Tuesday, May 14, 2013

Malam ni tak tulis fasal PAS, satgi kena la'nat pulak

Mulai 6 Mei lalu, iaitu sehari selepas pilihan raya umum ke-13, bangsa seseorang ditentukan oleh parti apa dia undi. Bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kata Barisan Nasional (BN) hilang banyak undi dan kerusi kerana 'Chinese tsunami', ia semacam pukul borong siapa sahaja yang undi Pakatan Rakyat adalah Cina. Kalau undi BN, Melayu la tu.

Sebagai contoh di Raub, calon bangsa Cina dari DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berjaya mendapat 23415 undi untuk mengalahkan calon bangsa Melayu dari BN, Hoh Khai Mun yang hanya mendapat 20601 undi.

Lain pula di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun di Kedah, di mana calon berbangsa Melayu dari BN, Dr Leong Yong Kong berjaya mendapat 11411 undi untuk mengalahkan calon bangsa Cina dari PKR, Salma Ismail yang hanya mendapat 10115 undi.

Bila orang-orang Cina macam saya tak undi BN, orang-orang Melayu membalas dendam. Memang benar kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah bahawa orang-orang Melayu akan balas dendam jika dikhianati.

Di Terengganu, Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said dah pun mengingatkan bahawa tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah.

Walaupun miskin, 9098 Cina di DUN Teluk Pasu, 6801 Cina di DUN Bukit Tunggal, 12427 Cina di DUN Wakaf Mempelam, 9066 Cina di DUN Ladang, 13679 Cina di DUN Batu Buruk, 10844 Cina di DUN Alor Limbat, 9342 Cina di DUN Bukit Payung, 11468 Cina di DUN Ru Rendang, 6873 Cina di DUN Manir, 8964 Cina di DUN Rantau Abang, 8952 Cina di DUN Sura, 12138 Cina di DUN Paka, 12457 Cina di DUN Cukai dan 11128 Cina di DUN Tepuh yang kesemuanya mengundi PAS serta 9413 Cina di DUN Bandar yang mengundi PKR tak ada peluang la nak dapat rumah mampu milik.

Beratus ribu Cina Terengganu yang undi PAS dan PKR jangan dok mimpi la nak dapat rumah mampu milik.

Lain kali, ingat apa yang Mohd Noor tu kata: "...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah".

Malam ni tak tulis fasal PAS, satgi kena la'nat pulak. Tapi saya akan siarkan juga sms dari seorang pengundi Kedah yang berkata "you guys fuck up" kepada para pemimpin PAS berhubung kekalahan PAS Kedah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Sebelum ni, saya ingat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah Muhamad Yusof Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor boleh faham bila saya tulis posting bertajuk "Adakah Cina Gerakan lebih bermaruah dari Melayu PAS?"

Posting tu merujuk kepada negeri Kedah, di mana undi kepada Pakatan jatuh paling teruk.

10 comments:

  1. Haramkan saja rakyat Malaysia berbangsa Tionghua dari mengundi start pru14 kalau kebebasan mengundi bermakna org tionghua di'wajibkan' hanya mengundi BN sahaja. Tiada yang halal melainkan BN.

    kalau dah begitu keadaannya, haramkan terus demokrasi berparlimen di Malaysia. amalkan saja prinsip komunis 1 parti. itu lebih elok. sekurang-kurangnya, kerajaan dapat berjimat sehingga 500juta bila pru diharamkan.

    500 juta tu boleh songlap, tak perlu tunggu komisyen kapal selam.risiko tinggi kalau terkantoi pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju, kalau takut kalah jgn adakan pilihanraya, bagi bn aje memerintah sampai kiamat. dah lumrah alam bukan kita sentiasa berada diatas ada masanya kita akan berada dibawah. hak rakyat nak dihalang, terpulanglah kpd rakyat nak undi siapa. itu pun masih dpt memerintah hegara lagi kalau tak dapat memerintah macamana agaknya, meroyan guling2 jadinya. itulah mentaliti org melayu umno, hasad, dendam, khianat, video lucah, fitnah dan yg paling teruknya sanggup menghina Islam krn takut kalah.

