Saturday, February 9, 2013

Puak bangang merafak sembah merayu Ku Li jadi PM bila BN kalah

Khabarnya, ada beberapa sang bangang dari PAS pergi membongokkan lagi diri mereka yang memang pun bongok di hadapan Tengku Razaleigh Hamzah.

Khabarnya, mereka merafak sembah dan mengemis supaya loser nombor wahid dalam sejarah politik Malaysia itu sudi menjadi Perdana Menteri Malaysia kalau Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya akan datang.

Alangkah celakanya kalau rakyat yang berhempas pulas melawan Umno BN, tiba-tiba spent force si kupang tembaga dari Langgak Golf itu nak dijadikan Perdana Menteri.

Bercakap fasal Ku Li, saya teringat perdebatan Parlimen ketika anak raja itu bentang usul persendirian untuk meminda akta pertubuhan ketika dia menjadi gelandangan politik tidak lama selepas dia kalah perebutan menjadi Presiden Umno pada 1987.

Dalam perdebatan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan antara barua utama Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan kelaku Ku Li yang tak ubah macam raja-raja zaman dahulu ketika dia menjadi Menteri Kewangan.

Dari gambarana yang di berikan oleh Anwar, Kementerian Kewangan pada masa itu seolah-olah jajahan takluk Ku Li dan dialah yang menjadi maharajanya.

Saya ketika itu pemberita Harakah. Ketika Ku Li bercakap dengan pemberita, saya minta Ku Li nafikan tuduhan Anwar itu. Dengan tersenyum (cool la kononnya tu), Ku Li jawab, "biarlah dia nak kata apa pun".

Allah Maha Menyaksikan, saya bukan peminat Anwar. Tapi Ku Li lagi tak boleh percaya.

7 comments:

  1. Sayang juga pak bakaq dekat pak syeikh ya... He..he... Setuju sgt dgn pak bakaq.. saya juga bukan peminat pak syeikh, tapi.. ish... Ku li?, Biar betul?..

    ReplyDelete
  2. Apa pasal nak kan KU LI jadi PM? Ini spesis 4B jugak..yang bijak pandai dan yang cerdik pandai ada banyak dalam PR, apa pasal nak jemput Ku Li secara terhormat jadi PM bagi pihak PR? Kang aku cakap BODOH PIANG tak terima tapi macam tu lah...RAKYAT berhempas pulas pilih calon PR, datang spesis ni pulak nak Ku Li jadi PM. Ku Li ni ahli UMNO mana dia nak masuk PAS...UAI kata BODO sampai ke mampuih..

    ReplyDelete
  3. Biar apa pun Anwar perlu diberi peluang, kerana;
    1. Tanpa Anwar tiada Pakatan Rakyat. PAS dan DAP tidak mungkin duduk semeja.
    2. Di negeri-negeri yang meluat pembangkang pun, ceramah-ceramah beliau sudah mengkucar kacirkan UMNO. Ini satu fenomina.
    3. Keadilan mungkin tiada banyak cawangan dan akar umbi, tetapi mana satu pemimpin lain yang boleh memberi aura macam beliau sekarang.
    4. Anwar dunia kenal. Mereka datang berjumpa beliau bukan sebaliknya.
    5. Pengalaman beliau 'no contest'
    6. Arwah Ustaz Fadzil yang pilih Anwar. orang lain tak payah pertikai lagi.
    Cuba semak balik, kepada T'ganu dulu kenapa satu penggal saja PAS pegang ?

    ReplyDelete
  4. Aku pun heran laa, kenapa puak sang bangang dari PAS ni nak pilih Ku Li pulak? Yang aku duk tengok, mereka ni cakap je berapi-api tapi perancangan politik, yilekkk! Bila cakap hal-hal agama, berjela ilmu, tapi hal politik nyata, tak kemana perginya idea mereka. Ini terbukti bila 4/5 pemimpin teratas PAS dipilih daripada bukan ulamak. Mereka tidak tuntas dengan politik harian.

    ReplyDelete
  5. Kenapa? Dah benci Anwar pulak ka puak puak ni? ke termakan hasutan puak puak Umno BN? Bukan kah sudah ada pemuafakatan antara tiga parti PAS, DAP, PKR, jika menang PR, Anwar di lantik jadi PM? Ke Puak minoriti kecil PAS ni tak suka Anwar? Hanya kerana Anwar di aib se aib aib nya oleh BN so segelintir puak PAS ni dah termakan hasutan UMNO BN? Ustaz Dato Nik Aziz tak pula kecoh , hawat orang bawah pulak sibuk buat onar? Dah lah Tengku Razaleigh tu UMNO, apasal nak bawa masuk, hello! orang orang tertinggi PAS, anda kena tanya rakyat dulu, jangan memandai buat perkara sebegini...mata dah tak nampak ka?

    ReplyDelete