Tuesday, April 16, 2013

Bila Mukhriz bertanding DUN, rakyat Kedah berhadapan dua taghut yang nak jadi MB

Akhirnya, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah. Beliau akan berlawan di kerusi DUN Ayer Hitam. Abd Ghani Ahmad dari PAS terpaksa mempertahankan kerusi tersebut yang dimenanginya pada tahun 2008.

Kalau ayah dia tak ada jaminan bahawa Mukhriz akan jadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu, takkan dia nak bagi anak dia bertanding di situ. Umum mengetahui, Dr Mahathir penuh perkiraan.

Dan, kalau bekas Perdana Menteri itu tak rasa yakin BN boleh menang di Kedah, takkan dia nak bagi anak dia bertanding kerusi DUN.

Tak mungkin Dr Mahathir tak dengar cerita yang orang-orang Cina Kedah ramai yang kata nak belah dua undi depa kalau Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertanding lagi dan dilihat akan terus nak melekat sampai mati di kerusi Menteri Besar negeri itu. Undi kerusi Parlimen depa nak bagi kat Pakatan Rakyat (PR), undi kerusi DUN nak bagi kat BN.

Dari segi perkiraan dalaman PAS pula, peluang Azizan nak jadi Menteri Besar sangatlah cerah, jika PAS menang lagi di negeri itu.

Selain Datuk Mustafa Ali, Azizan juga adalah sahabat kesayangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kalau Azizan nak jadi Menteri Besar Kedah sampai berulat atas lantai pun, terlompat-lompat Abdul Hadi akan bagi dengan penuh rela dan histeria.

Kawan saya kata, la ni cuba kita fikir, bagi orang biasa, dan tak payah ambil kira la ahli Umno dan PAS, kita cakap fasal orang biasa yang tak 'asabiyyah kepada mana-mana parti dan pemimpin-pemimpin parti berkenaan; kepada depa, antara Mukhriz dan Azizan, hampa fikir depa pilih siapa?

Persoalannya, adakah rakyat yang benci Umno BN terpaksa menaruh harapan kepada orang-orang seperti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk menghalang cita-cita Dr Mahathir dan anaknya Mukhriz?

Nak harap Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dah dapat dah bertanding di Pendang atau pemimpin PAS paling kanan dari negeri Kedah iaitu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, kirim salam ja la. Depa tu kalau dengan Azizan, langsung tak berani. Kecut habis!

Azizan boleh la sembang deras depan Dr Mahathir ka, atau depan Tun Daim Zainuddin ka, atau mana-mana syayatinihi dalam Umno bahawa "Mat Sabu dengan Mahfuz tu mana berani dengan aku. Sekali aku jerkah depa dalam telefon ja, bukan berdepan pun, dalam telefon ja, terkencin dalam seluaq!"

Lepas ini boleh la orang-orang Kedah pakat-pakat menyanyi:

Taghut di belah kanan tu
Taghut di belah kiri tu
Dua-duanya dok gian
Nak jadi MB kami

5 comments: