Tuesday, April 16, 2013

Umno Shah Alam beri sambutan hangat kepada Zul Nordin

Sejak semalam lagi, tiga bilik gerakan Umno Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ.

"Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.

Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.

"Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang akan mempertahankan kerusi Shah Alam menyifatkan pemimpin Umno mempunyai persepsi yang unik apabila mencalonkan Zulkifli di situ.

"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," The Malaysian Insider memetik beliau.

Menurut Khalid, kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan tidak bersifat pelampau, dan Zulkifli yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mewakili nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka.

Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

11 comments:

  1. Bhai Pak Bakaq...

    Hahaha... Gua rasa aaa... Memang sengaja diorang dajaikan kat Zulkifli Nordin tue... hahaha... nasib dier la ....

    ReplyDelete
  2. Ajar si kitul Zulkifli opportunist ini.make sure he lost in the coming PRU 13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not only losing in the election but also losing his deposits...!

      Delete
  3. apa agaknya riaksi ketua UMNO bahagian & AJK bahagian shah alam, tentang calon pilihan najib ini,, secara jujur saya ajukan persoalan ini bukan untuk melaga2kan penyokong UMNO, tetapi,,,,, penyokong harus ada keyakinan dalam memilih wakil bagi menyampaikan hasrat dan menyelesaikan permasalahan setempat,,,, saudara zul juga harus turun padang bagi menyampaikan apa rangcangan akan diperjuangkan untuk rakyat shah alam,,, bagi saya KHALID SAMAD berada dalam situasi yang amat selesa, bagi mempertahankan kerusi yang disandang,,,, berdasarkan kemajuan selangor sepanjang satu penggal berlalu,,,, tidak keterlaluan saya menyatakan sokongan kepada saudara KHALID SAMAD untuk memenangi pru 13 ini,,, khususnya pakatan rakyat mencapai kejayaan ke PUTRA JAYA,,, HARAPAN SAYA,,, politak lucah, fitnah, dan banyak lagi kemungkaran yang umum perkata semasa ini,, dapat dihentikan ,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusssssssssssssssssssss....

      Delete
  4. PR jgn terlalu yakin, permainan kotor asam garam puak tu.

    ReplyDelete
  5. jangan terlalu awal buat judgment, Allah lebih mengetahui segala2nya, doa... dan kita pohon pada ALLAH siapa yg kita hendak perintah Malaysia

    ReplyDelete
  6. Khalid tetap kena nanti, jangan risau. pemalas, berceramah saja kerjanya

    ReplyDelete
  7. Khalid Samad for PM

    ReplyDelete
  8. Sejarah dah banyak berlaku org UMNO ni senang dipujuk ada pulus nanti luluslah. Kalau berkiblatkan duit dah le tu merajuk sekejap aje.

    ReplyDelete