Friday, March 1, 2013

Cina aku tak risau sangat, masalahnya Melayu dan Hindu

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata, manifesto Pakatan Pembangkang (PR) boleh menyebabkan negara menjadi muflis.

Ahlil ekonomi pula berkata, jika dilaksanakan, manifesto PR itu akan menjadi rahmat kepada ekonomi Malaysia dan menangani beberapa perkara seperti jurang kekayaan dan ketirisan yang berlaku dalam negara ini yang ekonominya pernah dianggap sebagai paling dinamik di Asia Tenggara (baca di sini dan di sini).

Pada masa yang sama, kajiselidik yang dijalankan oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menunjukkan 73 peratus daripada ahlinya tidak gembira dengan keadaan semasa ekonomi Malaysia.

Dulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala kata, negara akan bankrap. Idris bercakap berdasarkan polisi BN la.

Bila Idris cakap gitu, Dr Mahathir kata ''Saya fikir untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai, Idris telah membesar-besarkan perkara ini kerana bagi saya Malaysia tidak akan bankrap sebaliknya hanya akan menjadi miskin".

Dr Mahathir pun bercakap berdasarkan polisi ekonomi BN la. Takkan dia nak negara ini diperintah seterunya.

Pada saya, miskin dengan bankrap, teruk la lagi miskin. Ramai orang bankrap yang masih boleh bawa kereta mewah. Tetapi, yang miskin macam aku, nak beli kereta pun tak dak duit.

Walaupun saya bukan ahli mana-mana parti, pilihan ada dua ja, BN atau PR. Yang lain kerja nak bagi pecah undi untuk untungkan BN ja.

La ni, lagu mana nak ajak rakyat pilih manifesto PR yang ahlil ekonomi kata rahmat jika dilaksanakan dan menolak miskin jika di bawah polisi BN? 

Cina aku tak berapa risau sangat. Masalahnya Melayu dan Hindu

4 comments:

  1. Melayu bangsa yg mudah kesian walau diri sendri tertekan..mmg mcm tu kot sikap bangsa melayu yg penuh dgn budi bahasa dan sopan santun..mati melayu kalau ameno masih berkuasa..melayu akan tggl nama sahaja...hidup melayu..mati melayu

    ReplyDelete
  2. HE!HE!HE!

    KALAU YANG TERIMA BR1M DIKATAKAN AYAM DAN LEMBU, PAS YANG KUTIP DUIT RAKYAT TIAP TIAP MALAM TU KITA KIRA MACAM BABILAH YER...

    ReplyDelete
  3. Ni sah siluncai ni hilang labu ni....

    ReplyDelete
  4. Nk harp UBN tadbir ekonomi negara!!!ermm ibart tikus baiki labu..

    ReplyDelete