Friday, April 26, 2013

Adakah akan jadi kafir kalau tak cakap bab hudud sat waktu pilihan raya ni?


Sehari dua lepas, Mohd Zain Hashim yang orang anggap tok penghulu Markaz Tarbiyyah PAS Pusat call saya. "Woi, hang tak boleh berenti sat ka? Sementara pilihan raya ja!"

Dia juga ingatkan saya yang saya dah kata tak nak kritik apa-apa sehinggalah habis pilihan raya.

Saya jawab, "aku ni teringin sangat nak tengok Umno Barisan Nasional (BN) kalah. aku benci sungguh Umno BN. aku pun tak nak tulis apa-apa dah (yang susahkan PAS atau Pakatan Rakyat). Tapi dah depa dok buat perangai tak habis-habis, tak upaya la aku pun".

Hari ni saya dapat maklumat. Saya akan beritahu apa maklumat itu selepas pilihan raya. Kalau saya terlupa, siapa-siapa yang baca janji saya ni , tolong ingatkan.

Hari ni tak upaya la nak bagi tau.

Saya nak tulis elok-elok ni - walupun kalau ikutkan sakit hati nak aku maki-maki, carut-carut.

Saya nak minta elok-elok ni. Boleh dak tolong stop dulu sebarang ulasan atau komen tentang hudud?

Pakatan Rakyat (PR) ada manifesto. Manifesto itu adalah persetujuan bersama tiga parti - PAS, PKR dan DAP. Persetujuan bermakna persefahaman atau persepakatan.

Sebabnya, kalau ada salah satu pihak tak setuju, saya difahamkan perkara berkenaan tak dimasukkan dalam manifesto. Yang dimasukkan dalam manifesto, semua dah bersetuju dalam satu persefahaman dan persepakatan.

Setahu saya, hudud tidak ada dalam persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama itu.

Hudud ada dalam ajaran Islam. Apa yang Islam ajar tak boleh tolak. Saya setuju dan saya pun tak nak langsung tolak hudud sebab saya takut masuk neraka.

Tetapi, kalau ada ustaz-ustaz terjenguk blog saya ni, saya nak tanya sikit, bukankah menghormati persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama juga ada dalam ajaran Islam?

Bukankah tidak mengkhianati persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama juga adalah ajaran Islam?

Orang-orang PAS mahir dalam Fiqh Awlawiyyat. Dalam keadaan berperang dengan Umno BN ni, ajaran Islam mana lebih patut didahulukan? Hudud atau tidak mengkhianati persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama?

Adakah akan jadi tidak berprinsip, meninggalkan perjuangan, jahat, terkutuk atau kafir terus atau sekurang-kurangnya less Islamic kalau tak bercakap bab hudud sat dan hanya tumpu kepada apa yang menjadi persetujuan bersama, persefahaman bersama dan persepakatan bersama ?

27 comments:

  1. PR khususnya PAS dan DAP, agak kurang mahir dlm seni berpolitik. Pantang di provok oleh media maka mulalah tercabar. X heran la kalau menjadi pembangkang seumur hidup. Menjawab dan tidak menjawab soalan media ttp kena spin tapi adalah dlm situasi mcm skang ni, dgn mood rakyat yg ingin perubahan dan kemenangan semakin hampir rasanya lebeh baik jawab 'no komen' je. Tapi masalaahnya masing2 tegar dgn ego masing2. Masing2 seperti cuma menjaga hati pengikut masing2. Nak ulas panjang2 pun x guna sbb penyakit ni dah sebati dgn dorang. 'LAIN KALI LAH'.

    ReplyDelete
  2. Aksi yang dirakam ketika keganasan dicetuskan oleh penyokong BN ------->>>>>>>>ohpilihanrayaku

    ReplyDelete
  3. rasa mcm nak tobat taknak sokong dah PAS ni.nampak sgt nak sabotaj organisasi yg sdg mara ke Putrajaya.Bkn kecik org yg sabotaj kemaraan kali ni,dua2 org besar!!!!dah la ketua pemudanya sering tikam belakang PKR di kuantan.Patut la bersungguh kali ni nak bertanding.rupa2nya nak sabotaj.yg sorang lg tu plk klu kena pd org lain,pandai sgt ajar suruh ambil iktibar tp yg dia memerintah cuma sepenggal tu duk salahkn org lain je.PR ni tggu keluar 2 org ni + karpal akn mudah la ke Putrajaya.Aku doa agar Husam menang n lps ni amik Presiden PAS plk.lps tu bancuh dewan ulama yg bersungguh nak angkat org yg tak prnah rasa derita rakyat ni utk jd ketua.Husam,bersihkn la parti PAS ni.boikot calon penjilat UG dlm pru 13 ni.

