Tuesday, April 23, 2013

Hoi bakaq, perasan "holier than thou" bukan dari ajaran Islam

Bila saya melihat seseorang yang dijulang sebagai ulama bercakap dengan cara yang nampak sangat perasan bagus dan bajet macam bagus sangat (lihat di sini), dan orang Islam yang turut dihina itu pula begitu sober (lihat di sini dan lihat di sini mengenai beliau), saya teringat sebuah artikel yang ditulis dari ceramah Dr Jalaluddin Rahmat yang saya baca lama dulu.

saya pernah siarkan artikel di bawah ni dalam blog lama saya yang Google dah delete tu kononnya kerana spam blog. Ni saya siar lagi untuk peringatan kepada diri saya sendiri. Siapa nak kutuk, saya tak boleh larang. Siapa nak baca, silakan baca:

Suatu hari, Allah SWT berfirman kepada Nabi Musa as, "Hai Musa, bila nanti kau akan bertemu dengan-Ku lagi, bawalah seseorang yang menurutmu kamu lebih baik daripada dia." Nabi Musa as lalu pergi ke mana-mana; ke jalanan, pasar, dan tempat-tempat ibadat. Ia selalu menemukan dalam diri setiap orang itu suatu kelebihan dari dirinya. Mungkin dalam beberapa hal yang lain, orang itu lebih jelek dari Nabi Musa, tetapi Nabi Musa selalu menemukan ada hal pada diri orang itu yang lebih baik dari dirinya. Nabi Musa tidak mendapatkan seorang pun yang terhadapnya Nabi Musa dapat berkata, "Aku lebih baik dari dia."

Karena gagal menemukan orang itu, Nabi Musa masuk ke tengah-tengah binatang. Dalam diri binatang pun ternyata selalu ada hal-hal yang lebih baik daripada Nabi Musa. Seperti kita ketahui, burung Merak, misalnya, bulunya jauh lebih bagus dari bulu manusia. Sampai akhirnya Nabi Musa melewati seekor anjing kudisan. Nabi Musa berpikir, "Mungkin sebaiknya aku pergi membawa dia." Ia pun lalu mengikat leher anjing itu dengan tali. Namun ketika sampai ke suatu tempat, Nabi Musa melepaskan anjing itu.

Ketika Nabi Musa datang untuk bermunajat lagi di hadapan Allah SWT, Tuhan bertanya, "Ya Musa, mana orang yang Aku perintahkan kepadamu untuk kaubawa?" Nabi Musa menjawab, "Tuhanku, aku tidak menemukan seseorang pun yang aku lebih baik darinya." Tuhan lalu berfirman, "Demi keagungan-Ku dan kebesaran-Ku, sekiranya kamu datang kepadaku dengan membawa seseorang yang kamu pikir kamu lebih baik darinya, Aku akan hapuskan namamu dari daftar kenabian." (Selanjutnya di sini)

11 comments:

  1. Bhai Pak Bakaq...

    Susah kalu kiter nasihatkan orang yang banyak hafal kitab nih.... susah... nanti kiter dikatakan sesat.... walhal orang itu sebenarnya lagi sesat....

    Gua sebenarnya dah tak larat nak layan kerenah PAS yang nak bagi menangkan UMNO/BN nih .... tak larat sungguh....

    ReplyDelete
  2. Bakaq,

    aku dah letih sebenarnya, lawan UMNO pun x penat mcm ni...

    ditakdirkan Allah bg Pakatan menang PRU kali ni, aku rasa 500thn berhujah pun kita xkan menang...

    ReplyDelete
  3. kamu jugak ada perasan camtu..jenis syiah bangang..tu tapir sorang lg perasan bagus.taj tatahu apa jasa mangkukjenis ni..kalau yer pun nak perang nanti pas pru..atau muktamar nanti korang turun habisan..lempar je haji hadi tu..ni musim pilihanraya..kalau kata bodoh marah..tp mmg bodoh la.kalau dah diorang buat benda bodoh..korang pun perkara sama bodoh jugak..

    mail golok

    ReplyDelete
  4. Puak puak toron ni memang mcm tu pun. Komplen je tak habih2. Apa2 yg pas buat tak ikut selera mesti kena punya. He he he. Org yg pandai komplen kebanyakkan lips service je. Mana ada org pandai semua. Sama je dgn ahli politik. Org agama pun sama gak. Masing2 kena bantu satu sama lain daa. Mau semua betui mana ada. Itu kerja Allah la

    ReplyDelete
  5. berita yang tiada dalam akhbar umno http://bloggerkb.blogspot.com/2013/04/bukti-umno-akan-kalah-ramai-calon-umno.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yakin sangat PR menang.. Jangan terlalu yakin. Ini pun kerja Allah. Mana tau disaat hendak pangkah terbuka hati pengundi pangkah BN. Manusia boleh merancang. Kita boleh pengaruh orang tetapi tidak semua orang terpengaruh dengan hujah kita.

      Delete
  6. kalau puak puak yang duk ada ni tak betul dalam perjuangan untuk tegak Islam tubuh satu puak lagi yang betul punya kita pakat tengok ada tak yang tak kena lagi -manusia ramai suka berkata kata sahaja

    ReplyDelete
  7. aku setuju... dalam muktamar pakat highlight bagi muhasabah diri sikit... jangan tengok ke bintang lupa rumput di bumi..

    ReplyDelete
  8. do something about it,dont complain about it....

    ReplyDelete
  9. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete