Wednesday, February 27, 2013

Amanat Hadi dulu dan sekarang

Menjelang pilihan raya umum 2008, Datuk Ibrahim Ali berkira-kira hendak bertanding atas tiket PAS. Beliau pada masa itu gelandangan politik.

Antara yang saya ketahui, beliau menyatakan hasratnya itu kepada sultan Kelantan sebelum ini, Ismail Petra, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam pertemuannya dengan Tengku Razaleigh, Ibrahim diingatkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu supaya berhati-hati dengan PAS sebab, menurut Ku Li seperti yang dinyatakan oleh Ibrahim, "PAS penipu, tak boleh percaya".

Saya memohon maaf kerana saya antara orang yang bagi sokongan kepada Ibrahim supaya bertanding atas tiket PAS dalam beberapa perbualan dengannya ketika itu. Babun sungguh la!

Saya mula meragui Ibrahim apabila beliau enggan hadir dalam perhimpunan Bersih 10 November 2007. Belang Ibrahim semakin ketara kepada saya dalam satu sidang akhbar di rumahnya di Tumpat semasa musim kempen pilihan raya 2008 itu.

Selepas pilihan raya itu, semua orang tahu apa terjadi. Beliau  kini Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), hantu raya belaan Umno.

Kini menjelang pilihan raya 2013, muncul orang seperti bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Ramai yang tertipu dengan permainannya yang tidaklah sofistikated sangat sehingga boleh memperdayakan orang yang mahu berfikir. 

Saya memberitahu beberapa pemimpin PAS bahawa Musa bukannya menentang Umno dan Barisan Nasional (BN). Beliau hanya menentang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Itu tak menghairankan.

Dah lama dah blogger-blogger pemuja Tun Dr Mahathir Mohamad menentang Hishammuddin . Antara lain, boleh baca posting A Voice yang bertajuk "A gay Minister in Cabinet and Johorean ..." Cuba lihat pula gambar di sini.

Saya juga beritahu pemimpin-pemimpin PAS berkenaan bahawa Musa hakikatnya adalah pak yet Dr Mahathir yang kini berhempas-pulas kerana orang tua itu lebih bimbangkan keselamatan anak cucunya berbanding keselamatan dirinya sendiri.

Malangnya, saya asyik terlupa nak beritahu perkara itu kepada orang yang beriman dengan penuh thiqah kepada tipu muslihat Musa itu. Hari ini, saya dah tak simpan dah nombor telefon orang itu.

Dan, tipu muslihat Musa semakin menampakkan kejayaannya.

Last sekali, saya teringat amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 7/4/1981. Hampir semua orang tahu amanat itu. Tak payah copy and paste di sini.

Walaupun tak dinyatakan dalam kata-kata, seorang ahli PAS memberitahu saya bahawa amanat Abdul Hadi kini lebih kurang seperti berikut:

Jangan lawan Umno habis-habisan. Ada di antara calon Umno yang kita hendak lantik sebagai Perdana Menteri kalau kita menang.

1 comment:

  1. Bhai Pak Bakaq...

    Hahaha.... macam tau-tau jer... Hahaha.. penat aaa layan geng yang kaki bangku nih main... dah depan pintu gol dah... kepper pon dah ilang dari depan pintu gol pon tabley nak jaringkan gol...

    Aper daaa..

    ReplyDelete