Monday, February 4, 2013

Khabarnya, tentera digunakan untuk menangkan Umno

Tersebarlah berita tentera akan digunakan untuk memastikan Umno Barisan Nasional (BN) terus berkuasa. Bukan agenda undi pos. Undi pos dan tentu untuk Umno BN. Tetapi agenda yang lebih jijik lagi. Adakah tentera akan digunakan melalui satu lagi pementasan ala drama al-Ma'unah?

Apa-apa sahaja boleh dilakukan asal tercapai maksud tujuannya - iaitu Umno BN terus berkuasa.

Pelbagai pilihan khabarnya sedang direka kerana projek membangangkan beberapa pemimpin PAS yang sebelum ini diberitakan sebagai diterajui oleh Leftenan Jeneral Tan Sri Wan Abu Bakar Omar tidak benar-benar mencapai sasaran walaupun tidaklah gagal sama sekali.

Ramai yang tetap bangang atau bertambah bangang sehingga hari ini.

Ada juga orang cerita, anggota perisik tentera yang dulunya dikatakan berjumlah kira-kira 2,000 anggota, kini sudah mencapai jumlah 4,000 orang. Bersama polis cawangan khas dan jentera kerajaan yang lain, mereka dikatakan menjadi muncikari utama untuk memenangkan Umno BN.

Di dalam PAS pun ramai barua dan pecacai yang berkerja untuk memenangkan Umno BN.

Diingatkan kembali, parti-parti lain tidaklah baik. Mereka tidaklah bersifat malaikat. Tetapi Umno BN paling jahat dan paling dekat dengan sifat syaitan. Kuasa parti itu mesti dibunuh terlebih dahulu. Yang lain kita kira kemudian.

Jangan juga menolak keganasan dan penipuan akan menjadi agenda utama parti syaitan untuk terus berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

5 comments:

  1. Pak Bakaq,
    blog baru, semangat baru

    DCM

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    selamat kembali ber blog

    ReplyDelete
  3. Lama x baca post org lama di blog ni.

    ReplyDelete
  4. Setiap makhluk pasti mati. Bila mati pasti berdepan dgnAllah taala. Memperjuangkan peraturan Allah taala adalah satu kepuasan bagi manusia tidak kira mendapat imbuhan kemenangan atau kecundang. Sebab Allah taala menjanjikan yg akhirat itu lebih baik serta kekal

    ReplyDelete