      Delete
    2. jahat laknat khianat murtad lebih korang sama jer

      pil2 kuda kominis wayang2 'hudud' dah dekat sgt hari undi tu apa?
      itu kerja2 malaikat ka setan ka iblis ka apa..
      kita seolah2 buta itu adalah 'SKRIP' dr gelap/belah sana?

      rkyat seronok sgt nak dpt PTPTN free
      rkyat suka minyak murah & TOL2 free
      rkyat mgharap diringan kan beban dan masaalah2
      ttpi depa nih buat kacau daun..sbb depa dah 'PLAN' dgn puak sana?

      laa nih rkyat brhimpun TOLAK penipuan SPR yg sgt jls & terang
      tiba2 puak2 yg sama TAK sokong prhimpunan
      coba pikiaq tengok sape sbnak2nya yg jahat &jd pgkhianat ummat?
      depa dah terang sgt betoi2 ikut 'SKRIP' puak setan yg dikenali
      inilah musibah & manifestasi puak2 yg brg UG2

      cobalah siasat2 tengok ada brp RATUS juta$$$$$ kah akaun PROXY2 'ulamak2' dunia nih dah masuk/SIMPAN kat luak negeri?

      mngkhianati ummat/rakyat adalah BUKTI yg wajib dicurigai?
      ada akai hang pa pikiaq lah sndiri.

      yg dah telan pil2 AKIDAH dr depa nih..MAMPOIH pon tak akan CAYA dgn komen2 lagu nih..mati idup balik pon depa tak akan percaya punya!

      sbg insan yg ada akai kita wajib kritis & wajib curiga keatas hak2 kita yg sewenang2nya diceroboh diperbodoh & dikhianati.

      Delete
  2. bukan nak laknat....cuma ada sesetengah blogger lebih suka tikam pihak sendiri dari pihak lawan....blogging cara selamat kot.....ye la kalau pihak lawan atau pihak berkuasa ni....silap2 tido lokap....tak pun kena saman....baik tikam pihak sendiri....lagi selamat.....

    ReplyDelete
  3. Ya la. Pihak sendiri bubuh MENANTU di Selama. Perak. Calun sedia ada dah bertahun khidmat. Menantu mai makan talam berhidang. Akhir kantoi

    ReplyDelete
  4. Species species yang gila dengan pantang larang kuat amoknya sebab dendam kesumat ini adalah jenis species yang kurang cerdik senantiasa memerlukan perlindungan ataupun Reservation, seperti Red Indian di Amerika Syarikat. Di mana mana negara pun ada species bangsa ataupun kelibat kelibat yang rakus takut pada bayangan mereka sendiri, baik di Papua New Guinea maupun di Puak Kaum Zulu di Afrika nun.

    Mungkin negara kita ini perlu ada reservation terbaru yang setanding ataupun lebih baik dari reservation yang sedia ada untuk Species Tapir, Orang Utan, dan Gajah Pygmy Borneo. Reservation ataupun Rezab Khas ini pula untuk kelibat kelibat yang gilakan pantang larang dan dendam kesumat juga yang kuat amoknya, apabila nafsunya tercabar. Mana mungkin wanita dalam haid dapat memuaskan nafsu pasangannya yang kesumat.

    Manusia yang hidup berTuhankan nafsu dan dendam kesumat adalah sejenis species lemah dan tak berdaya melawan kehendak syaitannya sehingga melepaskan angin kepada sesiapa sahaja yang mendatang. Mereka ini telah gagal dalam kehidupan mereka, dan terus terang dipandang kecil oleh orang lain sebagai Tunggao dihujung kemaluan.

    Macam macam yea.

    ReplyDelete
  5. Yang tersirat dan trsurat...Bukan bermaksud khianat MELAYu., tetapi bila x sokong umno and the gang bermakna cina dah khianat UMNO

    ReplyDelete
  6. bakaq,
    Betapa ramai melayu yang mengundi PAS bukan penyokong PAS, namun undi diberikan kerana bencikan UMNO.

    ReplyDelete
  7. saya orang tak pandai agama tak lawak masuk pas ni... kalau masuk pun tak boleh naik sebab tak da kelulusan agama..silap2 dituduh jual pil kuda. tapi bila pilihanraya pndai lak cari saya undi dia. :)

    ReplyDelete