Monday, February 18, 2013

Kenduri besar di Markaz Tarbiyyah kalau Haron Din undur

Kawan saya call. Dia kata, riuh rendah dalam media dan blog-blog Umno dok canang bahawa Datuk Dr Haron Din akan letak jawatan.

Takkan nak kata berita tu betul. Umno dan pembohongan berpisah tiada.

Lainlah kalau Haron sendiri ada bisikkan begitu kepada kawan-kawan dia dalam Umno. Maklumlah dalam PAS ada bersepah mentor dan dalang kepada kerja buat Ustaz Nasharudin Mat Isa yang orang kata jiwanya dalam Umno sejak dulu lagi walaupun zahirnya masa tu dia jadi Timbalan Presiden PAS.

Tetapi kalau betul Harun letak jawatan atau keluar PAS, kawan saya yang telefon tu kata dia bersedia sponsor tujuh ekor lembu untuk buat kenduri kesyukuran besar-besaran. Kalau boleh, katanya, di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar.

Posting yang akan datang, saya akan tulis tentang taktik untuk dapatkan jawatan.

1 comment:

  1. Dato Dr. Harun Din ni rasanya baru masuk PAS walau pun dah lama gak tapi telah di beri jawatan dlm Majlis Syura Ulama dan juga jadi Timbalan Mursyidul Am Pas..!! yang setia lama dalam PAS, kenapa tolak tepi...???

    ReplyDelete