupun miskin, 9098 Cina di DUN Teluk Pasu, 6801 Cina di DUN Bukit Tunggal, 12427 Cina di DUN Wakaf Mempelam, 9066 Cina di DUN Ladang, 13679 Cina di DUN Batu Buruk, 10844 Cina di DUN Alor Limbat, 9342 Cina di DUN Bukit Payung, 11468 Cina di DUN Ru Rendang, 6873 Cina di DUN Manir, 8964 Cina di DUN Rantau Abang, 8952 Cina di DUN Sura, 12138 Cina di DUN Paka, 12457 Cina di DUN Cukai dan 11128 Cina di DUN Tepuh yang kesemuanya mengundi PAS serta 9413 Cina di DUN Bandar yang mengundi PKR tak ada peluang la nak dapat rumah mampu milik.

Beratus ribu Cina Terengganu yang undi PAS dan PKR jangan dok mimpi la nak dapat rumah mampu milik.

Lain kali, ingat apa yang Mohd Noor tu kata: "...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah".

Malam ni tak tulis fasal PAS, satgi kena la'nat pulak. Tapi saya akan siarkan juga sms dari seorang pengundi Kedah yang berkata "you guys fuck up" kepada para pemimpin PAS berhubung kekalahan PAS Kedah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Sebelum ni, saya ingat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah Muhamad Yusof Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor boleh faham bila saya tulis posting bertajuk "Adakah Cina Gerakan lebih bermaruah dari Melayu PAS?"

Posting tu merujuk kepada negeri Kedah, di mana undi kepada Pakatan jatuh paling teruk.