Saturday, May 11, 2013

Harap Adun Kota Damansara jemput Presiden PAS baca doa di majlis kesyukuran kemenangannya

Bila saya dan beberapa kawan dari Kedah jumpa Dr Hashim untuk menyampaikan takziah akibat apa yg Haji Khalid Abd Samad sifatkan sebagai "hasutan syaitan", antara ayat yang saya tak lupa dia kata ialah "ada la hikmah tu".

aku ni bodo ugama. Tapi, saya rasa la, contohnya kalau la ketika saya makan mee rebus Ghulam elok-elok ketika jumpa Dr Nasir tu, tiba-tiba tercekik tersedak-sedak jugak walaupun saya makan dah habis hati-hati dah, boleh la kata "ada la hikmah tu".

Ok, setahu saya, hikmah dari Allah s.w.t. Tapi kalau dengan jahatnya orang kencing atas kepala rakyat kerana dah terasa manis dan lazat sangat "hasutan syaitan" dan bagi free-free kat Umno kerusi DUN Kota Damansara tu, takkan nak kata "ada la hikmah tu".

Tu satu. Khalid kata Pakatan Rakyat kalah di Kota Damansara dan Semenyih akibat "hasutan syaitan" (Lihat "PAS dengan DAP tak kelapaq kat hang, Azmin oi!!")

Saya nak tanya, adakah orang yang turut merasa manis dan lazat sangat "hasutan syaitan" itu ialah orang yang tanda tangan watikah atau surat kelulusan menggunakan lambang PAS? Katanya, bukan satu dia tandatangan sehingga mengakibatkan berlaga sesama Pakatan, malah sampai lima enam.

Ketika pergi Kota Damansara baru-baru ini, saya pun ternampak poster calon Barisan Nasional bagi DUN Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan. Bila nampak poster tu, saya rasa nak hantar mesej kat dia mencadangkan dia menjemput Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membaca doa kesyukuran kalau dia buat kenduri kesyukuran meraikan kemenangannya di Kota Damansara tu.

saya juga nak cadangkan Halimaton Saadiah jemput sama menantu Abdul Hadi, Zaharuddin Muhammad dan calon PAS di Kota Damansara, Ridzuan Ismail sebagai tetamu paling utama selain Abdul Hadi.

Lebih elok lagi kalau Halimaton Saadiah meminta orang-orang Umno menyediakan tandu untuk mengusung dan mengarak mereka bertiga sebagai adi jagat utama yang menganugerahkan kemenangan kepadanya sehingga dapat la dia jadi Adun Kota Damansa.

(Saya ada janji nak tulis sambungan dalam posting "Adakah akan jadi kafir kalau tak cakap bab hudud sat waktu pilihan raya ni?" selepas pilihan raya. Nanti saya tulis)

Thursday, May 9, 2013

PAS dengan DAP tak kelapaq kat hang, Azmin oi!!

Ketika berucap pada majlis kesyukuran atas kemenangan Pakatan Rakyat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini, Haji Khalid Abdul Samad menegaskankan Tan Sri Khalid Ibrahim akan menjadi Menteri Besar Selangor. Ambik sebijik, Azmin!

Khalid juga menegaskankan bahawa hasutan syaitan menyebabkan kita kalah di Kota Damansara dan Semenyih. Kerana ego dan besar kepala kita kalah, katanya.

Mengenai jawatan Menteri Besar Selangor pula, dia kata, bila dah menang bola dan jadi juara, amat tak bijak tukar pengurus.

Jawatan Menteri Besar, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, bukan piala untuk direbut untuk puaskan hati masing2.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada DAP yg mahukan Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, Khalid memberitahu dia telah mendapat surat dari Presiden PAS yang menyatakan persetujuan melantik Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar.

"Kalau orang PAS tak percaya, datang pejabat saya, nak tunjuk, nak tampal kat dahi," tegas Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Ni aku cakap pulak:

"Azmin mana? Azmin? Booooooooo. Woi! PAS dengan DAP tak kelapaq kat hang, Azmin oi!! Boooooo!!

"Apa dia? Nak belah? Pi lah. Lagi bagus!"

Monday, May 6, 2013

Adakah Cina Gerakan lebih bermaruah dari Melayu PAS?

Ini saya tulis dalam Fesbuk saya di sini:

Casualty yg paling bnyk di sebelah PR ialah PAS. Pendang yg jadi kubu PAS pun kalah. Adakah pemimpin2 PAS akan buat tindakan bermaruah seperti SUA Gerakan ni dan meletak jawatan? Jgn pandai kata kat Umno ja bila pemimpin Umno buat perangai lembu kenyang tak nak letak jawatan bila apa2 jadi. Jgn org kata Cina Gerakan lebih bermaruah dari Melayu PAS.. Anwar pun dah kata ini yg terakhir kalau PR tak menang, sila tunaikan janji.

Tahniahlah Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memberi kemenangan kepada BN

Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan (As-Saf : 3)

Antara yg tidak beradab itu ialah cah keting kawan seperti di Kota Damansara.

Dah sah-sah Dr Nasir pertahan kerusi milik parti yang jadi kawan Pakatan Rakyat, PAS pi sabotaj dengan meletakkan calonnya.

Siapa yang tanda tangan surat kebenaran menggunakan lambang PAS?

Bukan sahaja sabotaj, siap cerca lagi.

Ini baru permulaan pendedahan perbuatan tidak beradab.

Tahniahlah Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) di Kota Damansara.

