Wednesday, April 10, 2013

Najib sapu duit rakyat untuk canakkan imej buruknya

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membedal duit rakyat untuk pulihkan imej buruknya (lihat Malaysiakini semalam "PKR: Najib using public funds to boost own image").

TMI hari ni melaporkan, pejabat Perdana Menteri berbelanja RM67.8 juta dalam pengiklanan bulan lepas menurut data yang dikeluarkan penganalisis pengguna Nielsen Media Research, sekaligus memperoleh kedudukan tertinggi dikalangan pengiklan lain, melebihi RM43 juta yang dibelanjakan oleh classifieds dan RM25 juta masing-masing oleh Nestle dan Unilever Malaysia.

Menurut satu laporan lagi oleh Maybank Investment Bank (IB) Bhd bulan lepas mendapati Pejabat Perdana Menteri adalah pengiklan paling tinggi berbelanja pada Februari tahun ini sebanyak RM36.1 juta meliputi tujuh peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pengiklanan kasar (adex).

BN pula berada dikedudukan ke-45 dalam senarai Nielsen dengan belanja sebanyak RM4.9 juta pada Mac.

Dalam senarai yang dikeluarkan Maybank IB pula, BN berada dalam kedudukan 20 teratas dengan anggaran jumlah perbelanjaan yang sama.

Bulan lalu, TMI melaporkan agensi-agensi kerajaan, jabatan dan parti BN membeli ruang iklan dalam talian secara pukal disamping penghasilan klip video pro-kerajaan untuk menandingi bahan dan iklan yang dikeluarkan oleh pembangkang menjelang pilihan raya.

TMI hari ni juga melaporkan berita bertajuk "Nik Aziz says will continue ‘until last breath’". Ha ha ha ha! Cliche sungguh ayat dia.

Harap selepas ini tidaklah berduyun-duyun pemimpin-pemimpin PAS berebut-rebut buat kenyataan macam tu.

Takat la ni, tara taghut di Kedah pun dok hingaq kata dia sihat lagi dan boleh memerintah lagi. Takat Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Mahfuz Omar, sekali dia jerkah dalam telefon ja, terus depa berdiri tegak, angkat tabik di hujung talian di sebelah sana dan terketar-ketar depa persembahkan dengan penuh kecut dan takut jawatan eksekutif tertinggi untuk memerintah kat taghut tu.

Kalau bertanding pun depa tak berani halang dia dan dengan penuh kecut menyerahkan Tokai dan Alor Mengkudu seperti yang dia tuntut untuk memuaskan nafsu jahatnya, hampa ingat Abdul Hadi, Mat Sabu dan Mahfuz berani nak halang nafsunya untuk terus memerintah?! Sejarah pasti akan mencatatkan nama kaki-kaki sembang deras atas pentas yang membantu taghut tu terus bertanding dan memaksa buah catur dia di Tokai dan pak yet kesayangannya di Alor Mengkudu juga bertanding.

Ucapan takziah kepada Datuk Dr Mohd Hayati Othman, Dr Ismail Salleh dan semua rakyat Kedah yang kalah di tangan taghut yang memerintah.

4 comments:

  1. Pak Bakaq.....
    Dalam perjuangan kita nak terajang keluaq regim corrupt ini kita kena ketepikan agenda peribadi. Kami tau Pak Bakaq meluat sangat sangat dekat Ustaz Azizan kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi janganlah kerana kebencian peribadi Pak Bakaq itu terbawa-bawa ke medan perjuangan. Kalau saya jadi Pak Bakaq....saya pi jumpa orang tua tu bubuh sebiji kat muka dia dia , lepas tu kalau nak kencin tambah masa dia terbaring itu terserahlah. Ni dok cerca dia dalam laman web perangai bewak apa ni....Hang dok ikut perangai puak umno haram jadah tu buat apa woi!!!! Tak cukup dengan mengutuk orang tua Azizan tu hang cuba meheret sama Haji Hadi, Mat Sabu, Mahfuz dengan mengutuk pemimpin atasan tu kononnya depa takut dan bagi muka dekat ustaz Azizan. Ni perangai jemuan apa ni....Aku takut sat lagi gigi hang pula yang beteraboq.....nak jadi batu api ka!!!!

    Din Lebai Man


    ReplyDelete
  2. Salam ..teruskan bakaq ...

    ReplyDelete
  3. Salam ..salah ke kalau kita tegur pemimpin Kalau benda tuu betui ...sedangkan pemimpin tu baik pas atau umno adalah manusia biasa bukannya maksum ...kenapa pula sampi gigi berteraboq pula ..eheh jahat lebih dari umno ni ...

    ReplyDelete
  4. supaya terus berkembang satu cara menjana ekonomi, perbelanjaan iklan dan yang meliputi sektor hiliran yang berkaitan, penting bagi kita semua perbelanjaan mistilah ada potensi keberhasilanya dari berbagai sumber.

    PM tau buang duit jer buat iklan, jika negara tak setabil pendapatan kecil berbagai iklan dipasang menjadi sia-sia. apa kurang negeri yg diperintah pembangkang dengan iklan merata tempat (adakah membazir?)

    jadi manusia cairkanlah otak, kalau perkara baik dan mendatangkan faedah usah spin-spin fakta, pembangkang bila jadi kerajaan kuat sakau duit rakyaat dan koutim mereka yang bolih perah susu,

    ReplyDelete