    ReplyDelete
  4. aku pun setuju...wala..wala jugak..tapi kalau dok jadi bengong macam ni...lepas pru13..kasi cuci betul2..karpal provok anwar plak.. x peduli la nak kata erdogan ka UG ka.. dlm perang ni kena la bersatu...

    ReplyDelete
  5. Salam.Pak Bakar:
    Islam ada 3 mcm:
    1) Islam Syiar mcm Umno
    2) Islam Hukum mcm Pas, Arab Saudi
    3) Islam Sistem. Islam Muhammadi Al Asil. Hak ni kena kaji dgn teliti

    ReplyDelete
  6. husam for president. jadi bakal pm ganti anwar sok pun gua sokong. mat sabu leh jadi menteri dalam negeri. gua serius ni.

    ReplyDelete
  7. Mamat mamat dalam PAS yang bising pasal Hudud masa sibuk PRU13 adalah mamat mamat Lebai Kampong , takut tak di endah masa depan. Senang saja , bila sudah dapat kuasai Putrajaya dan semua sokong PAS untuk buat Hudud , maka buatlah Hudud. Agaknya tiada masalah jika rakyat semua setuju....

    Yang sedihnya , PRU13 belum pun habis dah bising Hudud ini yang buatkan penyokong Pakatan Rakyat pikir 4 kali nak undi PAS. PAS perlu ada kepimpinan tinggi yang matang , berpengetahuan luas , bijak memikir dan bukan pak turut gaya Burung Kakak Tua.

    Umat umat Bahalol memang banyak , tapi tidak perlulah memilih yang Bahalol mengambil tanggungjawab kepimpinan.....walau sebagai Ketua Sekuriti Car Park sekali pun.

    Buat habis beras aje... Nasib baik Datok Seri Anwar Ibrahim ada , Nizar ada , Salahuddin Ayob ada , Husam ada , dan Khalid Samad pun ada. Masing masing tidak tunjuk air muka Bahalol pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua suka komen lu...

      Delete
    2. PAS mmg mcam tu. ...Bodoh sombong dan tamak sejak dulu lagi....dah berapa kali pilihanraya dah..media umno buat tektik yg sama..x pernah belajar..masuk lubang yg sama juga..setiap kali dekat pihanraya juga mula la PAS cari pasal dgn rakan sepakatan ni kacau kuota PKR kemudian tuduh macam2...ada 7 tempat PAS kacau 3
      tempat tuduh 1. jual pil kuda, 2 sokong
      kominis dan ke 3 lambat daftar calon..yg ke 4,5,6 dan 7 apa pulak masaalahnya? Persefahaman yg dah meterai senang2 je parti yg d katakn mmprjuangkn ISLAM langgar...bukan ke PKR tu ada ketuanya..? report je...ni bagi alasan macam budak2 gaduh. ..takut di hukum mula lah nyalahkn org.....2x5 je dgn UMNo ni bila dpt
      mmrintah nie...Mcm nie nak jadi PM...tikam kawan dari belakang..

      Delete
    3. Habis PRU 13 dan jika PAS dan Pakatan kalah atas kebangapan PAS sendiri...isu HUDUD akan di bawa ke PRU 14 kerana ianya isu yg releven DULU KINI dan selamanya

      Delete
  8. Allah Taala belum pastikan kemenangan dlam PRU 13 dah ada ulama yg 2-3kerat dlm PAS sibuk masuk paper nak cerita pasal Hudud.apa pa bengong ulama tu ...tk dpt hidayah ka.kalau zaman Nabi dulu pun persafahaman itu amat penting dlm pentadbiran dan peperangan.Bab hudud ni blh cerita panjang lebih habis PRU 13 dan ISLAM kembali berkuasa di Tanah Jawi ini.
    Nak tunjuk Bengong pun biar la bertempat iangan trrlalu gelojoh sampai boleh sabotaj strategi untuk tawan Putrajaya dn ANGKAT KEMBALI MARTABAT DAN KEDUDUKAN YANG PALING TINGGI PADA AGAMA ALLAH INI.Terima Kasih.

    ReplyDelete
  9. untuk pas, dap dan PR keseluruhannya, lain kalilah... kalau perangai hampa macam ni, jadi pembangkang seumur hidup laa .....

    ReplyDelete
  10. kenapalah PAS (tak semua) berperangai macam ni? betul kata kwn2 yg bicara d sini... blum pun menguasai putrajaya dah perangai mcm ni...cakap macam ni... kutuk kwn sendiri,peribadi kwn sendiri+maukan hudud. gila kuasa jika boleh semua tempat au d tandingi... kenapa jadi begini? kwn2 yg menyokong PAS dah jadi susah hati... memang nak jadi pembangkang selama2nya?padanlah DSAI kata;jika PRU13 PR kalah, saya akan ke negara eropa untuk menjadi pengajar". biarkan aja PAS melalak sendiri ...melalak bukit. kalaulah Husam+Mat Sabu+Khalid+salehuddin yg kuasai PAS kan elok? kwn2 tak bingung dan sakit jiwa termasuk saya.Atau Islam PAS (sebahagiannya) memang begitu?

    ReplyDelete
  11. apa yg sy takuti ialah bila pr menang majoriti biasa, akan ada pula puak2 dari pas ni yang akan bergabung dengan bn utk tubuh kerajaan. buat masa ini kalau ada parti yang akan khianat, sangkaan saya adalah daripada PAS. sy lebih mempercayai DAP dari PAS.

    ReplyDelete
  12. Ini saya nak kata:
    Sekiranya PR kalah PRU13-Sebabnya salah pemimpin utama sendiri. Rakyat dah sampai tahap didih melonjak nak tolak BN.Pemimpin2(2@3orang) pantang disua mikrofon laju sangat nak cakap.Depo ni agaknya kurang seni politik.Ingat wartawan tu pro siapa?Mereka ni tahu TITIK/PEMIMPIN mana nak dicucuk.Tak payah buat kajian, petik suis di situ tercetus PERBALAHAN! AWAS PEMIMPIN JANGAN CEPAT MELATAH DAN MELANTAK.
    JANGAN PERJUANGAN YG LAMA DIBENTUK KERANGKANYA RANAP SEKELIP MATA DAN SIA-SIA!
    JANGAN INGAT PEMIMPIN SELALUNYA BENAR
    JANGAN ROSAK PR, HARAPAN RAKYAT YG MAHUKAN FAJAR 6MEI PEMERINTAHAN PERSEKUTUAN BARU @MALAYSIA BARU!!!!!!

    ReplyDelete
  13. Yang punah ranah penyokong di bawah ni, tiap hari kena tonyoh dgn org umporno, sampai dah tak tau nak jawab apa dah. Pil kuda lah, komunis lah, hudud lok lak lah, video sex lah, bertanding sesama sendirilah, dan mcm2 lagi. Tak kan semua nak salahkan TV3, utusan dan Umno. Sekali dua boleh lah. Mcm kes video tu, terang dan jelas, mcm mana nak tegakkan benang basah? Patut pecat terus je mamat tu, senang kami, berdiri tegak menyatakan itulah Pas, pelopor Hudud...! Ini tidak, persalahkan Umno, aku nak tanya, kalau kita dapat video Najib yg semacam, kita taknak guna ke...? Dan aku pasti Najib akan undur untuk menyelamatkan parti. Pak Bakaq, tolonglah bagi tau malaun2 kat atas tu, jgn buat taik, sbb yg nak kena sapu tu kami. Bila banyak sangat taik, kami pun naik mual.....

    Inikalilah, Dun Seri Muda.....