Hal lain sikit: Adakah kita akan turun ke jalan raya? Kal;au terbukti tipu, kenapa tidak? Kalau terbukti tipu pilihan raya, rakyat turun jalan raya!

Saturday, May 4, 2013

Siang-siang Umno jerit "Melayu, Melayu!" malam-malam sembah Cina mengemis rasuah

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kata PAS dan Anwar mengemis pada DAP.

Saya tak perlu jawab apa-apa. Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh jawab sendiri dan lagi pandai jawab. Orang-orang PAS pun terlalu ramai yang pandai-pandai walaupun ada yang bodoh dan khianat, iaitu puak Unity Government (UG).

Lagi pun, saya bukan lawyer depa.

Selain itu, walaupun saya tibai Dr Mahathir cukup-cukup ketika dia jadi Perdana Menteri, tapi bila dia dah pencen, saya hampir tak pernah hentam dia. Nak kata tak pernah langsung tak berani la. Tapi, hampir tak pernah.

Dalam banyak hal, Tun jauh lebih mulia dari puak PAS UG. Sekurang-kurangnya Tun Umno dan Umno sahaja parti dia. Hati dia tak ada pada parti lain. Puak PAS UG pula, jiwa dan kelaku sebijik Umno, tapi dok bawa kad keahlian PAS. 

Tinggal lagi, bila Dr Mahathir kata PAS dan Anwar mengemis pada DAP, saya teringat satu komen di bawah posting bertajuk "Bunuh kuasa Umno BN dulu, lepas tu kita soal Anwar". Mamat tu kata:

"La ni pon (kuasa) ada di tangan MCA, tauke2. Umno siang2 jerit Melayu2, mlm2 merangkak sembah Cina mengemis rasuah. Hina, hina!".

Sementara itu, kawan saya seorang wartawan menghantar ramalam bahawa Umno menang. Dengan adanya bukti tambahan melalui berita bertajuk "Nong Chik's personalised leaflet to a phantom," saya hanya jawab, "Tipu pilihan raya, turun jalan raya".

Thursday, May 2, 2013

Bunuh kuasa Umno BN dulu, lepas tu kita soal Anwar


SEJAK 2, 3 TAHUN DAH SAYA KATA BERKALI-KALI

KITA BUNUH KUASA UMNO BN DULU

BUNUH KUASA UMNO BN DULU

FIRST THING FIRST

BENDA-BENDA MACAM BERITA DI BAWAH NI KITA TANGANI KEMUDIAN

KITA BUKAN ADA IKAT KONTRAK PUN NAK JADI PAK YET ANWAR ATAU PAKATAN

INGAT!

FIRST THING FIRST

BUNUH KUASA UMNO BN DULU!!

Saiful bersumpah laknat kali kedua depan Kaabah beliau diliwat Anwar


Wednesday, May 1, 2013

Hello Melayu! Kalau Ahli Majlis Fatwa pun tak nak BN, hampa tunggu apa lagi?!!

"Pak Cu tu sokong mana, bang?"

"i dont really know. He never says anything. Tapi bila abang kata, 'kita buang BN dulu sebab Umno BN mudharat paling besar. Kira akhafu dharurain la, Pak Cu,' nampak macam ada sign of approval kat muka dia. Pastu dia kata, 'tu kaedah fekah tu'. Tak tau nak kata la (belah mana dia sokong)".

Pak Cu tu suami kepada adik mak isteri saya. Tu dia engkau! Jauhnya pokok bacang!

Oleh kerana Pak Cu tu orang yang kiranya paling dihormati dalam keluarga mak mertua saya, tak ada siapa yang berani tanya parti mana dia sokong.

Tiba-tiba, saya baca berita di bawah ni. Saya pun beritau isteri saya. Bila isteri saya tanya Pak Cu, dia lalu menjawab, "Patutlah ada orang perli-perli masa mesyuarat baru ni". Berita yang saya kata tu seperti berikut:

REMBAU - Kehadiran secara terbuka seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dalam ceramah kelompok Pakatan Rakyat di Kampung Nerasau, Kota, Rembau amat mengejutkan semua yang hadir.

Kehadiran beliau bukan sahaja menjadi kejutan kepada para hadirin malahan calon PAS DUN Kota, Ghazali Mohd Shom dan calon KeADILAn Parlimen Rembau, Radzali Abdul Ghani turut terperanjat dengan kehadiran ulama tersebut.

Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan tersebut yang bergelar Datuk itu pernah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan. Beliau begitu dihormati dan disegani di kalangan Ahli Majlis Fatwa yang lain.

Selepas majlis ceramah kelompok tersebut Ahli Majlis Fatwa berkenaan telah makan malam bersama dan beramah mesra dengan Ghazali, Radzali dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

Kehadiran beliau dilihat sebagai tanda sokongan kepada Pakatan.

Bukan sahaja kehadiran ahli Majlis Fatwa tersebut yang memberi mengejutkan para hadirin, malahan inilah kali pertama dalam sejarah satu program ceramah penerangan anjuran Pakatan berjaya diadakah di kampung tersebut.

Sebelum ini Pakatan Rakyat Rembau pun telah dikejutkan dengan kehadiran seorang pendakwah bebas yang terkenal dari sebuah pertubuhan dakwah yang terkenal seluruh dunia yang membacakan doa untuk kejayaan calon-calon PAS dan KeaDILan selepas proses penamaan calon di Rembau pada 20 April 2013 yang lalu.