Thursday, February 21, 2013

Tolonglah pakat-pakat bagi amaran kepada Mat Sabu!

Sambung dari yang saya link di sini.

La ni, bila saya kata segerombolan pemimpin PAS, terutama dari kalangan ulama', sedang berhempas pulas berkerja untuk menangkan Umno dalam pilihan raya akan datang, depa kata, bagi bukti, tak ada bukti jangan cakap.

Dulu, dalam kes Ustaz Nasharudin Mat Isa dan jumpa dalam gelap dengan Umno pun cakap macam tu juga, bagi bukti!

Tau-tau memang sungguh terjadi. Ha ha ha ha! Padan muka!

Heran sungguh ramai yang tak sedar atau sengaja tak nak sedar bahawa, sejak selepas pilihan raya 2008, depa istiqamah sungguh tabur paku atas jalan rakyat yang nak lawan Umno. Iltizam sungguh!

Sebenarnya, posting ini saya tulis dengan tujuan untuk merayu semua yang prihatin agar memberi amaran kepada Haji Mohamad Sabu agar jangan berdiam berdiri terhadap apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Haron Din dan Datuk Mustafa Ali dalam episod "kencing kawan dan jilat Ku Li".

Berdiam diri itu nampak benar macam menyokong. Nampak sangat, wahai Mat Sabu. Ulang lagi, nampak sangat!

Harap sangat tidak benar. Tapi, kalaulah benar menyokong perbuatan kencing kawan itu, tak payahlah susah payah tinggal anak bini ceramah sana-sini, sia-sia ja. Dah tentu dah perbuatan itu memberi kemenangan percuma kepada Umno.

aku bukannya suka Mamat yang hampa kencing tu, tapi aku lebih benci Umno!

(Adoila!! Beberapa bulan dulu aku melihat dengan penuh geli geleman Datuk Mahfuz Omar buat kerja yang bangang teramat bangang sokong Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Konon "aku pertahan parti". Bangang tahap sial. La ni, adakah aku sedang melihat Mat Sabu pulak buat kerja bangang?)

3 comments:

  1. HE! HE! HE!

    TANDA TANDA AWAI NAK GHUYUB! BILA KERAP SANGAT MENGATA UMNO, FITNAH SANA SINI, AKHIRNYA ALLAH TURUNKAN BALA KEPADA PAS TERMASUK HANG YANG SENTIASA DILANDA RESAH GELISAH...

    ReplyDelete
  2. btui tu tapi sapa yg buat banner sampai 10000 kpg ajak pas bersatu...kah3x lagi lawak..dah lama dah.nak pi msk muzium pulak umnu sama situa kutuk madey pedukang bapak tokey san migiuel

    ReplyDelete
  3. Pemilihan akan datang kasi tendang hadi awang keluar dari jawatan presiden pas sebab dia gian sangat nak jadi mintri.

    ReplyDelete