Thursday, April 4, 2013

Berlegar khabar Ku Li tak ada dalam senarai calon BN

Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum dengan tekad untuk menamatkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN), yang ramai ialah orang-orang seperti saya - orang-orang yang tidak hebat, tidak berbakat dan tak pernah lelah memendam hasrat untuk menghambat Umno BN yang jahat.

Namun, sebodoh mana pun orang-orang yang mudah dipersetankan seperti saya, kamilah yang paling memerlukan negara ini. Kami tak ada pelajaran dan tak ada wang yang memungkinkan kami membawa anak isteri kami berhijrah ke tempat lain. Sebab itulah, kamilah yang lebih memerlukan negara ini ditadbir dengan lebih baik, kalaupun tidak terbaik.

Kerana kita yang dhaif dan lemah inilah yang lebih memerlukan negara ini, marilah kita yang tidak hebat ini buat apa yang dapat. Kita buat apa yang termampu untuk memastikan negara kita merdeka dari cengkaman Umno BN.

Bercakap fasal pilihan raya, berlegar khabar bahawa Tengku Razaleigh Hamzah tidak ada dalam senarai calon Umno BN. Mungkin auta. Tapi, boleh jadi benar.

Bila tersiar khabar Ku Li tak ada dalam senarai Umno BN, seorang kawan berharap agar tidak ada pemimpin PAS yang gatal hendak mengusung Ku Li sebagai calon Perdana Menteri pula. Semua itu hanya mengundang pecah belah yang akhirnya menguntungkan Umno BN.

Tolonglah hentikan kelaku jahat kencing atas kepala rakyat.

11 comments:

  1. Anak Raja ni pandai buat speeches boleh la tapi bila lawan mamakutty dua lekok dah masok balek jadi Gurkha UMNO sampai hari ini -Aye Aye Sir!

    Kalau betul-betul berani ada telur masuk tanding tiket Bebas kali ini lawan BN..baru mati ada maruah perjuangan..

    Jangan dok play safe dok tunggu orang bagi kerusi PM..tadak klas langsung!

    ReplyDelete
  2. PAS jangan buat kerja bodoh.Akar umbi penat berperang tiba-tiba buat keputusan yang tak bijak dengan melantik orang luar sebagai PM.Jangan dok gatal mulut.

    ReplyDelete
  3. ish dah banyak kali bodoh, skrg pas dah cerdik dah. Jgn bimbang. Tidak akan tergigit dari lubang yg sama lagi.

    ReplyDelete
  4. kalau PAS usung lah KULI GURKHA ni dalam PAS pakai nampak la sokongan rakyat akan merudum........x cayer, cuba la......

    ReplyDelete
  5. Orang yg paling layak jadi PM selain dari Anwar adalah TGHH

    ReplyDelete
  6. Kalau bencipun janganlah sampai tak ada sdkit kebaikan yang disumbangkan oleh orang lain.Sikap macam nilah yang sebenarnya tidak boleh dilayan sgt suka mengapi-apikan orang.

    ReplyDelete
  7. yang suka bercakap mengapi apikan semuanya tak bertelo, tak berani tunjuk muka

    ReplyDelete