    ReplyDelete
  14. Saudara sekalian, kenapa disalahkan Pas bila timbul isu hudud. Pas perlu buat stand yg selari dgn kehendak Islam. Apa ingat kerana politik Pas boleh kata tak payah buat hudud kerana dlm pakatan tak bincang. Kita jgn ingat semua kerana politik nak menang semua boleh letak tepi perkara asas. Pendirian Pas berkaitan hudud konsisten. Kenapa kita takut kpd org kafir samada hindu atau cina. Sepatutnya kitalah jadi pendakwah utk jelaskan kpd org kafir tentang keadilan Islam melalui hudud. Jelaskan bahawa kita org Islam tidak boleh tolak hudud. Perlaksanaan hudud boleh dibincangkan. Hindu cina memang takut. Sepatutnya pakat pi kasi tau supaya puak2 kafir ni terima. Ini asyik hentam sesama sendiri. Pi buat kerja dakwah banyak la saudara2 sekalian. Pi tanya DSAI apa komen dia pasai hudud. Nanti dia jawab hudud tak dibincang dlm pakatan. Tidaj dibincang tak bermakna tidak akan dilaksanakan. Kita tidak bela dan kagum membuta tuli individu. Tak kira sapa TGNA, TGHA, DSAI atau LGE. Yg selari dgn kehendak Islam kita sokong. Insya Allah kemengan pasti dicapai walapun manusia membenci kerana yg menjaga hati manusia ialah Allah. Allah boleh bolak balikkan hati manusia begitu mudah sekali. Buat apa yg Allah suka nescaya Allah akan bantu kehidupan kita. Wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kata x payah hudud tapi cuba lah bijaksana sikit...sifat yg ada pd nabi..dlm mengembangkn ISLAM. Ni senang2 d permainkn dgn isu yg sama setiap kali pilihanraya..akhirnya pakatan akan brpecah atas kebingungan sendiri..hudud tinggal d bibir je dan akan d highlightkn lagi 5 tahun akan dtg d PRI 14..

      Delete
  15. Wooii..Anonymous 11:01 AM... bukan salahkan Pas la bonggok... kasi tukar presiden pas dan kuncu2nya habis cerita... Nizar, Salahuddin Ayob, Husam, Khalid Samad, Mahfus, Mat Sabu dan ramai lagi yg berwibawa dan berkarisma ada dalam Pas untuk dijadikan pemimpin...presiden Pas tengah buat apa sekarang nii..? tengah layan pil kuda ker...

    ReplyDelete
  16. Salam. Dalam Pas la ni banyak Ustat dari Ustaz. Ustat ni dia baca kitab masa mengaji dulu saja. La ni sibuk tak sempat nak baca sebab sibuk ceramah la, kempen la. Setengah2 tu bila saya tunjuk hadis tu hadis ni depa kata ada ka dalm bukhari ? Ada ka dalam muslim. Saya nak tanya hukum hudud kat para Ustat ni, tangan pencuri tu hampa nak kerat tang mana pun tak boleh jawab. Saya tanya zaman Nabi betapa tangan org Nabi kerat, mata terkebil2 mcm cicak telan kapur. Dulu negara Islam, negara Islam. Saya tanya mana negara Islam model hampa nsk ikut. Terkejut beruk saya salah sorang Ustad ni kata ikut kerajaan Umayyah dan Abbasiyah la Beb. Saya kata kalau lagu tu tak payah lawan UMNo pasal Umno ni baik banyak la dari Umayyah. Mahadhir tu lagi soleh dari Harun Arrashid. Nanti ada yang terkejut beruk pula. Senang saja kaji sikit saja boleh jumpa punya.

    ReplyDelete
  17. Orang lani lawan nak menang cepat. PAS masuk PRU lama dah tapi tetap bersabar walau tak menang. Bukan tak boleh menang tapi banyak manipulasi. Kita pegang pada janji dalam Al-Quran. Sepanjang masa akan ada yang mempertahankan Islam. Deme tengoklah Ikhwan di Mesir, lagi lama nak menang itu pun bukan melalui pilihanraya. Buat professional macam bolasepak, kalah pun kita masih sokong pasukan kita tapi kena modifylah sikit.

    ReplyDelete
  18. Pak Bakaq,

    1. Mungkinkah ada info di balik tabir yang hanya diketahui oleh pemimpin atasan parti dalam PR yang agak kritikal hingga mendesak Haron Din and the gang keluar statement mengenai hudud?, walaupun memang jelas/mengetahui bahawa isu hudud ini hanya akan merugikan PR.
    2. Atau mungkinkah Haron Din and the gang memang talibarut UMNO?

    ReplyDelete
  19. Pas memang bodoh tak boleh diajar.Memang tak reti2 bahasa.Kita semua dah sepakat tak mahu hudud dilaksanakan/dibincangkan kenapa nak juga bangkit isu lapuk yg sudah dipersetujui bersama?Balik2 bila kita dah nak berjaya dapat sokongan rakyat akan ada lebai2 bodoh akan timbulkan isu2 basi ni.Yang ni harun din pulak.Bilalah diorang ni nak cerdik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila diaorang ni nak cerdik?
      Bila pulak depa ni cerdik...bahalol dulu kini dan selamanya.
      Lain kali lah....

      Delete